Ahad, 6 September 2015

Apakah Anxiety Disorder - Bahagian Ke Lapan

PART 8 – Anxiety Disorder

KONSISTEN DENGAN PENERIMAAN

Oleh : Virgin Rose VR
Untuk sebarang pertanyaan tentang Anxiety Disorder, sila emailkan soalan terus kepada penulis di alamat email beliau, virginrosevr@gmail.com

Konsisten dengan penerimaan atau dalam kata lain- kekal dalam attitude yang sama. Pada peringkat awal untuk sembuh dari Anxiety Disorder, seharusnya setiap dari kita telah bersiap sedia untuk melakukan perubahan yang baik dari dalam diri dan kehidupan. Apabila kita telah nekad memulakan langkah pertama untuk sembuh secara semulajadi seharusnya saat itu kita telah mula membuka hati untuk menjadi seorang yang positif; mendengar perkara yang positif, membaca perkara yang positif, melihat perkara yang positif, bergaul dengan orang positif dan sebagainya.

Langkah awal ini perlu bagi memulihkan semangat kita yang telah luntur. Langkah ini perlu untuk mencipta aura positif di dalam badan. Perkara-perkara yang baik dan positif ini dapat meningkatkan sistem imunisasi dalam tubuh maka ia dapat mengurangkan kekerapan kita jatuh sakit.

Semua ini saling berkaitan. Lihat saja orang yang sentiasa berfikiran positif, mereka susah untuk ditimpa sakit yang ringan-ringan. Sakit itu tetap ada cuma kekerapannya amat sedikit berbanding dengan orang yang sentiasa membiarkan diri mereka dalam persekitaran negatif.

Oleh itu, setelah kita telah nekad untuk mengubah sikap, mengubah corak pemikiran dan mengubah gaya hidup kita, keputusan itu erlulah dilaksanakan secara konsisten. Begitu juga dengan proses penerimaan yang telah aku huraikan dalam bahagian sebelum ini, penerimaan yang kita lakukan haruslah konsisten. Attitude yang kita bawa dalam mencapai penerimaan perlulah konsisten.

Konsisten yang bagaimana?

Maksudnya, kekal lah dalam attitude redha, terima, whatever, lantak p lah, etc. yang telah kita develop dalam latihan praktikal kita sebelum ini. Harus diingat, kesemua ini melibatkan proses. Kesemua ini melibatkan latihan yang tekun. Sebab itu aku kata perlu konsisten.

Konsisten ini perlu kerana sebagai manusia biasa iman kita fluctuate, semangat kita juga boleh turun naik. Ada masa bila kita cuba bangkit tiba-tiba kita dikalahkan dengan tekanan dari luar.

Contohnya, saat kita sedang bersemangat untuk pergi ke tempat kerja dan tidak mahu mempedulikan simtom-simtom Anxiety yang sentiasa berdamping dengan kita tiba-tiba kita dikejutkan dengan berita bahawa nasi lemak Makcik kantin dah habis seawal pagi. Tentu kita rasa kecewa kerana kita telah bersemangat bangun pagi-pagi dan bersiap untuk ke tempat kerja semata-mata untuk menikmati nasi lemak Makcik kantin yang sedap itu. Tetapi berita kehabisan stok nasi lemak itu benar-benar memberi tamparan hebat pada jiwa kita yang sedang bergelora saat itu.

Maka, di sinilah kita perlu konsisten dengan attitude---berfikiran terbuka dan positif  tak apalah, takde rezeki, esok cuba lagi dapatkan nasi lemak Makcik kantin.

Dalam situasi lain pula, disaat kita sedang bergembira shoping di Wanga Walk, Wangsa Maju tiba-tiba simtom Panic Attack menyerang. Jantung laju, nafas jadi sesak dan pendek, tangan kaki badan berpeluh-peluh, kaki mula kebas dan lemah seperti tiada daya untuk berdiri, kepala mula berpusing, melayang-layang, emosi terganggu, nak mati kah aku ni?

Maka, di saat situasi ini berlaku KONSISTEN LAH KAMU PADA PENERIMAAN. Cakap pada diri sendiri, OK, aku dah terima keadaan aku yang ada Panic Attack/Anxiety Disorder. Dan aku sangat faham bahwa serangan ini akan berlaku pada bila-bila masa yang ia mahu. Aku faham sangat bahwa ini semua tidak lain hanyalah simtom Panic Attack dan bukanlah petanda aku nak mati. Aku terima keadaan aku ini dan LANTAK P LAH! Aku nak shoping!! Waaaahhh, aku nampak leather jacket LEVI’s warna merah mengancam di situ!!! Mari dapatkannya!!

Contoh situasi lain pula, sedang kamu bergembira bersama temen-temen dan ketawa terbahak-bahak di Restoren Habib pada pukul 930 pagi waktu kerja tiba-tiba akal kamu berkata “kenapa aku gembira sangat ni? Aku buang tebiat dah ke? Ish, rasa tak sedap hati la pulak rasa macam perangai aku dah lain. Sebelum ni aku selalu tak ceria tapi tiba-tiba aku rasa happy sangat. Aku nak mati ke? Dah buang tebiat ke?”

