Rabu, 28 Oktober 2015

Anda Mampu Merawat Diri Anda


PENGUMUMAN

Sebuah Seminar Khas ANDA MAMPU MERAWAT DIRI ANDA

Untuk Penderita OCD, AD/Depressi akan diadakan pada :

Hari:   Sabtu , 7 Nov 2015

Jam :    10 pg hingga 5 ptg

Tempat :

HusnuzzonLoa Consultancy
B7-1, Jln 1/2, Reef Business Centre,
48000 Rawang, Selangor.




 (Berhampiran Tesco Rawang, Maybank dan Ali Food Restaurant)

Yuran : RM35 per person (bayar waktu pendaftaran)


Pendaftaran bermula jam 9 pagi


Speaker : HusnuzzonLoa Consultancy

Panel jemputan khas: 

1. Ustaz Shazwan (aktivis Mental Health dan imam muda)
2. VirginRose VR ( aktivis AD dan penulis siri Anxiety and I)










Lunch dan tea break serta nota penting juga disertakan.

Peserta diminta membawa alat tulis dan buku nota.

Seminar ini bukan bengkel santai, tetapi pendedahan dan cara ikhtiar merawat penyakit dan kehidupan dgn menggunakan Hukum Daya Tarikan (Islamic Law of Attraction) dimana peserta akan diajar secara terperinci dari segala sudut dalam usaha untuk merawat diri.

Semua perkongsian ilmu dalam sessi rundingcara personal coaching yg admin lakukan selama ini akan dibawa ke seminar ini.

You Are Not Alone

Anda Tidak Keseorangan!

25 Oct 2015 mencatat satu lebaran baru apabila gabungan penderita OCD dan Anxiety Disorder digabungkan dalam sebuah bengkel santai (bukan formal) bertemakan " Gua Bukan Gila beb...",  hasil usaha aktivis-aktivis perihatin AD dari group Facebook  Anxiety Disorder Malaysian Community (ADMC)  bertempat di Bangunan AIRIS LPPKP di Selayang.  HusnuzzonLoa juga turut diundang sebagai ahli panel  untuk memberikan pencerahan dalam masalah OCD/Was-was.

Ahli panel : Virgin Rose, Ustaz Shazwan, Anasresa Petra dan blogger



Bengkel ini dikelolakan oleh yg berbahagia Ustaz Shazwan dan ahli panelnya terdiri dari Sdr Anasreza Petra, moderator kepada Group Whatsapp AD dan juga Sdri Virgin Rose , moderator ADMC yang juga blogger jemputan di HusnuzzonLoa dan penulis siri Anxiety and I.

Bulatan Luahan

Penulis siri Anxiety and I, Virgin Rose

Demo Senaman The Five Rites


Bengkel yg padat dengan pelbagai perbincangan, soalan-soalan, serta penerangan dan tips serta luahan pengalaman peserta ini akhirnya menyuntik satu semangat baru pada para peserta yang selama ini berada dalam "isolation circle" masing-masing. Dimana setelah bertemu sesama mereka yang senasib dari tempat-tempat yg berlainan, dan berkesempatan  bertukar pandangan dan merasa bahawa kali ini mereka telah membuat luahan rasa ditempat yg "tepat", maka terjalinlah keperayaan bahawa mereka bukanlah keseorangan atau bersendirian dalam menangani masalah ini. Tetapi terdapat juga insan-insan lain yg senasib, yg merasai penderitaan yg sama, yg TIDAK SESEKALI akan mengejek, menghina, tidak mampu bersabar dgn kesakitan yg mereka alami,  atau memandang serong mereka  seperti yg sering dilakukan oleh masyarakat luar yg TIDAK MEMAHAMI gejala ini dalam ertikata yang sebenar kerana masing-masing memahami dan merasai penderitaan yg seakan sama walaupun dalam senario yg berbeza.

Selain dari peserta, terdapat juga ibu bapa pesakit, pasangan pesakit yg turut hadir untuk memberikan sokongan moral dan juga ingin memahami serta mendalami dengan jelas, apakah sebenarnya gejala ini. Selain dari itu, gabungan ini juga dapat menambahkan pengetahuan tentang perbezaan AD dan OCD, serta persamaannya.

Alhamdulillah, diakhir majlis, para peserta kelihatan ceria dan excited dan banyak pihak meminta agar program seperti ini diadakan lagi dimasa-masa akan datang. Inshaa Allah, sepertimana cita-cita saya sendiri semenjak mengusahakan blog ini, saya ingin membuat kempen Public Awareness tentang gejala ini ke seluruh negara, disamping berusaha memberi bantuan berupa rawatan kaunseling se-effectif yg mungkin kepada mereka yang memerlukannya.  dan Inshaa Allah dengan adanya kerjasama dengan aktivis-aktivis yg amat komited ini, saya yakin matlamat ini akan menjadi kenyataan dengan Izin Allah.


Peserta bergambar diakhir program






                                                
You are not alone
I am here with you
Though you're far away
I am here to stay
you are not alone
I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
~michael jackson


Khamis, 22 Oktober 2015

Barang Yang Lepas Jangan Kenang


BARANG YG LEPAS JGN DIKENANG

Pepatah org dahulu ini amat berkait rapat dgn pengaplikasian Hukum Daya Tarik. Kerana umpama lumrah, kita terlalu mudah utk menyesali kesilapan yg kita lalui yg menyebabkan kerugian.

Contohnya, jika kita terlari budget atau tersilap budget pada bulan ini, kita akan menyesal dan berkeluh kesah dlm hati.
 " Kalaula aku tak pergi ikut diorang haritu, tentu duit aku tak habis, kalaula aku tak beli benda tu.,,patutnya aku tak payah ambil lagi benda ni...,"

Dan bermacam-macam penyesalan. Sebenarnya, keluh kesah sebegini tidak membantu apa pun tetapi hanya akan membuatkan hal dan keadaan menjadi lebih teruk, dimana hati kita menjadi sedih dan kecewa, dan frekuensi negatif ini mampu menarik keadaan yg sama untuk berlaku lagi dimasa yg akan datang.

Jangan menyesali rezeki yg telah tiada atau telah terlepas, kerana sebenarnya, ianya juga satu ketetapan atau takdir bahawa itu bukan rezeki kita, tetapi hak orang lain. Apa yg perlu kita fokus ialah rezeki yang akan kita terima. Rezeki yg akan datang. Dan rezeki yg akan datang ini lebih besar jumlahnya dari yg telah terlepas.

Sebagai contoh, katakan anda pernah tersilap dlm perbelanjaan pada 5 tahun lalu hingga anda rugi sebanyak RM5 ribu dan anda merasa amat tetkilan. Tetapi cuba anda hitung, semenjak hari anda kerugian RM5 ribu itu hingga ke hari ini, iaitu 5 tahun, berapa pula wang masuk yg telah anda perolehi? Sudah tentu melebihi jumlah yg anda rugi. Oleh itu, lepaskan  rasa terkilan pada rezeki yg telah tiada, positifkan minda dan sentiasa fokus pada rezeki yg akan tiba yg lebih melimpah ruah.

Kita juga jangan dengki dengan rezki orang lain. Bila kita nampak kebahagiaan dan kejayaan orang lain, jangan irihati kerana kebahagiaan dan kejayaan seseorang itu adalah rezeki yg Allah tetapkan utk mereka.

Jgn sesekali bersangka buruk menuduh mereka riak atau menunjuk-nunjuk.

Sebaliknya didik hati kita utk "gembira dan bangga" bila melihat kebahagiaan dan kejayaan org lain.

Ra'ikan perasaan gembira mereka. Ucapkan tahniah pada mereka. Doakan muga kebahagiaan mereka berpanjangan. Ucapkan:
"I am so happy for you."
"I am so proud of you. "

Hidup kita akan berubah menjadi lebih bahagia, maju dan berjaya apabila kita berjaya mengubah cara pemikiran dan tanggapan kita ke arah yg positif dan husnuzzon. Inshaa Allah.

10 Perkara yang Perlu Diketahui Jika Pasangan Anda adalah Penderita OCD


Apakah Anda sedang menjalin hubungan dengan seseorang yang memiliki penyakit Obsessive Compulsive Disorder atau OCD? Jika ya, mungkin anda perlu meningkatkan tahap kesabaran anda.



OCD adalah penyakit yang menyebabkan seseorang memiliki keinginan atau obsesif dan dorongan untuk mengulang-ulang perilaku tertentu (kompulsif) berkali-kali.

Sebenarnya, mereka mengetahui bahawa obsesif dan kompulsifnya tidak masuk akal, tetapi mereka tidak mampu menghentikannya kerana jika mereka tidak melakukannya, mereka akan merasa gelisah atau cemas. Penyakit ini mampu menganggu kehidupan Anda baik dalam segi hubungan, pekerjaan ataupun pendidikan.

Jika Anda jatuh cinta atau sedang menjalin hubungan dengan seorang penderita OCD, ada beberapa hal yang harus diketahui dan Anda ingat. Berikut 10 perkara yang perlu diketahui dari seorang penderita OCD.

1. Mereka tidak mampu mengendalikan diri
Otak seorang OCDian terkunci sehingga mereka tidak mampu menjalankan tugas-tugas dengan kadar normal. Mereka bukan tidak ingin berhenti, tapi sekuatmana pun mereka mencuba, mereka tidak akan mampu mengendalikan diri mereka. Jika mereka menceritakan sesuatu perkara kepada anda, mereka akan berusaha menceritakan dengan selengkapnya, dan jika anda mencelah dipertengahan, mereka akan terganggu dan ada sesetengah mereka akan mengulang semula cerita dari awal atau mengulangi beberapa ayat berulangkali.

2. Mereka tidak mampu berhenti memeriksa
Seseorang dengan OCD tidak akan pernah percaya ATAU selalu lupa apakah mereka sudah pintu bilik, mematikan komputer, atau hal-hal lainnya. Mereka akan selalu memeriksa dan terus memeriksa sehingga mereka benar-benar yakin.

3. Mereka akan menjadi takut bila menerima konflik
Walaupun rasa risau akan konflik sebenarnya bukanlah hal yg sangat teruk, namun bagi OCDian akan sangat terganggu dan takut akan hal ini. Mereka akan cemas ketika memikirkan hal-hal yang sebenarnya tidak perlu dicemaskan.

4. Mereka menghindari benda-benda, situasi, atau lingkungan tertentu
Samada seseorang, tempat, atau hal apa jua yg boleh mengganggu pemikiran mereka. Mereka takut jika terjebak dgn perkara yg membuatkan mereka was-was, itulah sebabnya penderita OCD selalu menjaga jarak terhadap orang-orang disekeliling mereka,

5. Hidup dengan keraguan, was-was dan ketidakpastian
Sikap mereka yang selalu memeriksa kerana kurang yakin, was-was dan ragu-ragu pada akhirnya membuat mereka cemas dan dan kesusahan. Ketidakpastian inilah yang akhirnya membuat hidup mereka menjadi tidak aman dan tidak tenang. Sesetengah mereka juga kemungkinan menghidapi Syndrome Tourette yang membuatkan mereka melakukan pergerakkan-pergerakkan ganjil seperti terkelip-kelip atau menggoyang-goyangkan tangan tanpa sebab.

