Sabtu, 26 September 2015

Nampak Tak Nampak


SEBAB NAMPAK, KITA TOLONG.
SEBAB TAK NAMPAK, KITA MARAH. (NAMPAK = FAHAM)

Masih belum terlewat untuk mengucapkan Salam Aidil Adha kepada semua yg masih sudi mengunjungi Blog ini. Moga anda semua dirahmati Allah sentiasa.
Baiklah, katakanlah saya berjumpa seorg yg patah tangan dan bersimen sedang cuba mengangkat sebaldi air, dan saya katakan padanya:

"Kenapalah lembab sangat kau ni? Angkat itu pun susah! Ikutkan sangat sakit kat tangan tu. Cubalah kuat sikit, lembik sangat."

Wajarkah saya berkata begitu? Tentu satu dunia bersetuju mengatakan saya adalah manusia kejam tak berhati perut dan gila baran. Kerana apa? Kerana satu dunia BOLEH NAMPAK dan faham ketidakmampuan org yg sedang sakit bersimen tangan itu. Dan satu dunia pasti bersetuju jika kita yg sihat ini sepatutnya membantu dia memgangkat baldi air itu. Betul?

Tetapi berbeza dgn kesakitan yg kita TIDAK NAMPAK spt penyakit gangguan jiwa/psikiatrik spt OCD. Anxiety Disorder, kemurungan dan lain2. Sebenarnya apabila kita memarahi, mencemuh seseorang yg sedang menghabiskan masa yg lama dibilik air misalnya dgn berkata:

Apalah lama sangat ni? Dah dekat 3 jam takkan tak bersih2 lagi!. Ikutkan sangat was-was tu. Ikutkan sangat bisikan syaitan tu. Cubala kuat sikit, lawankan. Aku pun kadang2 ada jugak, tapi aku tak layan la, bila tak layan dia lari la! "

Sebenarnya kata2 dan cemuhan ini sama sahaja senarionya dgn memarahi org yg patah tangan tadi. Cuma bezanya, kita TIDAK NAMPAK kesakitan dan ketidakmampuan penderita OCD itu. Dan kemarahan itu menyuntik sikap angkuh pada yg memarahi itu (betul ke kau akan mampu utk tak layan kalau kau betul2 kena?- jgn takbur).

Ini bukanlah bermaksud penderita OCD minta dimanjakan, atau dibiarkan, tetapi berharap agar masyarakat dan org2 sekeliling CUBA MEMAHAMI dan jika tak faham dan tahu apa2 maklumat tentang OCD, dapatkan maklumat yg tepat sebelum memandai-mandai membuat andaian berdasarkan emosi. Cuba PANDANG dgn pandangan yg sama bila memandang orang yg patah tangan bersimen tadi. Saya pasti bahawa masyarakat akan memandang seseorang yg patah tangan dan bersimen dgn rasa simpati dan sedih, tetapi memandang org yg menderita penyakit psikiatri seperti OCD dgn rasa meluat dan marah, malah ada yg menganggap penderita itu "mengada-ngada". Ubahlah pandangan anda, dan anda akan mengubah dunia. Boleh ubah pandangankan? Rasa lebih positifkan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]