Rabu, 30 September 2015

Anxiety and I (Aku dan Kerisauan Melampau) Episod 1


Assalamualaikum, salam positif kepada semua yang masih sudi mengunjungi blog ini. Mulai hari ini akan disiarkan pula satu lagi siri-siri write-up hasil penulisan Virgin Rose VR yang bertajuk ANXIETY AND I iaitu kisah benar sepanjang perjalanan penulis dalam menghadapi saat-saat getir dalam hidup beliau setelah disahkan menghidapi gangguan psikiatrik Anxiety Disorder dan juga Panic Disorder, serta pengalaman beliau untuk bangkit dan pulih berikhtiar menyembuhkan dirinya sehinggalah beliau telah kembali sihat seperti sediakala pada hari ini dengan izin Allah SWT. Siri ini mempunyai 9 siri dan akan disiarkan diblog ini secara berperingkat-peringkat dengan izin dari penulis ini sendiri. Semoga hasil penulisan beliau dapat memberikan pencerahan serta manfaat kepada pembaca. Untuk sebarang pertanyaan tentang Anxiety Disorder, sila emailkan soalan terus kepada penulis di alamat email beliau, virginrosevr@gmail.com


 ADA 9 SIRI SEMUANYA, LINK SAMBUNGAN TERDAPAT DI AKHIR SETIAP SIRI.

EPISOD 1 - 360°

Tajuk bahasa inggeris, tapi bila baca dalam Bahasa Melayu….ni namanya rojak petis.Tak kesahlah asalkan korang paham…apa yang cuba aku sampaikan untuk write-up kali ni adalah berkaitan dengan gaya hidup aku sepanjang menjalani kehidupan sebagai penderita Anxiety Disorder. Menderita sangat ke?

Perggghhh dulu memang aku rasa sangat menderita la..tanya la siapapun yang first time kena attack, memang sumpah berpusing 360° kehidupan korang kan…sama la macam aku..
Tapi bila dah lama-lama melalui kehidupan sebagai individu yang mengalami Anxiety Disorder aku boleh katakan yang keadaan ini errrmmmmm NOT that baaaadddd……!

Tapi sebelum tu!!!!!!
...............sebelum korang teruskan pembacaan, ingin aku ingatkan bahawa write up kali ini adalah lebih kepada penceritaan semula pengalaman aku hidup dengan Anxiety Disorder dan mungkin ayat yang aku gunakan agak informal. Mungkin juga lebih kepada ayat-ayat novel. Tapi yang pasti takde bahasa-bahasa cinta la dalam ni ye....ini bukan tips tapi lebih kepada kisah hidup aku dan jika ia agak membosankan sila berhenti. Hehe!

Tapi jika ia ada manfaat silakan membaca dengan hati yang lapang....................

Kisah ini bermula sejak…….........HMMMM....aku sebenarnya pun tak tahu sejak bila aku kena…tapi bila aku duduk-duduk termenung mengenang kehidupan lampau dan jahiliyah sewaktu zaman belajor sekitar tahun 2004 termuncul satu peristiwa di suatu malam yang
indah….ceritanya begini; sedang aku melepak dengan kawan-kawan aku di Badminton Court badan aku tiba-tiba jadi seram sejuk dan rasa nak muntah…seluruh badan aku rasa menggeletar..time tu aku dah rasa nak pengsan nak mati semua la….lalu aku ajak kawankawan
aku balik bilik sebab aku terfikir yang aku taknak pengsan kt court ni, macam tak kelas langsung tempatnya….

Lepas aku balik ke bilik keadaan tu tak reda, aku rasa penglihatan aku jadi gelap macam nak pitam..pandangan visual aku jadi sempit…aku rasa pintu yang aku pandang jadi kecil, waktu malam yang pekat tu jadi sangat pekat, aku pandang sekeliling bilik aku visual tu semua jadi sempit dan menekan urat mata aku….aku dah jadi pening..badan aku masih menggeletar, terus call ibu aku….tapi tak berjawab..aku dah jadi tak tentu arah lalu berjalan dengan terhuyung hayang ke bilik kawan aku dan minta tumpang tido situ sebab aku rasa sangat takut…lalu aku pun baring dan cuba lelapkan mata…memang susah nak tido tapi entah bila masa aku akhirnya terlelap…bila aku bangun aku terus balek ke bilik….tetapi yang ajaibnya peristiwa tu aku tak lekatkan dalam kepala otak….

Entah kenapa aku rasa benda tu tak penting dalam hidup aku saat tu..aku buat bodo je..tak terfikir nak persoalkan eh apa jadi pada aku semalam ek…aku hanya sedar yang itu adalah panic attack baru tahun 2014 ni laaaa…bayangkan dah berapa tahun hehehe…

Tapi, benda tu tak berenti kat situ je…..tahun 2006, adalah tahun malapetaka jugak la pada aku…sampaikan aku hampir-hampir nak buat keputusan untuk tangguh semester. Aku tak yakin aku mampu habiskan pengajian aku ikut tempoh yang ditetapkan.. Aku nekad untuk tangguh satu semester bagi memberi peluang badan dan emosi aku sembuh…..itu jam, aku masih tak tahu akan istilah Anxiety Disorder…aku ingat aku kemurungan la gitu….punca kemurungan pun aku tak pasti…

Waktu tu aku rasa sangat suffer sebab aku tak boleh nak makan apa benda pun…semua yang aku makan keluar balek…muntah-muntah. Berat aku jadi 42kg. Aku pegi buat cek up, masuk scoop dan cek dalam perut ada luka…4 hari juga la kena tahan kad wad….lepas discharge tu aku balek semula kt kampus sambung pengajian…

Masa tu aduhaii…macam neraka…setiap masa aku rasa ajal aku nak dekat dah..aku takut nak tido sebab taknak mimpi mayat, taknak mimpi batu nesan ke kubur ke, kain putih ke orang yang dah mati ke semua tu aku taknak masuk dalam mimpi sampaikan aku sekat mata aku dari tido….tapi mimpi-mimpi yang aku taknak tu jugaklah yang dok masuk berulang kali bila setiap kali aku terlelap. So kualiti tido aku jadi cam hareeemmm masa tu…pegi kelas macam panda import dari Negara China..jalan pegi kelas pun dah macam zombie cumamulut aku tak merayu-rayu nak minta “otaaakkk….otaaakkkkk” je time tu…

Penah beberapa kali aku takut nak pegi kelas…sebab hati kecil aku cakap sat lagi ada ni kang pokok jatuh tumbang atas kepala aku pastu kiok atas jalan…uuiisshhh sangat tak best cara kematian tersebut….lepastu otak dok kreatif lagi, ah satgi ada kereta hilang kawalan tak memasal langgar aku lalu terpelanting aku kiok lagi atas jalan….perrggghh memang sadis kematian syahid begitu…then untuk hilangkan rasa ketakutan sepanjang perjalanan ke kelas yang mengambil masa 10 minit tu setiap kali tu la aku call ayah aku….nangis-nangis..

“ayaaahh…orang ni nak dekat mati ke…napa orang rasa tak sedap hati…rasa macam itu macam ini bla bla bla bla….”

