Sabtu, 3 Oktober 2015

Anxiety and I (Aku dan Kerisauan Melampau) Episod 5

Anxiety and I Episod 5

By: VirginRose VR

JATUH CINTA DENGAN MR. ANXIETY


Baiklah! Kali ni cerita bab percintaan dengan Mr. Anxiety plak...dulu dah kenal kan..so sekarang jom kita bercinta. Semakin lama aku yakin bahawa aku sudah semakin mengenali Mr. Anxiety dan membenarkan ia datang dalam hidup aku tak kira masa dan tempat. Aku melalui semua aktiviti harian aku bersama Anxiety dengan hati terbuka, terima dan rela. Tiada lagi benci. Tiada elak lagi. Tapi persoalannya, macamane aku hidup dengan Anxiety?? Meh aku jelaskan satu-persatu cara aku overcome dengan Anxiety dengan mengklasifikasikannya mengikut pecahan aktiviti harian.

1. MAKAN DAN MINUM

Soalan lazim yang sering orang tanya aku, apa makanan dan minuman pantang untuk elak dari kena Panic Attack/ Anxiety? Macamane aku jaga pantang makan bila kena Anxiety Disorder ni? Jawapan aku TIADA PANTANG!

Selagi korang makan ikut portion yang dibenarkan mengikut piramid nutrisi makanan yang telah sepakat dipersetujui oleh pakar-pakar pemakanan sedunia ni (pergghhh dah macam iklan susu bayi) maka dengan izin Tuhan semuanya akan baik-baik aja.


Dan dalam setiap perbuatan kita pun, bersederhanalah. Nak makan roti pun sederhana. Nak makan nasi pun sederhana. Nak ambil apa-apa ubat atau supplement pun sederhana. Eh tapi bila cerita bab supplement ni la kan, aku terus terang la...masa aku kena Anxiety dulu aku memang tak ambil apa-apa supplement pun. Aku makan supplement pun sejak aku dah sembuh Anxiety tu pun selalu terlupa nak makan kihkih.

Aku bukan tak galakkan korang amek supplement. Tapi kalau korang amek supplement semata-mata nak bagi Anxiety korang sembuh lupakan je la. Korang kena ubah niat tu. Ambillah supplement tu dengan niat MAHU SENTIASA SIHAT DAN BERTENAGA. Tapi BUKAN dengan tujuan nak HALAU SIMTOM. Sebab kalau korang makan 10 botol supplement tapi simtom masih tetap ada korang pasti akan tertekan/stress. Bukankah aku sudah kata dari awal lagi.....usah bebankan minda lagi. Usah stress kan diri lagi.


Dan dalam merawat Anxiety pun telah banyak kali aku ingatkan, bahawa USAH KAWAL USAH ELAK. Apa pun yang korang nak makan selagi korang tahu yang makanan tu sihat dan baik untuk badan maka makan saja. JANGAN ELAK.



Tapi Vr, bagaimana dengan junk food? Coca-cola? Chocolate? Megi? Boleh tak makan/minum?

Cuba cek semula dalam piramid nutrisi makanan tu. Ada tak jenis-jenis makanan/minuman itu tersenarai? Kalau tidak ada maka ia tidak baik untuk kesihatan badan.

TETAPI......

Tak salah kalau sesekali nak rasa. Rasa je la....Nikmati la......cumanya bersederhana. Sekali sekala. Buat rasa-rasa tekak. Kang kempunan pulak kang tak dapat nak nikmati makanan yang amat sedap tersebut. Maka makan je buat-buat rasa.


Sama jugaklah macam aku, untuk mengenalpasti samada sesetengah makanan/minuman tu sesuai dengan aku ke tidak, aku cuba ingat kembali waktu aku normal dulu. Apa makanan yang aku boleh makan? Maka itu jugalah makanan/minuman yang masih tetap aku ambil. Aku taknak elak dan taknak limitkan minda aku. Kalau kena attack, aku bersedia dan aku welcoming those symptoms.

Contoh:

kalau dari dulu korang rasa korang alergic dengan pisang (walaupun pisang tu dikatakan makanan yang baik untuk kurangkan Anxiety) maka usahla makan. Kenapa nak seksa diri semata-mata nak sembuh dari Anxiety? Kang penyakit lain plak yang datang. Nanti stress perkara lain pula.

Maka, ubah lah corak pemikiran kita, selagi makanan itu tidak memudaratkan tubuh badan korang dan memang korang tahu ia baik untuk kesihatan maka makan dan minumlah. Selagi korang tidak ada masalah dalam perut maka makanlah secara sederhana mengikut nutrisi badan yang diperlukan. Ingat, lain orang lain tindakbalas makanan/minuman pada tubuh badannya. Jadi hanya diri korang sahaja yang tahu makanan/minuman apa yang sesuai. Walau bagaimanapun, aku terpaksa akui bahawa individu seperti aku yang mempunyai masalah dalam perut (Gastrik/GERD) sememangnya perlu untuk berpantang cara makan.