6. Mereka perlu diyakinkan
Orang normal umumnya akan mudah menjadi tenang jika ada seseorang yang menenangkan mereka ketika mengalami saat-saat mengalami masalah. Namun, penderita OCD tidak akan mudah ditenangkan hanya dengan satu kalimat seperti, "semuanya akan baik-baik saja." Mereka harus diyakinkan berulang kali dengan hujah, logik akal mahupun nas Al Quran dan Hadis sehingga mereka benar-benar yakin.

7. Mereka tidak akan menggunakan bilik mandi umum
Kerana penderita OCD sangat mementingkan keselesaan dan kebersihan, seboleh-bolehnya mereka tidak akan menggunakan bilik mandi yang digunakan oleh orang lain, Bahkan jika mereka tiada pilihan, mereka lebih sanggup menangguhkan urusan ke bilik air sehinggalah mereka mendapatkan bilik air yg mereka anggap selesa dan sesuai seperti yang mereka inginkan.

8. Mereka sangat teliti dan hati-hati
Mereka juga akan sangat memerhatikan apa pun yang akan masuk ke mulut mereka samada kerana was-was kuman, kekotoran atau pun najis, halal dan haram. Bahkan mungkin memerlukan waktu beberapa minit untuk memeriksa dan mempersiapkan makanan sebelum mereka memakannya. Atau memeriksa apakah logo halal itu asli atau palsu.

9. Mereka takut penyakit
Terdapat juga penderita OCD yg memiliki kencenderungan Anxiety Disorder seperti sangat takut jika mereka menghidapi sebarang penyakit yang mereka pernah baca atau mereka dengar. Ketika mereka terlalu memikirkan tentang hal ini, mereka akan cenderung menjadi murung dan tidak tenang kerana kerisauan itu datang sendiri berulangkali didalam fikiran mereka tanpa mampu dihentikan.

10. Mereka tidak pernah merasa cukup bersih
Penderita OCD memiliki sifat yang selalu menuntut kesempurnaan dan ingin selalu kelihatan bersih. Mereka selalu merasa bahawa apa yang mereka pakai atau hal-hal yang ada di sekitar mereka tidak cukup bersih. itulah sebabnya kebanyakan dari mereka selalu berulang kali membersihkan diri mereka terutama dalam hal-hal yang membabitkan amal ibadah.

ARTIKEL INI DISESUAIKAN DARI RONA.METRONIEWS.COM

Rabu, 21 Oktober 2015

Tapak Tangan Basah Sentiasa


Siapa yg kerap berpeluh tapak tangan sebegini?


Inilah yg dinamakan Hiperhidrosis

Hiperhidrosis? Ada yang tak pernah dengar kan?

Sebenarnya, hiperhidrosis juga dikenali sebagai PELUH berlebihan. Ramai yang tak tahu sebenarnya ia adalah satu penyakit.

Saya sendiri memiliki hiperhidrosis. Semasa kecil dulu, ibubapa memberitahu saya ianya adalah sebab cemas atau takut. Memang kita akan berpeluh bila takut atau gementar Tapi bagi penghidap penyakit ini, peluh yang terhasil adalah berlebihan dari biasa. Walaupun hiperhidrosis tidak berbahaya tetapi ia memberi impak psikologi. Mereka mudah mengalami tekanan kerana malu untuk bersosial dan lebih suka menyendiri.

Paling membuatkan saya tertekan apabila rakan menghulurkan tangan utk bersalam. Biasanya pasti mereka akan menunjukkan muka jijik bila mendapati tangan mereka basah setelah bersalam.

Ianya juga berlaku walaupun dalam bilik berhawa dingin yg sejuk, dan peluh yg keluar ketika itu pula akan sesejuk ais! Dan tak hairanlah jika saya memang tidak tahan melampaui batas dgn air cond dan juga bila pergi ke negara2 yg mengalami musim winters.

Juga ketika zaman sekolah, terutama ketika peperiksaan, pasti kertas jawapan akan basah lencun akibat hiperhidrosis hingga saya melapik dgn sapu tangan atau tisu.
Paling kerap berlaku apabila menunggu nombor giliran dibank, pejabat pos atau seumpamanya, menanti saat wisel ditiup ketika acara balapan.

Agak membahayakan ketika menunggang motorsikal kerana kegagalan memulas minyak akibat peluh membuatkan handle menjadi licin, juga membabitkan stereng dan gear kereta tidak bergerak akibat licin kerana lenjun dgn peluh. (Ini adalah pengalaman saya sendiri)

Hiperhidrosis boleh berlaku kepada sesiapa sahaja sama ada lelaki ataupun perempuan, tidak kira tua atau muda. Jika tidak dirawat, ia akan kekal seumur hidup. Bahaya juga kan pada kesan mental.

Puncanya?

Punca hiperhidrosis terbahagi kepada iaitu sebab yang tidak diketahui (primer) dan juga disebabkan penyakit seperti kencing manis, batuk kering, berat badan berlebihan, ibu hamil dan warga tua. Namun punca utama tidak dapat dikenalpasti. Kajian awal didapati disebabkan kalenjar peluh. Kebiasaannya menyerang di tapak tangan dan kaki. Aktiviti saraf simpatetik keterlaluan memberi rangsangan kepada kalenjar peluh yang normal. Hiperhidrosis juga boleh diwarisi.

Biasanya hiperhidrosis berlaku pada empat bahagian utama tubuh iaitu:
- muka
- tapak tangan
- kaki
- ketiak

Kesan Hiperhidrosis

- Kurang keyakinan diri
- Mengalami tekanan
- Masalah dalam hubungan intim

Rawatan

- Ubat anti peluh (ada kesan sampingan)
- Ubat makan yang mengandungi anti kolinergik (ada kesan sampingan)
- Suntikan Botox atau Botulinum
- Kaedah pengionan
- Pembedahan endoskopi torasik simpatektomi (ETS)

Artikel disesuaikan dari yg asal dari internet.

Selasa, 20 Oktober 2015

Anxiety and I (Aku dan Kerisauan Melampau) Episod 9 (AKHIR)


Anxiety and I Episod Terakhir

By: VirginRose VR


LIFE MUST GO ON!

Ketahuilah sahabat-sahabatku sekalian alam,

Kesemua proses itu aku lalui saat arwah suami aku masih berada di sisi aku dan sehinggalah dia sudah tiada. Aku teruskan hidup dengan bertemankan Anxiety. Sememangnya kaedah pertama aku iaitu dengan BERHENTI GOOGLE! memberi kesan yang besar dalam hidup aku sepanjang melalui proses kesembuhan Anxiety. Minda aku sudah mulai tersusun.


Sepanjang melalui proses kesembuhan aku dah mula rasa TAK TAKUT kalau aku diserang panic. Aku sendiri yang berani menjemputnya datang. Aku selalu bercakap-cakap dengan Anxiety, kalau rasa nak datang silakan. Aku jemput kau. Silakan buat apa yang engkau mahu buat.

Tunjukkan kekuatan kau. Kalau kau nak buat aku sampai pengsan, mari buat aku sampai tak sedar. Kalau nak buat aku sampai mati, mari buat aku sampai mati. Aku dah sedia. Ajal aku ditangan Tuhan bukan ditangan Anxiety. Dan tak pernah setakat hari ni aku dengar orang meninggal dunia dan dalam sijil kematiannya - Sebab Kematian : Anxiety Disorder! Oh! Memang tak wujud. Jadi, aku tak mahu nak melayan otak-otak kreatif aku lagi. Aku replace minda negatif aku dengan minda positif yang logik. Bila, otak aku kata: Alaa...memangla sijil tak tulis mati sebab Anxiety, tapi orang tu mati sebab sesak nafas, ntah-ntah punca nya Anxiety.

Dan otak aku yang paling dalam akan memujuk: Kalau pun mati sebab sesak nafas, terima je la...apa la daya aku. Nyawa aku milik Dia. Lepaskan segalanya. Cara ni memang menakutkan. Aku seolah-olah berserah diri. Menyatakan kesediaan aku untuk mati. Tetapi aku tetap beri penyerahan itu, dan memang kesannya SANGAT BESAR.

MENERIMA TAKDIR itu adalah besar kesannya dari kita MELETAK HARAPAN.

Percaya pada takdir.
Jika memang kita akan mati, maka matilah! Terima takdir.
Tapi jika kita meletak harapan supaya umur kita dipanjangkan lagi dan dapat hidup lebih lama lagi maka kita tak akan pergi kemana. Kita masih tetap kekal dalam cycle of Anxiety. Dan hari demi hari minda kita makin resah. Hati kita makin tak keruan.


Kenapa dengan aku ni? Sampai bila aku harus rasa takut? Kenapa aku sentiasa fikirkan tentang mati? Kenapa aku takut untuk mati? Aku buat sebarang perkara semuanya membawa aku pada perkataan mati. Aku buat apapun semuanya aku rasakan yang aku sedang buang tebiat! Ya Tuhan! Aku taknak mati. Aku tak sedia lagi. Aku takut nak mati. Aku banyak dosa lagi. Aku nak buat amal ibadah lagi. Aku nak itu aku nak ini. Aku nak semua.

Sudah-sudahlah meminta itu dan ini. Setiap detik nafas yang Tuhan beri pada kita walaupun sekarang tidak lagi selesa itu lah sebenarnya bukti kasih sayang Dia. Dan Dia dah beri nikmat yang besar itu, maka mahu apa lagi kita? Berserah dirilah. Terima lah ujian ini.

Wahai sahabat-sahabatku sekalian,
Dan apabila nanti engkau telah mencapai kesembuhan yang engkau inginkan (dalam definisi kesembuhan engkau sendiri) jangan lupa untuk bantu orang lain yang pernah menderita seperti kamu. Jangan takut sekiranya Anxiety kamu berulang kerana di saat aku memulakan langkah membantu orang dulu juga aku masih belum sepenuhnya sembuh.

Tetapi disebabkan aku telah mula nampak sedikit hasil maka aku beranikan diri untuk bantu kawan-kawan yang memerlukan. Dan walau sekarang aku telah sembuh, bohonglah jika sesekali minda aku tidak mengusik untuk terjun semula dalam cycle of Anxiety. Pasti akan ada.

Bisikan syaitan itu melalui pelbagai cara bukan. Maka, aku juga yang telah sembuh ini sesekali masih terdetik persoalan-persoalan:

“Eh, aku tak takut ke buat write up ni. Macam sudah buang tebiat. Adakah ini write- up terakhir yang mana selepas ini aku akan mati?”

“Eh, kenapa aku baik sangat dengan budak ni? Adakah aku buang tebiat?”

“Eh, kenapa aku tetiba risau anak aku kat sekolah ni? Rasa kecut perut plak tetiba? Ada something ke?”

“Ish, kenapa mood aku down beberapa hari ni? Aku nak kena Anxiety semula ke?”

“Lahaaaii.....kenapa la lately perut aku meragam? Asyik kembung je? Rasa tak selesa je ni? Aku dah ada kanser ke?”

“Ya Tuhan, kenapa aku rasa takde semangat nak kerja sepanjang bulan ni? Aku bangun tido lemau dan rasa malas nak buat kerja di pejabat?”

“Kenapa rasa kebas tangan ek? Nak kena balek ke simtom Panic Attack ni?”

“Ish...aku ni sembang kencang-kencang tolong orang Anxiety sana sini, sekali akan datang rupanya Anxiety aku relapse dan lagi teruk dari mereka macamne??”