Berjurai-jurai air mata aku masa tu ngadu kat ayah aku…nasib baik la ayah aku ni tahan dengan perangai aku. Puas dok pujuk..takda apa…tu perasaan je tu…ayah ibu doakan ko panjang umor…takpe ayah teman ko berbual-bual dalam telefon
ni…nanti dah sampai kelas bagitahu….

Bila sampai ke kelas je, end call. Duduk dalam perasaan cemas yang tak memasal. Tiba-tiba sorang kawan aku ni tegur

“beb…ko demam ke…aku rasa bila ko masuk duduk sebelah aku je aku terasa bahang panas badan ko”

Ah, sudaaaahhhh!!!!!

Ni petanda mati ke apa ni……??? Dan dan tu jugak aku terus keluar dari kelas dengan tak peduli kan lecturer aku yang terpinga-pinga nampak aku angkat bontot…aku terus balek bilik nangis-nangis call ayah aku…tepuk dahi ayah aku time tu agaknya! Ingatkan dah teman
berbual dalam telefon sampai ke kelas aku boleh teruskan kuliah. Tapi gagal lagi…dah berkali-kali benda tu berlaku sampaikan ayah aku kata kalau dah tak boleh belajar ko tangguh la dulu, pergi berubat…..

Dalam pada tu juga, bila aku rasa pedih kat perut je aku fikir macam ada kanser, bila aku sakit kat kepala je aku rasa macam ada tumor, bila aku rasa lain macam je pusingan menstrual aku, aku dah rasa kanser rahim…ntah menda-menda la otak aku fikir masa tu….
Masa tu jugak benda yang aku takleh tahan sangat adalah dizziness…setiap saat tanpa gagal aku rasa melayang-layang…pegi cek tekanan darah semuanya normal tapi aku seperti berada dalam bot setiap masa. Aku selalu elak berjalan sendiri waktu tu..aku akan pastikan
akak aku ada sebelah aku sebab aku akan berjalan pegang tangan beliau. Manja kan??! Hehe…..dan kalau dengan kawan-kawan pun aku terpaksa pegang mereka. Tapi dalam keadaan mendesak yang memaksa aku untuk berjalan ke suatu tempat tu bersendiri aku terpaksa jalan berdekatan dengan dinding supaya aku boleh pegang dinding. Dah macam orang buta teraba-raba aku masa tu… 3-4 bulan jugak beb aku dalam keadaan melayanglayang tu..tapi bila aku dah cek doc then beliau kata normal aku dah malas nak peduli dah.

Aku hidup je dalam keadaan terhuyung hayang tu dengan redha. Aku juga dah mula dengar bunyi berdesing macam loceng dalam telinga…masa tu aku fikir Ya Allah, aku dah giler ke ni…? Aku dok tanya akak aku, “beb, ko ada dengar bunyi loceng tak?” bila akak aku jawab TAK, ah sudaaahh…konfem ni aku dah giler ni…pesal aku sorang yang dengar….lagi la tak keruan. Aku dah mula jauhkan diri dari kawan-kawan. Aku berkepit je dengan akak aku masa tu. Aku takut kalau aku betul-betul pengsan ke atau mati ke akak aku ada sebelah so aku tak rasa takut sangat kehkeh. Itu jam juga ibu aku selalu turun naik KL semata-mata nak temankan aku yang langsung tak boleh duduk sorang. Aku jadi sangat takut.

Kawan-kawan dah mula tertanya-tanya kenapa aku dah lain..dulu kemahen kecoh mulut..sekarang aku banyak diam tak bercakap..bila aku makan tak pernah habis…mana taknya, bila nak makan je aku rasa macam sat lagi aku nak mati, terjeluak makanan tu semua…dah jadi tak lalu dah. Rasa nak muntah je….yang paling bangang bila ada sorang mamat ni dok rapat-rapat ngan aku masa nak beratur bayar makanan,

“beeeebbb, ko pehal sekarang kurus sangat ni?? Ko ok?? Ko amek barang ke?? Kalau ko nak aku bole supply!”

What the fish???!!

“Woii setan, aku sakit la bangang, bila masa aku amek ganjaaaaa”

Terkulat-kulat mamat tu kemalu-maluan..

“Eh, sorry beb…aku ingat ko layan barang…hehe sorry2..tapi kalau ko nak ko bole cari aku tau” tersengih-sengih lagi…

“Pegila ko setan…aku nak bayor ni….”

So, korang bayangkanlah aku punya kurus time tu macam kerangka motosikal agaknya dek kerana penangan Anxiety Disorder. Tapi tu la..masalah perut aku tak penah selesai..makan je muntah..aku terpaksa makan sikit-sikit… perut aku selalu pedih, selalu rasa tak selesa, selalu kembung.

Then aku pegi cek sekali lagi kat klinik kampus tu……Doc tu muka relax je…. “Awak ni stress ni….awak stress sebab nak cepat habiskan pengajian tahun depan kan….selagi awak tak hilangkan stress awak tu selagi tu perut awak takkan baik…saya rujuk awak kat psikiatri!”
Sambil-sambil cakap tu sambil-sambil tu beliau tulis surat rujuk pakar tersebut…….

What??????!!!!!

“Doc, tapi saya tak giler!!!”

“Sapa kata awak giler…pegi psikiatri bukan bermaksud awak giler……awak kena stabilkan emosi dan redakan tekanan tu…ni surat. Nanti pergi…”

Aku amek surat tu…keluar je dari klinik aku buang dalam tong sampah! Giler punya doctor…kau yang giler ko cakap aku giler…puuiikkkk!!

Memang tamparan hebat setempek kena kat muka aku time tu bila doc kata aku kena rujuk ke pakar psikiatri….aku dah berkira-kira time tu kalau aku pegi buat rawatan nanti aku ada rekod payah la aku nak cari keje..argghh macamane ngan masa depan aku….jem!

Memang buntu…time tu aku rasa kalau betul aku adalah masalah jiwa maka yang hanya boleh sembuhkan jiwa aku adalah Tuhan. Lalu aku cuba luahkan masalah aku ni pada sorang abang angkat aku tu dulu…Abang Bob. Aku maklumkan pada dia yang aku akan tangguh
semester untuk pegi berubat….aku dah tak tahan…aku tak leh focus belajar…aku taknak jumpa psikiatri..aku nak rehat….

Tapi, Abang Bob tak kasi…dia offer nak rawat aku….caranya..

“Mulai hari esok lepas balek kelas ko rendam kaki ko dalam air panas selama 20 minit….biarkan sampai badan ko berpeluh-peluh…buatlah rendaman tu sebagai amalan harian, takde masalah. Dan esok dalam masa 3 hari berturut-turut ko datang sini bawa kakak atau sorang kawan perempuan ko untuk teman ko, abang akan urut badan ko…then mulai hari ini jugak ko makan sayur-sayuran hijau banyak-banyak. Setiap kali bangun pagi ko keluar pandang benda hijau…mula-mula pandang dekat then lama-lama focus jauh plak…jangan pakai baju hitam lagi (sebab aku memang favourite color baju adalah hitam…setiap hari bole pakai baju tema hitaaaaammm je) ko pakai baju warna terangterang dan ceria….pegi bersenam, buat aktiviti…selagi ko bole kencing dan bole berak macam biasa tu tanda ko sehat, ko takde sakit apapun. Ubah fikiran ko kepada fikiran positif dan nekad untuk berubah!!”

