Khamis, 1 Oktober 2015

Anxiety and I (Aku dan Kerisauan Melampau) Episod 3

Anxiety and I Episod 3

By: VirginRose VR


TUHAN SAYANG AKU!!!

Dah puas melayari kisah keadaan aku yang menderitai Anxiety sebelum ini kan? Makanya lebih kurang sama je dengan penderita-penderita Anxiety Disorder yang lain. Mungkin ada juga simtom yang aku suffer tapi terlupa untuk aku ceritakan pada bahagian ini. Tetapi percayalah bahawa 99% simtom yang orang Anxiety alami turut juga dialami oleh tubuh aku.

Tetapi jangan lupa bahawa Tuhan sayang aku! Ye, Tuhan bukan setakat sayang aku je…malah Tuhan juga sayang korang semua sebab tu Dia bagi ujian ni.. Antara korang nak amek manfaat atau tidak itu terletak pada pilihan korang. Taufik dan hidayah tu beza. Taufik itu adalah gerak dari hati korang sendiri. Gerakan dari naluri korang. Korang nak pilih untuk berubah? Korang nak pilih untuk bertaubat. Korang nak pilih untuk berdakwah? Korang nak pilih untuk terus kekal dalam kehidupan malang? Korang nak pilih untuk rasa hidup ni kejam…Itu pilihan gerak hati korang. Pilihlah! Langkah pertama itu adalah dari diri kalian sendiri. Jiwa kalian sendiri kena mulakan!

Bila taufik tu korang dah dapat barulah Tuhan beri hidayah. Dan hidayah tu Hak Dia. Bukan boleh suka-suka nak cakap,

tu jadi samdol macam tu sebab belum dapat hidayah la tu!

Tak boleh macamtu bro, itu semua Hak Dia, pada siapa Dia nak beri tu hak Dia. Bukan daya upaya kita. Maka itu jugaklah yang berlaku pada aku….memilih untuk tidak terus kekal dalam kehidupan yang malang…walau aku rasa hidup aku malang tapi aku tetap ingin rasa bahagia….malang pun malanglah asalkan hati tenang…miskin pun miskin lah asalkan hati bersih…begitulah perumpamaannya…

Dan saat aku memohon bantuan dari Pencipta ku yang Maha Satu, Dia gerakkan hati aku untuk search tentang Anxiety Disorder yang disebut-sebut oleh doctor sebelum ini. Lalu aku terjumpa page Dr. Zubaidi. Dan disitu ada seorang makhluk Tuhan (yang sentiasa aku
doakan agar dirahmati Tuhan) telah sudi membantu dengan meninggalkan email nya untuk dihubungi….melalui perhubungan yang singkat tu dia telah menghantar buku Paul David- At Last A Life melalui email.


Dia galakkan aku membaca blog AnxietyNoMoreuk. Aku mula menempel dalam blog tu setiap hari. Aku baca website Paul David. Aku yakin itu adalah bantuan dari Penciptaku.. Menggerakkan hati milikNya jua untuk membantuku.

Saat itu aku berperang sendiri dengan diriku. Memahamkan sendiri apa itu Anxiety Disorder dan mengaplikasikan semua tips yang cuba disampaikan Paul David dalam buku tu. Aku tiada panduan. Tiada hala tuju. Tiada forum atau group dalam social media untuk aku rujuk. Aku sendiri. Aku rasakan yang aku adalah golongan kecil dalam dunia ni yang mengalami Anxiety. Tapi aku yakin Tuhan bantu aku.

Setelah aku mendalami buku tersebut pengetahuan aku tentang Anxiety Disorder semakin bertambah. Pemahaman aku meningkat seiring dengan serangan-serangan panic yang datang dalam hidup aku setiap hari. Aku sentiasa menunggu serangan panic (welcoming the symptoms) sebab itu saja peluang yang ada untuk aku beri respon pada serangan yang berlaku. Saat panic menyerang, itu lah saja peluang untuk aku aplikasikan tips yang Paul David sampaikan. Harus diingat, setakat kita baca dan tahu, segalanya takkan sempurna kalau kita sendiri tak rasa. Maka jangan takut bila panic/simtom menyerang. Jadikan itu peluang untuk kita aplikasikan tips yang juga aku adaptasi dari Paul David. Rasa. Feel the symptoms. Jangan elak simtom tu, korang kena rasa. Kena biarkan ia menjalar / merayap dalam badan korang saat ia menyerang. Jangan elak! Jangan kawal! Biarkan perasaan nak mati tu menjalar!

Tapi percayalah, dengan cara itu saja korang boleh kembalikan keberanian korang pada keadaan yang agak menakutkan tu. Face the fear. Memang aku bergelut dengan diri sendiri untuk melalui kehidupan sebagai penderita Anxiety Disorder.


.................................................................



