Ahad, 16 Ogos 2015

Memohon ke Memaksa?


Assalamualaikum...

Lama tak menulis tentang LOA. Blog ni dah jadi macam blog untuk penyakit OCD pulak. Sedangkan pada peringkat awalnya tujuan aku membuka blog ini adalah untuk berkongsi maklumat tentang Hukum Tarikan. Tapi setelah beberapa waktu, ianya lebih menjurus pada OCD, penyakit yg pernah aku deritai suatu masa dulu. Hinggakan ada yg malu nak sharekan artikel dari blog ini di wall Facebook kerana takut dikatakan mempunyai penyakit psikiatrik OCD. Ini blog LOA lah. Hukum Daya Tarikan atau Law of Attraction. LOA tak ada kena memgena dengan OCD! Aku berikhtiar untuk pulihkan diri dari OCD dengan memggunakan macam-macam ikhtiar termasuk pengaplikasian LOA dan aku sembuh bukan sebab LOA atau sebab ikhtiar-ikhtiar lain. Aku sembuh sebab Allah izinkan aku sembuh. Kehendak Allah yg buatkan aku sembuh, bukan hasil ikhtiar atau ubat-ubatan. Tiada sesiapa atau apa pun jua yg mampu memaksa Allah melakukan urusan yg dikehendakkiNYA. Mungkin disisi Allah, sudah cukup tempohnya untuk aku sembuh, maka sembuhlah. Dan boleh sahaja kena balik sakit itu jika Allah berkehendak. Kita hanya mampu berikhtiar, berdoa, memohon dan berusaha sahaja.

Dan ikhtiar melalui pengaplikasian LOA ini bukanlah utk ikhtiar penyembuhan OCD sahaja, malah LOA lebih dikenali sebagai ikhtiar menjana Kekayaan, Kewangan, Kejayaan dalam peperiksaan dan lain-lain. Cuma satu sahaja perkara yg selama ini ramai tak menyedari. Mereka menyangkakan mereka berdoa, tetapi sebenarnya mereka bukan berdoa, tetapi memaksa. Berdoa adalah MEMOHON kepada Robb Yang Maha Agung. Sebagahi hamba yang lemah, kita hanya boleh memohon. Memohon adalah sikap seorang hamba. Memaksa pula adalah sikap seorang tuan. Siapa kita nak memaksa Allah?

Contoh yg paling mudah untuk membezakan antara memohon dan memaksa ialah dalam ikhtiar seseorang yg ingin mendapat jodoh dgn menggunakan kaedah LOA. Sememamgnya setiap permohonan digalakkan supaya ditulis dalam bentuk spesifik. Contohnya seperti sikap dan keadaan pasangan ideal yg kita impikan, secara spesifik seperti usia, perangai, pekerjaan, berat, tinggi, dan lain-lain seperti yg didalam artikel "Saya Dah Terfikir Nak Bunuh Diri" beberapa tahun yg lalu. Tetapi, mana-mana mentor LOA tidak pernah mengajarkan supaya meletakkan NAMA orang yg kita mahu. Kita hanya MEMOHON minta diberikan pasangan yg miliki ciri-ciri yg kita sebut secara spesifik, itupun hanya Allah yg lebih mengetahui apa yg sebenarnya sesuai untuk kita. Dan kita mengharapkan agar Allah sudi mempertemukan kita dgn seseorang yg memiliki ciri-ciri seperti yg kita mohon walaupun mungkin tidak 100 peratus tepat.

Tetapi, apabila kita menetapkan sekali NAMA pasangan yg kita mahu, maka sebenarnya kita telah dengan angkuh dan beraninya seolah MENETAPKAN SENDIRI siapa jodoh kita. Kitakah Tuhan? Ada yang sampai hampir 2 tahun buat solat hajat mohon pasangan dgn segala ciri-ciri dan termasuk nama orang itu, dan afirmasinya : Aku adalah bakal isteri (si-fulan). Jika kita memang telah mempunyai seseorang yg kita minati dan kenali dan inginkan agar dia
menjadi pasangan kita, bukankah lebih baik diluahkan terus akan keinginan itu kepada orang itu. sekiranya orang itu menolak, maka kita tidak ada hak untuk memaksa hati sesiapa pun untuk sukakan diri kita, sepertimana kita pun tidak rela dipaksa untuk menyukai seseorang. Tak kiralah apa pun alasannya, kerana ini adalah soal hati. Soal hati adalah termasuk perkara ghaib dan ianya urusan Allah, bukan boleh dibuat main kerana Allah yang menggenggam ruh dan hati seseorang itu. Kita perlu redha jika orang itu menolak. Jika memang benar ada jodoh, tak akan kemana, tetapi jika sudah tiada jodoh, tiada siapa yang dapat melakukan apa pun jua.

Jika kita cuba memaksa Allah, maka apabila orang yg diidamkan itu didapati memiliki hubungan dengan orang lain, tentulah akan merasa marah, cemburu dan berputus asa dengan Tuhan. Ini kerana dia telah menganggap orang itu adalah milik dirinya sedangkan segala apa pun termasuk jodoh, adalah hanya ditentukan oleh Allah semata-mata. Ini lah yg berlaku apabila kita cuba memaksa, bukan memohon. Jika kita hanya sekadar memohon, kita lebih mudah untuk redha dan bersabar dengam apa jua ketentuan Allah, kerana hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa yg paling terbaik untuk setiap hambaNYA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]