Perrgghhhhh itu jam macam satu super power saiya meresap masuk ke dalam badan aku dan rasa bersemangat untuk keluar dari penderitaan penyakit misteri nusantara tersebut. Lantas aku segera bincangkan hal ni dengan akak aku, nasib baik la masa tu aku memang
satu tempat belajar dengan dia, lepas aku diserang penyakit misteri tu aku pindah keluar dari kolej aku untuk tinggal sama-sama kolej dengan dia…hehe…aku pun terus call ayah aku dan bagitahu hasrat aku untuk batalkan niat tangguh semester tu.. ayah aku happy dengar.

Then bermulalah episode aku menjalani hari-hari kesembuhan dengan jayanya. Aku ikut semua nasihat dan tips dari Abang Bob..tanpa gagal. Aku sangat bersemangat untuk sembuh. Dan dalam tempoh setahun aku telah bebas dari semua penderitaan tu…..ye
bebas! Free dari penyakit yang tidak ketahuan namanya itu…..

Maka bermula dari tahun 2007 sehinggalah tahun 2013 (6 tahun) aku totally recover from Anxiety Disorder!!! Yeaaaaahhhhh!!

TETAPI…..


SAMBUNGAN DI SINI

Selasa, 29 September 2015

Apakah Anxiety Disorder - Bhg Sepuluh (FINAL)

Oleh: VirginRose Vr
Untuk sebarang pertanyaan tentang Anxiety Disorder, sila emailkan soalan terus kepada penulis di alamat email beliau, virginrosevr@gmail.com

PART 10- Anxiety Disorder

KESIMPULANNYA, ini adalah bahagian terakhir bertajuk Anxiety Disorder yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada penderita Anxiety dan masyarakat terutamanya.

Wahai sahabatku sekalian alam, sebenarnya aku tak gemar guna perkataan PENDERITA sebab ia memberi gambaran bahawa sakit ini amat menakutkan. Dan aku juga tidak gemar menggunakan perkataan SAKIT kerana ia memberi gambaran bahawa ia sejenis penyakit yang tidak dapat dipulihkan.

Aku lebih gemar menggunakan perkataan ‘individu yang mengalami Anxiety Disorder’ bagi menggantikan perkataan penderita. Dan aku lebih gemar menggunakan perkataan ‘keadaan’ bagi menggantikan perkataan sakit. Kerana sememangnya Anxiety Disorder adalah suatu KEADAAN kecelaruan yang DIALAMI oleh manusia. Ia suatu keadaan dan bukanlah penyakit. Jika kita menganggap ia satu penyakit maka terbenamlah kita dalam sakit itu. Tetapi jika kita benar-benar faham bahawa ia adalah satu KEADAAN maka yakinlah bahawa KEADAAN ITU BOLEH DIUBAH (boleh dirawat).

Tetapi aku terpaksa menggunakan perkataan-perkataan negative itu kerana hurufnya lebih pendek dan tak letih aku nak type! Kakakakakaka

Ah, abaikan perkataan negative itu semua! Apa yang ingin aku tekankan adalah pengetahuan masyarakat tentang keadaan ini. Sekarang mungkin kalian sudah sedar dan faham bahawa sememangnya wujud satu keadaan yang dinamakan Anxiety Disorder dalam masyarakat bangsa dunia. Dan mungkin keadaan itu boleh dialami oleh isteri, suami, anak, ibu, ayah, jiran, mak angkat, ayah tiri, geng ponteng sekolah, kekasih hati, kekasih gelap, artis pujaan dan ramai lagi.

Maka dengan adanya pendedahan ini, diharapkan kalian tahu apakah tips/nasihat yang boleh kalian cadangkan pada individu yang mengalaminya. Berilah sokongan, kembalikan semangat, gembirakanlah, fahamilah sesiapa sahaja yang kalian kenali yang sedang mengalami Anxiety Disorder ini.

Sekiranya ia dapat dikesan pada peringkat awal maka lagi cepat dan mudah untuk mereka menjalani proses kesembuhan secara semulajadi bagi mendapatkan kehidupan normal semula. Tetapi sekiranya mereka telah lama terjerumus dalam lembah Anxiety ini selama berpuluh tahun, jangan putus asa…berilah sokongan kepada individu tersebut selama berpuluh tahun juga hehe!

Fahamilah keadaan mereka kerana ada diantara individu yang mengalami Anxiety Disorder ini cepat berubah dari segi emosi. Mereka mudah marah, mudah merajuk, mudah tersentuh hati, mudah putus asa mahupun mudah.my!

Maka sebagai seorang yang telah diberi pengetahuan tentang Anxiety Disorder, sedarlah kamu bahawa keadaan tersebut bukanlah mereka minta. Tetapi mereka telah terpilih untuk mengalaminya dan anda terpilih untuk memberi sokongan kepadanya. Maka berilah sokongan yang ikhlas dan berterusan.

Kepada individu yang mengalami Anxiety Disorder pula, tidak kiralah korang baru alami ke atau dah berpuluh-puluh tahun mengalaminya, kalian berhak untuk memilih sekiranya mahu sembuh secara semulajadi.

Tapi harus diingat, yang baru 3 bulan alami, mungkin selepas setahun baru boleh masuk dalam fasa penerimaan. Yang dah 10 tahun alami, mungkin 5 tahun baru boleh masuk dalam fasa penerimaan. Hal ini berbeza-beza mengikut individu. Berbeza mengikut latarbelakang masing-masing. Jadi, jangan samakan proses kesembuhan kita dengan individu lain. Fokus pada hidup sendiri. Jangan meratap nasib. Jangan mudah mengalah. Bersabarlah. Beri masa pada tubuh untuk sembuh secara semulajadi. Bukankah ini perjalanan spiritual kamu. Mana sama perjalanan spiritual kita dengan oranglain, betul tak?

Apa yang paling penting adalah usahlah mengharapkan pasangan kamu, ibu bapa kamu, kawan-kawan kamu, adik beradik kamu, doktor kamu, pemain bola kegemaran kamu, ahli politik kesukaan kamu untuk memahami keadaan kamu itu.

Cuba tanya diri sendiri, adakah kamu sendiri betul-betul faham apa yang sedang jadi pada tubuh kamu sekarang ini?? Tentunya kamu tidak faham dan buntu.. Jadi mengapa meminta oranglain untuk faham diri kamu sedangkan kamu sendiri gagal untuk memahami diri kamu....

Suka untuk aku ingatkan bahawa jangalah kita terlalu mementingkan diri sendiri apabila berhadapan dengan Anxiety Disorder ini. Kita selalu mengharapkan orang untuk faham kita, kita mengharapkan orang untuk selalu berdamping dengan kita, kita mengharapkan orang sentiasa alert sekiranya kita diserang panic dan segera membawa ke hospital bila perlu. Kita terlalu menginginkan orang sekeliling beri perhatian pada kita..

Cara ini hanya akan membebankan diri sendiri sekiranya keinginan kita itu tak dipenuhi. Jadi untuk apa mengharap bulan yang tak akan pernah jatuh ke riba. Kita bergantunglah pada diri sendiri.

