Ahad, 28 Jun 2015

Lintasan Hati dan Ramadhan 3

LINTASAN HATI DAN RAMADAN 3

Mengapa bulan Ramadhan ini syaitan dibelenggu tetapi lintasan hati tetap ada juga menganggu?
"Minal jin nati wannas" - Pembisik dari golongan jin dan manusia ( surah Annas)
Dari ayat ini telah dinyatakan bahawa bisikan was-was / lintasan hati itu datang dari 2 sumber.
1. Golongan Jin ( halus iaitu syaitan)
2. Golongan manusia.
Golongan manusia manakah yg dimaksudkan dalam ayat ini? Manusia disekeliling kita? Kita sendiri pun manusia juga, betul? Ya, manusia yg dimaksudkan, selain dari manusia disekeliling kita, manusia itu juga termasuk diri kita sendiri. Seperti mana dlm surah Asy-Syams, antara maksud ayat: "Allah memberikan sumber kefasikan (kejahatan) dan sumber ketaqwaan ke dalam diri manusia. Beruntung bagi yg mensucikannya, merugi bagi yg mengotorinya"
Sebagai manusia yg hidup dizaman skrg ini, yg mana rata2 umat islam terlibat dgn riba, dan paling tidak pun ada tempias2 sumber wang yg subahat atau haram seperti sogokan, rasuah, claim overtime tapi tak buat kerja betul2, claim 2 kali, dan lain2 , maka tak dinafikan ramai dari kita yg ada " termakan" wang hasil sumber yg subahat tanpa kita sedari. Apakah kesannya?
menurut Imam Al Ghazali, setiap perbuatan, ucapan serta tindak-tanduk seseorang lebih banyak dipengaruhi oleh makan minum. Jika makan yang haram, maka yang terhasil daripada anggota dan pancainderanya adalah perkara haram juga. Jika makan yang halal, yang terhasilnya adalah perkara baik dan manfaat serta keuntungan di dunia dan akhirat.
Rasulullah SAW bersabda, “Hati itu dibina dengan apa yang dimakan.”
Maka sumber makanan kita juga perlu dijaga kerana makanan yang bersumberkan dari sumber yang haram sedikit sebanyak akan memberikan kesan kepada hati kita dan antara kesannya ialah LINTASAN HATI.
Ramai Ulamak mencadangkan bagi membersihkan semula bahagian yg terbina dari sumber yg subahat atau haram ini, perbanyakkan bertaubat mohon ampun dari Allah atas dosa makan hasil yg subahat atau haram ini dan berusaha supaya tidak mengulanginya dan juga perbanyakkan amalan SEDEKAH terutama kpd anak yatim dan fakir miskin. Perbanyakkan amalan kerohanian seperti solat sunat tahajud dan qiam. Kuatkan ruh dgn zikir. Ada juga para alim ulama yg mencadangkan agar ikhtiar membuang darah2 kotor melalui rawatan bekam.
Saidina Abu Bakar As-Siddiq pernah menjolok tekaknya untuk memuntahkan susu yg diminum nya setelah dia tahu susu itu dari sumber yg subahat. Walhal beliau tahu hukumnya jika makan sesuatu yg dari unsur subahat TANPA SENGAJA dan TIDAK TAHU adalah tidak berdosa, tetapi beliau tetap berusaha memuntahkannya kerana beliau tahu ianya akan memberi kesan kepada hati dan kalbunya dan boleh menyebabkan kesan2 yg tidak baik seperti was2 dan lintasan hati. Semuga penulisan ini dapat memberikan sedikit pencerahan. Wallahuaklam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]