Ahad, 18 Oktober 2015

Anxiety and I (Aku dan Kerisauan Melampau) Episod 8


Anxiety and I Episod 8

By: VirginRose VR



PEMIKIRAN NEGATIF


Okey, ini topik yang kerap orang tanyakan pada aku. Macamane nak atasi gangguan fikiran (intrusive thoughts)? Macamane nak atasi masalah memikirkan perkara-perkara negatif?

Takut mati la...takut sakit la...takut kena musibah la...bla bla bla...

Dan aku yakin kebanyakan dari kita suka tepis pemikiran negatif tu....kita suka tepis lintasan gambaran yang menakutkan yang muncul dalam minda kita secara sengaja atau tak sengaja.

Sebagai contoh:

Tiba-tiba kita dapat gambaran atau bayangan kita terjun bangunan atau kelar tangan.

Apa respon kebiasaan yang kita buat bila berlaku situasi macamni?

“Ya Allah, apa yang aku fikir ni...masyaAllah....aku ni memang akan giler ke? Aku memang akan mati dalam keadaan bunuh diri ke? Aku akan mati dalam keadaan hina ke? Kenapa aku sampai tahap fikir benda macamni? Kenapa sampai tahap gambaran tu terlintas dalam minda aku? Kenapa gambaran tu berulang-ulang muncul dalam otak aku? Aku dah makin teruk ke? Tuhaaan.....aku taknak jadi giler....aku taknak mati cara hina. Itu satu petanda ke? Okey, aku tak akan fikir macamni lagi..aku kena berhenti fikir.” Lalu kepala diketuk-ketuk, rambut ditarik-tarik sebabnya marah pada otak kerana pemikiran tu rupanya-rupanya masih taknak pergi dan berlegar dalam otak selama berjam-jam, berhari-hari, berbulan-bulan!

“Hei, otak!!! Kenapa ko muncul lagi ha fikiran yang menakutkan tu? Aku taknak mati cara macamtu!! AKu taknak...aku nk stop fikir! Berhenti! Berhenti!”



Lalu pemikiran tu makin serabut dan makin serabut.....

Lalu pemikiran tu makin berkembang dan berkembang...

Lalu pemikiran tu makin melekat dan terus melekat......

Lalu otak makin terbeban dan terbeban....

Beban dengan pemikiran yang negatif lalu ditambah dengan beban usaha untuk mengelak dari berfikir negatif.....

Bukankah cara itu makin serabut??? Makin kekal dalam cycle Anxiety? Lalu bagaimana caranya?

Caranya begini...................

Apabila datang pemikiran negatif, yang resah, yang takut, yang bimbang, yang giler maka biarkan pemikiran negatif tu berjalan dalam minda kita dulu...

Biarkan.....

Habiskan pemikiran negatif kamu tu...habiskan cerita nya....

Contohnya, kalau kamu terfikir nak terjun bangunan...kamu bayangkan la...kamu terfikir nak terjun dari tingkat 15, teruskan rekaan cerita tu...lepastu terbayang kepala pecah ke tangan kaki patah ke apa-apa lah yang terlintas kamu biarkan.... Benarkan otak kamu berfikir....teruskan sampai kamu puas....!

Dah puas fikir? Dah habis cerita tu? Puas dah kan?

Okey sekarang dah boleh berhenti fikir. Dan bila dah berhenti fikir perkara utama yang perlu korang buat adalah JANGAN LETAK EMOSI PADA FIKIRAN KAMU. Jangan beri tindak balas emosi pada cerita rekaan kamu tu.

Apa maksud jangan letak emosi ni?


Okey, situasi nya macam dalam soalan bawah ni la...

Pernah alami rasa takde perasaan?

Pernah buat muka takde perasaan bila kena marah ngan cikgu masa skolah dulu?

Pernah pandang kosong je kat muka girlfriend bila dia tak berhenti-henti membebel sebab ko tak belikan dia cupcakes semalam?

Pernah buat-buat takde perasaan bila bini ko merayu-rayu minta belikan hadiah cincin berlian lagi untuk hadiah hari jadi dia?

So, basically nya macamtula.....