Jangan mengharap sumber dari luar untuk beri kekuatan pada kita. Jangan mengharap orang luar untuk beri kebahgiaan pada kita. Mulakan dengan diri sendiri. Mulakan perubahan itu. Jangan takut merasa sendiri. "Bukankah Aku bersama kamu?" - inilah perjalanan spiritual sebenar kamu apabila kamu hanya bergantung harap pada Penciptamu saja.

Jangan sombong. Kembalikan kepercayaan kamu semula pada Nya. Kembalikan keyakinan dan keinginan kamu pada Nya. Kerana hanya DIA SAHAJA yang memahami kamu.

"Aku adalah cermin Hamba-hambaKu" -maka bersangka baiklah pada Penciptamu. Jika engkau bersangka buruk pada penciptamu maka buruklah segala jadinya. Jika engkau bersangka baik pada Penciptamu dan yakin akan Maha Pengasihnya maka eloklah segala jadinya. Kukuhkan spiritual kamu. Inillah perjalananya. Ambil peluang keadaan Anxiety Disorder ini sebagai langkah permulaan untuk kamu MENCARI DIA.

Ingat! Jangan jadi penagih pada kasih sayang manusia lain. Jadilah penagih pada kasih sayang Sang Penciptamu.

Dan tidak salah jika kamu ikhlas memberi kasih sayang pada manusia lain....berikan saja...tapi usah mengharapkan balasan. Jangalah bila orang tu tak beri perhatian pada kamu maka kamu buang dia dari hidup...untuk apa mengharap balasan...orang dah tak boleh bagi..tak apa....tapi kita masih boleh bagi betul tak?? Jadi berikan saja kasih sayang dan perhatian pada mereka....usah mengharap balasan....

Aku akui dan sangat faham bahwa keadah rawatan semulajadi ini sebenarnya bukan menjadi pilihan kepada semua individu yang mengalami Anxiety. Aku amat faham itu. Dan tiada paksan bagi kalian pun.. Semua kaedah yang kalian yakin betul dan sesuai untuk diri sendiri maka teruskanlah dengan cara kesembuuhan itu.

Aku tegaskan di sini, kaedah ini adalah sebagai satu cara pilihan dan bukanlah paksaan. Kaedah ini mungkin tak dapat diterima oleh individu yang mengambil ubat. Tak mengapa. Teruskan dengan cara masing-masing. Yang penting keyakinan. Aku hanya menawarkan pilihan. Dan tidak pernah sekali aku menolak kaedah rawatan menggunakan ubatan, kerana aku faham kekuatan kita masing-masing ada yang tidak sama. Jadi tetap yakinlah dengan kaedah sendiri.

Sekiranya ada antara kalian yang masih berminat membaca write-up aku, memang teringin untuk aku terus menulis dan berkongsi subjek yang akan ditumpukan kepada beberapa skop kecil contohnya:

1. Anxiety Freestyle - menyentuh tentang gaya hidup aku sebagai individu yang mengalami Anxiety Disorder;
2. Bagaimana nak berdepan dengan gangguan fikiran negatif;
3. Bagaimana nak berdepan dengan panic attack;
4. Gangguan emosi/ gangguan tidur;
5. Apa itu depersonalisation/blur/berkhayal;
6. Dan banyak lagi…………

(*dan kalau kalian ada tajuk-tajuk cadangan boleh PM saya- tapi tu pun tengok pada tahap kerajinan aku kehkehkeh)

Tapi aku tak janji....itu hanya keinginan...Dan sebenarnya pun nak berkongsi ni bukannya boleh terburu-buru sebab write up bertajuk Anxiety Disorder yang ada 10 PART ni pun belum tentu kalian boleh digest betul-betul smile emoticon ….so pelan-pelan kayuh..usah kalut…

Untuk makluman juga, aku tiada halangan sekiranya kalian ingin berkongsi write-up ini pada sesiapa saja, atau jika kalian nak post dan claim ini adalah hasil karangan kalian pun aku tak kesah langsung…silakan asalkan memberi manfaat pada sesiapa yang memerlukan. Tak perlu credit nama aku. Tak perlu mention nama aku. Tu semua tak penting. Yang penting maklumat ini dapat bantu kawan-kawan yang tengah menderita keadaan ini.

Write-up ini juga dihasilkan bukan bertujuan untuk mengaut sebarang keuntungan. Tiada melibatkan transaksi wang ringgit..tolong yer! Aku bukan berniaga. Aku kongsi pengalaman…

Ingat! Tak perlu terburu-buru untuk sembuh. Hiduplah bersama Anxiety kamu. Kaki yang patah jika diketuk dengan tukul setiap hari memang tak mungkin boleh sembuh. Jadi biarkan ia berbalut begitu. Your body needs a break to regain its balance. Begitu juga dengan Anxiety.

Kebenaran di sini adalah;

“Recovery is all about DOING NOTHING” – Just let it be…………

Maka, selesailah sudah write-up 10 BAHAGIAN bertajuk ANXIETY DISORDER. Semoga ia dapat memberi sedikit manfaat kepada yang memerlukan.. InsyaAllah. Doa aku buat kalian semoga tabah menjalani hidup bersama Anxiety Disorder dan diberi kesembuhan TOTAL suatu hari nanti. Amiiinnn............

-TAMAT-


Terimakasih kepada cik VirginRose VR atas keizinan beliau untuk menyiarkan hasil penulisannya di blog ini. Maka dgn bahagian 10 ini adalah siri terakhir write-up beliau. Inshaa Allah akan disambung dgn hasil kaiian dan research beliau yg lain dimasa akan darang. Semoga usaha ini dapat memberikan manfaat dan pencerahan kepada umum.

Isnin, 28 September 2015

Apakah Anxiety Disorder - Bahagian Ke Sembilan

Oleh : VirginRose Vr
Untuk sebarang pertanyaan tentang Anxiety Disorder, sila emailkan soalan terus kepada penulis di alamat email beliau, virginrosevr@gmail.com

PART 9 – Anxiety Disorder

KESEMBUHAN TOTAL

Nah, inilah peringkat terakhir yang dinanti-nantikan oleh setiap pemilih rawatan semulajadi Anxiety Disorder. Kesembuhan TOTAL! Pasti semua mengimpikan kesembuhan yang sempurna.

Namun begitu, dalam bahagian ini perlu ditegaskan bahawa KESEMBUHAN merupakan perkara subjektif bagi setiap individu yang mengamalkan rawatan secara semulajadi……

Kenapa dikatakan subjektif?

Kerana definisi atau ‘rasa’ sembuh itu berkemungkinan berbeza diantara penderita-penderita Anxiety Disorder yang lain.

Jadi, apakah definisi kesembuhan sebenarnya?

Kesembuhan dalam Anxiety Disorder bermaksud penderita telah bebas dari semua simtom-simtom fizikal/emosi Anxiety/Panic Attack dan telah dapat menjalani kehidupan normal mereka semula.

ATAU

Penderita semakin kurang/tidak kerap atau hampir tidak mengalami simtom-simtom fizikal/emosi Anxiety/Panic Attack dan telah dapat menjalani kehidupan normal mereka semula.

MAKA, APAKAH MAKSUD KESEMBUHAN TOTAL?