Nampak tak? Soalan-soalan macamtu bukannya langsung tak wujud sepanjang aku dah sembuh ni. Tetap wujud. Walau aku dah normal tapi tetap wujud. Kenapa? Sebab itu adalah perkara normal yang SEMUA MANUSIA alami. Fikiran-fikiran negatif tu dialami sesiapa sahaja. Tetapi aku dah tak jadikan ia sebagai tajuk utama hidup dan aku kekalkan attitude WHATEVER!!! Bila datang je persolan bangang macamtu, aku tak benarkan diri aku untuk duduk dalam keadaan kerisauan dan kebimbangan yang merapu tu terlalu lama. Segala keresahan hati aku pulangkan semula pada ketentuan Pencipta aku.

Wahai sahabat-sahabat ku sekalian alam,
Kita juga selalu minta untuk sembuh dan mahu halau semua simtom. Tetapi adakah kita dah memulakan langkah untuk sembuh?

Adakah kita dah nekad untuk tidak lagi google simtom?
Adakah kita dah mula nak mengenali apa itu Anxiety Disorder?
Adakah kita dah bersedia untuk ubah sikap negatif kita kepada positif?
Adakah kita dah bersedia untuk runtuhkan ego dan bersujud depan Pencipta kita?
Adakah kita masih degil untuk bertaubat?
Adakah kita masih tak mahu berbuat kebaikan?
Adakah kita masih benci untuk berkasih sayang sesama manusia?
Adakah kita masih mahu memilih ketakutan berbanding cinta?
Adakah kita berkeras untuk duduk meratap nasib dari bangkit mencari kelebihan diri?
Adakah kita masih tak berminat untuk merasai nikmat yang Tuhan bentangkan dihadapan kita?
Adakah kita masih nak desak orang sekeliling untuk faham kita?
Adakah kita dah mula mahu menerima dan mencintai simtom?
Adakah kita redha bahawa pada diri kita sudah tidak normal seperti dulu?
Adakah kita dah sedia untuk berhadapan dengan semua ketakutan?
Adakah kita masih nak memandang semua perkara itu negatif?
Adakah kita masih taknak ubah diet pemakanan kita?
Adakah kita dah sedia untuk amalkan gaya hidup sihat?

Jika kita dah bersedia fizikal mental maka tetap teruslah menjalani hidup dengan baik dan usahlah beri tumpuan pada tubuh badan kita sahaja. Apapun benda yang tak best berlaku pada tubuh, ingatlah, selagi kita bole berak kencing, makan minum macam biasa maka kita tak sakit.

Kita sihat dan akan tetap terus berfikiran positif. Dan soal ajal, usahlah dibenakkan otak dengan perkara yang menjadi rahsia Sang Pencipta kita. Jangan buat kerja Tuhan! Jangan pandai-pandai buat ramalan. Jangan pandai-pandai mengaitkan soal ajal dengan suatu apapun

(cth: mimpi/ tanda-tanda kematian/ petanda bunyi gagak dan lain-lain mak nenek yang merepek)

Bila kita percaya dan bergantung harap pada sesuatu yang lain selain dari Nya maka kita mungkin boleh terjatuh dalam syirik halus. Maka berhati-hatilah terhadap kepercayaan kamu pada sebarang tanda-tanda kematian.

BILA HATI TIDAK TENANG ADA SESUATU YANG PERLU KITA UBAH.

Berbuatlah baik sesama manusia.....
Sejahteralah hendaknya.
Kepada sahabat-sahabatku sekalian alam,
Terima kasih kerana sudi membaca write-up kehidupan aku menjalani hidup sebagai penderita Anxiety Disorder. Walau korang dah masuk tahap depression atau skizofernia atau apa-apapun masalah mental sentiasa JANGAN PUTUS RAHMAT dari TUHAN.

Selalu juga aku sebutkan, kesembuhan itu subjektif:

*Ada yang masih mengalami simtom AD (tidak kerap) dan mampu menjalani kehidupan normal tetapi mengaku telah sembuh. ITU BENAR.

*Ada yang tidak lagi mengalami simtom AD dan mampu menjalani kehidupan normal dan mengaku telah sembuh. ITU JUGA BENAR.

*Ada yang telah mengalami simtom AD selama 40 tahun dan mampu menjalani kehidupan normal tetapi mengaku belum sembuh. ITU BENAR.

*Ada yang telah mengalami simtom AD selama 40 tahun dan kurang mampu menjalani kehidupan normal tetapi mengaku belum sembuh. ITU JUGA BENAR.


Jadi, walau apapun pengakuan mereka, kesembuhan itu terletak pada diri kamu dan
presepsi kamu sendiri.

Harapan aku semoga write-up ini beri manfaat dan beri panduan pada sesiapa yang sedang mengalaminya. Aku juga amat menggalakkan korang untuk terus membantu kawan-kawan yang masih mencari-cari apa itu Anxiety Disorder. Bila korang permudahkan kehidupan orang lain, Tuhan akan permudahkan kehidupan korang. Bantu membantu dan berbuat baiklah!

Terima kasih sekali lagi, jika material ini amat bermanfaat mohon jangan disimpan. Kongsikan pada penderita lain. Jika korang nak kata ini hak cipta korang, silakan. Nak mengaku ini hasil kerja korang, silakan. Walau bagaimanapun, aku tegaskan di sini bahawa write up ini bukan untuk dijual. Tidak aku benarkan sesiapa mengambil keuntungan. Kerana aku tidak berurus niaga dengan penderitaan manusia.

Salam sejahtera untuk semua.
Virgin Rose Vr 2015


~Semoga siri Anxiety And I ini dapat memberikan Inspirasi dan Motivasi kepada insan-insan yang senasib, agar berani untuk keluar dari kepompong penderitaan mereka...
arjunasetia


TAMAT


Ahad, 18 Oktober 2015

Anxiety and I (Aku dan Kerisauan Melampau) Episod 8


Anxiety and I Episod 8

By: VirginRose VR



PEMIKIRAN NEGATIF


Okey, ini topik yang kerap orang tanyakan pada aku. Macamane nak atasi gangguan fikiran (intrusive thoughts)? Macamane nak atasi masalah memikirkan perkara-perkara negatif?

Takut mati la...takut sakit la...takut kena musibah la...bla bla bla...

Dan aku yakin kebanyakan dari kita suka tepis pemikiran negatif tu....kita suka tepis lintasan gambaran yang menakutkan yang muncul dalam minda kita secara sengaja atau tak sengaja.

Sebagai contoh:

Tiba-tiba kita dapat gambaran atau bayangan kita terjun bangunan atau kelar tangan.

Apa respon kebiasaan yang kita buat bila berlaku situasi macamni?

“Ya Allah, apa yang aku fikir ni...masyaAllah....aku ni memang akan giler ke? Aku memang akan mati dalam keadaan bunuh diri ke? Aku akan mati dalam keadaan hina ke? Kenapa aku sampai tahap fikir benda macamni? Kenapa sampai tahap gambaran tu terlintas dalam minda aku? Kenapa gambaran tu berulang-ulang muncul dalam otak aku? Aku dah makin teruk ke? Tuhaaan.....aku taknak jadi giler....aku taknak mati cara hina. Itu satu petanda ke? Okey, aku tak akan fikir macamni lagi..aku kena berhenti fikir.” Lalu kepala diketuk-ketuk, rambut ditarik-tarik sebabnya marah pada otak kerana pemikiran tu rupanya-rupanya masih taknak pergi dan berlegar dalam otak selama berjam-jam, berhari-hari, berbulan-bulan!

“Hei, otak!!! Kenapa ko muncul lagi ha fikiran yang menakutkan tu? Aku taknak mati cara macamtu!! AKu taknak...aku nk stop fikir! Berhenti! Berhenti!”



Lalu pemikiran tu makin serabut dan makin serabut.....

Lalu pemikiran tu makin berkembang dan berkembang...

Lalu pemikiran tu makin melekat dan terus melekat......

Lalu otak makin terbeban dan terbeban....

Beban dengan pemikiran yang negatif lalu ditambah dengan beban usaha untuk mengelak dari berfikir negatif.....

Bukankah cara itu makin serabut??? Makin kekal dalam cycle Anxiety? Lalu bagaimana caranya?

Caranya begini...................

Apabila datang pemikiran negatif, yang resah, yang takut, yang bimbang, yang giler maka biarkan pemikiran negatif tu berjalan dalam minda kita dulu...

Biarkan.....

Habiskan pemikiran negatif kamu tu...habiskan cerita nya....

Contohnya, kalau kamu terfikir nak terjun bangunan...kamu bayangkan la...kamu terfikir nak terjun dari tingkat 15, teruskan rekaan cerita tu...lepastu terbayang kepala pecah ke tangan kaki patah ke apa-apa lah yang terlintas kamu biarkan.... Benarkan otak kamu berfikir....teruskan sampai kamu puas....!

Dah puas fikir? Dah habis cerita tu? Puas dah kan?

Okey sekarang dah boleh berhenti fikir. Dan bila dah berhenti fikir perkara utama yang perlu korang buat adalah JANGAN LETAK EMOSI PADA FIKIRAN KAMU. Jangan beri tindak balas emosi pada cerita rekaan kamu tu.

Apa maksud jangan letak emosi ni?


Okey, situasi nya macam dalam soalan bawah ni la...

Pernah alami rasa takde perasaan?

Pernah buat muka takde perasaan bila kena marah ngan cikgu masa skolah dulu?

Pernah pandang kosong je kat muka girlfriend bila dia tak berhenti-henti membebel sebab ko tak belikan dia cupcakes semalam?

Pernah buat-buat takde perasaan bila bini ko merayu-rayu minta belikan hadiah cincin berlian lagi untuk hadiah hari jadi dia?

So, basically nya macamtula.....


BILA FIKIR NEGATIF, HABISKAN FIKIRAN NEGATIF TU, TAPI HATI TAKDE PERASAAN....

Bila kita persoalkan kenapa kita fikir begitu begini, bila kita persoalkan kenapa berlaku lintasan begitu begini...bila kita persoalkan adakah benar-benar itu akan berlaku, bila kita persoalkan kenapa rasa takut dan gerun-

ITU ADALAH TANDA DI MANA KITA SUDAH MELETAKKAN PERASAAN pada cerita rekaan kita.

Maka, keywords nya ko pikirla apa yang ko nak fikir tapi DO NOT PUT ANY FEELINGS ON
THAT THOUGTHS!


Dan korang tak perlu pintas fikiran tu. Tak perlu tepis. Bila dah start fikir, teruskan fikir sampai cerita klimaks dan sampai ending. Kemudian....jangan ada perasaan. Yang membuatkan kita tak dapat keluar dari masalah gangguan fikiran tu adalah apabila kita meletakkan perasaan pada satu-satu fikiran gerun yang terlintas dalam minda kita tu...

Sama juga dengan situasi realiti....

Contoh:

Bila tengok movie cinta yang berkisahkan lelaki berlaku curang dengan kekasihnya. Bila kita keluar dari wayang tu mulalah dok sportcek boifren kat mana, dia tengah curang ke....otak dok fikir, ish kalau boifren aku buat macamtu macamane ek? Tak memasal malam tu jadi gadoh ngan boifren sebab tiba-tiba paranoid tengok movie siang tadi.