Dan disaat aku sedang menjalani proses kesembuhan yang sudah mencapai 40%, suami aku dipanggil Ilahi. Dia pergi selamanya. Yang mana saat tu aku seperti merasakan semua usaha aku untuk sembuh seolah-olah lebur….aku dah rasa yang aku akan jadi gila dan takkan pulih selamanya.


Saat menerima berita kematian suami aku biarkan diri aku dalam keadaan baring sebab aku tahu keadaan aku yang lemah memungkinkan aku untuk pengsan dan tak sedarkan diri. Tapi saat tu, ada satu kekuatan yang Tuhan berikan pada aku untuk terus bertahan kerana aku fikirkan anak. Kalau aku pengsan macamane dengan anak aku. Jadi aku kuatkan semangat….sepanjang menuntut jenazah arwah aku sesak nafas dengan teruk…tapi aku langsung tak suarakan keadaan aku tu pada keluarga. Aku diam dan hati aku tidak putus-putus membaca Al-Fatihah kerana aku taknak dalam keadaan menerima kejutan tu aku jadi orang yang hilang pedoman. Aku bernafas hanya ikut kemampuan aku saja. Nafas pendek, semput, tersekat-sekat..semua keadaan tu aku rasakan kacau tapi aku redah jugak menerima kejutan tu.


Memang berat untuk melalui proses menerima takdir. Proses itu turun naik. Disaat aku sedang menerima takdir menjalani hidup sebagai penderita Anxiety Disorder aku terpaksa menerima takdir bahawa aku tiada lagi tempat untuk menumpang kasih sayang dan bergantung harap. Aku terpaksa menerima takdir untuk melalui kehidupan sebagai ibu tunggal yang lebih mencabar. Beban kan….tapi Tuhan sayang aku!!!

Walau ada ketika aku bersujud dan meraung pada Tuhan,

“Kenapa kau tetapkan takdir aku begini????? Apa salah aku???”

Walau ada ketika aku menangis dan meraung menghembur kemarahan aku pada Tuhan,

“Apa lagi yang Kau nak buat aku derita dan seksa? Kalau Kau rasa mahu hidupkan aku
untuk rasa derita Kau ambil nyawa aku!!! Untuk apa aku terus harungi hidup malang yang
tak sudah-sudah!!!”



Tapi ratapan aku tu hanya dibalas dengan ‘perasaan’ kasih sayang yang Maha Agung…itu yang aku rasa. Memang sukar untuk aku gambarkan melalui tulisan, tapi aku rasa! Tuhan sayang aku! Tetap. Walau bergunung ujian dan cabaran, perasaan KasihNya tak pernah aku
rasa kurang.

Dia Maha Pengasih dan Penyayang. Tuhan aku hakikatnya tak kejam. Itulah yang aku mahu korang tahu, bahawa Tuhan itu bukan saja-saja tetapkan ini secara kebetulan. Semuanya ada sinkronasi. Sinkronasi kerahsiaan KerajaanNya yang Maha Agung.

Aku mahu korang tetapkan keyakinan pada Pencipta korang ni dulu. Yakin padaNya. Yakin pada kasih sayangNya. Yakin pada ketentuanNya. Yakin pada segala yang ada di dunia zahir dan batin adalah milikNya saja. Bahawa kita tidak punya apa. Bahawa kita pinjam segala.
Bahawa kita diwujudkan semata-mata untuk ‘rasa’ kewujudanNya. Maka kasihlah korang pada Pencipta Yang Satu itu. Bahawa Dia akan tetap bersamamu. Jadi, duduk diam-diam…..lalui dengan tenang. Hadapi dengan senyuman.....




SAMBUNGAN DI SINI

7 ulasan:

  1. Assalam..good story terima kasih sharing cerita yang menarik untuk pesakit AD..ada byk soalan sy nak tanya kalau cik tidak keberatan boleh tinggalkan email untuk saya hubungi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam, terimakasih atas kunjungan. Untuk sebarang pertanyaan tentang Anxiety Disorder, sila emailkan soalan terus kepada penulis di alamat email beliau, virginrosevr@gmail.com

      Padam
  2. Sedih dans sebak membacanya.....kalau bole bertanya..sumai VR meninggak sebab apa?

    BalasPadam
  3. Tiap kali saya rasa down dgn Ad saya...saya akan baca episod ni berulang2..
    Sedih...tp ada suntikan semangat yang sangat kuat disitu..

    BalasPadam
  4. Bagaimana sy nk dptkan softcopy At Last A Life..blh x emelkan pd sy afifah2241@gmail.com..jazakallah

    BalasPadam
  5. Thanks for mentioning..glad sy jumpa blog ini...hope u doing fine.
    Siapa2 nak soft copy paul david blh email hidayah.kassim87@gmail
    Com..completely lfe saver
    Atau blh ke blog beliau anxiety no.more

    Hope it helps .... theres always light the end of the tunnel.Have a faith.

    BalasPadam

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]