Selasa, 20 Oktober 2015

Anxiety and I (Aku dan Kerisauan Melampau) Episod 9 (AKHIR)


Anxiety and I Episod Terakhir

By: VirginRose VR


LIFE MUST GO ON!

Ketahuilah sahabat-sahabatku sekalian alam,

Kesemua proses itu aku lalui saat arwah suami aku masih berada di sisi aku dan sehinggalah dia sudah tiada. Aku teruskan hidup dengan bertemankan Anxiety. Sememangnya kaedah pertama aku iaitu dengan BERHENTI GOOGLE! memberi kesan yang besar dalam hidup aku sepanjang melalui proses kesembuhan Anxiety. Minda aku sudah mulai tersusun.


Sepanjang melalui proses kesembuhan aku dah mula rasa TAK TAKUT kalau aku diserang panic. Aku sendiri yang berani menjemputnya datang. Aku selalu bercakap-cakap dengan Anxiety, kalau rasa nak datang silakan. Aku jemput kau. Silakan buat apa yang engkau mahu buat.

Tunjukkan kekuatan kau. Kalau kau nak buat aku sampai pengsan, mari buat aku sampai tak sedar. Kalau nak buat aku sampai mati, mari buat aku sampai mati. Aku dah sedia. Ajal aku ditangan Tuhan bukan ditangan Anxiety. Dan tak pernah setakat hari ni aku dengar orang meninggal dunia dan dalam sijil kematiannya - Sebab Kematian : Anxiety Disorder! Oh! Memang tak wujud. Jadi, aku tak mahu nak melayan otak-otak kreatif aku lagi. Aku replace minda negatif aku dengan minda positif yang logik. Bila, otak aku kata: Alaa...memangla sijil tak tulis mati sebab Anxiety, tapi orang tu mati sebab sesak nafas, ntah-ntah punca nya Anxiety.

Dan otak aku yang paling dalam akan memujuk: Kalau pun mati sebab sesak nafas, terima je la...apa la daya aku. Nyawa aku milik Dia. Lepaskan segalanya. Cara ni memang menakutkan. Aku seolah-olah berserah diri. Menyatakan kesediaan aku untuk mati. Tetapi aku tetap beri penyerahan itu, dan memang kesannya SANGAT BESAR.

MENERIMA TAKDIR itu adalah besar kesannya dari kita MELETAK HARAPAN.

Percaya pada takdir.
Jika memang kita akan mati, maka matilah! Terima takdir.
Tapi jika kita meletak harapan supaya umur kita dipanjangkan lagi dan dapat hidup lebih lama lagi maka kita tak akan pergi kemana. Kita masih tetap kekal dalam cycle of Anxiety. Dan hari demi hari minda kita makin resah. Hati kita makin tak keruan.


Kenapa dengan aku ni? Sampai bila aku harus rasa takut? Kenapa aku sentiasa fikirkan tentang mati? Kenapa aku takut untuk mati? Aku buat sebarang perkara semuanya membawa aku pada perkataan mati. Aku buat apapun semuanya aku rasakan yang aku sedang buang tebiat! Ya Tuhan! Aku taknak mati. Aku tak sedia lagi. Aku takut nak mati. Aku banyak dosa lagi. Aku nak buat amal ibadah lagi. Aku nak itu aku nak ini. Aku nak semua.

Sudah-sudahlah meminta itu dan ini. Setiap detik nafas yang Tuhan beri pada kita walaupun sekarang tidak lagi selesa itu lah sebenarnya bukti kasih sayang Dia. Dan Dia dah beri nikmat yang besar itu, maka mahu apa lagi kita? Berserah dirilah. Terima lah ujian ini.

Wahai sahabat-sahabatku sekalian,
Dan apabila nanti engkau telah mencapai kesembuhan yang engkau inginkan (dalam definisi kesembuhan engkau sendiri) jangan lupa untuk bantu orang lain yang pernah menderita seperti kamu. Jangan takut sekiranya Anxiety kamu berulang kerana di saat aku memulakan langkah membantu orang dulu juga aku masih belum sepenuhnya sembuh.