BILA FIKIR NEGATIF, HABISKAN FIKIRAN NEGATIF TU, TAPI HATI TAKDE PERASAAN....

Bila kita persoalkan kenapa kita fikir begitu begini, bila kita persoalkan kenapa berlaku lintasan begitu begini...bila kita persoalkan adakah benar-benar itu akan berlaku, bila kita persoalkan kenapa rasa takut dan gerun-

ITU ADALAH TANDA DI MANA KITA SUDAH MELETAKKAN PERASAAN pada cerita rekaan kita.

Maka, keywords nya ko pikirla apa yang ko nak fikir tapi DO NOT PUT ANY FEELINGS ON
THAT THOUGTHS!


Dan korang tak perlu pintas fikiran tu. Tak perlu tepis. Bila dah start fikir, teruskan fikir sampai cerita klimaks dan sampai ending. Kemudian....jangan ada perasaan. Yang membuatkan kita tak dapat keluar dari masalah gangguan fikiran tu adalah apabila kita meletakkan perasaan pada satu-satu fikiran gerun yang terlintas dalam minda kita tu...

Sama juga dengan situasi realiti....

Contoh:

Bila tengok movie cinta yang berkisahkan lelaki berlaku curang dengan kekasihnya. Bila kita keluar dari wayang tu mulalah dok sportcek boifren kat mana, dia tengah curang ke....otak dok fikir, ish kalau boifren aku buat macamtu macamane ek? Tak memasal malam tu jadi gadoh ngan boifren sebab tiba-tiba paranoid tengok movie siang tadi.

Pastu merajuk, pastu menangis, pastu ugut minta putus bla bla bla.....Nampak tak yang korang dah meletakkan perasaan pada movie tu? Tertekan tak? Padahal it just a movie! Sama juga dengan fikiran....

Apa yang korang fikir biarkan ia terus berfikir tapi jangan letak perasaan...it just a thought!
(every thought have a frequency on its feelings, and we will always attract back the energy of that feelings we generate from our thoughts - The Law Of Attraction ~ arjunasetia)


Itu cuma benda yang bermain dalam otak korang saja dan ia BUKAN REALITI. Itu cuma rekaan minda korang yang amat kreatif!

Lalu.....

Bila korang dah habis fikir. Muka korang, minda korang, hati korang juga perlu tak ada perasaan terhadap fikiran tu dan masa ini lah korang kemudiannya MENGGANTIKAN / REPLACE pemikiran negatif tu dengan pemikiran positif.


Iaitu, pujuk hati. Percaya pada diri. Percaya pada kasih sayang Tuhan. Ala.....Tuhan Pengasih Penyayang. Takkan dia jadikan aku semata-mata untuk akhir kehidupanku mati dengan bunuh diri?? Itu ke matlamat Tuhan jadikan aku? Tak mungkin...mesti ada rahsia lain. Maka, pergilah kau menuntut ilmu usah difikir tentang mematikan jasad yang Tuhan sudah pinjamkan kepada kau. Rahmat yang sebesar itu patut kau syukuri! Tujuan Dia jadikan kau adalah untuk menyatakan kewujudan Dia. Agak-agak la kalau kau tak wujud kau tahu ke tak Tuhan tu Ada????

Dah kau pun tak wujud macamane kau nak tahu Tuhan tu wujud? Jadi, atas dasar itu la kau diwujudkan kat dunia ni. Untuk menikmati. Merasai kesejahteraan betapa cintaNya Dia pada kita. Betapa Dia Maha Wujud.

Sahabat-sahabatku sekalian, untuk makluman korang juga....sebenarnya selama ini, kesemua bentuk-bentuk pemikiran positif/ pujukan positif yang aku develop sendiri tu adalah sebenarnya secara tidak langsung merupakan sedikit dari kaedah yang wujud dalam
Cognitive Behavioral Therapy (CBT) yang juga digunakan sebagai salah satu kaedah rawatan terapi bagi penderita Anxiety.

Secara jujurnya aku tidak pernah berjumpa pakar psikiatri. Kerana aku yakin pada diri aku, bahawa aku memang mengalami masalah jiwa. Maka untuk memulihkan jiwa aku adalah dengan bergantung harapan dan luahan kepada Sang Pencipta Jiwa aku sendiri. Bergantung haraplah aku padaNya.