Pastu merajuk, pastu menangis, pastu ugut minta putus bla bla bla.....Nampak tak yang korang dah meletakkan perasaan pada movie tu? Tertekan tak? Padahal it just a movie! Sama juga dengan fikiran....

Apa yang korang fikir biarkan ia terus berfikir tapi jangan letak perasaan...it just a thought!
(every thought have a frequency on its feelings, and we will always attract back the energy of that feelings we generate from our thoughts - The Law Of Attraction ~ arjunasetia)


Itu cuma benda yang bermain dalam otak korang saja dan ia BUKAN REALITI. Itu cuma rekaan minda korang yang amat kreatif!

Lalu.....

Bila korang dah habis fikir. Muka korang, minda korang, hati korang juga perlu tak ada perasaan terhadap fikiran tu dan masa ini lah korang kemudiannya MENGGANTIKAN / REPLACE pemikiran negatif tu dengan pemikiran positif.


Iaitu, pujuk hati. Percaya pada diri. Percaya pada kasih sayang Tuhan. Ala.....Tuhan Pengasih Penyayang. Takkan dia jadikan aku semata-mata untuk akhir kehidupanku mati dengan bunuh diri?? Itu ke matlamat Tuhan jadikan aku? Tak mungkin...mesti ada rahsia lain. Maka, pergilah kau menuntut ilmu usah difikir tentang mematikan jasad yang Tuhan sudah pinjamkan kepada kau. Rahmat yang sebesar itu patut kau syukuri! Tujuan Dia jadikan kau adalah untuk menyatakan kewujudan Dia. Agak-agak la kalau kau tak wujud kau tahu ke tak Tuhan tu Ada????

Dah kau pun tak wujud macamane kau nak tahu Tuhan tu wujud? Jadi, atas dasar itu la kau diwujudkan kat dunia ni. Untuk menikmati. Merasai kesejahteraan betapa cintaNya Dia pada kita. Betapa Dia Maha Wujud.

Sahabat-sahabatku sekalian, untuk makluman korang juga....sebenarnya selama ini, kesemua bentuk-bentuk pemikiran positif/ pujukan positif yang aku develop sendiri tu adalah sebenarnya secara tidak langsung merupakan sedikit dari kaedah yang wujud dalam
Cognitive Behavioral Therapy (CBT) yang juga digunakan sebagai salah satu kaedah rawatan terapi bagi penderita Anxiety.

Secara jujurnya aku tidak pernah berjumpa pakar psikiatri. Kerana aku yakin pada diri aku, bahawa aku memang mengalami masalah jiwa. Maka untuk memulihkan jiwa aku adalah dengan bergantung harapan dan luahan kepada Sang Pencipta Jiwa aku sendiri. Bergantung haraplah aku padaNya.

Apabila aku tidak tahan dengan simtom yang bermaharajalela dalam badan aku maka aku luahkan pada Sang Pencipta Jiwa aku itu....aku berbual-bual dan berkata-kata denganNya. Aku selalu kata, Engkau Maha Pengasih Penyayang, mustahil Engkau mahu biarkan aku yang tidak punya kudrat ini jatuh lemah tanpa bantuan Kau. Engkau yang menciptakan aku maka tiada sebab untuk Engkau seksa aku begini.

Insya Allah Dia akan sentiasa beri rahmat pada kita. Tenang-tenanglah menghadapi
kehidupan baru bersama Anxiety.


EMOSI

Baik, bab emosi ni kadang payah sikit. Seringkali juga aku ditanya mengenai ketidakstabilan emosi. Orang juga selalu mengadu,

“kenapa mood aku down ni...kenapa 2-3 hari ni aku rasa nak nangis. Sebelum ni aku rasa emosi aku dah stabil dah. Kenapa hari ni jadi semula?”

Dan ada juga yang persoalkan...

“Kenapa hari ni aku macam happy sangat ni? Aku nak buang tebiat dah ke? Aku nak dekat mati ke? Kenapa mood aku okey je ni?”

Kok besar masalah kamu ya...menangis pun jadi kaget, gembira pun jadi kaget...jadi apa mau mu??

Wahai sahabat-sahabatku sekalian alam,

Dari segi saintifik mungkin kita boleh kata itu perubahan hormon. Iyalah, bukan setiap masa hormon kita stabil.


Dan ketahuilah juga bahawa itu lumrah kehidupan kita.
Tuhan jadikan hujan, pasti akan berganti dengan dengan matahari.
Tapi pernahkan korang dengari bumi ini mengeluh, eh kenapa aku dibasahi hujan ja selama seminggu ini? Eh kenapa ya aku dideritai kemarau ja sebulan ini? Pernah dengar?? Memang takkan pernah dengar la kan bumi bercakap. Macam mustahil tu... Tapi secara metaforanya begitulah....bumi tahu bahawa itulah lumrah yang harus ia tempuh. Panas sejuk silih berganti. Siang malam silih berganti. Hitam putih silih berganti. Tawa duka juga silih berganti.

Bukan selamanya kita dalam keadaan gembira.
Bukan selamanya kita akan dalam keadaan bersedih.
Tapi di sepanjang perubahan iklim atau di sepanjang perubahan emosi itu TETAP SEJAHTERALAH KAMU!

Apa yang aku buat selama hari ini adalah.......Jika mahu menangis maka menangislah. Jika mahu gembira aku ketawalah....aku mudahkan segala benda. Aku mudahkan segala pemikiran. Aku sudah letih untuk membebankan minda aku lagi. Aku tidak persoalkan lagi perubahan emosi atau mood aku. Aku lalui saja.

Apabila datang masa aku kusut dan resah, aku lepaskan dan pulangkan semula keresahan aku pada Dia. Sebab ‘rasa’ resah, ‘rasa’ bimbang itu hakikatnya milik Dia. Aku tidak punya rasa. Maka yang ada cuma Dia. Jadi keresahan dan kebimbangan itu juga milik Dia. Maka aku lepaskan segala-galanya untuk ketentuan Dia. Aku sudah letih.

Jadi, tak perlu bebankan otak dan berusaha untuk rasa gembira setiap masa. Kita manusia punya hati dan perasaan itulah tujuannya. Untuk merasai. Dan nikmatilah apa yang wajar dan perlu.


Sebagai manusia juga aku selalu buat kesilapan.
Sebab aku bukan maksum.
Sebagai manusia juga ada ketika semangat aku lemah.
Sebab aku bukan robot yang tidak punya hati. Bohonglah kalau orang kata aku ni selalu bersemangat dan miliki motivasi yang tinggi. Kalau aku jenis begitu tentu aku tak kena Anxiety. Tentu aku dah jadi pakar psikologi atau pakar motivasi.

Hakikatnya aku manusia seperti korang juga. Cuma mungkin beza aku sudah temui titik untuk berhenti dari terus dibelenggu Anxiety..

Namun begitu, satu perkara yang pasti adalah Anxiety memang mengubah presepsi aku pada dunia. Mengubah presepsi aku pada diri sendiri. Mengubah presepsi aku pada Tuhan.

Kalau dulu aku kerap meratap nasib. Air mata peneman hidup aku. Muka yang bengis dan suram. Yang sering mempersoalkan Tuhan kenapa selalu buat hidup aku terbeban dengan perangai manusia. Menyalahkan Tuhan kenapa ada saja halangan untuk aku memiliki sesuatu yang aku impikan. Mempertikaikan Tuhan kenapa aku tak boleh rasa bahagia dan gembira macam orang lain.

Semua tu buatkan aku jadi tak tenang.
Dan Anxiety ini lah yang mengajar aku untuk bangkit. Untuk terus keluar dari pemikiran negatif aku terhadap dunia. Ujian yang menimpa hidup aku silih berganti itu jugalah yang menguatkan aku sedikit. Menyerah diri dan memohon walau sikit kekuatan dari Nya. Jangan sesekali aku membenarkan diri aku putus dari rahmat Tuhan. Bacalah tafsir Al-
Quran, ntah berapa kali dinyatakan bahawa “Tuhan itu Maha Pengasih Penyayang” berulang-ulang.

Jadi, di situ aku terfikir. Kenapa kenyataan itu diulang-ulang jika ia tidak benar? Maka aku cari kebenaran. Aku mengubah syak aku pada Penciptaku. Aku mengubah pandangan aku pada Penciptaku. Dan hasilnya.....amat besar.

Benarlah, bahawa “Aku adalah cermin hambaKu”
Jika aku memandang Tuhan aku itu kejam. Maka aku akan dapat kekejaman.
Jika aku memandang Tuhan aku itu baik. Maka aku akan dapat kebaikan.
Maka, lihatlah Tuhan dengan kebaikan, dengan kasih sayang, dengan agung...maka aku akan
rasa bahawa aku memang kerdil dan DIA MAHA CINTA AGUNGKU.
Usah putus rahmat dari Penciptamu.
Kembalilah meminta pada Dia.
Kembalilah mempercayai kebesaranNya.
Maha suci Tuhan dari menyerupai segala sesuatu.
Emosi korang itu, baik sedih, hambar, kusut, resah, bimbang, benci, marah itu semua adalah makhluk ciptaan Dia juga. Perasaan itu Tuhan wujudkan untuk korang kenal diri korang.


Bahawa korang sebenarnya mampu merasai juga perkara negatif selain dari positif.
Ingat, sifat manusia itu seimbang pada dasarnya.
Tuhan jadilkan malaikat- elemen kebaikan sahaja.
Tuhan jadikan iblis- elemen kejahatan sahaja.
Maka, kita manusia hakikatnya diseimbangkan untuk memiliki kedua-dua elemen itu.
Baik dan jahat. Maka cari titik keseimbangan. Jangan terlalu baik sebab korang tak boleh capai taraf malaikat. Jangan terlalu jahat sebab korang akan capai taraf iblis. Maka cuba seimbangkan.

Bila datang emosi negatif/down/tak bersemangat, TIDAK MENGAPA. Itu lumrah. Usah persoal. Nikmati dulu.

Tapi perlu janji pada diri selepas itu untuk bangkit semula menjadi positif.
Dan bila sekali lagi datang emosi yang sama....TIDAK MENGAPA lagi....nikmati. Kemudian bangkit dan gantikan dengan perkara negatif.
Macam bumi. Berputar. Macamtula kehidupan kita.
Nikmati apa rasa dengan SEJAHTERA......


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang;
Dan bulan apabila ia mengiringinya;
Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata;
Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita),
Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh - yang melambangkan kekuasaanNya);
Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya);
Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa;

Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),

Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

(QS: Asy-Syams 91:1-10)


SAMBUNGAN DI SINI



Khamis, 15 Oktober 2015

Anxiety and I (Aku dan Kerisauan Melampau) Episod 7


Anxiety and I Episod 7
By: VirginRose VR


KARIER

Macamane aku kerja dalam keadaan diri ada Anxiety?