Kesembuhan TOTAL membawa maksud kesembuhan sepenuhnya dari segi emosi dan fizikal. Di mana penderita telah bebas dari simtom-simtom Anxiety/Panic Attack secara keseluruhan. Penderita juga berjaya merasakan bahawa simtom-simtom yang datang itu TIDAK LAGI PENTING dalam hidupnya dan dapat menjalani kehidupan normal mereka semula. Dan yang paling utama adalah PENDERITA TIDAK LAGI RASA TAKUT JIKA ANXIETY/PANIC ATTACK BERULANG LAGI pada masa-masa akan datang.

Harus diingat, keadaan cemas atau Anxiety adalah perkara lazim yang boleh dialami oleh sesiapa sahaja manusia di muka bumi ini. Seorang kanak-kanak juga tahu perasaan cemas sekiranya tertinggal bas sekolah. Seorang kanak-kanak juga tahu keadaan panic sekiranya dikejar anjing.

Walau bagaimanapun, keadaan cemas dan bimbang itu akan jadi bercelaru sekiranya kita sentiasa membebankan hidup kita dengan perkara-perkara yang merisaukan dan membimbangkan pada setiap saat dan waktu. Keadaan itulah yang mengakibatkan minda dan badan kita menjadi terlampau letih kerana telah digunakan secara berlebih-lebihan (overused) sehingga menyebabkan button panic trigger secara active dengan tak memasal tidak kira masa dan tempat sehingga beri tindakbalas pada tubuh seperti berpeluh, jantung laju, sesak nafas, denyut-denyut, getar-getar, seram sejuk, melayang-layang, rasa takut nak mati, rasa nak pitam, rasa nak lari dan sebagainya. (cukup tak baca dalam satu nafas? Hehe)

Keadaan ini sangat menakutkan, betul tak??

Tetapi adakah kita tahu bahawa sekiranya Panic Attack trigger pada satu hari yang indah, kita SEBENARNYA AKAN SELAMAT dan tidak akan melompat jatuh dalam cycle of Anxiety sekiranya kita tidak mempedulikan the first panic attack itu?

Yang menyebabkan kita jatuh ke dalam pusaran Anxiety adalah apabila serangan pertama itu menjadi sebuah ketakutan yang Maha hebat dalam hidup kita sehingga kita terfikir-fikir dan otak seolah-olah menyampaikan signal bahawa itu adalah tanda mati atau tanda penyakit lain. Maka sejak serangan pertama itu, bermulalah episode pilu dan sugul dalam hidup sehingga mata tidak mahu dilelapkan, makan tidak mahu dihabiskan, mandi tidak mahu dilama-lamakan, percakapan tidak mahu dilebihkan, aktiviti harian langsung dikurangkan atau diberhentikan, air mata selalu dikeluarkan…

Sebenarnya, sesiapa pun yang alami keadaan itu pasti akan bertambah cemas kerana mana lah kita tahu itu panic attack atau Anxiety Disorder pada awalnya kan…..

Walau bagaimanapun, penerangan di atas adalah untuk menjawab soalan:

“Kenapa aku yang kena? Kenapa oranglain tak kena? Dia pun stress jugak, dia pun penah baca pasal tanda-tanda 100 hari kematian. Dia pun penah trauma dalam hidup bla bla bla bla tapi kenapa dia tak kena??? Why ME???????”

Lazimnya kalau soalan begini ditanya pada aku, jawapan aku akan jadi persoalan pada mereka pula.

“Mana kau tahu dia tak penah kena?????"

Macam yang aku cakap, kemungkinan dia pernah mengalami episode panic attack dalam kehidupan. Tetapi serangan itu tidak memberi kesan pada hidupnya. Mungkin lepas serangan tu dia busy dengan hal yang lebih mengindahkan atau dia busy dengan tugasan harian sehingga mendesak dirinya untuk tidak terlalu focus pada diri sendiri sampaikan TIDAK PERASAN LANGSUNG serangan panic itu berlaku pada diri dia.. dia tak amek port pun menatang apa yang tiba-tiba mengubah fungsi tubuh badan nya saat itu….lantas hal itu dilupakan dan dia tak sempat pun nak masuk dalam CYLCE OF ANXIETY! Dan tak sempat tahu pun itu adalah PANIC ATTACK/ANXIETY.

Tetapi yang menjadi bala dan penderitaan pada kita adalah apabila kali pertama diserang simtom, kita menggelabah itik dan menjatuhkan diri dalam pusaran Anxiety.

Tak salah pun kalau kita dah jatuh dalam pusaran tu…tak salah pun kalau kita dah masuk dalam cycle tu selama 10 tahun…bukan tak boleh bangun pun…bukan tak boleh back to normal. Apa yang perlu kita buat adalah kembali pada proses kesembuhan yang telah berjela-jela aku huraikan dalam write-up pada part-part yang sebelum ini iaitu:

Bila dah dapat tahu ada simtom pelik, bole pegi buat pemeriksaan kesihatan/alternative. Sekiranya disahkan mengalami Anxiety Disorder dan ingin mengamalkan rawatan semulajadi maka mulakan dengan langkah pertama 1. PENGETAHUAN 2. PENERIMAAN 3. SETBACKS 4. KONSISTEN DENGAN PENERIMAAN dan 5. KESEMBUHAN TOTAL. Maka dengan izin Allah semua akan baik-baik aja smile emoticon

Soalan popular yang selalu ditanya, “Beb, macamane nak tahu kita dah dapat KESEMBUHAN TOTAL tu?”

Jawapan aku:

“Kau cuba tanya diri kau, kalau simtom-simtom Anxiety Disorder/Panic Attack datang secara tiba-tiba selepas 5 tahun akan datang kau akan rasa takut lagi tak?”

Jika jawapanmu MASIH TAKUT – kamu masih dalam proses kesembuhan.
Jika jawapanmu TAK TAKUT DAN TAK HERAN – maka kamu sudah mencapai tahap KESEMBUHAN TOTAL.

Jadi, laluilah proses kesembuhan itu dengan sabar dan redha. Laluilah ia seberapa lama pun badan kamu perlukan. Jika kamu perlu berada dalam proses kesembuhan itu selama 2 tahun atau 10 tahun sekalipun maka nikmati la proses itu tanpa mengalah dan mengeluh. Laluilah dengan attitude yang konsisten. Laluilah perjalanan spiritual itu dengan sejahtera.

NO FIGHTING, NO AVOIDING, NO CONTROLLING, NO MONITORING, NO OBSERVING, NO HIDING, NO RUNNING, NO QUESTIONING, NO COMPLAINING.

JANGAN SEMBUNYIKAN ANXIETY. REVEAL TO THE WORLD. REVEAL INSIDE YOURSELF. LET THE PEOPLE KNOW YOUR SYMPTOMS BUT NEVER EXPECT THEM TO UNDERSTAND YOU. YOU ARE THE ONE WHO SHOULD UNDERSTAND YOUR CONDITION THEN ONLY THE PEOPLE WITH GET INTO THE SUBJECT. ANXIETY IS NO LONGER A SECRET FOR YOU TO KEEP.

Berilah masa pada tubuh untuk sembuh. Jangan dipaksa badan itu untuk kembali normal.

