Selasa, 29 September 2015

Apakah Anxiety Disorder - Bhg Sepuluh (FINAL)

Oleh: VirginRose Vr
Untuk sebarang pertanyaan tentang Anxiety Disorder, sila emailkan soalan terus kepada penulis di alamat email beliau, virginrosevr@gmail.com

PART 10- Anxiety Disorder

KESIMPULANNYA, ini adalah bahagian terakhir bertajuk Anxiety Disorder yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada penderita Anxiety dan masyarakat terutamanya.

Wahai sahabatku sekalian alam, sebenarnya aku tak gemar guna perkataan PENDERITA sebab ia memberi gambaran bahawa sakit ini amat menakutkan. Dan aku juga tidak gemar menggunakan perkataan SAKIT kerana ia memberi gambaran bahawa ia sejenis penyakit yang tidak dapat dipulihkan.

Aku lebih gemar menggunakan perkataan ‘individu yang mengalami Anxiety Disorder’ bagi menggantikan perkataan penderita. Dan aku lebih gemar menggunakan perkataan ‘keadaan’ bagi menggantikan perkataan sakit. Kerana sememangnya Anxiety Disorder adalah suatu KEADAAN kecelaruan yang DIALAMI oleh manusia. Ia suatu keadaan dan bukanlah penyakit. Jika kita menganggap ia satu penyakit maka terbenamlah kita dalam sakit itu. Tetapi jika kita benar-benar faham bahawa ia adalah satu KEADAAN maka yakinlah bahawa KEADAAN ITU BOLEH DIUBAH (boleh dirawat).

Tetapi aku terpaksa menggunakan perkataan-perkataan negative itu kerana hurufnya lebih pendek dan tak letih aku nak type! Kakakakakaka

Ah, abaikan perkataan negative itu semua! Apa yang ingin aku tekankan adalah pengetahuan masyarakat tentang keadaan ini. Sekarang mungkin kalian sudah sedar dan faham bahawa sememangnya wujud satu keadaan yang dinamakan Anxiety Disorder dalam masyarakat bangsa dunia. Dan mungkin keadaan itu boleh dialami oleh isteri, suami, anak, ibu, ayah, jiran, mak angkat, ayah tiri, geng ponteng sekolah, kekasih hati, kekasih gelap, artis pujaan dan ramai lagi.

Maka dengan adanya pendedahan ini, diharapkan kalian tahu apakah tips/nasihat yang boleh kalian cadangkan pada individu yang mengalaminya. Berilah sokongan, kembalikan semangat, gembirakanlah, fahamilah sesiapa sahaja yang kalian kenali yang sedang mengalami Anxiety Disorder ini.

Sekiranya ia dapat dikesan pada peringkat awal maka lagi cepat dan mudah untuk mereka menjalani proses kesembuhan secara semulajadi bagi mendapatkan kehidupan normal semula. Tetapi sekiranya mereka telah lama terjerumus dalam lembah Anxiety ini selama berpuluh tahun, jangan putus asa…berilah sokongan kepada individu tersebut selama berpuluh tahun juga hehe!

Fahamilah keadaan mereka kerana ada diantara individu yang mengalami Anxiety Disorder ini cepat berubah dari segi emosi. Mereka mudah marah, mudah merajuk, mudah tersentuh hati, mudah putus asa mahupun mudah.my!

Maka sebagai seorang yang telah diberi pengetahuan tentang Anxiety Disorder, sedarlah kamu bahawa keadaan tersebut bukanlah mereka minta. Tetapi mereka telah terpilih untuk mengalaminya dan anda terpilih untuk memberi sokongan kepadanya. Maka berilah sokongan yang ikhlas dan berterusan.

Kepada individu yang mengalami Anxiety Disorder pula, tidak kiralah korang baru alami ke atau dah berpuluh-puluh tahun mengalaminya, kalian berhak untuk memilih sekiranya mahu sembuh secara semulajadi.

Tapi harus diingat, yang baru 3 bulan alami, mungkin selepas setahun baru boleh masuk dalam fasa penerimaan. Yang dah 10 tahun alami, mungkin 5 tahun baru boleh masuk dalam fasa penerimaan. Hal ini berbeza-beza mengikut individu. Berbeza mengikut latarbelakang masing-masing. Jadi, jangan samakan proses kesembuhan kita dengan individu lain. Fokus pada hidup sendiri. Jangan meratap nasib. Jangan mudah mengalah. Bersabarlah. Beri masa pada tubuh untuk sembuh secara semulajadi. Bukankah ini perjalanan spiritual kamu. Mana sama perjalanan spiritual kita dengan oranglain, betul tak?

Apa yang paling penting adalah usahlah mengharapkan pasangan kamu, ibu bapa kamu, kawan-kawan kamu, adik beradik kamu, doktor kamu, pemain bola kegemaran kamu, ahli politik kesukaan kamu untuk memahami keadaan kamu itu.

