Jumaat, 2 Oktober 2015

Anxiety and I (Aku dan Kerisauan Melampau) Episod 4

Anxiety and I Episod 4

By: VirginRose VR


MENGENALI HATI BUDI MR. ANXIETY.

Dah, kita tutup semua emosi-emosi rojak yang korang mungkin ada rasa sebentar tadi…emosi sebak dek kerana cerita kembalinya suami aku berjumpa Ilahi tadi, emosi menjadi Program Ustazah Pilihan dan apa segala mak nenek emosi yang wujud la..sila padamkan. Sebab sekarang aku nak focus pada tajuk asal-asal kita. Iaitu bagaimana aku menjalani kehidupan aku sebagai penderita Anxiety Disorder yang rupa-rupanya takdelah derita sangat. PRESEPSI kita saja yang meletakkan Anxiety sebagai tempat penderitaan yang tinggi.. Padahal, ia ujian sezarah kuman dari Pencipta.


Sebelum tu ingin aku ingatkan korang bahawa setiap kesembuhan antara kita adalah berbea kerana ia adalah Hak dari Tuhan jua. Cepat atau lambat atau dengan apa medium kesembuhan sekalipun itu adalah Hak Dia. Apa yang cuba aku sampaikan hanyalah secebis tips dari Paul David yang telah berjaya aku aplikasikan dalam kehidupan seharian aku dan menggabungkan dengan konsep redha yang dianjurkan dalam Islam yang hakikatnya ia juga diamalkan dalam lain-lain agama cuma penggunaan istilah sahaja yang berbeza tetapi tetap sama.

Walaupun setelah korang baca write-up aku ni dan cuba tiru sebijik-sebijik apa yang aku buat semata-mata mahu sembuh, tidaklah ada jaminan dari ku bahawa korang akan sembuh. Sebagaimana yang aku nyatakan di awal tadi, Hak Dia! Tetapi korang yakinlah pada ketentuan dan kasih sayangNya. Kalau aku boleh sembuh kenapa bukan korang? Adakah Tuhan pilih kasih? Adakah Tuhan tidak adil? Tanyakan tu pada diri sendiri. Adakah itu sifat Tuhan yg korang fahami??

Maka jom kita hidup disamping Anxiety Disorder!

Benda pertama yang aku buat lepas aku dah study habis-habis tentang Anxiety Disorder dan doctor kata aku takde apa-apa masalah kesihatan adalah aku BERHENTI GOOGLE!! Sebab google ni la benda lahanat yang porak perandakan akal waras aku. Bila ada yang tak kena pada badan sikit aku p google. Maka Dr. Google telah mendiagnos aku dengan ada 6-7 penyakit dalam badan. Korang tak rasa kejam ke kalau Tuhan uji kita dengan ada penyakit 6- 7 jenis? Tak lojik! Sangat tak lojik. Walhal Tuhan tu Pengasih Penyayang. Takde nya sampai Dia nak seksa kita ada penyakit bermacam-macam. Tapi disebabkan kesengalan aku dulu, aku lebih percaya google dari doc sendiri. Sampaikan doc cakap kat aku, kalau saya buat lagi full medical cek up saya jamin 99.99% awak memang takde sakit apa-apa, awak Anxiety!

Start tu la aku rasa fine, aku kena percaya cakap doctor. Sudah-sudahlah tu membebankan diri dengan penyakit bukan-bukan. Kang kalau
sungguh ada penyakit kang sanggup ke aku terima. So, aku pun decide untuk percaya pada doctor dan berhenti google sebarang simtom.

Lepas aku tambahkan pengetahuan tentang Anxiety, aku letakkan KESEMUA KETIDAKSELESAAN & KEPELIKAN pada tubuh aku tu sebagai simtom yang berpunca dari benda yang sama iaitu ANXIETY DISORDER!


Aku dah penat nak fikir dah kalau sakit kat kepala tu kenapa, kenapa tangan aku kebas,kenapa aku semput dan sesak nafas 24 jam, kenapa bila aku dah rasa macam dah sembuh tiba-tiba aku rasa simtom tu datang balek, kenapa aku rasa berdenyut, kenapa aku rasa
mencucuk-cucuk, kenapa aku rasa telinga berdesing, kenapa aku dengar bunyi loceng, kenapa aku rasa macam sentiasa dalam mimpi, kenapa aku rasa mood swing dan selalu cepat nak marah, kenapa dan kenapa dan kenapa dan kenapa tu semua dah tak jadi bahan tumpuan aku lagi. Aku cakap kat diri aku sendiri “Tu AD la tu….”