Baca buku untuk halau simtom, jumpa kauselor untuk halau simtom, pegi terapi untuk halau simtom, makan ubat untuk halau simtom. Guys, that is not the right way…cara yang betul adalah REVERSE ACTION. WELCOMING THE SYMPTOMS.

Lagi Anxiety halang lagi kamu redah. Redaaahhhhh jer!!!

Kalau kita anggap Anxiety sebagai MONSTER maka Anxiety akan layan kita sebagai MANGSA. So, anggap Anxiety adalah kucing peliharaan yang kita sayang dan akan dibawa kemana-mana sahaja kita pergi.

LET IT BE!

Bersambung ke SINI

Sabtu, 26 September 2015

Nampak Tak Nampak


SEBAB NAMPAK, KITA TOLONG.
SEBAB TAK NAMPAK, KITA MARAH. (NAMPAK = FAHAM)

Masih belum terlewat untuk mengucapkan Salam Aidil Adha kepada semua yg masih sudi mengunjungi Blog ini. Moga anda semua dirahmati Allah sentiasa.
Baiklah, katakanlah saya berjumpa seorg yg patah tangan dan bersimen sedang cuba mengangkat sebaldi air, dan saya katakan padanya:

"Kenapalah lembab sangat kau ni? Angkat itu pun susah! Ikutkan sangat sakit kat tangan tu. Cubalah kuat sikit, lembik sangat."

Wajarkah saya berkata begitu? Tentu satu dunia bersetuju mengatakan saya adalah manusia kejam tak berhati perut dan gila baran. Kerana apa? Kerana satu dunia BOLEH NAMPAK dan faham ketidakmampuan org yg sedang sakit bersimen tangan itu. Dan satu dunia pasti bersetuju jika kita yg sihat ini sepatutnya membantu dia memgangkat baldi air itu. Betul?

Tetapi berbeza dgn kesakitan yg kita TIDAK NAMPAK spt penyakit gangguan jiwa/psikiatrik spt OCD. Anxiety Disorder, kemurungan dan lain2. Sebenarnya apabila kita memarahi, mencemuh seseorang yg sedang menghabiskan masa yg lama dibilik air misalnya dgn berkata:

Apalah lama sangat ni? Dah dekat 3 jam takkan tak bersih2 lagi!. Ikutkan sangat was-was tu. Ikutkan sangat bisikan syaitan tu. Cubala kuat sikit, lawankan. Aku pun kadang2 ada jugak, tapi aku tak layan la, bila tak layan dia lari la! "

Sebenarnya kata2 dan cemuhan ini sama sahaja senarionya dgn memarahi org yg patah tangan tadi. Cuma bezanya, kita TIDAK NAMPAK kesakitan dan ketidakmampuan penderita OCD itu. Dan kemarahan itu menyuntik sikap angkuh pada yg memarahi itu (betul ke kau akan mampu utk tak layan kalau kau betul2 kena?- jgn takbur).

Ini bukanlah bermaksud penderita OCD minta dimanjakan, atau dibiarkan, tetapi berharap agar masyarakat dan org2 sekeliling CUBA MEMAHAMI dan jika tak faham dan tahu apa2 maklumat tentang OCD, dapatkan maklumat yg tepat sebelum memandai-mandai membuat andaian berdasarkan emosi. Cuba PANDANG dgn pandangan yg sama bila memandang orang yg patah tangan bersimen tadi. Saya pasti bahawa masyarakat akan memandang seseorang yg patah tangan dan bersimen dgn rasa simpati dan sedih, tetapi memandang org yg menderita penyakit psikiatri seperti OCD dgn rasa meluat dan marah, malah ada yg menganggap penderita itu "mengada-ngada". Ubahlah pandangan anda, dan anda akan mengubah dunia. Boleh ubah pandangankan? Rasa lebih positifkan?

Isnin, 21 September 2015

Ahad, 6 September 2015

Apakah Anxiety Disorder - Bahagian Ke Lapan

PART 8 – Anxiety Disorder

KONSISTEN DENGAN PENERIMAAN

Oleh : Virgin Rose VR
Untuk sebarang pertanyaan tentang Anxiety Disorder, sila emailkan soalan terus kepada penulis di alamat email beliau, virginrosevr@gmail.com

Konsisten dengan penerimaan atau dalam kata lain- kekal dalam attitude yang sama. Pada peringkat awal untuk sembuh dari Anxiety Disorder, seharusnya setiap dari kita telah bersiap sedia untuk melakukan perubahan yang baik dari dalam diri dan kehidupan. Apabila kita telah nekad memulakan langkah pertama untuk sembuh secara semulajadi seharusnya saat itu kita telah mula membuka hati untuk menjadi seorang yang positif; mendengar perkara yang positif, membaca perkara yang positif, melihat perkara yang positif, bergaul dengan orang positif dan sebagainya.

Langkah awal ini perlu bagi memulihkan semangat kita yang telah luntur. Langkah ini perlu untuk mencipta aura positif di dalam badan. Perkara-perkara yang baik dan positif ini dapat meningkatkan sistem imunisasi dalam tubuh maka ia dapat mengurangkan kekerapan kita jatuh sakit.

Semua ini saling berkaitan. Lihat saja orang yang sentiasa berfikiran positif, mereka susah untuk ditimpa sakit yang ringan-ringan. Sakit itu tetap ada cuma kekerapannya amat sedikit berbanding dengan orang yang sentiasa membiarkan diri mereka dalam persekitaran negatif.

Oleh itu, setelah kita telah nekad untuk mengubah sikap, mengubah corak pemikiran dan mengubah gaya hidup kita, keputusan itu erlulah dilaksanakan secara konsisten. Begitu juga dengan proses penerimaan yang telah aku huraikan dalam bahagian sebelum ini, penerimaan yang kita lakukan haruslah konsisten. Attitude yang kita bawa dalam mencapai penerimaan perlulah konsisten.

Konsisten yang bagaimana?

Maksudnya, kekal lah dalam attitude redha, terima, whatever, lantak p lah, etc. yang telah kita develop dalam latihan praktikal kita sebelum ini. Harus diingat, kesemua ini melibatkan proses. Kesemua ini melibatkan latihan yang tekun. Sebab itu aku kata perlu konsisten.

Konsisten ini perlu kerana sebagai manusia biasa iman kita fluctuate, semangat kita juga boleh turun naik. Ada masa bila kita cuba bangkit tiba-tiba kita dikalahkan dengan tekanan dari luar.

Contohnya, saat kita sedang bersemangat untuk pergi ke tempat kerja dan tidak mahu mempedulikan simtom-simtom Anxiety yang sentiasa berdamping dengan kita tiba-tiba kita dikejutkan dengan berita bahawa nasi lemak Makcik kantin dah habis seawal pagi. Tentu kita rasa kecewa kerana kita telah bersemangat bangun pagi-pagi dan bersiap untuk ke tempat kerja semata-mata untuk menikmati nasi lemak Makcik kantin yang sedap itu. Tetapi berita kehabisan stok nasi lemak itu benar-benar memberi tamparan hebat pada jiwa kita yang sedang bergelora saat itu.