Cuba tanya diri sendiri, adakah kamu sendiri betul-betul faham apa yang sedang jadi pada tubuh kamu sekarang ini?? Tentunya kamu tidak faham dan buntu.. Jadi mengapa meminta oranglain untuk faham diri kamu sedangkan kamu sendiri gagal untuk memahami diri kamu....

Suka untuk aku ingatkan bahawa jangalah kita terlalu mementingkan diri sendiri apabila berhadapan dengan Anxiety Disorder ini. Kita selalu mengharapkan orang untuk faham kita, kita mengharapkan orang untuk selalu berdamping dengan kita, kita mengharapkan orang sentiasa alert sekiranya kita diserang panic dan segera membawa ke hospital bila perlu. Kita terlalu menginginkan orang sekeliling beri perhatian pada kita..

Cara ini hanya akan membebankan diri sendiri sekiranya keinginan kita itu tak dipenuhi. Jadi untuk apa mengharap bulan yang tak akan pernah jatuh ke riba. Kita bergantunglah pada diri sendiri.

Jangan mengharap sumber dari luar untuk beri kekuatan pada kita. Jangan mengharap orang luar untuk beri kebahgiaan pada kita. Mulakan dengan diri sendiri. Mulakan perubahan itu. Jangan takut merasa sendiri. "Bukankah Aku bersama kamu?" - inilah perjalanan spiritual sebenar kamu apabila kamu hanya bergantung harap pada Penciptamu saja.

Jangan sombong. Kembalikan kepercayaan kamu semula pada Nya. Kembalikan keyakinan dan keinginan kamu pada Nya. Kerana hanya DIA SAHAJA yang memahami kamu.

"Aku adalah cermin Hamba-hambaKu" -maka bersangka baiklah pada Penciptamu. Jika engkau bersangka buruk pada penciptamu maka buruklah segala jadinya. Jika engkau bersangka baik pada Penciptamu dan yakin akan Maha Pengasihnya maka eloklah segala jadinya. Kukuhkan spiritual kamu. Inillah perjalananya. Ambil peluang keadaan Anxiety Disorder ini sebagai langkah permulaan untuk kamu MENCARI DIA.

Ingat! Jangan jadi penagih pada kasih sayang manusia lain. Jadilah penagih pada kasih sayang Sang Penciptamu.

Dan tidak salah jika kamu ikhlas memberi kasih sayang pada manusia lain....berikan saja...tapi usah mengharapkan balasan. Jangalah bila orang tu tak beri perhatian pada kamu maka kamu buang dia dari hidup...untuk apa mengharap balasan...orang dah tak boleh bagi..tak apa....tapi kita masih boleh bagi betul tak?? Jadi berikan saja kasih sayang dan perhatian pada mereka....usah mengharap balasan....

Aku akui dan sangat faham bahwa keadah rawatan semulajadi ini sebenarnya bukan menjadi pilihan kepada semua individu yang mengalami Anxiety. Aku amat faham itu. Dan tiada paksan bagi kalian pun.. Semua kaedah yang kalian yakin betul dan sesuai untuk diri sendiri maka teruskanlah dengan cara kesembuuhan itu.

Aku tegaskan di sini, kaedah ini adalah sebagai satu cara pilihan dan bukanlah paksaan. Kaedah ini mungkin tak dapat diterima oleh individu yang mengambil ubat. Tak mengapa. Teruskan dengan cara masing-masing. Yang penting keyakinan. Aku hanya menawarkan pilihan. Dan tidak pernah sekali aku menolak kaedah rawatan menggunakan ubatan, kerana aku faham kekuatan kita masing-masing ada yang tidak sama. Jadi tetap yakinlah dengan kaedah sendiri.

Sekiranya ada antara kalian yang masih berminat membaca write-up aku, memang teringin untuk aku terus menulis dan berkongsi subjek yang akan ditumpukan kepada beberapa skop kecil contohnya:

1. Anxiety Freestyle - menyentuh tentang gaya hidup aku sebagai individu yang mengalami Anxiety Disorder;
2. Bagaimana nak berdepan dengan gangguan fikiran negatif;
3. Bagaimana nak berdepan dengan panic attack;
4. Gangguan emosi/ gangguan tidur;
5. Apa itu depersonalisation/blur/berkhayal;
6. Dan banyak lagi…………

(*dan kalau kalian ada tajuk-tajuk cadangan boleh PM saya- tapi tu pun tengok pada tahap kerajinan aku kehkehkeh)

Tapi aku tak janji....itu hanya keinginan...Dan sebenarnya pun nak berkongsi ni bukannya boleh terburu-buru sebab write up bertajuk Anxiety Disorder yang ada 10 PART ni pun belum tentu kalian boleh digest betul-betul smile emoticon ….so pelan-pelan kayuh..usah kalut…

Untuk makluman juga, aku tiada halangan sekiranya kalian ingin berkongsi write-up ini pada sesiapa saja, atau jika kalian nak post dan claim ini adalah hasil karangan kalian pun aku tak kesah langsung…silakan asalkan memberi manfaat pada sesiapa yang memerlukan. Tak perlu credit nama aku. Tak perlu mention nama aku. Tu semua tak penting. Yang penting maklumat ini dapat bantu kawan-kawan yang tengah menderita keadaan ini.

