Rabu, 29 Julai 2015

SEBUTKANLAH


Penyakit dalaman diri susah untuk sembuh selagi ada banyak rasa IRI HATI dan DENGKI bila melihat kejayaan dan kebahagian orang lain, selain itu, selagi itulah juga kita sukar untuk berjaya dan bahagia.

Salah satu ikhtiar supaya diri rohani dan jasmani sihat dan juga utk mencapai kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup adalah :

1. Merasa gembira bila melihat kebahagiaan dan kejayaan org lain.

2. Jika boleh, ucapkan tahniah dan berdoa semuga kebahagiaan org itu berpanjangan.

Tidak salah jika orang lain mengkhabarkan berita kegembiraan atau kejayaan hidup mereka dan bersangka baiklah (husnuzzon) bahawa niat mereka adalah untuk menunjukkan KEMURAHAN ALLAH DALAM KURNIAANNYA kpd hambaNYA disamping mensyukurinya.

Firman Allah SWT:

"Dan nikmat dari Tuhanmu, sebut-sebutkan lah (sebagai tanda rasa bersyukur) (QS Dhuhaa : 11)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]