Cara-cara aku adalah:

WAJIB SARAPAN

MAKAN IKUT MASA -PAGI, TENGAHARI, MALAM

MAKAN DALAM PORTION/KUANTITI YANG SEDIKIT TAPI KERAP

ELAK MAKAN YANG PEDAS/MASAM-MASAM/BERANGIN



Ini memang terpaksa la aku amalkan sebabnya aku ada masalah gastik dan gerd. Jadi terpaksa ada istilah ‘elak’. Tapi, sebagai manusia biasa tentu ada masanya aku tak dapat nak elak kan. Makanya, bila dah ‘mendapat’ tu usah susah hati, pegi je la klinik amek ubat atau sapu minyak angin kat perut! Kih kih kih. Yang penting, jangan sampai tak merasa langsung. Itu semua nikmat :) Dan secara kesimpulannya, nikmatilah makanan dan minuman yang sihat untuk tubuh badan kamu selagi ia tidak memudaratkan. Dan jika mahu menikmati lain-lain makanan idaman kamu maka nikmatilah secara sederhana. Jika diserang panic attack/gastrik/gerd jangan risau.... kita REDHA je...hihihi.


2. TIDUR

Bagaimana cara aku menghadapi masalah kesukaran tidur?


Caranya adalah....aku dapat tidur ke tak dapat tidur ke aku LET IT BE! Memang aku akui, bila tak cukup tido serangan migrain aku makin menjadi-jadi. Mood aku swing. Aku rasa macam aku dah giler. Aku diagnos diri aku sendiri sebagai insomnia la bla bla. Tiap kali aku baring nak lelapkan mata jantung aku akan jadi laju. Dup dup dup dup! Aku dapat rasa macam nak terkeluar. Aku cek nadi aku, aku nak pastikan nadi aku normal. Tapi bila aku kira nampak macam normal la. Tapi aku pelik kenapa aku rasa laju sampaikan aku boleh dengar bunyi jantung tu.

Tiap kali nak baring tidur tu jugaklah badan aku akan jadi menggigil-gigil. Macam rasa bergoncang. Hati jadi tak sedap je. Nafas jangan cakaplah. Memang semput je memanjang. Tiap kali mata aku terlelap je nanti aku macam rasa darah naik ke atas. Berdezuuppp! Sampai buatkan aku terjaga semula. Tak sampai seminit dua aku terlelap mesti akan berlaku macamtu. Nanti aku sambung semula tidur...tapi tetap juga aku rasa tiba-tiba tengah tido tu badan aku meremang dan zuuupppppp!!! Aku tersentak bangun. Jantung aku lagi makin laju. Kaki aku jangan cakap la, tiba-tiba jadi erat susah nak angkat.

Mimpi pun usah cerita la. Pelbagai mimpi meraban penah aku mimpi. Korang sebut la mimpi apa? Mimpi dikafankan? Mimpi naik van jenazah? Mimpi masuk dalam kubur? Mimpi lemas? Mimpi aku dipanggil arwah suami aku? Mimpi aku jalan berpimpin tangan dengan arwah suami aku? Mimpi wajah-wajah orang yang dah meninggal tunggu depan pintu rumah? Mimpi aku jadi gila? Mimpi ruh aku naik kelangit? Perghhhhhhhh tu semua aku dah alami. Berbulan juga aku alami keadaan macamtu.


Waktu tu memang aku rasa jiwa aku sangat tak tenang. Aku gelisah setiap masa. Memang rasa macam taknak tidur. Sebab bila tidur je aku akan mimpi bukan-bukan. Tapi dalam masa yang sama aku mendesak diri aku untuk tidur normal. Sebab kalau aku tak dapat tidur lena
aku tak puas hati dengan diri sendiri. Aku akan meratap nasib “kenapa orang lain boleh tidur? Kenapa aku tak boleh tidur?? Apa jadi dengan aku ni? Kenapa dengan aku??” Memang saat tu aku terlalu mendesak diri aku untuk tidur. Aku akan sentiasa cari jalan supaya aku dapat tidur. Tapi hakikatnya, tak kemana pun cara tu. Malah tanpa aku sedari aku semakin menekan diri aku. Aku semakin beri beban pada minda aku. Aku kekalkan diri aku dalam cycle of Anxiety rupanya.

Maka, setelah aku sedari cara tu salah, aku pun nekad. Kali ni kalau aku dapat tidur ke tak dapat tidur ke aku dah malas nak peduli. Kali ni kalau aku dapat mimpi bukan-bukan pun aku dah tak peduli. Aku baiki corak pemikiran aku terhadap mimpi. Aku ingatkan diri aku, bahawa aku ini dalam kegelisahan. Dan tidak mustahil sepanjang aku ada Anxiety ni mimpi-mimpi aku akan jadi mengarut dan tak normal macam orang lain. Aku juga taknak percayakan pada mimpi sebab aku cakap kat diri aku, aku bukan Nabi Yusof yang ada kelebihan mentafsir mimpi. Tafsiran-tafsiran mimpi yang aku baca kat internet tu juga ada yang kata begitu ada yang kata begini. Jadi, jika tafsiran itu pun boleh berubah-ubah makauntuk apa aku percaya pada mimpi.