Write-up ini juga dihasilkan bukan bertujuan untuk mengaut sebarang keuntungan. Tiada melibatkan transaksi wang ringgit..tolong yer! Aku bukan berniaga. Aku kongsi pengalaman…

Ingat! Tak perlu terburu-buru untuk sembuh. Hiduplah bersama Anxiety kamu. Kaki yang patah jika diketuk dengan tukul setiap hari memang tak mungkin boleh sembuh. Jadi biarkan ia berbalut begitu. Your body needs a break to regain its balance. Begitu juga dengan Anxiety.

Kebenaran di sini adalah;

“Recovery is all about DOING NOTHING” – Just let it be…………

Maka, selesailah sudah write-up 10 BAHAGIAN bertajuk ANXIETY DISORDER. Semoga ia dapat memberi sedikit manfaat kepada yang memerlukan.. InsyaAllah. Doa aku buat kalian semoga tabah menjalani hidup bersama Anxiety Disorder dan diberi kesembuhan TOTAL suatu hari nanti. Amiiinnn............

-TAMAT-


Terimakasih kepada cik VirginRose VR atas keizinan beliau untuk menyiarkan hasil penulisannya di blog ini. Maka dgn bahagian 10 ini adalah siri terakhir write-up beliau. Inshaa Allah akan disambung dgn hasil kaiian dan research beliau yg lain dimasa akan darang. Semoga usaha ini dapat memberikan manfaat dan pencerahan kepada umum.

11 ulasan:

  1. Terimakasih atas write up

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah, terimakasih kerana mengunjungi blog dan membaca. Semuga kita semua dipermudahkan oleh Allah dalam segala urudan dunia dan akhirat kita. AAmin

      Padam
  2. Info yg sgt berguna,dan sy rasa ramai penghidap anxiety disorder ni cuma mereka keliru apa yg mereka alami sebenarnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah, terimakasih kerana mengunjungi blog dan membaca. Semuga kita semua dipermudahkan oleh Allah dalam segala urudan dunia dan akhirat kita. AAmin

      Padam
  3. Baru baca kesemua 10 episod..mcm baca crita dragon ball je..hahaha..semua simptm yg di tulis di awal episod aku ada..dh setahun dh alami macam ni,selepas nekad berenti merokok...alhamdulillah dh benti..syukur...dh macam2 klinik pegi,sume doktor kata,sumenya dlm kepala awak..kontrol kepala tu dulu..hahaha..tp ending crita ni mmg terbaik..just let it be..thorbaik..big applause...aku stuju sgt...thanks for all very good info..helping a lot..thanks again..

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah, terimakasih kerana mengunjungi blog dan membaca. Semuga kita semua dipermudahkan oleh Allah dalam segala urudan dunia dan akhirat kita. AAmin

      Padam
  4. alhmdulilah..rupanya ada pertunjuk ttng penykit nie.. skrg rase lega.. n lebih positif..
    smga bebas la dgn sumeni.. aminn....

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah, terimakasih kerana mengunjungi blog dan membaca. Semuga kita semua dipermudahkan oleh Allah dalam segala urudan dunia dan akhirat kita. AAmin

      Padam
  5. Terima kasih atas perkongsian ini..!! Kalau saya x jumpa blog ni, selamanya saya akan terperangkap dlm 'kegilaan'yg saya x tahu puncanya...asalnya memang saya goggle simptom2 yg saya alami, rupanya bila baca, hampir 100% simptom tu dinyatakan di sini...saya akan jadi monster pd AD...!!

    BalasPadam
  6. alhamdulillah, terimakasih kerana mengunjungi blog dan membaca. Semuga kita semua dipermudahkan oleh Allah dalam segala urudan dunia dan akhirat kita. AAmin

    BalasPadam
  7. Baru kembali kena panic attack selepas seminggu dua tak kena, sebab baru2 ni ada consume pil. Then rasa reda sekejap sebab yalin ubat tu berkesan utk menangani anxiety, tapi still was2 keberkesanan, Pagi tadi masa tengah breakfast tiba tiba rasa semak, yelah bincang hal kerja masa makan. Terus rasa kebas, jantung degup laju dan so on dgn simptom2 yang lain. Sampai sekarang still terbawa perasaan pagi tadi. Bila baca artikel ni, rasa tenang balik. Sebab dah terlupa akan perkara tentang welcoming the same anxiety. Sebelum ni mmg dh pasrah. Cuma tu lah, masih belum secara total. Semoga kita dan mereka yang lain mengalami masalah yg sama banyakkan bersabar dan terima, hiduplah dengan gembira seperti orang lain. Terima kasih untuk artikel ini, boleh menjadi bahan rujukan dan panduan bagi mereka yg masih tidak pasti akan anxiety disorder.

    BalasPadam

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]