Khamis, 1 Oktober 2015

Anxiety and I (Aku dan Kerisauan Melampau) Episod 2

ANXIETY AND I EPISOD 2

By: VirginRose VR

Februari 2013, sekali lagi kehidupan aku berubah 360°. Berpunca dari long term stress,kehidupan dulu-dulu yang aku rasakan tak bahagia…hidup rasa tertekan. Selalu hilang....…hilang hala tuju hidup…sejak zaman remaja lagi akal aku selalu persoal kenapa life aku tak sama macam orang lain…kenapa perkara yang aku nak tak selalu aku dapat…sejak zaman remaja itu juga akal aku sering persoal tentang kewujudan Tuhan, usul pada kewujudan setiap agama di dunia ni..apa rahsia yang Tuhan nak aku cari…memang sejak dulu aku selalu fikir nasib aku malang dan Tuhan tak adil dengan kehidupan aku.


Tekanan tu tersimpan macam lahar gunung berapi. Aku tahu waktu tu aku perlu dirujuk ke pakar psikiatri tapi aku terhalang oleh beberapa sebab lain. Aku batalkan niat tu. Dan keadaan menjadi lebih teruk apabila aku diserang panic attack selepas beberapa minggu aku keguguran anak yang sudah mencecah usia kandungan 4 bulan.

Aku ingat lagi waktu tu aku sedang berjalan-jalan dengan suami nafas aku jadi pendek. Badan aku berpeluh-peluh. Belakang badan aku rasa panas. Tapi aku rasa tangan dan kaki aku sejuk. Jantung aku berdegup kencang. Rasa kecut perut. Mengigil-gigil seluruh badan.
Macam nak terberak terkencing semua ada. Tiba-tiba rasa aku nak mati ke ni. Aku terus cakap kat suami nak balek rumah. Dia pun pelik, aku cuma cakap tak sedap badan.

Bila sampai di rumah mak mertua aku waktu tu aku rasa macam tiba-tiba okey. Tapi yang bezanya sejak tu aku dah tak boleh bernafas normal. Setiap masa aku rasa dada aku ketat/berat. Aku rasa mengantuk sangat. Tapi bila aku menguap, aku rasa tak puas, macam tersangkut. Nafas aku pendek. Aku rasa semput dan termengah-mengah. Tiada satu saat pun yang aku rasakan nafas aku stabil. Aku rasa tekak aku kering. Aku tak boleh nak menelan. Aku kerap sendawa. Aku tidur mendongak ke langit. Aku rasa tercekik. Macam selalu ada lendir kat tekak.

Otak aku memang kacau. Aku mula google simtom. Nah, amek ko! Macam-macam penyakit yang keluar bila aku diagnos diri aku sendiri. Mulalah rasa yang hidup aku dah makin jadi tak keruan.

Sewaktu pulang dari kampung arwah suami aku yang memang terpaksa menggunakan feri, aku diserang panic sekali lagi. Bayangkan masa tu aku dah terfikir aku akan mati dalam feri. Aku cuba nak keluar dari feri tapi memang mustahil la sebab feri dengan slumbernya meredah lautan tanpa mempedulikan aku yang sedang tercungap-cungap bernafas. Dan aku sempat bayangkan aku tak sempat untuk sampai ke hospital bila dah sampai ke darat.



Aku dah terbayangkan aku akan mati dalam perjalanan nak ke hospital. Macam-macam benda buruk bermain dalam otak aku. Dan dalam masa yang sama aku menggigil. Berpeluh-peluh duduk dalam feri tu walaupun feri tu ada aircond. Bunyi enjin feri menambahkan lagi resah aku.

Semakin kuat aku peluk tangan arwah suami aku waktu tu. Aku cakap kat dia, ‘susah nak nafas...., rasa macam nak mati. Saya nak mati ke ni?’ Dia usap kepala aku, dia pujuk aku.

“Jangan fikir bukan-bukan.” Aku tahu dia pun tak tahu nak buat apa masa tu. Maka dalam keadaan yang panic tu aku cuba lelapkan mata sambil hati aku tidak putus-putus membaca Al-Fatihah sehinggalah aku sendiri tertidur.Dan keadaan tu berlarutan selama beberapa hari sehinggalah aku rujuk kepada doctor sakit puan yang memantau kes gugur aku tu dan diberitahu “owh, tu Panic Attack Puan. Amek darah, kita cek ada tiriod ke tak….kalau tak tahan nanti saya buat surat rujuk pakar psikiatri”

Perrrrggghhhhhhhhhhh dah banyak kali dah ni aku sepatutnya dirujuk ke pakar psikiatri!!

