Sabtu, 22 Ogos 2015

ADIL ITU SEIMBANG dan SAKSAMA


Syukuri apa yg ada pada kamu, cuba dalami dgn teliti betapa beruntungnya kamu dengan apa yg ada pada kamu skrg. Mungkin ada yg tak dapat merasai apa2 bahkan mengeluh dan merungut kerana pencapaian kehidupan kamu rasanya seperti sukar dan menyedihkan. Tetapi kamu tidak tahu, ada insan lain yg lebih buruk keadaannya, hingga akibat dari kesusahan dan malang yg menimpanya, dia akan merasa sangat bahagia jika dia dapat menjadi seperti kamu dan memiliki apa yg kamu ada pada masa sekarang ini. Percayalah. Ada sesetengan insan yg mmg tulisan takdir mereka amat malang dan tak dapat kamu mengertikan. Maka bersyukurlah.

Setiap penciptaan Tuhan itu ada pasangannya seperti firmanNya : " Kami ciptakan setiap sesuatu itu berpasang-pasangan." Ini adalah bertujuan mewujudkan 'balance/ keseimbangan" atau "yin -yang" dalam alam semesta ini.
Ada gelap, ada terang. Ada siang maka ada malam. Ada hitam maka ada putih, ada sedih maka ada gembira, ada org yg takdirnya mudah maka ada yg malang, ada yg memiliki teman maka ada yg akan bersendirian. Ada orang punyai ramai anak, akan ada yg tiada zuriat. Ada orang yg selalu sihat, ada yg selalu sakit. Ada org yg tabah, ada yg mudah putus asa. Ada org kuat, ada orang lemah. Ada orang yg cekap, ada yg lembab. Semuanya berpasang-pasangan.

Allah itu Maha Adil. Apakah maksud Adil? : (saksama , seimbang / balance) Maka kewujudan yin yang atau keseimbangam / balance ini adalah untuk menunjukkan kekuasaanNya dalam melaksanakan keadilanNya dalam alam semesta ini. Adil BUKAN bermakna semua orang akan mendapat kegembiraan dan berpuashati. Adil adalah keseimbamgan. Maka hasil daripada keseimbangan ini pasti akan mewujudkan pihak yg gembira dan pihak yg tidak berpuashati. Inilah maksud adil yamg sebenar-benarnya. Umpama dacing, atau neraca keadilan, bukankah dacing yg adil itu kedua-dua timbangan sama berat? Memang sukar untuk menghadamkan hakikat ini. Inilah ujian yg sangat menguji. Iaitu sejauh mana seorang hamba itu mampu Bersyukur dan Redha dgn takdirNya terhadap kehidupan ini, tak kira samada takdirNya malang atau bahagia, menggembirakan atau menyedihkan. Jika semua orang berpuashati dan gembira, itu mungkin hanya wujud disyurga, bukan didunia tempat ujian ini.

Ujian untuk dapat merasai kita ini adalah benar2 HAMBA yg lemah, tiada daya upaya melainkan dgn izinNya, dan dapat menghayati betapa Allah Yang Maha Gagah Perkasa dan Maha Berkuasa Melakukan Apa Jua KehendakNya. Ujian untuk memahami bahawa everything in the whole universe is only about Allah, not about us. Bukankah Allah menciptakan makhluk kerana DIA mahu dikenali, diketahui kekuasaanNya, dikagumi, ditakuti, dipuja, digeruni dan tidak diciptakan jin dan manusia melainkan semata-mata untuk memgabdikan diri padaNYA? Apakah kita mahu menjadi manusia yg angkuh hingga merasakan kita ada hak untuk mengeluh pada takdirNYA walau memang ada yg perit dan adakalanya amat menyeksakan? We have no free will, we only have the appearance of having a freewill...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]