Apabila aku tidak tahan dengan simtom yang bermaharajalela dalam badan aku maka aku luahkan pada Sang Pencipta Jiwa aku itu....aku berbual-bual dan berkata-kata denganNya. Aku selalu kata, Engkau Maha Pengasih Penyayang, mustahil Engkau mahu biarkan aku yang tidak punya kudrat ini jatuh lemah tanpa bantuan Kau. Engkau yang menciptakan aku maka tiada sebab untuk Engkau seksa aku begini.

Insya Allah Dia akan sentiasa beri rahmat pada kita. Tenang-tenanglah menghadapi
kehidupan baru bersama Anxiety.


EMOSI

Baik, bab emosi ni kadang payah sikit. Seringkali juga aku ditanya mengenai ketidakstabilan emosi. Orang juga selalu mengadu,

“kenapa mood aku down ni...kenapa 2-3 hari ni aku rasa nak nangis. Sebelum ni aku rasa emosi aku dah stabil dah. Kenapa hari ni jadi semula?”

Dan ada juga yang persoalkan...

“Kenapa hari ni aku macam happy sangat ni? Aku nak buang tebiat dah ke? Aku nak dekat mati ke? Kenapa mood aku okey je ni?”

Kok besar masalah kamu ya...menangis pun jadi kaget, gembira pun jadi kaget...jadi apa mau mu??

Wahai sahabat-sahabatku sekalian alam,

Dari segi saintifik mungkin kita boleh kata itu perubahan hormon. Iyalah, bukan setiap masa hormon kita stabil.


Dan ketahuilah juga bahawa itu lumrah kehidupan kita.
Tuhan jadikan hujan, pasti akan berganti dengan dengan matahari.
Tapi pernahkan korang dengari bumi ini mengeluh, eh kenapa aku dibasahi hujan ja selama seminggu ini? Eh kenapa ya aku dideritai kemarau ja sebulan ini? Pernah dengar?? Memang takkan pernah dengar la kan bumi bercakap. Macam mustahil tu... Tapi secara metaforanya begitulah....bumi tahu bahawa itulah lumrah yang harus ia tempuh. Panas sejuk silih berganti. Siang malam silih berganti. Hitam putih silih berganti. Tawa duka juga silih berganti.

Bukan selamanya kita dalam keadaan gembira.
Bukan selamanya kita akan dalam keadaan bersedih.
Tapi di sepanjang perubahan iklim atau di sepanjang perubahan emosi itu TETAP SEJAHTERALAH KAMU!

Apa yang aku buat selama hari ini adalah.......Jika mahu menangis maka menangislah. Jika mahu gembira aku ketawalah....aku mudahkan segala benda. Aku mudahkan segala pemikiran. Aku sudah letih untuk membebankan minda aku lagi. Aku tidak persoalkan lagi perubahan emosi atau mood aku. Aku lalui saja.

Apabila datang masa aku kusut dan resah, aku lepaskan dan pulangkan semula keresahan aku pada Dia. Sebab ‘rasa’ resah, ‘rasa’ bimbang itu hakikatnya milik Dia. Aku tidak punya rasa. Maka yang ada cuma Dia. Jadi keresahan dan kebimbangan itu juga milik Dia. Maka aku lepaskan segala-galanya untuk ketentuan Dia. Aku sudah letih.

Jadi, tak perlu bebankan otak dan berusaha untuk rasa gembira setiap masa. Kita manusia punya hati dan perasaan itulah tujuannya. Untuk merasai. Dan nikmatilah apa yang wajar dan perlu.


Sebagai manusia juga aku selalu buat kesilapan.
Sebab aku bukan maksum.
Sebagai manusia juga ada ketika semangat aku lemah.
Sebab aku bukan robot yang tidak punya hati. Bohonglah kalau orang kata aku ni selalu bersemangat dan miliki motivasi yang tinggi. Kalau aku jenis begitu tentu aku tak kena Anxiety. Tentu aku dah jadi pakar psikologi atau pakar motivasi.