Tetapi disebabkan aku telah mula nampak sedikit hasil maka aku beranikan diri untuk bantu kawan-kawan yang memerlukan. Dan walau sekarang aku telah sembuh, bohonglah jika sesekali minda aku tidak mengusik untuk terjun semula dalam cycle of Anxiety. Pasti akan ada.

Bisikan syaitan itu melalui pelbagai cara bukan. Maka, aku juga yang telah sembuh ini sesekali masih terdetik persoalan-persoalan:

“Eh, aku tak takut ke buat write up ni. Macam sudah buang tebiat. Adakah ini write- up terakhir yang mana selepas ini aku akan mati?”

“Eh, kenapa aku baik sangat dengan budak ni? Adakah aku buang tebiat?”

“Eh, kenapa aku tetiba risau anak aku kat sekolah ni? Rasa kecut perut plak tetiba? Ada something ke?”

“Ish, kenapa mood aku down beberapa hari ni? Aku nak kena Anxiety semula ke?”

“Lahaaaii.....kenapa la lately perut aku meragam? Asyik kembung je? Rasa tak selesa je ni? Aku dah ada kanser ke?”

“Ya Tuhan, kenapa aku rasa takde semangat nak kerja sepanjang bulan ni? Aku bangun tido lemau dan rasa malas nak buat kerja di pejabat?”

“Kenapa rasa kebas tangan ek? Nak kena balek ke simtom Panic Attack ni?”

“Ish...aku ni sembang kencang-kencang tolong orang Anxiety sana sini, sekali akan datang rupanya Anxiety aku relapse dan lagi teruk dari mereka macamne??”



Nampak tak? Soalan-soalan macamtu bukannya langsung tak wujud sepanjang aku dah sembuh ni. Tetap wujud. Walau aku dah normal tapi tetap wujud. Kenapa? Sebab itu adalah perkara normal yang SEMUA MANUSIA alami. Fikiran-fikiran negatif tu dialami sesiapa sahaja. Tetapi aku dah tak jadikan ia sebagai tajuk utama hidup dan aku kekalkan attitude WHATEVER!!! Bila datang je persolan bangang macamtu, aku tak benarkan diri aku untuk duduk dalam keadaan kerisauan dan kebimbangan yang merapu tu terlalu lama. Segala keresahan hati aku pulangkan semula pada ketentuan Pencipta aku.

Wahai sahabat-sahabat ku sekalian alam,
Kita juga selalu minta untuk sembuh dan mahu halau semua simtom. Tetapi adakah kita dah memulakan langkah untuk sembuh?

Adakah kita dah nekad untuk tidak lagi google simtom?
Adakah kita dah mula nak mengenali apa itu Anxiety Disorder?
Adakah kita dah bersedia untuk ubah sikap negatif kita kepada positif?
Adakah kita dah bersedia untuk runtuhkan ego dan bersujud depan Pencipta kita?
Adakah kita masih degil untuk bertaubat?
Adakah kita masih tak mahu berbuat kebaikan?
Adakah kita masih benci untuk berkasih sayang sesama manusia?
Adakah kita masih mahu memilih ketakutan berbanding cinta?
Adakah kita berkeras untuk duduk meratap nasib dari bangkit mencari kelebihan diri?
Adakah kita masih tak berminat untuk merasai nikmat yang Tuhan bentangkan dihadapan kita?
Adakah kita masih nak desak orang sekeliling untuk faham kita?
Adakah kita dah mula mahu menerima dan mencintai simtom?
Adakah kita redha bahawa pada diri kita sudah tidak normal seperti dulu?
Adakah kita dah sedia untuk berhadapan dengan semua ketakutan?
Adakah kita masih nak memandang semua perkara itu negatif?
Adakah kita masih taknak ubah diet pemakanan kita?
Adakah kita dah sedia untuk amalkan gaya hidup sihat?

Jika kita dah bersedia fizikal mental maka tetap teruslah menjalani hidup dengan baik dan usahlah beri tumpuan pada tubuh badan kita sahaja. Apapun benda yang tak best berlaku pada tubuh, ingatlah, selagi kita bole berak kencing, makan minum macam biasa maka kita tak sakit.

