Khamis, 15 Oktober 2015

Anxiety and I (Aku dan Kerisauan Melampau) Episod 7


Anxiety and I Episod 7
By: VirginRose VR


KARIER

Macamane aku kerja dalam keadaan diri ada Anxiety?

Memang tidak dapat dinafikan lah bila sentuh bab karier je, prestasi aku dalam kerja sangat terjejas di awal-awal sesi perkenalan dengan Anxiety ni. Aku yang dulu agak kepoh jadi pendiam sikit. Aku yang suka menyanyi tak memasal dalam ofis jadi sangat pasif. Aku selalu amek Cuti Kecemasan. Aku selalu amek Cuti Sakit. Aku selalu amek cuti rehat. Aku selalu masuk kerja lewat. Penah sampai kena tukar kad hijau (kad amaran untuk sistem kad perakam waktu; orang-orang gomen ni tahu la wakaka). Aku kerap balik rumah waktu lunch hour dan balek semula ke pejabat dalam pukul 3-4 petang gitu. Aku jadi macamtu sebab aku rasa tak secure bila kat tempat kerja. Aku rasa lagi selamat duduk di rumah.


Aku tak boleh nak bercakap sangat dalam mesyuarat sebab aku akan semput dan termengah-mengah. Aku tak dapat nak bagi ‘talk’ (bidang kerja aku masa tu ada melibatkan program outreach, so aku kena buat presentation dan brief clients) sebab aku rasa tak yakin dan takut semput atau pitam masa tengah bagi taklimat. Waktu tu dizziness dan sesak nafas aku memang merupakan simtom major yang aku alami lah. Aku luahkan pada boss aku tentang keadaan aku tapi bukan mudah untuk mereka faham. Sebab benda ni memang sesiapa yang tak alami memang tak dapat nak faham. Even nanti kalau korang dah sembuh dan korang cuba nak bantu orang lain yang sedang menderita Anxiety pun sebenarnya susah sebab mereka tetap akan kata korang tak faham apa yang dialami sebab korang dah sembuh.

Aku berperang dengan diri sendiri waktu tu untuk kekalkan prestasi kerja aku. Tapi bukan
mudah. Dengan nak menghadapi emosi aku yang keguguran bayi. Dan lepas beberapa bulan suami aku meninggal semua tu beri kesan yang sangat besar dalam karier. Dan dalam masa yang sama cuba untuk sembuh. Semua tu beri tekanan.

Tapi, apa yang aku boleh buat waktu tu adalah buat sekadar mana yang aku termampu sahaja. Aku tak mengharapkan performance kerja yang gaban gempak tapi sekurang-kurangnya aku berani untuk keluar dari cycle of anxiety. Aku cabar semula diri aku untuk buat presentation. Syukur, aku masih mampu buat walaupun bercakap dalam keadaan termengah-mengah tapi otak kreatif aku yang mengatakan bahawa aku akan pengsan depan orang tu ternyata tak berlaku dan aku yakin waktu tu ia hanya sekadar dalam minda.

Aku paksa diri aku untuk memandu ke tempat kerja. Apa yang aku fikir waktu tu kalau aku kehilangan pekerjaan macamane aku nak dapatkan duit untuk makan pakai anak aku. Jadi, aku teruskan juga memandu sendiri ke tempat kerja walaupun berkali-kali diserang panic. Aku takde pilihan. Memang aku terpaksa redah dan keadaan yang mendesak itu lah yang membuatkan aku makin cepat sembuh sebab aku paksa diri aku untuk pecahkan tembok-tembok psiko tu satu persatu.

Sehinggalah aku ambil keputusan yang lebih drastik iaitu bercuti tanpa gaji selama sebulan setengah semata-mata untuk menikmati percutian di dalam negeri dan meluangkan masa rehat dengan anak aku. Waktu tu aku bawa ibu aku bersama-sama atau aku ikut kemana kakak aku pergi kerja (beliau kadang outstation) supaya aku boleh ambil kesempatan bercuti kat tempat tu untuk beberapa hari. Aku redah je. Dalam perjalanan ke tempat-tempat tu aku dah tak peduli samada ada hospital ke tidak. Aku dah taknak benakkan otak aku dengan perkataan hospital ni. Sebab aku fikir waktu tu kalau dah nak mati kat hospital pun boleh mati, jadi kenapa yang aku nak sebuk sangat cari hospital semata-mata kerana takut diserang panic. Belum tentu hospital ke doctor ke boleh selamatkan aku sebab segalagalanya atas kuasa Tuhan jua.


Selepas aku kembali dari rehat yang panjang aku rasa bersemangat untuk memulakan kerja (ditambah lagi dengan suasana kerja aku yang sudah berubah kerana aku mohon untuk tukar Kementerian). Semuanya Tuhan permudahkan. Dan hari demi hari aku rasa perubahan yang baik pada tubuh badan aku. Simtom perlahan-lahan pergi seiring dengan minda yang semakin dibaiki.