Memang tidak dapat dinafikan lah bila sentuh bab karier je, prestasi aku dalam kerja sangat terjejas di awal-awal sesi perkenalan dengan Anxiety ni. Aku yang dulu agak kepoh jadi pendiam sikit. Aku yang suka menyanyi tak memasal dalam ofis jadi sangat pasif. Aku selalu amek Cuti Kecemasan. Aku selalu amek Cuti Sakit. Aku selalu amek cuti rehat. Aku selalu masuk kerja lewat. Penah sampai kena tukar kad hijau (kad amaran untuk sistem kad perakam waktu; orang-orang gomen ni tahu la wakaka). Aku kerap balik rumah waktu lunch hour dan balek semula ke pejabat dalam pukul 3-4 petang gitu. Aku jadi macamtu sebab aku rasa tak secure bila kat tempat kerja. Aku rasa lagi selamat duduk di rumah.


Aku tak boleh nak bercakap sangat dalam mesyuarat sebab aku akan semput dan termengah-mengah. Aku tak dapat nak bagi ‘talk’ (bidang kerja aku masa tu ada melibatkan program outreach, so aku kena buat presentation dan brief clients) sebab aku rasa tak yakin dan takut semput atau pitam masa tengah bagi taklimat. Waktu tu dizziness dan sesak nafas aku memang merupakan simtom major yang aku alami lah. Aku luahkan pada boss aku tentang keadaan aku tapi bukan mudah untuk mereka faham. Sebab benda ni memang sesiapa yang tak alami memang tak dapat nak faham. Even nanti kalau korang dah sembuh dan korang cuba nak bantu orang lain yang sedang menderita Anxiety pun sebenarnya susah sebab mereka tetap akan kata korang tak faham apa yang dialami sebab korang dah sembuh.

Aku berperang dengan diri sendiri waktu tu untuk kekalkan prestasi kerja aku. Tapi bukan
mudah. Dengan nak menghadapi emosi aku yang keguguran bayi. Dan lepas beberapa bulan suami aku meninggal semua tu beri kesan yang sangat besar dalam karier. Dan dalam masa yang sama cuba untuk sembuh. Semua tu beri tekanan.

Tapi, apa yang aku boleh buat waktu tu adalah buat sekadar mana yang aku termampu sahaja. Aku tak mengharapkan performance kerja yang gaban gempak tapi sekurang-kurangnya aku berani untuk keluar dari cycle of anxiety. Aku cabar semula diri aku untuk buat presentation. Syukur, aku masih mampu buat walaupun bercakap dalam keadaan termengah-mengah tapi otak kreatif aku yang mengatakan bahawa aku akan pengsan depan orang tu ternyata tak berlaku dan aku yakin waktu tu ia hanya sekadar dalam minda.

Aku paksa diri aku untuk memandu ke tempat kerja. Apa yang aku fikir waktu tu kalau aku kehilangan pekerjaan macamane aku nak dapatkan duit untuk makan pakai anak aku. Jadi, aku teruskan juga memandu sendiri ke tempat kerja walaupun berkali-kali diserang panic. Aku takde pilihan. Memang aku terpaksa redah dan keadaan yang mendesak itu lah yang membuatkan aku makin cepat sembuh sebab aku paksa diri aku untuk pecahkan tembok-tembok psiko tu satu persatu.

Sehinggalah aku ambil keputusan yang lebih drastik iaitu bercuti tanpa gaji selama sebulan setengah semata-mata untuk menikmati percutian di dalam negeri dan meluangkan masa rehat dengan anak aku. Waktu tu aku bawa ibu aku bersama-sama atau aku ikut kemana kakak aku pergi kerja (beliau kadang outstation) supaya aku boleh ambil kesempatan bercuti kat tempat tu untuk beberapa hari. Aku redah je. Dalam perjalanan ke tempat-tempat tu aku dah tak peduli samada ada hospital ke tidak. Aku dah taknak benakkan otak aku dengan perkataan hospital ni. Sebab aku fikir waktu tu kalau dah nak mati kat hospital pun boleh mati, jadi kenapa yang aku nak sebuk sangat cari hospital semata-mata kerana takut diserang panic. Belum tentu hospital ke doctor ke boleh selamatkan aku sebab segalagalanya atas kuasa Tuhan jua.


Selepas aku kembali dari rehat yang panjang aku rasa bersemangat untuk memulakan kerja (ditambah lagi dengan suasana kerja aku yang sudah berubah kerana aku mohon untuk tukar Kementerian). Semuanya Tuhan permudahkan. Dan hari demi hari aku rasa perubahan yang baik pada tubuh badan aku. Simtom perlahan-lahan pergi seiring dengan minda yang semakin dibaiki.

Walaupun ada masa dan ketika simtom lama datang menyerang tapi aku tahu itu semua SETBACKS. Proses yang aku tahu wajib untuk aku lalui sepanjang proses kesembuhan. Jadin aku dah letakkan simtom-simtom tu sebagai wallpaper hidup aku yang mana ia tidak lagi penting untuk aku beri tumpuan. Banyak lagi moment-moment indah yang wajar aku nikmati. Dan kini, Anxiety tidak lagi mengganggu tugas aku. Aku tidak lagi ambil cuti kecemasan berulang kali. Tidak mengambil cuti sakit kalau aku tak betul-betul sakit. Malah cuti rehat aku masih berbaki dan boleh dibawa ke tahun hadapan. Kehkehkeh!

Moral of the story, dalam pada korang stress kerja..pergi cari masa hujung minggu nikmati percutian walaupun tempat tu dekat dan kurang kos! Enjoy the moments, enjoy the scenary! Life is beautiful! Malaysia banyak lagi tempat-tempat yang indah! Jangan buang duit bercuti luar negara dulu, habiskan round satu Malaysia dulu! Eh, aku dah macam promosi Visit Malaysia 2014 plak wakakaka!




HIBURAN / HOBI


Dalam hidup pasti mahu ada hiburan atau hobi untuk kita nikmati dengan diri kita sendiri. Terpulang lah pada pilihan hati masing-masing. Hiburan tu subjektif. Untuk aku, entertainment aku dalam hidup adalah movie dan karaoke! Tapi macamane aku nak layan dalam keadaan aku ada Anxiety?

Movie.....

Pernah aku kena attack waktu layan movie, waktu tu arwah suami masih ada lagi hehe. Time aku layan tu (citer baru setengah jam kot start) aku dah jadi tak keruan sebab ada scene dalam basement dengan sound effect lagi. Aku kan memamg tak boleh ada kat tempattempat tertutup ni. Padahal movie jek puuunn...tapi aku rasa macam aku plak yang ada dalam basement tu. Nafas aku jadi makin sesak, otak aku dah ligat berfikir macam-macam laksana roda hamster berputar. Aku dah tak keruan dan dengan muka tak malu keluar dari movie tu walaupun terpaksa meredah beberapa orang yang duduk di laluan yang sama.


Perut rasa macam nak terbuang la pulak. Aku pergi ke jamban melepaskan hajat. Tapi aku tetap rasa kecut perut. Rasa tak sedap hati. Aku dah terbayang hospital, ambulans bla bla bla bla...letih! Aku keluar dari toilet dan duduk kat seat urut. Aku memang taknak masuk dah. Tiba-tiba arwah suami aku call dan minta aku masuk dalam movie. Aku cakap aku tak
sedap badan tapi dia kata takkan nak bagi dia dan anak layan movie sendiri. Lalu dengan hati yang tak sampai aku pun masuk dalam movie tu semula. Aku masuk je terus tutup mata dan taknak tengok langsung movie tu. Entah bila masa aku macam terlelap alih-alih je cerita dah habis! Wakaka

Tapi selepas aku mengamalkan attitude WHATEVER!!! Aku dengan beraninya pegi juga layan movie tapi wajib amek seat paling tepi supaya aku senang nak keluar dan tak menyusahkan orang lain. Tapi kadang-kadang dapat seat tengah pun aku redah jek. Tak kena attack le pulaakkk...lalu makin hari makin berani dan dah tak kesah dah nak tengok citer apapun!

Karaoke.....
Ni berat sikit ni sebabnya aku kan jenis sesak nafas kuat. Tapi bila aku bedal je karaoke selalu sebenarnya aktiviti ni membantu sistem pernafasan kita. Walaupun aku pernah semput masa nyanyi tapi aku redah jugak....otak memang dah fikir “alahai kang aku ni mati kat pusat karaoke la plak...hina nya...tapi takpela..” aku dah malas nak fikir dah haha! Aku layan je..macam biasa memang ada ketika aku pergi karaoke sorang-sorang. Otak ligat fikir ni kalau aku pengsan dalam pusat karaoke ni kang takde sapa kenal aku habislah....tapi aku tetap dengan attitude aku WHATEVER!!! Dan lama-lama aku dah tak kesah langsung nak datang nyanyi sorang- sorang. Dah takde rasa takut nak pengsan ke apa ke sebab tiap kali pikiran negatif tu muncul aku tak jugak pengsan. Jadinya, memang itu semata-mata minda kita.



Anxiety memang akan berusaha sedaya upaya untuk buatkan kita berhenti dari sebarang aktiviti yang kita nak buat, jadi kita yang kena pilih samada nak juga berusaha untuk redah je lakukan aktiviti tu atau melayan kehendak Anxiety? Anxiety is under my control now. He has no power on me! So, aku dah boleh buat apa saja.

KERJA-KERJA RUMAH

Sejak aku kena Anxiety semua kerja-kerja rumah kelaut! Al-maklumlah aku sempat hidup berjauhan dengan arwah suami aku waktu tu sebab dia keja jauh. Jadinya, tinggal berdua aku dengan anak je di rumah. Macam yang pernah aku ceritakan sebelum ini aku dah malas nak kemas rumah. Dah takde perasan nak pastikan rumah aku dalam keadaan teratur dan bersih. Kalau aku basuh baju pun bila dah betul-betul bertimbun. Tu pun ntah hari keberapa baru aku sidai. Bila aku sidai ntah bila aku nak angkat jemuran. Semua tu jadi lemau.


Masak memang langsung malas. Even sampai sekarang pun kikiki. Makanya, cari makan kat luar saja. Tapi tu lah, bila makan kat luar rasa nak cepat-cepat balik sebab takut pengsan kat luar. Kebanyakan masa aku bungkus je makanan. Pinggan cawan aku akan biarkan semalaman baru aku basuh. Sampah dah naik bau baru lah aku rasa nak buang. Semua tu buat aku jadi malas. Sebab hidup aku dalam 2 bulan pertama kena Anxiety tu buatkan aku terlalu fokus pada badan aku. Terlalu fikir tentang simtom sampai aku abaikan semuanya. Termasuklah anak aku. Tapi lepas kena tegur dengan arwah suami aku, sedikit demi sedikit aku gagahkan juga diri aku untuk kembali lakukan semua rutin tu sebagaimana biasa. Buat memang tetap kena buat, kalau tak sampai bila?

Dalam pada aku buat semua kerja rumah tu memang aku alami sesak nafas la. Itu dah jadi kebiasaan. Ada ketika nafas aku tercungap-cungap teruk. Jantung laju. Bila keadaan tu berlaku aku akan berhenti kejap buat kerja rumah tarik nafas dalam dan sambung semula buat kerja. Atau minum air kosong sikit agak-agak dah okey aku sambung lagi. Begitulah yang terjadi setiap kali aku buat kerja-kerja rumah. Aku akan sesak nafas dengan teruk. Tapi aku tak peduli waktu tu. Sebab aku dah nekad untuk mulakan langkah berubah jadi lebih baik dan redah saja apa simtom yang berlaku pada badan aku pun asalkan perkara yang aku nak buat saat tu tidak terhenti begitu sahaja. Aku dah malas nak melayan fikiran negatif aku “macamane kalau aku pengsan time buat kerja rumah ni, bla bla bla”. Aku memang dah letih nak melayan. So, respon yang aku beri saat fikiran negatif tu datang adalah-

“nak pengsan pun pengsanlah...whatever!!”