Kita sihat dan akan tetap terus berfikiran positif. Dan soal ajal, usahlah dibenakkan otak dengan perkara yang menjadi rahsia Sang Pencipta kita. Jangan buat kerja Tuhan! Jangan pandai-pandai buat ramalan. Jangan pandai-pandai mengaitkan soal ajal dengan suatu apapun

(cth: mimpi/ tanda-tanda kematian/ petanda bunyi gagak dan lain-lain mak nenek yang merepek)

Bila kita percaya dan bergantung harap pada sesuatu yang lain selain dari Nya maka kita mungkin boleh terjatuh dalam syirik halus. Maka berhati-hatilah terhadap kepercayaan kamu pada sebarang tanda-tanda kematian.

BILA HATI TIDAK TENANG ADA SESUATU YANG PERLU KITA UBAH.

Berbuatlah baik sesama manusia.....
Sejahteralah hendaknya.
Kepada sahabat-sahabatku sekalian alam,
Terima kasih kerana sudi membaca write-up kehidupan aku menjalani hidup sebagai penderita Anxiety Disorder. Walau korang dah masuk tahap depression atau skizofernia atau apa-apapun masalah mental sentiasa JANGAN PUTUS RAHMAT dari TUHAN.

Selalu juga aku sebutkan, kesembuhan itu subjektif:

*Ada yang masih mengalami simtom AD (tidak kerap) dan mampu menjalani kehidupan normal tetapi mengaku telah sembuh. ITU BENAR.

*Ada yang tidak lagi mengalami simtom AD dan mampu menjalani kehidupan normal dan mengaku telah sembuh. ITU JUGA BENAR.

*Ada yang telah mengalami simtom AD selama 40 tahun dan mampu menjalani kehidupan normal tetapi mengaku belum sembuh. ITU BENAR.

*Ada yang telah mengalami simtom AD selama 40 tahun dan kurang mampu menjalani kehidupan normal tetapi mengaku belum sembuh. ITU JUGA BENAR.


Jadi, walau apapun pengakuan mereka, kesembuhan itu terletak pada diri kamu dan
presepsi kamu sendiri.

Harapan aku semoga write-up ini beri manfaat dan beri panduan pada sesiapa yang sedang mengalaminya. Aku juga amat menggalakkan korang untuk terus membantu kawan-kawan yang masih mencari-cari apa itu Anxiety Disorder. Bila korang permudahkan kehidupan orang lain, Tuhan akan permudahkan kehidupan korang. Bantu membantu dan berbuat baiklah!

Terima kasih sekali lagi, jika material ini amat bermanfaat mohon jangan disimpan. Kongsikan pada penderita lain. Jika korang nak kata ini hak cipta korang, silakan. Nak mengaku ini hasil kerja korang, silakan. Walau bagaimanapun, aku tegaskan di sini bahawa write up ini bukan untuk dijual. Tidak aku benarkan sesiapa mengambil keuntungan. Kerana aku tidak berurus niaga dengan penderitaan manusia.

Salam sejahtera untuk semua.
Virgin Rose Vr 2015


~Semoga siri Anxiety And I ini dapat memberikan Inspirasi dan Motivasi kepada insan-insan yang senasib, agar berani untuk keluar dari kepompong penderitaan mereka...
arjunasetia


TAMAT


24 ulasan:

  1. Aq mengharapkan episod citer nihh mcm cter sinetron...tp smpi episod 9 je...so sedih..😭😭😭😭

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuhu apa pun terima kasih kerana sudi menghabiskan pembacaan kisah ini dan semoga dapat memberi manfaat walau sedikit..

      Padam
  2. Terima kasih kerana memberi sinar baru dalam kehidupan sy.. memberi harapan dan semangat... anxiety dtg dan pergi sejak september 2012...dan sy telah banyak menyusahkan org lain termasuk suami, ibudan ayah sy serta keluarga mentua... bnayk rawatan telah sy jalani..moden dan alternatif... akhirnya pakar phys jugak sy di rujuk... seronok membaca krn semangat ingin sembuh... insyaAllah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah jika yakin pada diri sendiri dan kuasa Tuhan semua boleh capai kesembuhan :)

      Padam
    2. Terima kasih sekali lagi untuk artikel ini. Saya letakkan blog ini di bookmarks komputer saya dan setiap hari saya membacanya untuk mengingatkan diri sendiri supaya tidak putus asa dengan ketakutan ini....