Okey, cara untuk berhadapan dengan situasi ini juga adalah KONSISTEN PADA PENERIMAAN iaitu; Okey, aku tahu ada masa memang aku akan over-over ketawa, ada masa bila aku sedih aku akan over-over sedih. Ni semua disebabkan rembesan hormon adrenalin aku yang terlebih-lebih ni.. aku kan ada Anxiety SO WHAT?? Otak aku cakap aku buang tebiat, SO WHAT?? Intrusive thougths tu kan memang simtom
Anxiety juga! ah LANTAK P LAH aku nak buang tebiat ke apa, jom ketawa lagi kuat!!!”

So, nampak tak situasi-situasi contoh yang aku beri kat atas tu. Walau apapun yang jadi, tetap teruslah lakukan aktiviti kamu saat itu. Jangan Berhenti! Ini semua untuk latih kalian konsisten dengan attitude. Tak mengapa kalau negative thoughts tu datang dalam minda, benarkan ia. Jangan avoid. Tapi selepas pemikiran tu habis kalian perlu overcome semula dengan pemikiran dan attitude yang positif pula. Ingat, bukannya kita tidak boleh memikirkan hal negatif. Ia dibenarkan, cuma kita kena konsisten untuk replace pemikiran negatif tu dengan pemikiran positif. Jangan letak emosi pada pemikiran negatif.

Satu lagi perkara penting dalam kesembuhan adalah buat semua perkara baik bukan dengan niat untuk sembuh dari Anxiety, tapi memang kita ikhlas mahu buat perkara-perkara baik itu kerana untuk diri kita sendiri. Di sinilah yang aku maksudkan bila kalian dah redha disitulah datangnya ikhlas.

Contohnya,

Kalian avoid makanan yang tidak berkhasiat bukan sebab takut trigger
Panic Attack, tapi kalian tahu bahawa sesiapa pun memang dituntut
untuk mengambil makanan yang berkhasiat dalam diet harian kita.

Kalian baca quote-quote postitif bukan sebab korang nak sembuh dari
Anxiety tapi sebab korang tahu menyerap perkara yang baik dalam
kehidupan mampu mendatangkan perkara yang baik juga dalam
kehidupan.

Kalian ubah gaya hidup dengan berbasikal setiap petang, main futsal,
jogging, etc. bukan sebab kalian nak sembuh dari Anxiety, tapi kalian
tahu bahawa bersenam itu baik untuk kesihatan badan bagi sesiapa pun.
Kalian makan supplement bukan sebab nak sembuh dari Anxiety tapi
kalian tahu supplement adalah baik untuk kesihatan tubuh badan untuk
sesiapa saja.

Kalian pergi bercuti bukan sebab nak sembuh dari Anxiety tapi kalian
memang memerlukan masa yang indah untuk merehatkan badan dan
minda dari beban kerja buat sementara waktu dan menikmati alam
ciptaan Tuhan.

Kalian pergi berurut, berbekam, etc. bukan sebab nak sembuh dari
Anxiety tapi kalian tahu urutan dan bekam itu baik untuk perjalanan
sistem tubuh badan kita.

Kalian berzikir bukan sebab nak hilangkan simtom tapi kalian tahu zikir
itu salah satu ibadah yang digalakkan pada bila-bila masa bagi siapasiapa
saja.

Kalian ubah sikap menjadi seorang yang taat pada Pencipta bukan sebab
nak minta Pencipta sembuhkan kalian dari Anxiety tetapi kalian tahu itu
adalah bukti cinta kalian pada Pencipta.

Kalian baca write-up aku ini bukan sebab kalian nak sembuh dari Anxiety
tapi sebab kalian bosan takde wat apa kat umah so saja-saja nak
tambahkan ilmu pengetahuan tentang Anxiety mana la tahu kot-kot
boleh bantu orang lain…….hehehe


Kenapa kita perlukan keikhlasan?

Kerana, apabila kita lakukan semua perkara-perkara yang baik itu dengan niat untuk
membebaskan diri kita dari Anxiety, kita hanya akan menambah beban pada minda
dan tubuh kita sekiranya segala usaha kita itu tidak mendatangkan hasil, simtom
masih lagi datang tak kira waktu dan punca. Simtom masih lagi menjadi sebuah
ketakutan bagi kita. Dan kita rasa usaha kita selama ini gagal. Kita gagal sebab kita
tak ikhlas. Berbalik pada statement yang aku ulang-ulang “Engkau tidak akan
sembuh jika engkau mahu sembuh”
Maka, niatkanlah dan ikhlaskanlah segala perbuatan baikmu itu untuk diri sendiri
merasa tenang dan bukanlah kerana mahu sembuh dari Anxiety.

Bersambung ke SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]