Rabu, 26 Ogos 2015

ADIL ITU SEIMBANG DAN SAKSAMA (2)


Adil itu adalah Keseimbangan (2)

"Setiap sesuatu berpasang-pasangan" Berpasangan bererti keseimbangan/ balancing/ adil/ yin yang atau = PELENGKAP. Malam takkan sempurna dan lengkap dan tak akan ada yg memahami ianya adalah malam, kalau tak diwujudkan siang. Jika alam ini sentiasa malam, mungkin kita semua hanya faham bahawa alam ini gelap gelita dan malam tak akan dipanggil malam, malah tiada istilah untuknya. Maka ada pasangannya iaitu siang.

Begitu jika hanya ada siang sentiasa, maka takkan ada yg mengerti apa itu malam. Maka siang takkan dipanggil siang. Dan pelbagai keadaan akan wujud dari situ, mungkin tiada hari penanda waktu, tarikh dan lain-lain. Kehidupan pasti sangat berbeza.

Kaya juga takkan dipanggil kaya jika tiada yg miskin. Atau jika semuanya adalah miskin, tiada siapa yg memahami apa itu kaya.

Keadilan, kesamarataan, everybody is happy dan mendapat semua perkara yg sama adalah sebuah faham keadilan yg salah, ianya hanya dipersetujui oleh Karl Marx, pengasas komunisme dan mereka juga gagal dalam memanifestasikan komunism mereka.

Apakah kesimpulan dari semua ini? Mengapa perlu ada balance dan mengapa mesti ada pihak yg senang, puashati dan mengapa mesti ada yg susah dan tak puashati?

Kesimpulannya: untuk satu tujuan : "mengajar manusia supaya bersyukur dan menghargai setiap sesuatu walau sekecil mana pun perkara itu" / be grateful / bersyukur dgn apa yg ada.

Sebagai contoh: si sihat akan menghargai kesihatannya bila dia telah berada pada situasi sakit.

Sisenang akan memghargai kesenangannya apabila dia sudah menrasai susah. Bila si senang menjadi si susah, barulah pada mulanya mungkin dia sukar menghadapi kenyataan, tetapi lama kelamaan akan timbul penyesalan dan pengakuan bersalah dan membawa kepada taubat dan barulah dia dapat menghayati betapa berharganya kesenangan yg pernah dirasainya sebelum dia susah. Dan jika dia senang semula, dia akan menjaganya dgn lebih baik, lebih bersyukur, lebih berkongsi supaya org lain yg susah akan rasa juga kegembiraan yg dirasainya, = selepas dia merasakan kesusahan.

Sama juga dgn hal-hal KESEIMBAMGAN yg lain. Seperti Kuat dan lemah, rajin dan malas, sendirian-berteman, tabah - putus asa, melukakan- dilukai, mempergunakan-dipergunakan, dan lain-lain.

Inilah keadilan, kesembangan, balance, berpasang-pasangan, yin-yang, yg bertujuan untuk kesejahteraan manusia sebenarnya. Dan ianya akan tetap sentiasa seimbang / balance sehinggalah tempoh yg DIA tetapkan.

Wallahuaklam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]