Apakah ini???

Dan waktu tu semua kenangan saat aku diserang penyakit misteri tu terimbas kembali. Aku duduk memikir, dan mula mendapat jawapan bahawa penyakit yang aku anggap tiada nama tu sebenarnya Panic Attack. Aku tak tahu apa yang patut aku buat waktu tu tapi aku memang tak boleh jumpa psikiatri atas sebab peribadi yang tak dapat untuk aku kongsikan. Aku pun luahkan pada suami aku….dia memang tak dapat nak faham keadaan aku waktu tu, tapi aku tahu dia susah hati melihat keadaan aku yang tak terurus. Aku taknak kemas rumah langsung, aku takde mood nak pergi kerja sebab aku panic bila drive sorang-sorang lebih-lebih lagi dalam keadaan kesesakan lalu lintas. Dan aku akan jadi sesak bila aircond keta tu kuat sangat. Kejap-kejap aku buka tingkap, kejap-keja aku tutup. Dah tak keruan jadinya.

Pernah aku diserang panic sewaktu aku dalam terowong SMART. Aku memang dah lewat untuk ke pejabat jadinya aku ambil keputusan untuk gunakan lorong tersebut. Aku cakap terus-terang la, sejak aku ada Anxiety aku memang tak boleh berada dalam bangunan atau tempat yang tertutup. Sebab aku takut aku tak dapat nak lari keluar kalau aku diserang panic lagi. Dan memang terbaik di saat aku tengah kalut nak ke tempat kerja, terowong SMART tu plak tetiba sesak dengan kereta. Pergerakan jadi perlahan. Aku dah mula panic. Aku dah mula monitor badan aku. Aku cek nafas aku. Aku monitor jantung aku. Aku rasa peluh kat dahi aku. Aku tengok tangan aku samada menggigil atau tak.


Aku dah pandang kereta-kereta di sekeliling aku dengan pandangan yang makin mengecil. Aku dah rasa macam nak pitam. Aku dah rasa macam tiba-tiba aku akan mati dalam kereta. Aku dah bayangkan orang hon-hon kereta aku sebab aku kaku tak bergerak. Panic oiii!!!!!!
Serius, memang aku dah diserang panic waktu tu! Kejap-kejap aku buka tingkap sebab aku rasa macam tak boleh bernafas. Tapi bila buka aku rasa badan aku lagi panas dan berpeluhpeluh. Kemudian aku tutup semula tingkap dan buka aircond. Sama je keadaan aku, tak berkurang. Aku dah rasa nak buka lampu hazard. Tapi aku masih ada rasa malu. Kui kui...

Otak aku jadi lagi kalut sebab aku tahu dalam terowong yang sesak dengan kereta yang tak bergerak tu aku tak mungkin dapat keluar cari ruang luas bagi memudahkan aku bernafas. Tapi apalah daya ku waktu tu...aku redah jer...aku bernafas ikut kemampuan aku. Memang
rasa nak dekat mati dah masa tu.

Keadaan aku semakin haru la beb….hari-hari nangis..aku tak boleh duduk sorang. Aku nak sentiasa rasa berteman. Kadang-kadang terpaksa menyusahkan keluarga aku. Tapi ada ketika mereka tak dapat nak melayan permintaan aku yang perlukan teman dan aku terpaksa hidup dalam ketakutan. Bila aku keluar, aku rasa nak cepat-cepat balik ke rumah. Aku tak betah nak lepak kat luar rumah lama-lama lagi sebab aku takut aku pengsan atau mati luar rumah. Aku tak suka pergi jalan jauh. Sebab aku takut tempat tu tak ada hospital.

Aku benci perjalanan yang jauh yang buatkan aku rasa nak muntah. Aku benci guna jalan yang sesak dengan kereta. Aku tak suka tempat yang ramai orang aku rasa susah nak bernafas. Aku selalu nak elak pergi ke tempat yang aku pernah diserang panic. Sebab aku ada mentaliti bahawa panic tu akan berulang lagi kalau aku ke tempat tu. Setiap masa aku rasa kecut perut, rasa tak sedap hati…tidur aku dah mula tergangggu. Bila aku terlelap je nanti dengan sendiri nya aku terjaga dalam keadaan tersentak. Jantung aku mula laju.