      Padam
    3. Amat terharu dgn inisiatif yg anda lakukan. Saya berdoa semuga anda dipermudahkan atas segala urusan dan semoga berjaya pulih dan sembuh dlm masa terdekat ini. Inshaa Allah.

      Padam
  3. Saya terkene anxiety untuk kali kedua. Kali pertama pulih dgn sendiri, tapi yang kedua ni agak payah, hendak bagitahu mak dgn ayah takut mereka tidak percaya. Saya baru menginjak 18, banyak saya fikir. Mahu pergi jumpa doktor sendiri tiada duit. Harap dapat memberi cadangan.

    BalasPadam
  4. Sy anxiety..bnyk fkran negatif brmain kt fkiran..bdn brdnyut sy dh tkot,skt dada,sesak nafas.mcm ada bnda trsekat kat tekak.doc syak mmg sy anxiety..bln dpn mgkn apoiment dgn pkar psikiatri kranye sy bebas dr tiroid..dah puas brubt kg tp x ok lg.pd pndpt sis membntu ke kalo sy jmpa pkar psikiatri?email sy fidanapseh@gmail.com

    BalasPadam
  5. Fida dan Unknown,


    Utk makluman rawatan anxiety boleh melalui rawatan perubatan moden (ubatan/doktor) atau rawatan alternatif (cara semulajadi tnpa ubat/rawatan Islam etc).

    Apapun kaedah rawatan, ia perlu bergantung pada keperluan tubuh badan kamu sdiri trhadap rawatan tersebut. Jika kamu yakin dgn izin Tuhan ubat itumampu sembuhkan kamu maka letakkn keyakinan pada ubat tersebut. Tapi jika tubuh kamu memberitahu bahawa kamu tidak perlukan ubat dan memadai rawatan semulajadi seperti yang dikongsi dalam entry ini maka tak perlu makan ubat.

    Pakar mensarankan ubatan jika dirasakan keadaan anxiety tersebt menggangu aktivti harian normal kamu. Tetapi jika kamu rasa kamu masih boleh menjalani hidup normal dan hanya sskali simtom tu menganggu maka saya berpendapat memadai kamu amalkan rawatan semulajadi tanpa ubatan.

    Dan semasa apoitmen doc tu juga kamu bole beritahu doc yg kamu memerlukan pengetahuan atau kaedah utk berhadapan dgn situasi anxiety sperti terapi dan belum mahukan ubatan. Beritahu itu pada doc dan ikut nasihat mereka.


    Apapun, cuba berkomunikasi dgn tubuh, jika rawatan smulajadi selesa dgn tubuhh kita maka teruskan. Jika ubatan yang lebih kita rasa selesa maka makan lah ubat. Yang penting adalah pilih satu kaedah rawatan yg benar2 dekat dgn diri dan selesa pada diri. Beri komitmen pada kaedah rawatan tersebt. Yakini keberkesanan rawatan yg dipilih serta BERSABAR. BERI MASA UTK TUBUH SEMBUH MENGIKUT KEPERLUAN MASA YANG IA PERLUKAN. JGN DESAK TUBUH UTK BUANG SIMTOM CEPAT2. perlu sabar dan beri masa.

    Wallahualam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pernah diberi ubat untuk axienty, tetapi ubat itu mengantuk dan saya tidak dapat menumpukan perhatian kepada keluarga dan pekerjaan. Perubatan islam pun saya dah cuba. Axienty, hidup memang kucar kacir dibuatnya, dalam mimpi pun boleh diserangnya. Tapi saya berfikir sampai bila saya nak hidup begini, ada hari saya tenang, ada hari macam ada tsunami melanda. Sehingga sekarang saya masih melawan ketakutan ini dengan fikiran sendiri, saya berfikir yang baik-baik. Tapi bila saya tewas, saya biarkan, saya akan menangis dan mengadu pada Allah. Saya tewas, saya bangkit, saya tewas, saya bangkit, itulah kehidupan saya. Saya tahu saya boleh melaluinya dengan bantuan Allah...