Aku pujuk diri aku, aku tidak akan percayakan mimpi selain dari mempercayai dan meyakini Qada dan Qadar Tuhan. Mimpi juga ‘makhluk’ Tuhan maka untuk apa aku tunduk pada mimpi. Dan melalui pembacaan aku mengenai mimpi dari sudut pandangan sains, mimpi adalah rekod atau imaginasi perkara-perkara yang berlaku dibawah minda sedar kita.

Sekiranya ada perkara yang kita tidak mahu ia berlaku, tidak mengharap ia berlaku, atau yang kita elak dari belaku-kesemua itu akan tersimpan dalam memori minda sedar. Dan memori minda bawah sedar itulah yang akan mempamerkan cerita-cerita kita itu di dalam gambaran mimpi. Jadi, amatlah tidak relevan jika aku mahu percaya pada mimpi. Bagus sangatkah aku sampai Tuhan anugerahkan aku untuk jadi pentafsir mimpi?

Mulai dari saat itu, aku tinggalkan terus habit aku ‘recall mimpi’. Jangan bohonglah! Sememangnya sudah jadi kebiasaan orang-orang Anxiety ni termasuklah aku, suka recall mimpi. Bila bangun dari tidur atau terkejut dari tidur kita akan berusaha untuk MENGINGAT
SEMULA MIMPI yang kita mimpikan sebelum tu. Adakah tadi aku ada mimpi mayat? Adakah aku ada ikut orang-orang yang dah meninggal? Adakah aku ada mimpi kubur? Adakah aku ada mimpi batu nesan? Bla bla bla. Kemudian lepastu jari laju pegi search ramalan mimpi! Ingat, untuk sembuh dari masalah sukar tidur - BERHENTI GOOGLE!

Sekali lagi aku ingatkan, mimpi itu juga mahluk Tuhan, maka jangan kita percaya selain dariNya. Lagipun, dalam rukun iman sudah termaktub Percaya Pada Qada dan Qadar. Jika Tuhan kata kun fayakun, jadi, maka jadilah. Bukan daya upaya kita untuk melawan rahsia Kerajaan Tuhan. Tetapi sebagai hambanya, mohonlah perlindungan dari Pencipta kita yang Maha Pengasih Penyayang agar diberi perlindungan dari bala bencana dan malapetaka. Bersangka baik pada Tuhan, yakinlah pada Doa yang diucapkan. Percaya pada Kasih Sayang Tuhan dan tawakal!

Selesai berbincang tentang mimpi kali ni aku ceritakan pengalaman aku menghadapi kesukaran tidur sepanjang menderita Anxiety. Sememangnya benda pertama yang aku buat adalah aku ubah presepsi dan corak pemikiran aku bahawa:

i. mimpi mainan tidur; DAN
ii. dapat tidur ke tak dapat tidur ke LET IT BE!

Sama jugak lah macam korang sebelum tidur baca-baca la sikit kan hehe...aku akan baca ayat 3 Qul, Al-Fatihah 7 kali dan ayat kursi 7 kali. Selepas baca tu usap muka ke badan sampailah ke kaki 3 kali pastu baring semula. Tapi, kalau korang buat macamni la..aku percaya tak sempat habis ayat kursi 7 kali korang dah tertidor pastu bacaan korang ntah merapu menda-menda ntah! Dah kalau jadi macam tu korang tidur je la....kikikiki.

Tapi, andaikata korang berjaya habiskan kesemua bacaan tu dengan sempurna, maka baring dan tutup la mata untuk tidur. Saat tu kosongkan minda dan penuhkan hati dengan zikir yang ikut suka hati korang la nak zikir apapun....niatkan dalam hati yang korang nak berzikir ni...jangan niat zikir tu sebab nak dapat tidur. Sebab nanti kalau tak dapat tidur walaupun zikir korang dah berbakul-bakul nanti korang stress pulak kalau masih tak dapat tidur. Maka berhati-hati dengan niat. Zikirlah dengan niat yang baik dan dengan rendah diri.


Sekiranya dalam masa setengah jam korang masih tak dapat tidur, bangun dari katil dan pergilah minum air kosong. Bacalah buku apa-apa yang bermanfaat (cari ilmu tu lebih baik dari korang stress kan diri sebab tak dapat tidur). Tapi kalau jenis memang yang tak suka membaca, pegila tengok TV ke layan movie yang best-best kat ASTRO tu lepastu kalau dah rasa nak tido korang tido je. Semua kaedah ini aku amalkan dulu adalah supaya aku tidak lagi membebankan otak aku untuk tido. Aku dah taknak desak minda. Taknak desak badan untuk tido. Sebab diakhir-akhirnya nanti aku sendiri jugak yang stress. So, waktu tu...kalau aku dapat tido ke tak dapat tido ke aku let it be. Bila aku rasa nak terlelap then aku terus tido. Walaupun waktu tu dah nak hampir subuh.

Ingat, segala pertambahan amalan / ibadah yang korang lakukan jangan diniatkan untuk sembuh dari Anxiety. Buatlah ia dengan ikhlas hati untuk mendapat keredhaan Tuhan dan merasai cintaNya.



SAMBUNGAN DI SINI



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]