Ahad, 29 November 2015

Kena Redha walaupun pahit..,



Katakanlah anda seorang penulis novel. Anda sedang hasilkan sebuah novel cinta atau apa punlah. Maka dalam novel tulisan anda itu tentu ada watak hero, heroin, ibu, bapa, boss, pengampu, peguam, usahawan, ustaz, malahan mungkin ada watak tukang sapu dan pengemis. Semua watak2 ini anda wujudkan bagi melengkapkan sebuah penceritaan. Dan mungkin hero adalah watak tunjang dalam novel tersebut, atau mungkin watak peguam adalah watak tunjang. Dan watak2 sperti pengemis dan tukang sapu adalah sekadar watak picisan.

TETAPI apakah pengemis itu berhak untuk mengeluh dan komplen memgapa dia diwujudkan sebagai pengemis? Mengapa bukan peguam atau usahawan atau hero? Sememangnya dia juga punya keinginan ingin jadi seperti hero, peguam atau ustaz atau usahawan, tetapi ini semua hanya terpulang kepada ANDA, penulis novel!. Siapa dia yg nak persoalkan kehendak anda untuk mewujudkan dia sebagai watak pengemis? Dia sepatutnya berterimakasih kerana sekurang2nya diwujudkan sebagai pengemis dan bukan sebagai tempurung bekas duit yg digunakan oleh pengemis.

"Dah kau aku nak tulis sebagai pengemis, suka hati akulah sebagai penulis novel ini".
Sekurang2nya dia masih boleh juga menikmati makanan, beristeri dan lain2.

Ya, perbandingan ini sebenarnya utk kita manusia hamba ciptaan Allah. Siapa kita untuk mengeluh pada takdir dan ketentuanNya? Jika kita hari ini memang malang dan miskin, bersyukurlah kerana masih hidup dan masih ada ikhtiar boleh diusahakan bagi memperbaiki keadaan diri. Kehidupan didunia ini pula bukanlah seperti novel kerana kita diberikan kuasa memilih, akal dan ikhtiar serta senjata doa.

Moral of the story: Allah Maha Berkuasa melaksanakan apa yg DIA kehendaki, Allah Maha Berkuasa Memadam dan Menetapkan apa yg DIA kehendaki tanpa dipengaruhi oleh sesiapa. Kita wajib belajar untuk BERSANGKABAIK, Redha, Sabar, dan Bersyukur. Mengeluh adalah tindakan tidak bijak. Wallahuaklam.

Sabtu, 21 November 2015

Tahun Ke- 6

Assalamualaikum,

Terimakasih kepada pembaca dan pengunjung yang masih setia melawat blog ini.
Diam tak diam, pada hari ini 21 Nov 2015, telah masuk tahun ke - 6 saya "berblogging".

Dan dalam tahun ini,  selain daripada perkongsian tentang Islamic Law Of Attraction dan juga info-info tentang rawatan OCD, blog ini telah juga memberikan perkongsian tentang Anxiety Disorder (Kerisauan Melampau) bersama penulis jemputan blog ini iaitu Ms VirginRose VR yang terkenal dengan siri-siri Anxiety and I.



Saya berharap semoga segala perkongsian yang diterbitkan didalam blog ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat dan manfaat kepada pembaca. Kami juga mengalu-alukan sebarang komen dan kritikan membina bagi tujuan penambahbaikan dalam penulisan.

Saya berdoa semuga semua yang mengunjungi blog ini sentiasa berada didalam perlindungan dan keredhaan Allah SWT. Dikesempatan ini juga, saya ingin menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf diatas bsegala kesalahan, kesilapan dan juga kekhilafan saya samada dari segi perbuatan atau  tuturkata yang menyinggung perasaan anda.

Salam positif dari saya,

ARJUNASETIA



Rabu, 11 November 2015

Seminar Anda Mampu Merawat Diri Anda

Syukur ke hadrat Allah SWT, seminar Anda Mampu Merawat Diri Anda pada 7 Nov lalu berlangsung dengan jayanya. Seramai hampir 40 orang peserta telah menyertai seminar ini yang padat dengan pengisian tentang OCD, Anxiety Disorder dari sudut klinikal, pandangan islam serta langkah cadangan merawat diri. Segmen 1 yg merupakan forum dan sesi soaljawab telah dijayakan oleh panel jemputan khas, sdri Virgin Rose VR dan Ustaz Shazwan.

 Segmen 2 pula menerangkan tentang kaedah Hukum Daya Tarikan oleh admin, manakala slot I Love Myself telah disempurnakan oleh VirginRose VR. Respon para peserta amat positif dan menggalakkan, dan dalam slot terakhir iaitu Kaji Selidik, rata-rata peserta menyatakan mereka amat berpuashati dan kini mempunyai semangat dan keyakinan bahawa mereka boleh sembuh dan pulih dgn izin Allah. Ramai juga yang meminta agar seminar seumpama ini diadakan lagi dimasa akan datang. Inshaa Allah, pihak admin sedang mengusahakannnya, dan bukan hanya di Lembah Kelang, tetapi juga dinegeri-negeri lain di Malaysia. 

Pihak admin mengucapkan jutaan terimakasih pada para peserta yg sudi dan sanggup hadir walaupun ada yang datang dari jauh, dan juga kepada panel jemputan khas yang telah menyampaikan serta berkongsi segala ilmu dan pengalaman mereka dengan amat berkesan sekali.

















Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]