Tapi percayalah, hasilnya miracle. Aku dah boleh buat kerja rumah macam masa sebelum aku kena Anxiety tu...semua kembali normal. Memang ambil masa tapi aku puas hati dengan konsep redah aku tu kikiki. Memang benar, kita sendiri kena percaya pada diri kita sendiri. Waktu tu aku sangat percaya yang aku akan baik-baik aja....segala ketakutan yang timbul tu cuma di minda aku sahaja.


SAMBUNGAN DI SINI

Ahad, 4 Oktober 2015

Anxiety and I (Aku dan Kerisauan Melampau) Episod 6

Anxiety and I Episod 6

By: VirginRose VR


LET IT BE

Ada masa bila badan dah penat otak kita akan jadi bercelaru. Berserabut dengan benda macam-macam. Tanpa kita sedar otak kita ni berfikir tanpa henti macam roda hamster berputar. Non-stop! Lepastu bila kita perasan jek, “eh, pesal aku tak boleh berhenti berfikir ni? STOP STOP STOP! I need to sleep!! Aku keje esok, aku letih nanti. Kalau aku tak cukup tidor nanti trigger panic attack! Aku taknak kena lagi, aku dah letih. Tolonglah tidur!!!“

Mula la mood jadi swing masa tu. Mulalah kita rasa bertambah kusut. Dah le otak tak berhenti fikir benda yang kusut. Lepas tu kita dok tambah lagi kusut kepala sebab persoalkan kenapa tak dapat berhenti berfikir? Kenapa tak dapat tidor? Kalau kena panic attack esok pagi macmane? Korang nampak tak beban yang korang dah tambah pada minda?

Bertimpatimpa!

Redundant! Sarat!

Maka, sampai bila nak kekal macam tu?


Sebab tu, aku dah taknak lagi persoal kenapa begitu begini. Aku let it be. Kalau dapat tido aku bersyukur. Kalau tak dapat tidur tu bukan rezeki aku malam tu. Tapi bila aku pegi keje terasa nak tido sekejap aku cari la port baik sket pegi lelap dalam 15 minit pun jadilah. Hari demi hari aku dah tak lagi bebankan minda aku jika tak dapat tidur.

Dan aku nampak kesannya. Perlahan-lahan. Tapi perasaan nikmat tu besar. Corak dan waktu tidur aku sudah sedikit menjadi normal. Walau datang sesekali saja masa aku tak dapat tidur, aku masih kekal dalam attitude yang sama - LET IT BE! Aku takde pun persoalkan,

“eh, selama 8 bulan ni waktu tidur aku dah kembali normal, kenapa jadi balek ni insomnia aku?” Eh, selama bertahun-tahun ni aku okey je tidor, kenapa dalam 3 minggu ni aku hadapi masalah tidur lagi?” NO MORE!

Aku dah tak persoal dah. Aku let it be je. Sebab kalau aku start question, aku akan jatuh dalam cycle of anxiety lagi. Isu nya satu jek pun, sebab tak dapat tidur..tapi nanti otak dok kreatif, aku akan kena smula ke Anxiety ni? Ke aku sebenarnya belum sembuh lagi? Ke aku akan jadi giler plak? Bla bla bla...lepas tu debuuusssshhhhhh, masuk balek dalam quicksand! Haaaa struggle lagi nak keluar kan??



Bukan setakat masalah nak tidur je yang korang fikir kan...nanti masalah lepas bangun tidur pun korang benakkan lagi dalam otak. Tiap kali bangun tido rasa jiwa kosong, rasa takde mood nak buat apa-apa, rasa malas nak bertugas, rasa malas nak pegi kelas, hati macam takde perasaan, otak mulalah menerawang....sampai bila nak macamni? Adakah aku akan mati dengan Anxiety? Adakah aku akan jadi giler? Adakah aku akan kehilangan kerja kerana Anxiety? Adakah aku tak akan dapat tamatkan pengajian kerana Anxiety? Kemudian minda
fokus pada badan pula, cek jantung laju ke perlahan, cek tangan kaki ada lagi kebas ke tak, cek nafas ada semput ke tak, cek denyutan ada lagi ke tak, cek itu ini sana sini....setiap pagi kita monitor badan, setiap pagi kita mengharapkan yang kita bangun dan simtom semua hilang. Setiap pagi rasa takut nak masuk bilik air untuk mandi sebab takut sejuk dan sesak nafas lalu pengsan sorang-sorang dalam jamban. Setiap pagi hilang semangat bila monitor badan rupanya simtom masih ada lagi.

Aku yakin korang dah lalui semua yang aku lalui ni. Tapi cuba kita fikir semula, sampai bila kita nak bangun pagi monitor badan kita? Sampai bila kita nak mengharapkan tiap kali bangun pagi simtom semua hilang? Tak pasti kan?


Makanya, bila kita sendiri tak pasti..usahlah difikirkan lagi. Ubah respon korang pada Anxiety. Setiap kali bangun pagi jangan monitor lagi badan. Jangan peduli lagi simtom tu ada ke tak ada. Jangan peduli soal kerjaya atau pengajian masih ada harapan yang cerah ke tak.

Sebab perkara pertama yang korang perlu buat bila bangun pagi adalah teruskan kehidupan untuk hari tersebut. Usah fikirkan hari esok yang tidak pasti. Tuhan sudah bagi korang nafas untuk hidup pada hari ini maka nikmati dan buat yang terbaik dalam apa jua perbuatan
untuk hari tersebut. Bangun dari tidur dan usah merenung nasib. Bila bangkit dari katil je ucapkan lafaz syukur pada Pencipta kerana masih diberi nafas.

Bila datang gangguan fikiran mendesak korang untuk monitor sekali lagi badan, korang jawab semula kat diri korang

“Aku memang ada Anxiety so what? Aku tetap nak buat apa yang aku perlu buat!"

"- A man has to do what he he has to do! Wake up!!!“

Kemudian terus bangun dan buatlah apa yang korang nak buat. Anxiety itu kertas dinding hidup korang je. Usah peduli. So, moral of the story. Sebelum tidur ke atau selepas bangun tidur ke, berhenti monitor badan. Berhenti bebankan minda lagi. Let it be what it has to be....


SENAMAN

Bab senaman ni pun satu isu yang selalu ditanya oleh orang-orang Anxiety. Boleh ke bersenam. Nanti kalau jantung laju acaner. Kang pengsan kang. Mati kang. Bla bla bla.

Okey, cenggini..........

Dulu masa korang normal, apa senaman yang korang buat? Maka bila korang ada Anxiety ni pun teruskanlah aktiviti tersebut.

CUMANYA.......MULAKAN DENGAN PERLAHAN-LAHAN.

Jangan dipaksa badan. Beri masa kat badan tu untuk seimbangkan semula dengan aktiviti yang korang tinggalkan hanya kerana diserang Anxiety tu dulu. Tapi buat tetap kena buat. Sebab senaman membantu korang untuk sihat kembali. Kalau gaya hidup sehat tu tak diteruskan macamane nak dapat kembali kehidupan normal korang.


Contoh macam aku, aktiviti yang aku buat masa normal dulu adalah aerobik /dance /zumba. Jadinya, aktiviti tu aku mulakan perlahan-lahan. Agak-agak dah macam berpeluh tu aku stop la..agak-agak macam dah rasa jantung laju sangat tu aku berhentilah. Tapi bukan terus duduk. Aku berdiri la kejap bercekak pinggang. Bernafas ikut hidung kuar ikut mulut. Slowslow.

Lepastu, minum air kosong. Lepastu sejukkan badan dan sambung aktiviti tu keesokan hari nya. Walau sekejap senaman yang korang buat untuk hari tu, yang penting senaman tu konsisten dan tetap dilakukan pada tiap-tiap minggu. Jangan takut pengsan atau pitam. Korang mulakan dengan perlahan-lahan dan jangan desak badan.

Masa nak mulakan senaman tu memang 1001 macam perasaan muncul tapi korang sendiri dapat rasa badan korang. Agak-agak dah rasa letih dan jantung laju berhenti dulu. Nanti esok lusa sambung lagi. Aku buat macamtu la dulu dan sekarang bersyukur aku dah boleh buat aktiviti tu macam biasa. Aku tak fokus pun pada Anxiety. Untuk apa aku nak tunggu anxiety aku sembuh baru aku nak bersenam? Dari sekarang la mula. Cumanya kena perlahan-lahan.


Good Luck!!



SAMBUNGAN DI SINI

Sabtu, 3 Oktober 2015

Anxiety and I (Aku dan Kerisauan Melampau) Episod 5

Anxiety and I Episod 5

By: VirginRose VR

JATUH CINTA DENGAN MR. ANXIETY


Baiklah! Kali ni cerita bab percintaan dengan Mr. Anxiety plak...dulu dah kenal kan..so sekarang jom kita bercinta. Semakin lama aku yakin bahawa aku sudah semakin mengenali Mr. Anxiety dan membenarkan ia datang dalam hidup aku tak kira masa dan tempat. Aku melalui semua aktiviti harian aku bersama Anxiety dengan hati terbuka, terima dan rela. Tiada lagi benci. Tiada elak lagi. Tapi persoalannya, macamane aku hidup dengan Anxiety?? Meh aku jelaskan satu-persatu cara aku overcome dengan Anxiety dengan mengklasifikasikannya mengikut pecahan aktiviti harian.

1. MAKAN DAN MINUM

Soalan lazim yang sering orang tanya aku, apa makanan dan minuman pantang untuk elak dari kena Panic Attack/ Anxiety? Macamane aku jaga pantang makan bila kena Anxiety Disorder ni? Jawapan aku TIADA PANTANG!

Selagi korang makan ikut portion yang dibenarkan mengikut piramid nutrisi makanan yang telah sepakat dipersetujui oleh pakar-pakar pemakanan sedunia ni (pergghhh dah macam iklan susu bayi) maka dengan izin Tuhan semuanya akan baik-baik aja.


Dan dalam setiap perbuatan kita pun, bersederhanalah. Nak makan roti pun sederhana. Nak makan nasi pun sederhana. Nak ambil apa-apa ubat atau supplement pun sederhana. Eh tapi bila cerita bab supplement ni la kan, aku terus terang la...masa aku kena Anxiety dulu aku memang tak ambil apa-apa supplement pun. Aku makan supplement pun sejak aku dah sembuh Anxiety tu pun selalu terlupa nak makan kihkih.

Aku bukan tak galakkan korang amek supplement. Tapi kalau korang amek supplement semata-mata nak bagi Anxiety korang sembuh lupakan je la. Korang kena ubah niat tu. Ambillah supplement tu dengan niat MAHU SENTIASA SIHAT DAN BERTENAGA. Tapi BUKAN dengan tujuan nak HALAU SIMTOM. Sebab kalau korang makan 10 botol supplement tapi simtom masih tetap ada korang pasti akan tertekan/stress. Bukankah aku sudah kata dari awal lagi.....usah bebankan minda lagi. Usah stress kan diri lagi.


