Jumaat, 10 Julai 2015

He / She is always there for me...


Apakah anda seorang sahabat yang: " he/she is always be there for me" atau i will always be there for you?

Ianya adalah sesuatu yg diperlukan oleh setiap manusia, iaitu sahabat. (Bukan kekasih/ suami/isteri).

Apabila seseorang itu menghadapi masalah atau kesulitan (konflik) biasanya, selain dari mengadu kepada Allah SWT, dia juga akan mengadu kpd seseorang tentang konfliknya itu. Tetapi bukan semua orang boleh menjadi "sahabat" yg "always be there" walaupun seorang suami atau isteri.

Ciri2 seorang "sahabat yg always be there" ialah, dia akan mendengar segala keluhan seseorang itu dgn empatis, penuh minat (sekurang2nya berlakonlah menunjukkan minat jika benar anda seorang sahabat) dan tumpuan TANPA terus memberi komen atau cara penyelesaian (solusi).

Seseorang yg menghadapi konflik, sebenarnya perlukan seseorang untuk mendengar luahan dan keluhannya, perasaan dan kekecewaannya, dan tidak bermakna dia inginkan jawapan segera, bantuan atau solusi. Cukup sekadar menjadi pendengar yg baik (good listemer) kerana itu sahaja sudah cukup untuk melegakan emosinya apabila dia terasa ada seseoang yg berkongsi dan memahami situasi dirinya.

Tentang komen atau cara solusi terhadap masalah atau konflik itu pula, boleh dibincangkan kemudian secara perlahan-lahan. Elakkan dari berkata tentang "engkau salah atau betul". Judgement tidak diperlukan dalam situasi sebegini.

Ramai yg tidak menyedari hal ini dan biasanya terus memberikan komen melulu atau jalan solusi tergesa-gesa SEBELUM SEMPAT luahan itu habis diluahkan, malah dgn cara yg kasar atau tidak empatis seolah-olah dirinya bagus dan serba tahu dalam segala hal. Respon seperti: "ala.. releksla.. orang tua biasala.. mak aku pun dulu macam tu jugak...itu pun kau nak menggelabah ke? " (this conflict is not about you, its about your friend whom talking to you) ATAU "alahai, orang lain tu rugi 80 ke 90 ribu, boleh relaks aje, awak ni baru rugi 2 ribu je dah nak putus asa (orang yg diperbandingkan itu mungkin seorang billionaire, sedangkan kawan yg mengadu itu mungkin seorang yg susah) .

Sebolehnya, tunjukkan sikap menyebelahi kawan yg mengadu itu walaupun ternyata apa yg diluahkan itu menunjukkan pengadu itu bersalah atau konfliknya amat remeh dan kecil bagi anda. Anda sepatutnya TERASA DIHARGAI dan MENDAPAT KEPERCAYAAN apabila anda dipilih oleh seseorang untuk menjadi tempat mengadu hal APATAH LAGI jika membabitkan hal peribadi. Setelah itu, tegur kesilapan pengadu dgn pendekatan yg positif. Mulakan dengan kalimah "innalillahiwa inna ilaihirrojiun"..,,dan "sabarlah".

"Sahabat yg always be there" adalah org yg tetap menyokong sahabatnya walaupun satu dunia sedang menentangnya. Itulah yg dinamakan : he/she is always be there for me.
Jika rakan yg mengadu itu datang dengan air muka yang keruh dan murung, tetapi di akhir perbualannya dengan anda, dia sudah mampu untuk senyum atau berkata: "syukur pada Allah kerana aku ada kawan macam kau" atau kata-kata yg bermaksud seumpama dengannya, maka itu adalah tanda bahawa anda adalah seorang sahabat yg dinamakan : he/she is always be there for me.

P/s : paling terharu bila ada kawan yg berkata: "aku faham apa yg kau hadapi, tapi aku sedih sangat sebab aku tak mampu tolong, tapi malam ni aku nak buat solat hajat muga masalah kau dapat diatasi" - Respon spt ini cukup BERAPI dan seolah membuka jalan penyelesaian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]