Ahad, 29 November 2015

Kena Redha walaupun pahit..,



Katakanlah anda seorang penulis novel. Anda sedang hasilkan sebuah novel cinta atau apa punlah. Maka dalam novel tulisan anda itu tentu ada watak hero, heroin, ibu, bapa, boss, pengampu, peguam, usahawan, ustaz, malahan mungkin ada watak tukang sapu dan pengemis. Semua watak2 ini anda wujudkan bagi melengkapkan sebuah penceritaan. Dan mungkin hero adalah watak tunjang dalam novel tersebut, atau mungkin watak peguam adalah watak tunjang. Dan watak2 sperti pengemis dan tukang sapu adalah sekadar watak picisan.

TETAPI apakah pengemis itu berhak untuk mengeluh dan komplen memgapa dia diwujudkan sebagai pengemis? Mengapa bukan peguam atau usahawan atau hero? Sememangnya dia juga punya keinginan ingin jadi seperti hero, peguam atau ustaz atau usahawan, tetapi ini semua hanya terpulang kepada ANDA, penulis novel!. Siapa dia yg nak persoalkan kehendak anda untuk mewujudkan dia sebagai watak pengemis? Dia sepatutnya berterimakasih kerana sekurang2nya diwujudkan sebagai pengemis dan bukan sebagai tempurung bekas duit yg digunakan oleh pengemis.

"Dah kau aku nak tulis sebagai pengemis, suka hati akulah sebagai penulis novel ini".
Sekurang2nya dia masih boleh juga menikmati makanan, beristeri dan lain2.

Ya, perbandingan ini sebenarnya utk kita manusia hamba ciptaan Allah. Siapa kita untuk mengeluh pada takdir dan ketentuanNya? Jika kita hari ini memang malang dan miskin, bersyukurlah kerana masih hidup dan masih ada ikhtiar boleh diusahakan bagi memperbaiki keadaan diri. Kehidupan didunia ini pula bukanlah seperti novel kerana kita diberikan kuasa memilih, akal dan ikhtiar serta senjata doa.

Moral of the story: Allah Maha Berkuasa melaksanakan apa yg DIA kehendaki, Allah Maha Berkuasa Memadam dan Menetapkan apa yg DIA kehendaki tanpa dipengaruhi oleh sesiapa. Kita wajib belajar untuk BERSANGKABAIK, Redha, Sabar, dan Bersyukur. Mengeluh adalah tindakan tidak bijak. Wallahuaklam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]