Maka, di sinilah kita perlu konsisten dengan attitude---berfikiran terbuka dan positif  tak apalah, takde rezeki, esok cuba lagi dapatkan nasi lemak Makcik kantin.

Dalam situasi lain pula, disaat kita sedang bergembira shoping di Wanga Walk, Wangsa Maju tiba-tiba simtom Panic Attack menyerang. Jantung laju, nafas jadi sesak dan pendek, tangan kaki badan berpeluh-peluh, kaki mula kebas dan lemah seperti tiada daya untuk berdiri, kepala mula berpusing, melayang-layang, emosi terganggu, nak mati kah aku ni?

Maka, di saat situasi ini berlaku KONSISTEN LAH KAMU PADA PENERIMAAN. Cakap pada diri sendiri, OK, aku dah terima keadaan aku yang ada Panic Attack/Anxiety Disorder. Dan aku sangat faham bahwa serangan ini akan berlaku pada bila-bila masa yang ia mahu. Aku faham sangat bahwa ini semua tidak lain hanyalah simtom Panic Attack dan bukanlah petanda aku nak mati. Aku terima keadaan aku ini dan LANTAK P LAH! Aku nak shoping!! Waaaahhh, aku nampak leather jacket LEVI’s warna merah mengancam di situ!!! Mari dapatkannya!!

Contoh situasi lain pula, sedang kamu bergembira bersama temen-temen dan ketawa terbahak-bahak di Restoren Habib pada pukul 930 pagi waktu kerja tiba-tiba akal kamu berkata “kenapa aku gembira sangat ni? Aku buang tebiat dah ke? Ish, rasa tak sedap hati la pulak rasa macam perangai aku dah lain. Sebelum ni aku selalu tak ceria tapi tiba-tiba aku rasa happy sangat. Aku nak mati ke? Dah buang tebiat ke?”

Okey, cara untuk berhadapan dengan situasi ini juga adalah KONSISTEN PADA PENERIMAAN iaitu; Okey, aku tahu ada masa memang aku akan over-over ketawa, ada masa bila aku sedih aku akan over-over sedih. Ni semua disebabkan rembesan hormon adrenalin aku yang terlebih-lebih ni.. aku kan ada Anxiety SO WHAT?? Otak aku cakap aku buang tebiat, SO WHAT?? Intrusive thougths tu kan memang simtom
Anxiety juga! ah LANTAK P LAH aku nak buang tebiat ke apa, jom ketawa lagi kuat!!!”

So, nampak tak situasi-situasi contoh yang aku beri kat atas tu. Walau apapun yang jadi, tetap teruslah lakukan aktiviti kamu saat itu. Jangan Berhenti! Ini semua untuk latih kalian konsisten dengan attitude. Tak mengapa kalau negative thoughts tu datang dalam minda, benarkan ia. Jangan avoid. Tapi selepas pemikiran tu habis kalian perlu overcome semula dengan pemikiran dan attitude yang positif pula. Ingat, bukannya kita tidak boleh memikirkan hal negatif. Ia dibenarkan, cuma kita kena konsisten untuk replace pemikiran negatif tu dengan pemikiran positif. Jangan letak emosi pada pemikiran negatif.

Satu lagi perkara penting dalam kesembuhan adalah buat semua perkara baik bukan dengan niat untuk sembuh dari Anxiety, tapi memang kita ikhlas mahu buat perkara-perkara baik itu kerana untuk diri kita sendiri. Di sinilah yang aku maksudkan bila kalian dah redha disitulah datangnya ikhlas.

Contohnya,

Kalian avoid makanan yang tidak berkhasiat bukan sebab takut trigger
Panic Attack, tapi kalian tahu bahawa sesiapa pun memang dituntut
untuk mengambil makanan yang berkhasiat dalam diet harian kita.

Kalian baca quote-quote postitif bukan sebab korang nak sembuh dari
Anxiety tapi sebab korang tahu menyerap perkara yang baik dalam
kehidupan mampu mendatangkan perkara yang baik juga dalam
kehidupan.

Kalian ubah gaya hidup dengan berbasikal setiap petang, main futsal,
jogging, etc. bukan sebab kalian nak sembuh dari Anxiety, tapi kalian
tahu bahawa bersenam itu baik untuk kesihatan badan bagi sesiapa pun.
Kalian makan supplement bukan sebab nak sembuh dari Anxiety tapi
kalian tahu supplement adalah baik untuk kesihatan tubuh badan untuk
sesiapa saja.

Kalian pergi bercuti bukan sebab nak sembuh dari Anxiety tapi kalian
memang memerlukan masa yang indah untuk merehatkan badan dan
minda dari beban kerja buat sementara waktu dan menikmati alam
ciptaan Tuhan.

Kalian pergi berurut, berbekam, etc. bukan sebab nak sembuh dari
Anxiety tapi kalian tahu urutan dan bekam itu baik untuk perjalanan
sistem tubuh badan kita.

Kalian berzikir bukan sebab nak hilangkan simtom tapi kalian tahu zikir
itu salah satu ibadah yang digalakkan pada bila-bila masa bagi siapasiapa
saja.

Kalian ubah sikap menjadi seorang yang taat pada Pencipta bukan sebab
nak minta Pencipta sembuhkan kalian dari Anxiety tetapi kalian tahu itu
adalah bukti cinta kalian pada Pencipta.

Kalian baca write-up aku ini bukan sebab kalian nak sembuh dari Anxiety
tapi sebab kalian bosan takde wat apa kat umah so saja-saja nak
tambahkan ilmu pengetahuan tentang Anxiety mana la tahu kot-kot
boleh bantu orang lain…….hehehe


Kenapa kita perlukan keikhlasan?

Kerana, apabila kita lakukan semua perkara-perkara yang baik itu dengan niat untuk
membebaskan diri kita dari Anxiety, kita hanya akan menambah beban pada minda
dan tubuh kita sekiranya segala usaha kita itu tidak mendatangkan hasil, simtom
masih lagi datang tak kira waktu dan punca. Simtom masih lagi menjadi sebuah
ketakutan bagi kita. Dan kita rasa usaha kita selama ini gagal. Kita gagal sebab kita
tak ikhlas. Berbalik pada statement yang aku ulang-ulang “Engkau tidak akan
sembuh jika engkau mahu sembuh”
Maka, niatkanlah dan ikhlaskanlah segala perbuatan baikmu itu untuk diri sendiri
merasa tenang dan bukanlah kerana mahu sembuh dari Anxiety.

Bersambung ke SINI

Apakah Anxiety Disorder - Bahagian Ke Tujuh

PART 7 – Anxiety Disorder

Oleh : Virgin Rosr VR
Untuk sebarang pertanyaan tentang Anxiety Disorder, sila emailkan soalan terus kepada penulis di alamat email beliau, virginrosevr@gmail.com

SETBACKS

Bahagian ni kalau kita samakan dengan babak dalam movie Bollywood kita boleh panggil ‘Intermission’ la gitu… sebabnya, ini keadaan yang wajib dialami oleh setiap dari kita yang sedang melalui proses kesembuhan secara semulajadi.

Apa itu setbacks?