Jadi, bermula saat itu memang aku TAK BUKA GOOGLE LANSUNG dan aku dah tak mahu persoalkan diri aku mengapa badan aku rasa begini dan begitu. Aku set otak aku bahawa itu semua Anxiety/Panic Attack. Makin lama otak aku dah kurang beban. Dah kurang tekanan. Minda aku dah boleh susun sikit-sikit. Kalau tak dah macam roda hamster tak reti nak berhenti dari berpusing dan berfikir. Secara perlahan-lahan aku dah boleh atur hidup aku balek….dengan cara serahkan/pulangkan semua pada Tuhan.


Masa tu aku pujuk hati aku,

“Ah, aku boleh berak kencing makan minum macam biasa so aku memang sehat. Kalau
aku ada penyakit Tuhan ada untuk bagi penawar. Tuhan aku tak kejam.”


Itu je la yang mampu pujuk hati aku. Benda datang dari Dia, maka aku pulangkan kembali pada Dia. Serahkan pada Dia. Penyerahan diri. Itu latih tubi. Bukan boleh dapat dalam sehari.

Mustahil la sepanjang proses kesembuhan tu aku tak jatuh terduduk meratap semula nasib..tapi aku cuba latih diri dan terima bahawa memang akan ada hari-hari yang aku bebas dari simtom makanya aku anggap hari tu sebagai PINK DAY. Dan bila datang hari aku diserang Anxiety/Panic Attack yang teruk sehingga buatkan aku terbaring lemah, aku andaikan itu adalah BLACK DAY. Tapi bila datang hari yang keadaan aku tu macam ye tak ye je nak diserang panic maka aku anggap ia sebagai GREY DAY.

Jadinya, aku pujuk hati aku dengan cara begini:

“Oh, hari ni pink day…ok then…”
“Oh, hari ni grey day…I”ll survive”
“Oh, hari ni black day…I’ll be fine”

Aku buat begini supaya aku tak rasa tertekan lagi dengan keadaan yang berlaku tu. Aku dah taknak bebankan minda aku lagi dengan perkara dan persoalan yang sama. Sampai bila aku nak duduk dalam cycle of Anxiety?

Saat tu aku fikir, simtom berulang-ulang jugak…jadi kenapa aku nak kena persoalkan lagi…dan apa yang aku ingat bila simtom tu datang sekalipun ia pasti akan berlalu. Dan bila kali ni ia datang pun aku yakin ia akan berlalu. Jadi, aku biarkan apa saja keadaan yang datang pun sebab aku yakin ia pasti akan berlalu.

Aku dah taknak buat analisis lagi;

“eh, kenapa minggu ni aku tak kena panic attack eh? Apa aku buat? Owh, sebab aku
cukup tidur so aku tak kena attack. Okey lepasni aku kena pastikan aku selalu cukup tido”

- tapi nanti bila mata tak dapat tido, otak jadi stress! Aku kena tido ni, kalau aku tak dapat tido nanti esok-esok mungkin aku kena panic attack lagi. Aku taknak kena lagi. Aku kena tido. Ya Tuhan, kenapa kali ni aku tak dapat lelapkan mata? Bagi la aku tido. Hai, mata lelaplah....lelaplah...sekarang semua orang dah tido...aku tak tido lagi..tolonglah tido, kenapa aku dah dapat simtom Insomnia ke? Anxiety aku makin teruk??! -STRESS!

ATAU

“eh, kenapa aku kena attack eh semalam? Oh, sebab aku penat sangat kerja semalam?
Ok, lepasni aku taknak kerja sampai penat.


-tapi nanti bila kerja tak banyak pun tiba-tiba kena attack. Eh, kenapa aku kena attack lagi?Bukan ke minggu ni workload aku tak banyak. Aku tak stress pun pasal kerja. Aku rehat cukup ni. Kenapa aku kena attack jugak? -STRESS!

Nampak tak kesannya apabila kita terus menerus menganalisis setiap aktiviti dan perbuatan kita dalam usaha untuk elak diri kita dari diserang Anxiety/Panic Attack? Kita sebenarnya semakin STRESS!! Kita hakikatnya makin tenggelam dalam lompang Anxiety! Kita makin tak dapat kesembuhan dan tak ke mana-mana. Kita dalam cycle itu juga. Kita kekal membebankan minda kita. Kita kekal memenatkan otak kita untuk berfikir. Jadi bila otak dah penat, bila masa otak kita nak berhenti rehat? Bila masa otak kita nak stabilkan semua
bahan kimia dalam otak dan badan supaya fungsi tubuh badan kembali normal? Bila masanya, kalau dah setiap hari kita asyik fikir langkah-langkah untuk MENGELAK dari diserang Anxiety/ Panic Attack? Otak tetap berpusing macam roda hamster! Non-stop! Maka, apa yang perlu kita buat??

