Isnin, 7 Disember 2015

Kesimpulan Tentang Was-was

Kesimpulan OCD / Was-was

Rasa was2 atau "merasakan ada sesuatu yg telah tidak dilakukan dengan betul" yg sentiasa mengasak perasaan penderita, dari bermacam segi, samada: ibadah terutama yg membabitkan hukum fekah, kuman dan penyakit, cara susunan atau kekemasan dan warna atau melibatkan keselamatan spt kunci pintu, kereta, suis lampu, dapur dan lain-lain.

Hinggalah kepada was2 kpd perbualan org lain samada org lain itu dirasakan sedang bercakap tentang penderita / mengumpat ; malah bunyi2 binatang spt cicak/burung/ dll, juga dirasakan spt sedang berbunyi utk memganggu penderita kononnya binatang2 ini menerima arahan dari syaitan/jin. 

Ditambah lagi dgn Lintasan hati (inner vocal tics / IVT) yg selalu memperkatakan didalam hati/otak tentang perkara2 yg bertentangan dgn ugama dan kehidupan normal


Penderita mengalami keaadaan dimana "tidak mampu berhenti dari memikirkan" tentang hal yg membuatkan dirinya was-was. Sesuatu gangguan was2 spt cth: basuhan, akan mengikuti /memghantui pemikiran penderita selama beberapa jangkawaktu bergantung kpd kepentingan hal was2 itu. Ada yg hanya setengah jam, ada yg beberapa jam, malah ada yg berhari2!.

 Misalnya jika hanya tentang basuhan tangan selepas makan, mungkin ambil masa yg lebih singkat, tetapi jika basuhan mandi wajib yg membabitkan dosa pahala, ia boleh memghantui fikiran lebih lama.

"Asik nak fikir benda tu aje" , 
"tak dapat nak ignore"
 "dia datang sendiri walau pun dah tak nak fikir".

Dan akibat dari ini, ianya juga mempengaruhi semangat dan jiwa/perasaan penderita hingga menjadi lemah, panik, takut, bertambah risau, murung, hilang mood dll. 

Mengapakah? Apakah otak penderita mengalami kelemahan/kerosakan atau abnormal? TIDAK!! Ini menandakan otak anda sihat dan normal. Habis tu, mengapa tak boleh berhenti berfikir?

Mengapa tak mampu berhenti berfikir?

Kerana itulah tugas otak kita. Berfikir, menganalisa dan menyelesaikan segala masalah yg dihadapi oleh pemilik otak. Secata automatik otak kita akan berfikir untuk menyelesaikan masalah, SETIAP KALI menerima maklumat dari PERASAAN/ HATI/SANUBARI.


 Maknanya, setiap kali perasaan kita mengalami apa jua rasa, perasaan ini dihantar ke otak utk diselesaikan, dianalisa bagi bertujuan mententeramkan perasaan itu dgn segala analisa logik yg ada. Maka, apabila tercetusnya perasaan Was-was, dalam hati penderita, maka perasaan ini akan diasakkan ke otak untuk diselesaikan.

 Maka boleh kita fahami, bahawa otak hanya akan berhenti dari memikirkan isu was2 ini apabila perasaan sudah tidak mengasakkan / menghantar isyarat keresahan itu lagi. Selagi otak masih didesak/ diasak dgn perasaan resah, was-was, tak tenteram, maka selagi itulah otak akan terus berfikir mencari penyelesaian bagi mententeramkan jiwa yg resah ini.

Maka disini, yang sakit adalah perasaan / hati/ jiwa dan BUKANLAH otak. Apa yg perlu dikawal ialah perasaan, bukan otak. Apa yg perlu diubati, dirawati adalah perasaan, bukan otak. Kesilapan penderita selama ini ialah cuba mengawal otak, bukan perasaan, mana mungkin otak akan berhenti berfikir kerana itu adalah TUGASNYA. Kerana itu, saya bertegas mengatakan OCD bukan penyakit mental (otak) tetapi penyakit jiwa (perasaan). 

Kerana itu jika dibawa ke doktor jiwa, mereka akan diberikan ubat penenang / anti depression, bagi menenangkan perasaan, dan apabila perasaan menjadi tenang, otak akan berhenti dari berfikir tentang isu itu tetapi kaedah ubatan berasaskan dadah ini hanya membantu sementara sahaja. Apabila kesan ubat hilang, perasaan was2 akan datang kembali. 

OK, bagaimana perasaan boleh sakit, bagaimana nak kawal? LU PIKIRLAH SENDIRI hehehe smile emoticon
...bersambung (inshaa Allah)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]