Isnin, 27 Julai 2015

Pergantungan Hanya Kepada Allah

Salah satu punca gangguan was-was : Hidup bergantung dan bersandar kepada amalan, bukan kepada Allah.

Di akhir zaman ini ramai yg belajar dan menambahkan ilmu ugama, berusaha mengamalkannya tetapi masih tidak dapat menundukkan hawa nafsunya. Mengapa?

Kerana kita melakukan banyak amalan kerana MENYANGKAKAN bahawa amalan kita itu yg akan memberi kekuatan utk menyelamatkan kita dari kejahatan hawa nafsu.Tanpa kita sedari kita telah MELETAKKAN PERGANTUNGAN diri kepada amalan, bukan kepada Allah. Sedangkan Allah itu Maha Agung, sebanyak mana amalan pun, tidak akan membuat Allah tunduk untuk memberikan keselamatan pada makhlukNya.

Kita tersilap dengan mengamggap amalan yg banyak seolah-olah mampu "memaksa" Allah supaya memelihara kita dari kejahatan hawa nafsu atau musibah kehidupan. Sedangkan Allah Maha Berkuasa melakukan segala yang dikehendakiinya TANPA campurtangan sesiapa termasuk amal ibadah hambaNya. Oleh itu, lakukanlah seberapa banyak amalan dengan niat semata2 mendapatkan keredhaan Allah. Bukan dengan tanggapan bahawa :" jika aku banyak amalan, tetap istiqamah, mesti iman aku kuat" (kerana itulah amat sukar beristiqamah apabila kita menyandarkan kekuatan pada amalan) Dalam pada itu, letakkan PERGANTUNGAN hanya semata-mata kepada Allah SWT sahaja. Keredhaan Allah kepada diri kita itulah yg perlu kita cari, maka semuga dengan itu, kita berharap muga Allah sudi memelihara dan menambahkan kekuatan diri kita dalam menangani hawa nafsu dan musibah kehidupan. Kita makhluk, tiada daya upaya melainkan HANYA dengan izin Allah.

Jika kita hidup dgn kesilapan bergantung dan bersandarkan kepada amalan, ini akan membuatkan kita mudah putus asa bila sesuatu hal buruk berlaku kepada kita, kita mudah merasa Sangka Buruk kepada Allah. ianya juga Tanpa Disedari membuatkan kita TIDAK IKHLAS dalam melakukan amal ibadah kerana kita berharapkan semuga dengan amalan kita itu, hidup kita akan dipermudahkan, rezeki akan murah, akan dijauhkan dari bala bemcana dan musibah serta wabak penyakit, SEDANGKAN semua keselamatan dan kebahagiaan itu adalah dari Rahmat Allah Yg Maha Pemurah lagi Maha Belas Kasihan, bukan disebabkan perbuatan amal ibadah kita. Tiada suatu apa pun yang berupaya memaksa Allah utk melakukan urusan yg dikehendakkiNya.

Amal ibadah adalah kewajipan yg wajib dilakukan kerana itu adalah perintah Allah, manakala amalan sunat dan kerohanian adalah jalan utk mendekatkan diri dan mendapatkan redha Allah. Kerana itu lah kita mudah sangat was-was kerana kita mahukan amal ibadah yg sempurna kerana kita menyangkakan amalan yg sempurna akan menyelamatkan kita didunia dan akhirat. Sedangkan yg hanya Maha Memberi Perlindungan kpd kita adalah Allah SWT. Bukan amalan kita. Kita telah meletakkan pergantungan pada amalan, bukan pada Allah. Padahal hanya Allah Yg Maha Sempurna.

Cuba perhatikan, apabila kita tergelincir dalam jurang dosa dan maksiat pula, kita akan berasa Allah sangat jauh dan kita mudah merasa piutus asa dari Rahmat dan Keampunan Allah, kerana selama ini kita hidup dengan bersandarkan pada amal kebaikan, maka kita mula beranggapan jika kita berbuat amal soleh dan kebaikan, Allah dekat dan sayang pada kita, dan kita beranggapan apabila kita tergelincir melakukan dosa, Allah benci dan menjauhi kita, dan kita putus asa dari Rahmat dan keampunanNya. Kita telah pandai2 MENIDAKKAN sifat Allah Yang Maha Pengampun dan Maha Pengasih. Sedangkan Allah berfirman bahawa DIA lebih dekat dgn kita lebih dari urat leher kita sendiri. inilah yg berlaku selagi kita masih MELETAKKAN PERGANTUNGAN PADA AMALAN, BUKAN PERGANTUNGAN SEMATA-MATA KEPADA ALLAH SWT.

Sebagai contoh, Bila kita ingin lakukan solat sunat seperti solat sunat dhuha, dgn niat atau harapan supaya rezeki kita murah, maka ini adalah tanggapan yang SALAH dan KELIRU. Tiada satu amalan pun yang boleh memaksa Allah memberikan sesuatu kepada kita. Lakukan dgn niat semata2 mendapatkan KEREDHAAN Allah. Lakukan kerana telah ada waktu yg diperuntukkan kepada kita untuk melakukan amalan sunat. BUKAN keran memikirkan ganjaran rezeki murah dan sebagainya. JANGAN meletakkan pergantungan kepada amalan, sebaliknya LETAKKAN PERGANTUNGAN KPD ALLAH semata-mata.

Jika memang rezeki anda mudah dan mewah setelah anda istiqamah melakukan solat sunat dhuha, itu BUKAN kerana istiqamah anda itu, tetapai semata-mata RAHMAT ALLAH kepada anda. Begitu jugalah dgn amalan2 sunat yg lain seperti tahajjud, puasa sunat, zikir dll.
Dengan niat yg betul, kita akan lebih selamat dan berasa senang hati melakukan amalan2 sunat apabila kita tidak berharapkan ganjaran dan reward, samada rezeki murah atau tidak, kita tetap melakukannya dgn gembira dan ikhlas, apabila kita melakukannya semata-mata kerana Allah. ini dapat mendidik hati kita supaya bersih dan aman dari merasa jauh hati atau bersangka buruk kepada Allah seperti :

"aku ni dah buat solat dhuha setahun, tapi hidup aku susah jugak, Allah tak sayang aku sebab aku banyak dosa agaknya", dan lain-lain sangkaan yg salah terhadap Allah. Ini semua boleh berlaku jika kita tersalah meletakkan pergantungan kepada amalan.

Hal ini juga dapat mendidik hati kita supaya tidak merasa megah atau riyak dengan amalan yg sebanyak mana pun kerana kita melakukannya semata-mata kerana Allah dan kita telah faham bahawa amalan yang banyak itu bukanlah tiket atau penentu bahawa kita adalah orang yg soleh atau tidak. Tidak memandang rendah pada orang yg nampak seolah kurang amalan dari kita. Hanya Allah Yang Berhak menentukannya.

Wallahuaklam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]