Rabu, 29 Julai 2015

Di sebalik Camellia


Camellia

Gugusan hari-hari, indah bersamamu camellia
Bangkitkan kembali rinduku,
mengajakku ke sana
Inginku berlari
mengejar seribu bayangmu, camellia
Tak peduli, akan ku terjah
Biarpun harus kurempuh padang ilalang

Tiba-tiba
Langkahku terhenti
Sejuta tangan telah menahanku
Ingin ku maki, mereka berkata
"Tak perlu kau berlari"
"Mengejar mimpi yg tak pasti"
"Hari ini juga mimpi"
"Maka biarkan ia datang dihatimu....,"

Lagu ini mempunyai maksud yg tersangat dalam dan bermakna bagi mereka yang sedang berusaha mencari jalan memdapatkan keredhaan Allah.

Camellia ialah sejenis bunga yg nama latinnya camellia sinensis, merupakan bunga yg sangat indah dan unik, ianya sangat dipuja sejak zaman 1200 bc.

Dalam lagu ini, camellia ialah perlambangan terhadap "keindahan dunia" yg mengasyikkan hingga boleh melalaikan manusia. Manusia sanggup melakukan apa sahaja bagi mendapatkan "keindahan dunia". Penulis menterjemahkan dgn mengatakan: "bangkitkan kembali, rinduku mengajakmu kesana"... Membawa erti, bahawa walau penulis berusaha membuang keduniaan (bukan buang dunia), namun nafsunya masih terpengaruh dgn keasyikan duniawi.

Dan penulis akhirnya terleka lantas berazam mengejar keindahan dan kemewahan duniawi dan berazam mencarinya tak kira walau apa pun cabarannya ( tak peduli, akan ku terjah biarpun harus ku tempuh padang ilalang)

Tetapi Rahmat Allah menghalang penulis dari terus leka dalam keasyikan duniawi, yg mana penulis telah dilanda pelbagai musibah sehingga segala usaha yg dilakukannya untuk mengejar kemewahan dunia itu menemui jalan buntu dan segala langkahnya seakan mati. ( tiba-tiba langkahku terhenti, sejuta tangan telah menahanku)

Pada peringkat awalnya, penulis tidak memahami isyarat dan undangan Allah memanggil dia pulang ke jalan yg lurus, penulis berasa marah dan kecewa (ingin ku maki) tetapi akhirnya penulis dapat memahami akan hakikat penciptaan dirinya yg sebenar iaitu " tidak AKU ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri pada KU"

Penulis kemudiannya memahami bahawa apa yg dikejarnya hanyalah sebuah mimpi yang tidak pasti dan juga dunia tempat dia berhidup ini juga hanyalah wujud dalam keadaan parallel matrix yg sementara atau ertikata yg sebenarnya, tidak wujud, hanya Allah Yang Maha Wujud. (Mereka berkata, tak perlu kau berlari mengejar mimpi yg tak pasti, hari ini juga mimpi)

Firman Allah:
"Dan tidaklah kehidupan di dunia ini melainkan senda-gurau dan permainan belaka dan sesungguhnya perumahan akhirat adalah kehidupan yang sebenarnya, jikalau mereka mengetahui." (al-Ankabut: 64)

"..dan tidaklah kehidupan dunia ini melainkan hanyalah kesenangan tipuan belaka." (al-Hadid: 20)

Dalam bait terakhir, penulis menerangkan ( maka biarkan ia datang dihatimu)
Menandakan penulis telah kembali memahami bahawa dia tak perlu mengejar kebahagian dunia terlalu melulu kerana Allah telah menjanjikan bahawa jika seseorang hamba itu mengejar Keredhaan Allah, nescaya keperluan dunia ini akan datang sendiri kepada diri hamba itu tanpa dia perlu mengejarnya. (Tak perlu kau berlari mengejar mimpi yang tak pasti.........maka biarkan ia datang dihatimu).

Firman Allah:
“Barang siapa yang bertaqwa kepada ALLAH, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barang siapa yang bertawakal kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan mencukupkannya. Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusanNya. Sesungguhnya ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” – (Surah AT-TALAQ : Ayat 2-3)

CAMELLIA - Sweet Charity
Penulis lirik: Ebiet. G. Ade (Abid Ghoffar bin Aboe Dja'far)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]