Walaupun ada masa dan ketika simtom lama datang menyerang tapi aku tahu itu semua SETBACKS. Proses yang aku tahu wajib untuk aku lalui sepanjang proses kesembuhan. Jadin aku dah letakkan simtom-simtom tu sebagai wallpaper hidup aku yang mana ia tidak lagi penting untuk aku beri tumpuan. Banyak lagi moment-moment indah yang wajar aku nikmati. Dan kini, Anxiety tidak lagi mengganggu tugas aku. Aku tidak lagi ambil cuti kecemasan berulang kali. Tidak mengambil cuti sakit kalau aku tak betul-betul sakit. Malah cuti rehat aku masih berbaki dan boleh dibawa ke tahun hadapan. Kehkehkeh!

Moral of the story, dalam pada korang stress kerja..pergi cari masa hujung minggu nikmati percutian walaupun tempat tu dekat dan kurang kos! Enjoy the moments, enjoy the scenary! Life is beautiful! Malaysia banyak lagi tempat-tempat yang indah! Jangan buang duit bercuti luar negara dulu, habiskan round satu Malaysia dulu! Eh, aku dah macam promosi Visit Malaysia 2014 plak wakakaka!




HIBURAN / HOBI


Dalam hidup pasti mahu ada hiburan atau hobi untuk kita nikmati dengan diri kita sendiri. Terpulang lah pada pilihan hati masing-masing. Hiburan tu subjektif. Untuk aku, entertainment aku dalam hidup adalah movie dan karaoke! Tapi macamane aku nak layan dalam keadaan aku ada Anxiety?

Movie.....

Pernah aku kena attack waktu layan movie, waktu tu arwah suami masih ada lagi hehe. Time aku layan tu (citer baru setengah jam kot start) aku dah jadi tak keruan sebab ada scene dalam basement dengan sound effect lagi. Aku kan memamg tak boleh ada kat tempattempat tertutup ni. Padahal movie jek puuunn...tapi aku rasa macam aku plak yang ada dalam basement tu. Nafas aku jadi makin sesak, otak aku dah ligat berfikir macam-macam laksana roda hamster berputar. Aku dah tak keruan dan dengan muka tak malu keluar dari movie tu walaupun terpaksa meredah beberapa orang yang duduk di laluan yang sama.


Perut rasa macam nak terbuang la pulak. Aku pergi ke jamban melepaskan hajat. Tapi aku tetap rasa kecut perut. Rasa tak sedap hati. Aku dah terbayang hospital, ambulans bla bla bla bla...letih! Aku keluar dari toilet dan duduk kat seat urut. Aku memang taknak masuk dah. Tiba-tiba arwah suami aku call dan minta aku masuk dalam movie. Aku cakap aku tak
sedap badan tapi dia kata takkan nak bagi dia dan anak layan movie sendiri. Lalu dengan hati yang tak sampai aku pun masuk dalam movie tu semula. Aku masuk je terus tutup mata dan taknak tengok langsung movie tu. Entah bila masa aku macam terlelap alih-alih je cerita dah habis! Wakaka

Tapi selepas aku mengamalkan attitude WHATEVER!!! Aku dengan beraninya pegi juga layan movie tapi wajib amek seat paling tepi supaya aku senang nak keluar dan tak menyusahkan orang lain. Tapi kadang-kadang dapat seat tengah pun aku redah jek. Tak kena attack le pulaakkk...lalu makin hari makin berani dan dah tak kesah dah nak tengok citer apapun!

Karaoke.....
Ni berat sikit ni sebabnya aku kan jenis sesak nafas kuat. Tapi bila aku bedal je karaoke selalu sebenarnya aktiviti ni membantu sistem pernafasan kita. Walaupun aku pernah semput masa nyanyi tapi aku redah jugak....otak memang dah fikir “alahai kang aku ni mati kat pusat karaoke la plak...hina nya...tapi takpela..” aku dah malas nak fikir dah haha! Aku layan je..macam biasa memang ada ketika aku pergi karaoke sorang-sorang. Otak ligat fikir ni kalau aku pengsan dalam pusat karaoke ni kang takde sapa kenal aku habislah....tapi aku tetap dengan attitude aku WHATEVER!!! Dan lama-lama aku dah tak kesah langsung nak datang nyanyi sorang- sorang. Dah takde rasa takut nak pengsan ke apa ke sebab tiap kali pikiran negatif tu muncul aku tak jugak pengsan. Jadinya, memang itu semata-mata minda kita.



Anxiety memang akan berusaha sedaya upaya untuk buatkan kita berhenti dari sebarang aktiviti yang kita nak buat, jadi kita yang kena pilih samada nak juga berusaha untuk redah je lakukan aktiviti tu atau melayan kehendak Anxiety? Anxiety is under my control now. He has no power on me! So, aku dah boleh buat apa saja.

KERJA-KERJA RUMAH

Sejak aku kena Anxiety semua kerja-kerja rumah kelaut! Al-maklumlah aku sempat hidup berjauhan dengan arwah suami aku waktu tu sebab dia keja jauh. Jadinya, tinggal berdua aku dengan anak je di rumah. Macam yang pernah aku ceritakan sebelum ini aku dah malas nak kemas rumah. Dah takde perasan nak pastikan rumah aku dalam keadaan teratur dan bersih. Kalau aku basuh baju pun bila dah betul-betul bertimbun. Tu pun ntah hari keberapa baru aku sidai. Bila aku sidai ntah bila aku nak angkat jemuran. Semua tu jadi lemau.