Hakikatnya aku manusia seperti korang juga. Cuma mungkin beza aku sudah temui titik untuk berhenti dari terus dibelenggu Anxiety..

Namun begitu, satu perkara yang pasti adalah Anxiety memang mengubah presepsi aku pada dunia. Mengubah presepsi aku pada diri sendiri. Mengubah presepsi aku pada Tuhan.

Kalau dulu aku kerap meratap nasib. Air mata peneman hidup aku. Muka yang bengis dan suram. Yang sering mempersoalkan Tuhan kenapa selalu buat hidup aku terbeban dengan perangai manusia. Menyalahkan Tuhan kenapa ada saja halangan untuk aku memiliki sesuatu yang aku impikan. Mempertikaikan Tuhan kenapa aku tak boleh rasa bahagia dan gembira macam orang lain.

Semua tu buatkan aku jadi tak tenang.
Dan Anxiety ini lah yang mengajar aku untuk bangkit. Untuk terus keluar dari pemikiran negatif aku terhadap dunia. Ujian yang menimpa hidup aku silih berganti itu jugalah yang menguatkan aku sedikit. Menyerah diri dan memohon walau sikit kekuatan dari Nya. Jangan sesekali aku membenarkan diri aku putus dari rahmat Tuhan. Bacalah tafsir Al-
Quran, ntah berapa kali dinyatakan bahawa “Tuhan itu Maha Pengasih Penyayang” berulang-ulang.

Jadi, di situ aku terfikir. Kenapa kenyataan itu diulang-ulang jika ia tidak benar? Maka aku cari kebenaran. Aku mengubah syak aku pada Penciptaku. Aku mengubah pandangan aku pada Penciptaku. Dan hasilnya.....amat besar.

Benarlah, bahawa “Aku adalah cermin hambaKu”
Jika aku memandang Tuhan aku itu kejam. Maka aku akan dapat kekejaman.
Jika aku memandang Tuhan aku itu baik. Maka aku akan dapat kebaikan.
Maka, lihatlah Tuhan dengan kebaikan, dengan kasih sayang, dengan agung...maka aku akan
rasa bahawa aku memang kerdil dan DIA MAHA CINTA AGUNGKU.
Usah putus rahmat dari Penciptamu.
Kembalilah meminta pada Dia.
Kembalilah mempercayai kebesaranNya.
Maha suci Tuhan dari menyerupai segala sesuatu.
Emosi korang itu, baik sedih, hambar, kusut, resah, bimbang, benci, marah itu semua adalah makhluk ciptaan Dia juga. Perasaan itu Tuhan wujudkan untuk korang kenal diri korang.


Bahawa korang sebenarnya mampu merasai juga perkara negatif selain dari positif.
Ingat, sifat manusia itu seimbang pada dasarnya.
Tuhan jadilkan malaikat- elemen kebaikan sahaja.
Tuhan jadikan iblis- elemen kejahatan sahaja.
Maka, kita manusia hakikatnya diseimbangkan untuk memiliki kedua-dua elemen itu.
Baik dan jahat. Maka cari titik keseimbangan. Jangan terlalu baik sebab korang tak boleh capai taraf malaikat. Jangan terlalu jahat sebab korang akan capai taraf iblis. Maka cuba seimbangkan.

Bila datang emosi negatif/down/tak bersemangat, TIDAK MENGAPA. Itu lumrah. Usah persoal. Nikmati dulu.

Tapi perlu janji pada diri selepas itu untuk bangkit semula menjadi positif.
Dan bila sekali lagi datang emosi yang sama....TIDAK MENGAPA lagi....nikmati. Kemudian bangkit dan gantikan dengan perkara negatif.
Macam bumi. Berputar. Macamtula kehidupan kita.
Nikmati apa rasa dengan SEJAHTERA......


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang;
Dan bulan apabila ia mengiringinya;
Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata;
Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita),
Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh - yang melambangkan kekuasaanNya);
Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya);
Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa;

Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),

Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

(QS: Asy-Syams 91:1-10)


SAMBUNGAN DI SINI



1 ulasan:

  1. Assalam Pn..macamana nak handle kerisauan bila dengar berita kematian? TQ

    BalasPadam

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]