      Padam
    2. begitulah juga keadaan saya semasa saya menjalani proses pemulihan. ada turun naik. cuma pada pendapat saya, jangan kamu persoal lagi sampai bila hidup mcmni... kamu sebenarnya perlu menerima sepenuh hati kehidupan unik kamu ini. bercinta dan menerima keadaan kamu yang lain dari org normal. kamu perlu redha. berlapang dada menerima keadaan ini. bila jatuh then minta semula kekuatan pada Dia untuk kamu bangkit kembali.

      Redha dengan keadaan ini supaya kamu tidak menambahkan beban pada kehidupan lagi. supaya kamu tidak memberi tekanan pada fizikal dan mental lagi. beri masa sebanyak mungkin untuk badan kamu sembuh dengan sendiri. usah dipaksa2. usah disasar tempoh untuk sembuh. let it be.....

      Padam
  6. Mmg anxiety bdn akn bdnyut ke,ada ms kt lengan,peha,prut..menakutkn dnyutan tu dgn tanda kematian.sy try lwan,kdg2 kalah jgk dgn fkiran negatif.bdn sy jd plik sjak2 ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tiada dalil mahupun sumber yang sahih mengatakan bahawa tanda2 kematian itu adalah benar.

      Ingatlah, Tuhan itu sendiri menciptakn kita ini dengan satu cap jari yang eksklusif antara satu sama lain. jadi, kenapa tuhan berikan tanda yang sama pada kita semua bila nak mati nanti?? bukankah sepatutnya tanda2 mati tu juga eksklusif dan hanya kita dan Pencipta kita saja yang tahu??

      Usahlah percaya pada tanda2 100 hari kematian. itu adalah pengumpulan kisah2 dulu yang secara kebetulan sama. denyutan bukan tanda mati. org normal juga merasa denyutan di setiap inci tubuh. denyutan terjadi disebabkan penggunaan saraf secara melampau. apabila kita tertekan, saraf2 kita memerlukan tenaga yang banyak utk berhubung satu sama lain. apabila saraf overused, ia akan jadi kerap bergetar sehingga tak mahu berhenti. itu cuma mekanisma tubuh. dan bukanlah tanda2 kematian.

      Wallahualam

      Padam
  7. Assalamualaikum.. Terima kasih atas perkongsian.. Semoga kita semua semakin sembuh.. Sy d serang anxiety nie ketika dsedang patah kaki.. Sjak dr tuu nafas sy menjadi pendek dan tidak puas.. Itu yg mnggusar kan sy hingga sekarang.. Sy sllu brasa kn sy ad sakit jantung.. Sy jd stress dan murung.. Tidur juga selalu trganggu akibat sesk nafas.. Harap nya sy mampu sprti kak rose utk sihat.. :)

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah...syukur kehadrat ilahi kerana dipertemukan dgn artikel ni yg telah bnyak memberi semangat dan motivasi kearah berfikiran positif untuk hadapi AD ini..sy melalui keadaan ini bermula september 2015 sehingga sekarang..3bulan sy lalui semua ini bgaikn 3thn,betapa sukarnye dan takutnye prasaan sy alami spanjang tempoh ini.sy harap sy kuat seperti penulis..trima ksh bnyk2 kerana sudi kongsi ilmu yg sngt2 mmbantu..

    BalasPadam
  9. Terima kasih atas perkongsian ini saudari.sangat membantu penderita AD mcm sya ni.sekarang lebih bersemangat utk sembuh.

    BalasPadam
  10. Terima kasih atas perkongsian entry ni...Saya mula diserang AD ni pada Ogos2015...So bad happen to me!!!!Like wanna to DIE!!!Lalui semua ujian....Pagi kecemasan,ptg kecemasan dan malam pon ke kecemasan....Now Dah dirujuk pada PSIKITRI/PSIKOLOGI....dan skrg On ubat SETRALINE 50mg....Ade perubahan,kalo dulu AD dtg berkali2 dalam sehari...now skali dua dalam seminggu...Dah tiga bulan lebih xdpat masuk keje sbb takot nak naik flight/feri ke Langkawi....Malam ni terjumpa blog ni....ini adalah petunjuk dari Allah untuk saya...untuk bertambah lagi sembuh...In Shaa Allah....Starting from today,'SAY NO TO GOOGLE'!!!Dah naik muak dengan AD ni....amalkan gaya hidup WATEVER!!!!