Setiap masa aku rasa berdebar-debar..aku rasa belakang aku panas, bahu belah kiri rasa panas seolah-olah ditampal koyok…dahi aku ketat. Telinga aku selalu tersumbat dan berdengung. Muka aku kebas sebelah. Tangan kaki aku semua kebas-kebas. Nafas aku sentiasa pendek setiap saat tanpa gagal okey! Macam yang aku ceritkan sebelum ni la, aku tido terpaksa nganga kan mulut…aku dongak kan kepala aku sebab aku rasa boleh bernafas sikit dalam keadaan macamtu, memang nampak wajah riak saat aku tido tu..tapi pedulikan asalkan aku rasa selesa nak bernafas dan tak rasa tercekik….Aku tak larat nak naik tangga nanti aku jadi semput. Aku dah tak boleh bercakap banyak-banyak nanti aku semput.

Dizziness, pergghhh memang menjadi balek laa weeeehhh….jalan tongkat dinding lagi aku.. perut aku sentiasa rasa tak sedap. Pendek kata hampir kesemua simtom yang korang deritai tu aku dah rasa dah… Aku dah kurang bercakap. Muka aku selalu je nampak murung (ni orang yang tegur la…). Berat aku drop dari 56kg jadi 45kg. Waktu ni aku sangat sensetif bila orang tanya kenapa kurus sangat sebab otak aku macam dah fikir “aku nak mati ke”. Tapi masa tu memang aku psiko gila la…aku rasa semua makanan boleh jadi racun untuk aku hinggakan aku rasa taknak makan semua benda. Aku hanya percaya pada nasi putih, ikan goreng, ayam goreng dan kicap je. Lain-lain menu semua aku tolak. Mana la tak melidi.

Aku dah susah nak ketawa padahal aku la kaki cakap merapu. Dan aku jugaklah minah yang paling kuat mengilai dan ketawa besar-besar dalam ofis.. suami aku pun dah banyak kali cuba buat lawak tapi aku senyum jek. Bila dia ajak keluar pegi jalan jauh sikit aku dah tak boleh nak tido beberapa hari sebelum tu dah. Aku rasa macam nak cancel tapi tak sanggup nak kecewakan hati suami aku redah jugak. Time tu kalau pegi mana-mana aku akan aim hospital je. Bila nampak signboard spital aku rasa lega. Aku juga tak bole ada dalam tempat tertutup sebab aku bimbang kalau aku diserang panic aku tak boleh nak escape atau lari keluar dari bangunan tu. Aku akan sentiasa bawa diri aku ke laluan yang mudah untuk aku lari.

Sekali lagi aku rasa tak best, performance kerja aku drop teruk.. aku ceritakan masalah aku pada boss. Dia faham tapi tak mampu nak buat apa-apa. Selama beberapa bulan tu aku lalui hari-hari yang tak normal. Aku selalu rasa dalam khayalan, blur, macam dalam mimpi. Anak aku pun aku malas nak layan. Mereng sekejap.

Bila hati selalu tak keruan, klinik la jadi tempat aku rujuk. Aku pergi ke klinik biasa yang aku pergi. Aku luahkan segala-galanya. Dia kata “Ini Anxiety Disorder…kamu kena makan ubat. Dan percayalah yang kamu boleh makan semua makanan, jangan tahan-tahan lagi dah. Makan je. Kamu akan ok!” Aku pun cubalah ubat yang doctor bekalkan. Aku tak ingat apa nama ubat tu. Tapi lepas aku makan sebiji, aku dah tak ingat apa-apa aleh-aleh je aku tertidor. Anak aku ntah kemana aku pun tak sedar. Bila aku bangun pagi kepala rasa berat dan aku tengok anak aku tidur sebelah aku.


Hati aku dah rasa yang aku tak boleh nak makan ubat ni sebab aku bimbang kalau aku tertidor nanti aku tak sedar anak aku buat apa kalau dia pulak masih tak tidor lagi…so aku decide untuk stop makan ubat tu. Time tu aku dah rasa ubat pun tak dapat bantu aku,
oranglain pun tak dapat bantu aku. Tapi percayalah, dalam keadaan semua orang tak dapat nak bantu kita, dalam keadaan kita rasakan kehidupan kita berubah dan berpusing 360° hakikatnya Tuhan sentiasa ada sama kita. Setiap hari aku menangis merayu pada Tuhan, aku mohon beri kekuatan untuk aku hadapi ujian ini. Kalaupun Dia taknak bagi aku sembuh aku cuba redha, tapi berilah aku kekuatan untuk harungi hari-hari aku. Kalaupun aku akan mati, berilah aku mati dalam keadaan yang Dia redhai. Dan aku redhai.



SAMBUNGAN DI SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]