Dan dalam merawat Anxiety pun telah banyak kali aku ingatkan, bahawa USAH KAWAL USAH ELAK. Apa pun yang korang nak makan selagi korang tahu yang makanan tu sihat dan baik untuk badan maka makan saja. JANGAN ELAK.



Tapi Vr, bagaimana dengan junk food? Coca-cola? Chocolate? Megi? Boleh tak makan/minum?

Cuba cek semula dalam piramid nutrisi makanan tu. Ada tak jenis-jenis makanan/minuman itu tersenarai? Kalau tidak ada maka ia tidak baik untuk kesihatan badan.

TETAPI......

Tak salah kalau sesekali nak rasa. Rasa je la....Nikmati la......cumanya bersederhana. Sekali sekala. Buat rasa-rasa tekak. Kang kempunan pulak kang tak dapat nak nikmati makanan yang amat sedap tersebut. Maka makan je buat-buat rasa.


Sama jugaklah macam aku, untuk mengenalpasti samada sesetengah makanan/minuman tu sesuai dengan aku ke tidak, aku cuba ingat kembali waktu aku normal dulu. Apa makanan yang aku boleh makan? Maka itu jugalah makanan/minuman yang masih tetap aku ambil. Aku taknak elak dan taknak limitkan minda aku. Kalau kena attack, aku bersedia dan aku welcoming those symptoms.

Contoh:

kalau dari dulu korang rasa korang alergic dengan pisang (walaupun pisang tu dikatakan makanan yang baik untuk kurangkan Anxiety) maka usahla makan. Kenapa nak seksa diri semata-mata nak sembuh dari Anxiety? Kang penyakit lain plak yang datang. Nanti stress perkara lain pula.

Maka, ubah lah corak pemikiran kita, selagi makanan itu tidak memudaratkan tubuh badan korang dan memang korang tahu ia baik untuk kesihatan maka makan dan minumlah. Selagi korang tidak ada masalah dalam perut maka makanlah secara sederhana mengikut nutrisi badan yang diperlukan. Ingat, lain orang lain tindakbalas makanan/minuman pada tubuh badannya. Jadi hanya diri korang sahaja yang tahu makanan/minuman apa yang sesuai. Walau bagaimanapun, aku terpaksa akui bahawa individu seperti aku yang mempunyai masalah dalam perut (Gastrik/GERD) sememangnya perlu untuk berpantang cara makan.

Cara-cara aku adalah:

WAJIB SARAPAN

MAKAN IKUT MASA -PAGI, TENGAHARI, MALAM

MAKAN DALAM PORTION/KUANTITI YANG SEDIKIT TAPI KERAP

ELAK MAKAN YANG PEDAS/MASAM-MASAM/BERANGIN



Ini memang terpaksa la aku amalkan sebabnya aku ada masalah gastik dan gerd. Jadi terpaksa ada istilah ‘elak’. Tapi, sebagai manusia biasa tentu ada masanya aku tak dapat nak elak kan. Makanya, bila dah ‘mendapat’ tu usah susah hati, pegi je la klinik amek ubat atau sapu minyak angin kat perut! Kih kih kih. Yang penting, jangan sampai tak merasa langsung. Itu semua nikmat :) Dan secara kesimpulannya, nikmatilah makanan dan minuman yang sihat untuk tubuh badan kamu selagi ia tidak memudaratkan. Dan jika mahu menikmati lain-lain makanan idaman kamu maka nikmatilah secara sederhana. Jika diserang panic attack/gastrik/gerd jangan risau.... kita REDHA je...hihihi.


2. TIDUR

Bagaimana cara aku menghadapi masalah kesukaran tidur?


Caranya adalah....aku dapat tidur ke tak dapat tidur ke aku LET IT BE! Memang aku akui, bila tak cukup tido serangan migrain aku makin menjadi-jadi. Mood aku swing. Aku rasa macam aku dah giler. Aku diagnos diri aku sendiri sebagai insomnia la bla bla. Tiap kali aku baring nak lelapkan mata jantung aku akan jadi laju. Dup dup dup dup! Aku dapat rasa macam nak terkeluar. Aku cek nadi aku, aku nak pastikan nadi aku normal. Tapi bila aku kira nampak macam normal la. Tapi aku pelik kenapa aku rasa laju sampaikan aku boleh dengar bunyi jantung tu.

Tiap kali nak baring tidur tu jugaklah badan aku akan jadi menggigil-gigil. Macam rasa bergoncang. Hati jadi tak sedap je. Nafas jangan cakaplah. Memang semput je memanjang. Tiap kali mata aku terlelap je nanti aku macam rasa darah naik ke atas. Berdezuuppp! Sampai buatkan aku terjaga semula. Tak sampai seminit dua aku terlelap mesti akan berlaku macamtu. Nanti aku sambung semula tidur...tapi tetap juga aku rasa tiba-tiba tengah tido tu badan aku meremang dan zuuupppppp!!! Aku tersentak bangun. Jantung aku lagi makin laju. Kaki aku jangan cakap la, tiba-tiba jadi erat susah nak angkat.

Mimpi pun usah cerita la. Pelbagai mimpi meraban penah aku mimpi. Korang sebut la mimpi apa? Mimpi dikafankan? Mimpi naik van jenazah? Mimpi masuk dalam kubur? Mimpi lemas? Mimpi aku dipanggil arwah suami aku? Mimpi aku jalan berpimpin tangan dengan arwah suami aku? Mimpi wajah-wajah orang yang dah meninggal tunggu depan pintu rumah? Mimpi aku jadi gila? Mimpi ruh aku naik kelangit? Perghhhhhhhh tu semua aku dah alami. Berbulan juga aku alami keadaan macamtu.


Waktu tu memang aku rasa jiwa aku sangat tak tenang. Aku gelisah setiap masa. Memang rasa macam taknak tidur. Sebab bila tidur je aku akan mimpi bukan-bukan. Tapi dalam masa yang sama aku mendesak diri aku untuk tidur normal. Sebab kalau aku tak dapat tidur lena
aku tak puas hati dengan diri sendiri. Aku akan meratap nasib “kenapa orang lain boleh tidur? Kenapa aku tak boleh tidur?? Apa jadi dengan aku ni? Kenapa dengan aku??” Memang saat tu aku terlalu mendesak diri aku untuk tidur. Aku akan sentiasa cari jalan supaya aku dapat tidur. Tapi hakikatnya, tak kemana pun cara tu. Malah tanpa aku sedari aku semakin menekan diri aku. Aku semakin beri beban pada minda aku. Aku kekalkan diri aku dalam cycle of Anxiety rupanya.

Maka, setelah aku sedari cara tu salah, aku pun nekad. Kali ni kalau aku dapat tidur ke tak dapat tidur ke aku dah malas nak peduli. Kali ni kalau aku dapat mimpi bukan-bukan pun aku dah tak peduli. Aku baiki corak pemikiran aku terhadap mimpi. Aku ingatkan diri aku, bahawa aku ini dalam kegelisahan. Dan tidak mustahil sepanjang aku ada Anxiety ni mimpi-mimpi aku akan jadi mengarut dan tak normal macam orang lain. Aku juga taknak percayakan pada mimpi sebab aku cakap kat diri aku, aku bukan Nabi Yusof yang ada kelebihan mentafsir mimpi. Tafsiran-tafsiran mimpi yang aku baca kat internet tu juga ada yang kata begitu ada yang kata begini. Jadi, jika tafsiran itu pun boleh berubah-ubah makauntuk apa aku percaya pada mimpi.


Aku pujuk diri aku, aku tidak akan percayakan mimpi selain dari mempercayai dan meyakini Qada dan Qadar Tuhan. Mimpi juga ‘makhluk’ Tuhan maka untuk apa aku tunduk pada mimpi. Dan melalui pembacaan aku mengenai mimpi dari sudut pandangan sains, mimpi adalah rekod atau imaginasi perkara-perkara yang berlaku dibawah minda sedar kita.

Sekiranya ada perkara yang kita tidak mahu ia berlaku, tidak mengharap ia berlaku, atau yang kita elak dari belaku-kesemua itu akan tersimpan dalam memori minda sedar. Dan memori minda bawah sedar itulah yang akan mempamerkan cerita-cerita kita itu di dalam gambaran mimpi. Jadi, amatlah tidak relevan jika aku mahu percaya pada mimpi. Bagus sangatkah aku sampai Tuhan anugerahkan aku untuk jadi pentafsir mimpi?

Mulai dari saat itu, aku tinggalkan terus habit aku ‘recall mimpi’. Jangan bohonglah! Sememangnya sudah jadi kebiasaan orang-orang Anxiety ni termasuklah aku, suka recall mimpi. Bila bangun dari tidur atau terkejut dari tidur kita akan berusaha untuk MENGINGAT
SEMULA MIMPI yang kita mimpikan sebelum tu. Adakah tadi aku ada mimpi mayat? Adakah aku ada ikut orang-orang yang dah meninggal? Adakah aku ada mimpi kubur? Adakah aku ada mimpi batu nesan? Bla bla bla. Kemudian lepastu jari laju pegi search ramalan mimpi! Ingat, untuk sembuh dari masalah sukar tidur - BERHENTI GOOGLE!

Sekali lagi aku ingatkan, mimpi itu juga mahluk Tuhan, maka jangan kita percaya selain dariNya. Lagipun, dalam rukun iman sudah termaktub Percaya Pada Qada dan Qadar. Jika Tuhan kata kun fayakun, jadi, maka jadilah. Bukan daya upaya kita untuk melawan rahsia Kerajaan Tuhan. Tetapi sebagai hambanya, mohonlah perlindungan dari Pencipta kita yang Maha Pengasih Penyayang agar diberi perlindungan dari bala bencana dan malapetaka. Bersangka baik pada Tuhan, yakinlah pada Doa yang diucapkan. Percaya pada Kasih Sayang Tuhan dan tawakal!

Selesai berbincang tentang mimpi kali ni aku ceritakan pengalaman aku menghadapi kesukaran tidur sepanjang menderita Anxiety. Sememangnya benda pertama yang aku buat adalah aku ubah presepsi dan corak pemikiran aku bahawa:

i. mimpi mainan tidur; DAN
ii. dapat tidur ke tak dapat tidur ke LET IT BE!

Sama jugak lah macam korang sebelum tidur baca-baca la sikit kan hehe...aku akan baca ayat 3 Qul, Al-Fatihah 7 kali dan ayat kursi 7 kali. Selepas baca tu usap muka ke badan sampailah ke kaki 3 kali pastu baring semula. Tapi, kalau korang buat macamni la..aku percaya tak sempat habis ayat kursi 7 kali korang dah tertidor pastu bacaan korang ntah merapu menda-menda ntah! Dah kalau jadi macam tu korang tidur je la....kikikiki.

Tapi, andaikata korang berjaya habiskan kesemua bacaan tu dengan sempurna, maka baring dan tutup la mata untuk tidur. Saat tu kosongkan minda dan penuhkan hati dengan zikir yang ikut suka hati korang la nak zikir apapun....niatkan dalam hati yang korang nak berzikir ni...jangan niat zikir tu sebab nak dapat tidur. Sebab nanti kalau tak dapat tidur walaupun zikir korang dah berbakul-bakul nanti korang stress pulak kalau masih tak dapat tidur. Maka berhati-hati dengan niat. Zikirlah dengan niat yang baik dan dengan rendah diri.