    BalasPadam
  11. Terima kasih atas perkongsian entry ni...Saya mula diserang AD ni pada Ogos2015...So bad happen to me!!!!Like wanna to DIE!!!Lalui semua ujian....Pagi kecemasan,ptg kecemasan dan malam pon ke kecemasan....Now Dah dirujuk pada PSIKITRI/PSIKOLOGI....dan skrg On ubat SETRALINE 50mg....Ade perubahan,kalo dulu AD dtg berkali2 dalam sehari...now skali dua dalam seminggu...Dah tiga bulan lebih xdpat masuk keje sbb takot nak naik flight/feri ke Langkawi....Malam ni terjumpa blog ni....ini adalah petunjuk dari Allah untuk saya...untuk bertambah lagi sembuh...In Shaa Allah....Starting from today,'SAY NO TO GOOGLE'!!!Dah naik muak dengan AD ni....amalkan gaya hidup WATEVER!!!!

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah saya berjumpa blog yang semua kita bernasib yang sama. Saya mengalami anxiety disorder yang agak teruk sehingga tahap murung, semangat ke tahap sifar dan mungkin lebih teruk lagi. Ditambah dengan gangguan misteri. Mula terkena selepas memegang pelajar yang pengsan. Selepas itu, keadaan kesihatan amat teruk. Tiga kali hampir pengsan sewaktu mengajar. Menahan sakit sewaktu mengajar. Terdengar nama dipanggil sewaktu seorang diri. Hidung terbau bauan yang pelik pelik, kadangkala wangi, busuk, setanggi, kemenyan dan busuk persis bangkai. Tangan berdenyut2. Denyutan beralih alih seketika di kaki kemudian ke punggung muka, mulut dan merata seluruh badan. Bila doktor periksa darah, keadaan kesihatan tidak begitu teruk, tetapi ada simptom kemurungan plus gangguan. Berubat kampung dan tradisional Melayu serta rawatan syifa sudah menjangkau lebih 20 kali. Hampir2 mohon cuti tanpa gaji sebulan supaya dapat membuat rawatan sehingga sihat, namun majikan minta bertahan dengan ujian, saya diberi peluang untuk ambil cuti bila kesihatan teruk. Saya mengalaminya pada Januari 2014 sehingga kini Dis 2015, Alhamdulillah semakin kuat semangat, Alhamdulillah sudah boleh memandu kereta dan tidak begitu takut hendak ke mana-mana. Saya belum pulih sepenuhnya tetapi syukur ada perubahan positif dlm minda saya. Mudah2an saya dpt meneruskan kehidupan dengan minda yang positif. Terima kasih atas penulisan yang membina semangat. Rasa tak terasing bila ada rakan2 senasib.

    BalasPadam
  13. As salam..saudari VirginRose
    Blh x kalau sy nk minta no phone ..sy nk sgt hubungi seseorg yg ada pengalaman dgn penyakit ini..minta tlg sgt2 sbb sy dh x tahan..sy kena communicate dgn akak...blh email sy afifah2241@gmail.com atau wassap sy 013 5881502..terima kasih

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum kak..terima kasih sbb berkongsi pengalaman ttg anxiety ni.sy baru je terkena AD ni 5-6 bulan..makin lama makin teruk bnd yg dtg..mula2 dlu sesak nafas..skrg nk telan air liur pn ssh..mcm ad bnd mghalang..peritnya rasa mcm nk mati..smp kan nk tdo pn pkai baju seluar siap,kunci keta dkt sblh,pntu pagar biarkan buka sbb takut ble kna attack boleh trs kua pg klinik..trima kasih skali lg krana brkgsi pgalaman akak..moga bermanfaat pd sy dan juga semua yg mgalami AD ni..

