Rabu, 21 Oktober 2015

Tapak Tangan Basah Sentiasa


Siapa yg kerap berpeluh tapak tangan sebegini?


Inilah yg dinamakan Hiperhidrosis

Hiperhidrosis? Ada yang tak pernah dengar kan?

Sebenarnya, hiperhidrosis juga dikenali sebagai PELUH berlebihan. Ramai yang tak tahu sebenarnya ia adalah satu penyakit.

Saya sendiri memiliki hiperhidrosis. Semasa kecil dulu, ibubapa memberitahu saya ianya adalah sebab cemas atau takut. Memang kita akan berpeluh bila takut atau gementar Tapi bagi penghidap penyakit ini, peluh yang terhasil adalah berlebihan dari biasa. Walaupun hiperhidrosis tidak berbahaya tetapi ia memberi impak psikologi. Mereka mudah mengalami tekanan kerana malu untuk bersosial dan lebih suka menyendiri.

Paling membuatkan saya tertekan apabila rakan menghulurkan tangan utk bersalam. Biasanya pasti mereka akan menunjukkan muka jijik bila mendapati tangan mereka basah setelah bersalam.

Ianya juga berlaku walaupun dalam bilik berhawa dingin yg sejuk, dan peluh yg keluar ketika itu pula akan sesejuk ais! Dan tak hairanlah jika saya memang tidak tahan melampaui batas dgn air cond dan juga bila pergi ke negara2 yg mengalami musim winters.

Juga ketika zaman sekolah, terutama ketika peperiksaan, pasti kertas jawapan akan basah lencun akibat hiperhidrosis hingga saya melapik dgn sapu tangan atau tisu.
Paling kerap berlaku apabila menunggu nombor giliran dibank, pejabat pos atau seumpamanya, menanti saat wisel ditiup ketika acara balapan.

Agak membahayakan ketika menunggang motorsikal kerana kegagalan memulas minyak akibat peluh membuatkan handle menjadi licin, juga membabitkan stereng dan gear kereta tidak bergerak akibat licin kerana lenjun dgn peluh. (Ini adalah pengalaman saya sendiri)

Hiperhidrosis boleh berlaku kepada sesiapa sahaja sama ada lelaki ataupun perempuan, tidak kira tua atau muda. Jika tidak dirawat, ia akan kekal seumur hidup. Bahaya juga kan pada kesan mental.

Puncanya?

Punca hiperhidrosis terbahagi kepada iaitu sebab yang tidak diketahui (primer) dan juga disebabkan penyakit seperti kencing manis, batuk kering, berat badan berlebihan, ibu hamil dan warga tua. Namun punca utama tidak dapat dikenalpasti. Kajian awal didapati disebabkan kalenjar peluh. Kebiasaannya menyerang di tapak tangan dan kaki. Aktiviti saraf simpatetik keterlaluan memberi rangsangan kepada kalenjar peluh yang normal. Hiperhidrosis juga boleh diwarisi.

Biasanya hiperhidrosis berlaku pada empat bahagian utama tubuh iaitu:
- muka
- tapak tangan
- kaki
- ketiak

Kesan Hiperhidrosis

- Kurang keyakinan diri
- Mengalami tekanan
- Masalah dalam hubungan intim

Rawatan

- Ubat anti peluh (ada kesan sampingan)
- Ubat makan yang mengandungi anti kolinergik (ada kesan sampingan)
- Suntikan Botox atau Botulinum
- Kaedah pengionan
- Pembedahan endoskopi torasik simpatektomi (ETS)

Artikel disesuaikan dari yg asal dari internet.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]