Setbacks adalah keadaan di mana simtom-simtom Anxiety Disorder dari segi fizikal dan emosi berulang kembali setelah kita rasa keadaan kita telah pulih. Simtom yang hadir mungkin simtom lama atau simtom baru yang tak pernah kita alami sebelum ini. Simtom ini juga hadir tanpa kita duga.

Mungkin setelah 6 bulan kita bebas dari Anxiety tetapi pada satu hari yang tidak indah setbacks itu muncul. Mungkin juga setelah 2 tahun kita bahagia meredah bahtera cinta tiba-tiba setbacks itu muncul. Dan pastinya keadaan ini memberi peluang kepada penderita Anxiety Disorder untuk terjun kembali ke dalam cycle of Anxiety. Sememangnya setbacks adalah perkara yang amat tidak disukai oleh penderita. Namun begitu, tetap ada kaedah untuk berhadapan dengan setbacks.

Lazimnya apabila setbacks berlaku penderita akan mula mempersoalkan kembali:

“Kenapa hari ini aku rasa tak best macam 2 minggu yang lepas? For the past two
weeks aku berjaya jalani hidup tanpa Anxiety dan Panic Attack. Apa yang tak kena
pada aku kali ni?”

“Kenapa aku mesti lalui simtom ni lagi Ya Tuhan? Kenapa ia datang
kembali?”

“Adakah aku masih belum pulih? Adakah aku tak akan pulih sampai bilabila
macam orang lain? Aku salah makan ke tadi? Aku makan apa sampai
trigger semula simtom ni? Aku stress apa kali ni?”

“Adakah Anxiety aku makin teruk? Adakah aku akan gila?”

“Adakah aku memang akan betul-betul mati kali ini? Adakah ini yang
sebenar-benarnya petanda masa aku dah sampai?”

“Aku dah praktikkan attitude yang Si Naz tu ajar, tapi kenapa aku masih
ada Anxiety dan diserang Panic lagi? Apa yang aku silap buat? Teknik apa
yang aku tak buat dengan betul ni?”

“Aku benci keadaan ni, aku memang takkan boleh sembuh sampai bilabila..
aku akan selamanya menderita begini…Ya Tuhan, kenapa Engkau
tak sembuhkan aku? Aku dah tak tahan!!!! Aku nak hidup normal ku
kembali!!”

Itu adalah antara situasi yang dilalui oleh penderita Anxiety apabila setbacks berlaku. Penderita akan mula mengeluh dan kasihan kan dengan nasib diri, penderita akan mula mempersoal semula mengapa begitu dan mengapa begini. Penderita akan cuba kembali berlawan dengan simtom. Penderita akan sekali lagi mencari punca kenapa keadaan itu berulang kembali dan cuba menghapuskan simtom-simtom fizikal dan emosi itu dari menyerang. Penderita akan keluar kembali berjumpa doctor dan membuat pemeriksaan untuk kali ke-5. Penderita akan bertanya pada boyfriend supplement apa yang boleh menghilangkan simtom.

Penderita akan mula ke pusat urut Reborn untuk menghilangkan angin dalam badan. Penderita akan berusaha melawan kembali Anxiety Disorder untuk kesekian kalinya.

Dalam situasi tersebut penderita sebenarnya tidak sedar bahawa dia telah kembali menerjunkan diri ke dalam lubuk Anxiety. Dia tidak sedar bahawa dia sedang memulakan proses Anxiety dan Panic Attack dalam hidupnya kembali. Dia tidak sedar bahawa dia sedang membebankan minda dan tubuhnya berulang kali. Dia tidak sedar bahawa dia telah berada dalam pusaran Anxiety sekali lagi.

Wahai sahabatku sekalian alam,

Masih ingatkah pesanku? Anxiety Disorder tidak akan pulih jika engkau mahu pulih. Anxiety Disorder tidak akan pulih setelah engkau habis membaca semua write-up terkumpulku nanti. Anxiety Disorder tak akan pulih selagi engkau berlari kesana sini mengelilingi dunia untuk mencari penawar bagi memulihkan simtom itu. Anxiety Disorder tidak akan pulih hanya dengan satu malam. It’s all about yourself. Kesembuhan Anxiety Disorder secara total adalah melalui SPIRITUAL. Dari dalam diri kamu. Dan spirit itu perlu melalui sebuah perjalanan.

Perjalanan bukan balek hari dari KL-JB. Tetapi perjalanan yang melibatkan proses secara perlahan dalam kesabaran. Dan ia juga bergantung kepada izinNya untuk memberi kesembuhan. Maka jangan harapkan kesembuhan. Harapkan Kekuatan untuk melalui perjalanan yang mungkin memakan masa itu. Lagi engkau tertekan untuk sembuh lagi engkau berdamping dengan simtom itu.

Oleh itu, apakah kaedah yang patut dilakukan untuk berhadapan dengan setbacks??

Silakan amal attitude ini:

LET IT BE.
WHATEVER.
ADA AKU KESAH.
LANTAK P LAH.
Dan yang paling kesat dan biadap- PEGI MAMPOS!

Dalam kata yang mudah, jika kita mengalami keadaan setbacks kaedah yang perlu
kita lakukan adalah GIVE NO RESPONSE.
Jangan beri tindakbalas pada setbacks. Tak perlu lagi fikir dalam-dalam adakah
Anxiety aku kembali lagi? Adakah aku tak akan pulih? Aku nak makan ubat apa ni
semuanya tak menjadi? Aku nak buat aktiviti apa lagi untuk buat aku busy dan tak
memikirkan tentang Anxiety?

Ubahlah corak pemikiran kita apabila mengalami setbacks. Setbacks itu wajib dalam
proses kesembuhan. Ia pasti datang pada sesiapa saja yang sedang menjalani proses
kesembuhan. Terima itu.

Ubahlah presepsi kita bahawa Anxiety bukan boleh pulih dalam masa sehari dua atau
sebulan dua. Sedarlah, badan dan minda kita telah lama terbeban dengan tekanan
selama beberapa tahun tanpa kita sedari, jadi mengapa kita kedekut untuk beri masa
pada badan kita berehat dan pulih dengan semulajadi? Beri masa pada tubuhmu.
Apabila tubuh kamu mengalami setbacks itu adalah signal bahawa kamu sedang
melalui proses kesembuhan. Biarkan setbacks itu datang bila-bila masa ia suka dan
berapa kali ia mahu jengah.

Ubahlah presepsi kamu pada dunia. Bahawa dunia ini bulat dan siang malam itu silih
ganti. Bahawa hujan panas itu silih ganti. Bahawa sedih gembira itu silih ganti.
Bahawa bahagia derita itu silih ganti. Apa salahnya jika kamu telah melalui hidup
tanpa Anxiety selama 8 bulan dan tiba-tiba ia nak jengah, jemputkan aja ia masuk ke
rumah. Welcoming Anxiety. Jangan avoid.

Apalah salahnya jika kamu telah melalui hari yang indah dan tiba-tiba hadir hari
yang malang. Apalah salah kiranya kamu menerima keadaan itu. Tetap sejahteralah
kamu. Bahawa Tuhan menyusun atur perkara di dunia ini adalah bukan secara
kebetulan tetapi sinkronasi.

Apa yang penting adalah kamu wajib kekal dan konsisten dalam attitude kamu.
WHATEVER!!

Bersambung ke SINI
Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]