    BalasPadam
  15. Saya ada anxiety disorder dah 5 bulan,makan tak lalu,neck stiff,pening,rasa nak muntah hati berdebar tina2,saya ada fear of cancer..mri brain,mri neck,ct scan brain,endoscope,ent,optic,full blood count,blood tumor,ultrasound brain..semua saya dah buat but semua normal,saya still fikir saya sakit,even gas dalam perut saya relate tu cancer gastritic and paling teruk saya GOOGLE.Saya jaga solat,saya baca Quran,saya suka dengar imam menk,sheikh hamzah punya talk about anxiety amd depression,wife saya terjejas pasal panoc saya,tapi dia very positive..siang malam saya doa,doctor pun sama,dia suruh saya buat teat ni test tu nak rule out,tapi ada satu time ni saya tak tahan,saya pergi hospital lain jumpa neuro lain,saya menangis dalam solat sebab saya fikir takda siapa lagi saya boleh mengadu,tapi Allah tolong saya masa saya tengah takut dekat bilik,tak sampai 5 minit wife saya balik,tenang kan saya,makna doa tu powerful,tuhan tolong kita tak sedar,message dia dari wife saya,saya before ni pergi hospital dalam masa 4 bulan almost 20 kali,sebab saya was2 and saya rasa lega if doctor kata takda apa2,ingat syaitan ni musuh terang kita,dia akan buat kita fikir kita tak sihat,buat kita ragu2,dia boleh serupa suara kita,and bisik dalam minda kita,dia companion kita sejak lahir,last2 saya pergi hospital lain jumpa neuro same time date yang saya betul2 menagis minta tolong Allah,rezeki saya jumpa
    Doctor tu,dia terus cakap awak ada anxiety disorder tapi dia nak saya satu test je,brain wave..brain wave result saya orang biasa 10 per sexond,saya dah 40 per sec sebab saya gelisah,anxiety..radar tu laju otak saya..so dia cakap dekat saya,panic ni is a penyakit where kita boleh control and akan hilang tapi with usaha,Allah ada cakap dekat kita,aku akan tolong hamba aku bila dia usaha,kita duduk sau tempat kita jangan bergerak kita doa makanan tu datang kat kita,makanan tu takkan datang sebab kita tak cuba nak gerak pun,kita doa Ya Allah my Rabb help me cure my anxiety tapi kita duduk tunggu dia attack..tapi Allah dah cakap maybe doa tolong kita ada doctors,ada profesionals,yang tau bidang dia..so doctor bagi saya xanax for 2 weeks,saya takut,saya tau effect dia..tapi dia advice dia doctor,biar dia treat saya,cuba dulu,jangan goolge,saya cuba ubat tu Allahmdulliah saya rasa mcm dulu balik,saya makan,saya kerja balik and saya rasa happy and bersyukur,Allah ada cakap sains pun kena ada and spritual pun kena ada,Kalau kita duduk kat gua,kita solat zikir tapi kita biar keluarga kita kat runahtak makantak minum,pun salah betul?Allah kata balance life ni..duaa,solat,taat and perintah..and usaha..saya usaha even orang kata saya bodoh buat test ke apa,tapi test yang saya dah membazir jadi pengajaran kat saya which saya syukur even buruk dtg dari Allah baik pun dari Allah,saya bersyukur Allah tolong saya jumpa doctor yang betul yang diagnosed saya,bukan doctor amik kesempatan buat test ni test tu dia dapar duit,tapi ubat kena ada perscribe by doctor,saya message ni saya nak tolong orang mcm saya dulu,saya tau rasa dia,rasa mcm nank mati,rasa mcm kita ada mcm2 sakit,rasa nak duduk dalam bilik and kawan dengan google,jangan,kita sorang syaitan banyak,kalau tak nak ubat kita lawan mind kita ckp ohh u devil,ur future is in hell,mine is jannah..tapi jumpa doctor juha sebabtuhan buat doctor untuk kita,tuhan buat ubat untuk kita,tapi kalau kita overused ubat,tu bukan slaah doctor tapi slaah kita,ikut apa doctor suruh,jangan google Insha Allah,Allah tolong kita,just kita je tak tau yg Allah tengah tolong.stay positive and be happy and jaga solat.