Masak memang langsung malas. Even sampai sekarang pun kikiki. Makanya, cari makan kat luar saja. Tapi tu lah, bila makan kat luar rasa nak cepat-cepat balik sebab takut pengsan kat luar. Kebanyakan masa aku bungkus je makanan. Pinggan cawan aku akan biarkan semalaman baru aku basuh. Sampah dah naik bau baru lah aku rasa nak buang. Semua tu buat aku jadi malas. Sebab hidup aku dalam 2 bulan pertama kena Anxiety tu buatkan aku terlalu fokus pada badan aku. Terlalu fikir tentang simtom sampai aku abaikan semuanya. Termasuklah anak aku. Tapi lepas kena tegur dengan arwah suami aku, sedikit demi sedikit aku gagahkan juga diri aku untuk kembali lakukan semua rutin tu sebagaimana biasa. Buat memang tetap kena buat, kalau tak sampai bila?

Dalam pada aku buat semua kerja rumah tu memang aku alami sesak nafas la. Itu dah jadi kebiasaan. Ada ketika nafas aku tercungap-cungap teruk. Jantung laju. Bila keadaan tu berlaku aku akan berhenti kejap buat kerja rumah tarik nafas dalam dan sambung semula buat kerja. Atau minum air kosong sikit agak-agak dah okey aku sambung lagi. Begitulah yang terjadi setiap kali aku buat kerja-kerja rumah. Aku akan sesak nafas dengan teruk. Tapi aku tak peduli waktu tu. Sebab aku dah nekad untuk mulakan langkah berubah jadi lebih baik dan redah saja apa simtom yang berlaku pada badan aku pun asalkan perkara yang aku nak buat saat tu tidak terhenti begitu sahaja. Aku dah malas nak melayan fikiran negatif aku “macamane kalau aku pengsan time buat kerja rumah ni, bla bla bla”. Aku memang dah letih nak melayan. So, respon yang aku beri saat fikiran negatif tu datang adalah-

“nak pengsan pun pengsanlah...whatever!!”


Tapi percayalah, hasilnya miracle. Aku dah boleh buat kerja rumah macam masa sebelum aku kena Anxiety tu...semua kembali normal. Memang ambil masa tapi aku puas hati dengan konsep redah aku tu kikiki. Memang benar, kita sendiri kena percaya pada diri kita sendiri. Waktu tu aku sangat percaya yang aku akan baik-baik aja....segala ketakutan yang timbul tu cuma di minda aku sahaja.


SAMBUNGAN DI SINI

5 ulasan:

  1. Bersyukur sangat kerana Allah temukan saya dengan blog ini. Masuk ini dah hampir 7 tahun saya berperang dengan anxiety dan masih berperang dan berperang. Apa yang kita alami hampir sama dan setiap hari saya mengamalkan konsep melawan fikiran sendiri, redah sahaja, yang paling penting ingat ALLAH. Dan bila saya baca blog ini, saya tersenyum dan ketawa. Akhirnya, perasaan yang sama....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, terimakasih atas kunjungan. Semoga anda tetap tabah dan cekal dlm mengharungi kehidupan ini. Kita masing2 punya cerita tersendiri. Apa pun, Allah menguji sekadar kemampuan hambaNya.

      Padam
  2. Alhamdulillah....pengalaman yg menarik utk dikongsi......teruskan menulis ye......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terimakasih atas kunjungan, teruskan membaca :)

      Padam
  3. Assalammualaikum wbt. Syukur ke hadrat Illahi kerana pertemukan saya dgn blog yg amat bermanfaat ini. Sy merupakan seorg trainer dan motivator yg sudah hampir 10 tahun menderitai AD. Keadaan on off sejak saya belajar di universiti dahulu. Dan ianya kembali menyerang awal okt yamg lalu. Dan keadaannya sedikit berbeza. Blog ini byk membantu dengan menjadi titik perubahan ke arah lebih positif. Hampir sebulan lebih (selepas) attack tempoh hari sy terpaksa kosongkan jadual ceramahan sy. Hidup berubah 200%. 360° berubah. Namun sy kuatkan semangat sentiasa mencari jln tbaik utk pulih. Dear Admin, dgn siapa sy boleh berhubung untuk berbincang? Saya bercadang mengadakan seminar/ talk series dalam membantu mereka yg diluar sna yg menderitai AD. Mohon emel saya sebarang maklumat berkenaan Admin atau mereka yg blh bersinergi dalam membantu. Sy boleh dihubungi di talian 0166746121 atau emel ke ra08_raffidah@yahoo.com. maklumat saya blh dilihat di www.raffidahasnawi.my. sy amat berharap respon dr pihak admin kerana sy memang bertekad utk membantu diri sendiri dan org lain. Moga usaha kita diredhai Allah SWT.

    IN SHAA ALLAH

    BalasPadam

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]