BERHENTI PERSOAL!
Jangan buat sebarang analisis lagi. Jangan monitor lagi! Semua akan baik-baik aja.


~SAMA SEPERTI OCD, SETIAP KALI KITA MERASAKAN SEBARANG PERUBAHAN YG BAIK, JANGAN BUAT SEBARANG ANALISIS, MENGAPA DAN KENAPA, TETAPI TERUS BERSYUKUR PADA ALLAH KETIKA ITU JUGA, DAN BERIKAN TANGGAPAN BAHAWA PERUBAHAN YANG BAIK INI ADALAH REZEKI DARI ALLAH UNTUK KITA MERASAINYA, BUKAN HASIL DARI APA-APA TINDAKAN KITA SEBENTAR TADI ATAU SEMALAM WHAT SO EVER~ (tambahan dari arjunasetia, husnuzzonloa)



SAMBUNGAN DI SINI

5 ulasan:

  1. As salam,doc syaki sy pghidap enxiety..otak sy x bhnti fkir kematian..ada ms anggota bdn sy bdnyut,hjung jari sjuk.tgn mggeletar..sy akn cube positfkn minda.kdg2 blh lwn kdg2 tewas jgk.bln dpn mgkn doc akn rjuk sy ke pkr psikiatri.kmgkinan akn dberi ubt enxiety.pd pndpt awk,ptot ke sy mkn ubt tu.sy tkot sy akn bgntg pd ubt tu.email sy fidanapseh@gmail.com

    BalasPadam
  2. Salam Fida,

    Utk makluman rawatan anxiety boleh melalui rawatan perubatan moden (ubatan/doktor) atau rawatan alternatif (cara semulajadi tnpa ubat/rawatan Islam etc).

    Apapun kaedah rawatan, ia perlu bergantung pada keperluan tubuh badan kamu sdiri trhadap rawatan tersebut. Jika kamu yakin dgn izin Tuhan ubat itumampu sembuhkan kamu maka letakkn keyakinan pada ubat tersebut. Tapi jika tubuh kamu memberitahu bahawa kamu tidak perlukan ubat dan memadai rawatan semulajadi seperti yang dikongsi dalam entry ini maka tak perlu makan ubat.

    Pakar mensarankan ubatan jika dirasakan keadaan anxiety tersebt menggangu aktivti harian normal kamu. Tetapi jika kamu rasa kamu masih boleh menjalani hidup normal dan hanya sskali simtom tu menganggu maka saya berpendapat memadai kamu amalkan rawatan semulajadi tanpa ubatan.

    Dan semasa apoitmen doc tu juga kamu bole beritahu doc yg kamu memerlukan pengetahuan atau kaedah utk berhadapan dgn situasi anxiety sperti terapi dan belum mahukan ubatan. Beritahu itu pada doc dan ikut nasihat mereka.


    Apapun, cuba berkomunikasi dgn tubuh, jika rawatan smulajadi selesa dgn tubuhh kita maka teruskan. Jika ubatan yang lebih kita rasa selesa maka makan lah ubat. Yang penting adalah pilih satu kaedah rawatan yg benar2 dekat dgn diri dan selesa pada diri. Beri komitmen pada kaedah rawatan tersebt. Yakini keberkesanan rawatan yg dipilih serta BERSABAR. BERI MASA UTK TUBUH SEMBUH MENGIKUT KEPERLUAN MASA YANG IA PERLUKAN. JGN DESAK TUBUH UTK BUANG SIMTOM CEPAT2. perlu sabar dan beri masa.

    Wallahualam

    BalasPadam
  3. Saya amat tertarik dgn tulisan awak..... sy dan ramai
    lagi rakan sedang mengalaminya.... harap dpt whatsapp saya. utk perkongsian pengalaman dan rawatan. 0125860934

    BalasPadam
  4. Assalam kak..harini br sy jmpa blog akk.sy pulak selalu fkir sy akn jd giler ke?rse mcm real kak.pastu sy rse tkt dan risau..akk dlu pn mcm tu ke.

    BalasPadam
  5. Assalam kak sy pulak slalu rasekn diri mcm dah nk giler pastu sy takut allah sje yg taw.sy xnk giler tp knp rse mcm tu.

    BalasPadam

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]