    BalasPadam
  16. Saya ada anxiety disorder dah 5 bulan,makan tak lalu,neck stiff,pening,rasa nak muntah hati berdebar tina2,saya ada fear of cancer..mri brain,mri neck,ct scan brain,endoscope,ent,optic,full blood count,blood tumor,ultrasound brain..semua saya dah buat but semua normal,saya still fikir saya sakit,even gas dalam perut saya relate tu cancer gastritic and paling teruk saya GOOGLE.Saya jaga solat,saya baca Quran,saya suka dengar imam menk,sheikh hamzah punya talk about anxiety amd depression,wife saya terjejas pasal panoc saya,tapi dia very positive..siang malam saya doa,doctor pun sama,dia suruh saya buat teat ni test tu nak rule out,tapi ada satu time ni saya tak tahan,saya pergi hospital lain jumpa neuro lain,saya menangis dalam solat sebab saya fikir takda siapa lagi saya boleh mengadu,tapi Allah tolong saya masa saya tengah takut dekat bilik,tak sampai 5 minit wife saya balik,tenang kan saya,makna doa tu powerful,tuhan tolong kita tak sedar,message dia dari wife saya,saya before ni pergi hospital dalam masa 4 bulan almost 20 kali,sebab saya was2 and saya rasa lega if doctor kata takda apa2,ingat syaitan ni musuh terang kita,dia akan buat kita fikir kita tak sihat,buat kita ragu2,dia boleh serupa suara kita,and bisik dalam minda kita,dia companion kita sejak lahir,last2 saya pergi hospital lain jumpa neuro same time date yang saya betul2 menagis minta tolong Allah,rezeki saya jumpa
    Doctor tu,dia terus cakap awak ada anxiety disorder tapi dia nak saya satu test je,brain wave..brain wave result saya orang biasa 10 per sexond,saya dah 40 per sec sebab saya gelisah,anxiety..radar tu laju otak saya..so dia cakap dekat saya,panic ni is a penyakit where kita boleh control and akan hilang tapi with usaha,Allah ada cakap dekat kita,aku akan tolong hamba aku bila dia usaha,kita duduk sau tempat kita jangan bergerak kita doa makanan tu datang kat kita,makanan tu takkan datang sebab kita tak cuba nak gerak pun,kita doa Ya Allah my Rabb help me cure my anxiety tapi kita duduk tunggu dia attack..tapi Allah dah cakap maybe doa tolong kita ada doctors,ada profesionals,yang tau bidang dia..so doctor bagi saya xanax for 2 weeks,saya takut,saya tau effect dia..tapi dia advice dia doctor,biar dia treat saya,cuba dulu,jangan goolge,saya cuba ubat tu Allahmdulliah saya rasa mcm dulu balik,saya makan,saya kerja balik and saya rasa happy and bersyukur,Allah ada cakap sains pun kena ada and spritual pun kena ada,Kalau kita duduk kat gua,kita solat zikir tapi kita biar keluarga kita kat runahtak makantak minum,pun salah betul?Allah kata balance life ni..duaa,solat,taat and perintah..and usaha..saya usaha even orang kata saya bodoh buat test ke apa,tapi test yang saya dah membazir jadi pengajaran kat saya which saya syukur even buruk dtg dari Allah baik pun dari Allah,saya bersyukur Allah tolong saya jumpa doctor yang betul yang diagnosed saya,bukan doctor amik kesempatan buat test ni test tu dia dapar duit,tapi ubat kena ada perscribe by doctor,saya message ni saya nak tolong orang mcm saya dulu,saya tau rasa dia,rasa mcm nank mati,rasa mcm kita ada mcm2 sakit,rasa nak duduk dalam bilik and kawan dengan google,jangan,kita sorang syaitan banyak,kalau tak nak ubat kita lawan mind kita ckp ohh u devil,ur future is in hell,mine is jannah..tapi jumpa doctor juha sebabtuhan buat doctor untuk kita,tuhan buat ubat untuk kita,tapi kalau kita overused ubat,tu bukan slaah doctor tapi slaah kita,ikut apa doctor suruh,jangan google Insha Allah,Allah tolong kita,just kita je tak tau yg Allah tengah tolong.stay positive and be happy and jaga solat.

    BalasPadam
  17. anxiety beri hidayah kpd saya dengan izin dan kurniaan Allah Taala

    BalasPadam

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]