Sekiranya dalam masa setengah jam korang masih tak dapat tidur, bangun dari katil dan pergilah minum air kosong. Bacalah buku apa-apa yang bermanfaat (cari ilmu tu lebih baik dari korang stress kan diri sebab tak dapat tidur). Tapi kalau jenis memang yang tak suka membaca, pegila tengok TV ke layan movie yang best-best kat ASTRO tu lepastu kalau dah rasa nak tido korang tido je. Semua kaedah ini aku amalkan dulu adalah supaya aku tidak lagi membebankan otak aku untuk tido. Aku dah taknak desak minda. Taknak desak badan untuk tido. Sebab diakhir-akhirnya nanti aku sendiri jugak yang stress. So, waktu tu...kalau aku dapat tido ke tak dapat tido ke aku let it be. Bila aku rasa nak terlelap then aku terus tido. Walaupun waktu tu dah nak hampir subuh.

Ingat, segala pertambahan amalan / ibadah yang korang lakukan jangan diniatkan untuk sembuh dari Anxiety. Buatlah ia dengan ikhlas hati untuk mendapat keredhaan Tuhan dan merasai cintaNya.



SAMBUNGAN DI SINI



Jumaat, 2 Oktober 2015

Anxiety and I (Aku dan Kerisauan Melampau) Episod 4

Anxiety and I Episod 4

By: VirginRose VR


MENGENALI HATI BUDI MR. ANXIETY.

Dah, kita tutup semua emosi-emosi rojak yang korang mungkin ada rasa sebentar tadi…emosi sebak dek kerana cerita kembalinya suami aku berjumpa Ilahi tadi, emosi menjadi Program Ustazah Pilihan dan apa segala mak nenek emosi yang wujud la..sila padamkan. Sebab sekarang aku nak focus pada tajuk asal-asal kita. Iaitu bagaimana aku menjalani kehidupan aku sebagai penderita Anxiety Disorder yang rupa-rupanya takdelah derita sangat. PRESEPSI kita saja yang meletakkan Anxiety sebagai tempat penderitaan yang tinggi.. Padahal, ia ujian sezarah kuman dari Pencipta.


Sebelum tu ingin aku ingatkan korang bahawa setiap kesembuhan antara kita adalah berbea kerana ia adalah Hak dari Tuhan jua. Cepat atau lambat atau dengan apa medium kesembuhan sekalipun itu adalah Hak Dia. Apa yang cuba aku sampaikan hanyalah secebis tips dari Paul David yang telah berjaya aku aplikasikan dalam kehidupan seharian aku dan menggabungkan dengan konsep redha yang dianjurkan dalam Islam yang hakikatnya ia juga diamalkan dalam lain-lain agama cuma penggunaan istilah sahaja yang berbeza tetapi tetap sama.

Walaupun setelah korang baca write-up aku ni dan cuba tiru sebijik-sebijik apa yang aku buat semata-mata mahu sembuh, tidaklah ada jaminan dari ku bahawa korang akan sembuh. Sebagaimana yang aku nyatakan di awal tadi, Hak Dia! Tetapi korang yakinlah pada ketentuan dan kasih sayangNya. Kalau aku boleh sembuh kenapa bukan korang? Adakah Tuhan pilih kasih? Adakah Tuhan tidak adil? Tanyakan tu pada diri sendiri. Adakah itu sifat Tuhan yg korang fahami??

Maka jom kita hidup disamping Anxiety Disorder!

Benda pertama yang aku buat lepas aku dah study habis-habis tentang Anxiety Disorder dan doctor kata aku takde apa-apa masalah kesihatan adalah aku BERHENTI GOOGLE!! Sebab google ni la benda lahanat yang porak perandakan akal waras aku. Bila ada yang tak kena pada badan sikit aku p google. Maka Dr. Google telah mendiagnos aku dengan ada 6-7 penyakit dalam badan. Korang tak rasa kejam ke kalau Tuhan uji kita dengan ada penyakit 6- 7 jenis? Tak lojik! Sangat tak lojik. Walhal Tuhan tu Pengasih Penyayang. Takde nya sampai Dia nak seksa kita ada penyakit bermacam-macam. Tapi disebabkan kesengalan aku dulu, aku lebih percaya google dari doc sendiri. Sampaikan doc cakap kat aku, kalau saya buat lagi full medical cek up saya jamin 99.99% awak memang takde sakit apa-apa, awak Anxiety!

Start tu la aku rasa fine, aku kena percaya cakap doctor. Sudah-sudahlah tu membebankan diri dengan penyakit bukan-bukan. Kang kalau
sungguh ada penyakit kang sanggup ke aku terima. So, aku pun decide untuk percaya pada doctor dan berhenti google sebarang simtom.

Lepas aku tambahkan pengetahuan tentang Anxiety, aku letakkan KESEMUA KETIDAKSELESAAN & KEPELIKAN pada tubuh aku tu sebagai simtom yang berpunca dari benda yang sama iaitu ANXIETY DISORDER!


Aku dah penat nak fikir dah kalau sakit kat kepala tu kenapa, kenapa tangan aku kebas,kenapa aku semput dan sesak nafas 24 jam, kenapa bila aku dah rasa macam dah sembuh tiba-tiba aku rasa simtom tu datang balek, kenapa aku rasa berdenyut, kenapa aku rasa
mencucuk-cucuk, kenapa aku rasa telinga berdesing, kenapa aku dengar bunyi loceng, kenapa aku rasa macam sentiasa dalam mimpi, kenapa aku rasa mood swing dan selalu cepat nak marah, kenapa dan kenapa dan kenapa dan kenapa tu semua dah tak jadi bahan tumpuan aku lagi. Aku cakap kat diri aku sendiri “Tu AD la tu….”

Jadi, bermula saat itu memang aku TAK BUKA GOOGLE LANSUNG dan aku dah tak mahu persoalkan diri aku mengapa badan aku rasa begini dan begitu. Aku set otak aku bahawa itu semua Anxiety/Panic Attack. Makin lama otak aku dah kurang beban. Dah kurang tekanan. Minda aku dah boleh susun sikit-sikit. Kalau tak dah macam roda hamster tak reti nak berhenti dari berpusing dan berfikir. Secara perlahan-lahan aku dah boleh atur hidup aku balek….dengan cara serahkan/pulangkan semua pada Tuhan.


Masa tu aku pujuk hati aku,

“Ah, aku boleh berak kencing makan minum macam biasa so aku memang sehat. Kalau
aku ada penyakit Tuhan ada untuk bagi penawar. Tuhan aku tak kejam.”


Itu je la yang mampu pujuk hati aku. Benda datang dari Dia, maka aku pulangkan kembali pada Dia. Serahkan pada Dia. Penyerahan diri. Itu latih tubi. Bukan boleh dapat dalam sehari.

Mustahil la sepanjang proses kesembuhan tu aku tak jatuh terduduk meratap semula nasib..tapi aku cuba latih diri dan terima bahawa memang akan ada hari-hari yang aku bebas dari simtom makanya aku anggap hari tu sebagai PINK DAY. Dan bila datang hari aku diserang Anxiety/Panic Attack yang teruk sehingga buatkan aku terbaring lemah, aku andaikan itu adalah BLACK DAY. Tapi bila datang hari yang keadaan aku tu macam ye tak ye je nak diserang panic maka aku anggap ia sebagai GREY DAY.

Jadinya, aku pujuk hati aku dengan cara begini:

“Oh, hari ni pink day…ok then…”
“Oh, hari ni grey day…I”ll survive”
“Oh, hari ni black day…I’ll be fine”

Aku buat begini supaya aku tak rasa tertekan lagi dengan keadaan yang berlaku tu. Aku dah taknak bebankan minda aku lagi dengan perkara dan persoalan yang sama. Sampai bila aku nak duduk dalam cycle of Anxiety?

Saat tu aku fikir, simtom berulang-ulang jugak…jadi kenapa aku nak kena persoalkan lagi…dan apa yang aku ingat bila simtom tu datang sekalipun ia pasti akan berlalu. Dan bila kali ni ia datang pun aku yakin ia akan berlalu. Jadi, aku biarkan apa saja keadaan yang datang pun sebab aku yakin ia pasti akan berlalu.

Aku dah taknak buat analisis lagi;

“eh, kenapa minggu ni aku tak kena panic attack eh? Apa aku buat? Owh, sebab aku
cukup tidur so aku tak kena attack. Okey lepasni aku kena pastikan aku selalu cukup tido”

- tapi nanti bila mata tak dapat tido, otak jadi stress! Aku kena tido ni, kalau aku tak dapat tido nanti esok-esok mungkin aku kena panic attack lagi. Aku taknak kena lagi. Aku kena tido. Ya Tuhan, kenapa kali ni aku tak dapat lelapkan mata? Bagi la aku tido. Hai, mata lelaplah....lelaplah...sekarang semua orang dah tido...aku tak tido lagi..tolonglah tido, kenapa aku dah dapat simtom Insomnia ke? Anxiety aku makin teruk??! -STRESS!

ATAU

“eh, kenapa aku kena attack eh semalam? Oh, sebab aku penat sangat kerja semalam?
Ok, lepasni aku taknak kerja sampai penat.


-tapi nanti bila kerja tak banyak pun tiba-tiba kena attack. Eh, kenapa aku kena attack lagi?Bukan ke minggu ni workload aku tak banyak. Aku tak stress pun pasal kerja. Aku rehat cukup ni. Kenapa aku kena attack jugak? -STRESS!

Nampak tak kesannya apabila kita terus menerus menganalisis setiap aktiviti dan perbuatan kita dalam usaha untuk elak diri kita dari diserang Anxiety/Panic Attack? Kita sebenarnya semakin STRESS!! Kita hakikatnya makin tenggelam dalam lompang Anxiety! Kita makin tak dapat kesembuhan dan tak ke mana-mana. Kita dalam cycle itu juga. Kita kekal membebankan minda kita. Kita kekal memenatkan otak kita untuk berfikir. Jadi bila otak dah penat, bila masa otak kita nak berhenti rehat? Bila masa otak kita nak stabilkan semua
bahan kimia dalam otak dan badan supaya fungsi tubuh badan kembali normal? Bila masanya, kalau dah setiap hari kita asyik fikir langkah-langkah untuk MENGELAK dari diserang Anxiety/ Panic Attack? Otak tetap berpusing macam roda hamster! Non-stop! Maka, apa yang perlu kita buat??

BERHENTI PERSOAL!
Jangan buat sebarang analisis lagi. Jangan monitor lagi! Semua akan baik-baik aja.


~SAMA SEPERTI OCD, SETIAP KALI KITA MERASAKAN SEBARANG PERUBAHAN YG BAIK, JANGAN BUAT SEBARANG ANALISIS, MENGAPA DAN KENAPA, TETAPI TERUS BERSYUKUR PADA ALLAH KETIKA ITU JUGA, DAN BERIKAN TANGGAPAN BAHAWA PERUBAHAN YANG BAIK INI ADALAH REZEKI DARI ALLAH UNTUK KITA MERASAINYA, BUKAN HASIL DARI APA-APA TINDAKAN KITA SEBENTAR TADI ATAU SEMALAM WHAT SO EVER~ (tambahan dari arjunasetia, husnuzzonloa)



SAMBUNGAN DI SINI

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]