Rabu, 3 Jun 2015

Apakah Anxiety Disorder (Bahagian Kelima)

PART 5 – Anxiety Disorder

Oleh: Virgin Rose VR

1. PENGETAHUAN


Perkara utama yang perlu dilakukan setelah didiagnos mengalami Anxiety Disorder adalah dengan memahami keadaan kecelaruan ini. Penderita sewajarnya mengisi pengetahuan yang sebanyak-banyaknya tentang Anxiety Disorder dan pengetahuan tentang itu telah dijelaskan dalam Part 1, 2, 3 dan 4. Itu lah pengetahuan yang kita perlu tahu secara asasnya. Ia penting supaya kita berhenti mempersoalkan mengapa badan kita rasa begitu dan begini. Kenapa emosi kita jadi begitu dan begini. Semua telah dinyatakan di bahagian sebelum ini. Dan ia SEMEMANGNYA SIMTOM. Dan penjelasan lebih halus tentang sebab berlakunya simtom adalah lebih kepada kajian biologi/klinikal yang mana itu adalah pengetahuan sampingan yang boleh
dijadikan pilihan sekiranya kita ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Anxiety Disorder. Kesemua dapatan info lanjut itu boleh kita dapati daripada bahan-bahan bacaan yang diiktiraf dan dari pakar-pakar yang bertauliah. Segala ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak mahupun ketidakstabilan fungsi tubuh sehingga mencetuskan simtom-simtom emosi dan fizikal yang tidak menyenangkan hati ada huraian klinikalnya.
Namun, tidaklah aku layak menyentuhnya di sini kerana itu memerluan pengajianku selama bertahun-tahun untuk aku master dalam bidang psikologi.

Apa yang cuba disampaikan di sini hanyalah rawatan semulajadi sahaja. Yang mana kita lebih kepada membenarkan badan kita untuk sembuh dengan sendiri. Ya benar, dalam apa jua perkara pun kita akan lebih kuat berdiri dan lebih yakin sekiranya kita mempunyai pengetahuan yang banyak dalam sesuatu subjek itu. Dan sekiranya kita sudah amat arif tentang Anxiety Disorder dari segi tindakbalas Anxiety terhadap tubuh badan, dari segi simtom-simtom pelik yang muncul, dari segi kaedah rawatan yang wujud, dari segi pembentukan attitude untuk menghadapi Anxiety ini maka dengan mudah kita dapat hidup bercinta dengan Anxiety Disorder.

Bukankah sering kita didengarkan dengan pepatah TAK KENAL MAKA TAK CINTA. Maka untuk permulaan ini KENALILAH Anxiety Disorder. Kenalilah sebenar-benarnya apa simtom yang wujud dalam Anxiety Disorder. Kenalilah sedalam-dalamnya kesan Anxiety Disorder pada diri kita.
Kenalilah sesungguh-sungguhnya rawatan yang telah kita pilih untuk merawat Anxiety Disorder ini. Untuk mengenal Anxiety Disorder adalah dengan banyak membaca berkenaan topic tersebut. Sebenarnya, terlalu banyak website atau blog yang menawarkan info mengenai Anxiety Disorder. Maka rebutlah ilmu di situ. Fahamkan betul-betul simtom yang sedang kamu deritai ini.

Walau bagaimanapun, satu perkara yang DILARANG SEKERAS-KERASNYA adalah GOOGLE SIMTOM.

Apakah larangan google simtom yang dimaksudkan ini?

Maksudnya adalah sekiranya kita merasakan sesuatu simtom yang tak selesa pada badan maka mulalah kita click icon browser--- type google---kemudian search--- “simtom penyakit sesak nafas”, “simtom penyakit melayang-layang”, “simtom penyakit tangan kebas”, “simtom badan mengigil” dan segala seribu mak nenek simtom kita search satu persatu. Maka di situ nanti akan terkeluarlah kenyataan bahawa, Oh, kebas tangan adalah simtom kepada darah tinggi, sesak nafas adalah tanda awal kepada sakit jantung, melayang-layang adalah simtom vertigo, badan menggigil adalah tiriod dan segala seribu satu mak nenek penyakit yang dikatakan menjadi potensi penderitaan tubuh badan kita.

Harus aku tegaskan disini, sekiranya kalian sudah bersedia berada di jalan kesembuhan ini perkara pertama yang diharamkan bagi kamu adalah GOOGLE SIMPTOM. Kenapa?? Sebab sejuta satu mak nenek simtom telah disenaraikan pada Part 2. Maka, jangan ditanya Dr. Google lagi apakah penyakit lain bagi simtom yang sedang kamu rasai itu. Kalian yang merasai simtom-simtom tersebut pada awalnya. Dan kalian telah membuat pemeriksaan doctor. Kesemua keputusan pemeriksaan menunjukkan bahawa kalian sihat. Lalu doctor meminta kalian merujuk kepada pakar psikiatri. Dan pakar juga mengesahkan bahawa kalian mengalami Anxiety Disorder. Jadi, mahu cari penyakit apa lagi dari simtom yang kalian rasa itu?? Telah
dinyatakan, itu semua simtom Anxiety Disorder.

Sekiranya kita google simtom khusus untuk Anxiety Disorder maka itu BUKANLAH satu halangan. We’re on the right track. Dalami pengetahuan tentang simtom yang terlibat dalam Anxiety Disorder dan bukanlah penyakit lain. Dalam pada mendapatkan pengetahuan tentang Anxiety Disorder sememangnya
tidak salah sekiranya kita berunding dengan pakar psikiatri semata-mata untuk mendapatkan info yang mendalam mengenai keadaan kecelaruan ini. Kita juga boleh join mana-mana forum yang wujud di laman social untuk berbincang secara terus mengenai keadaan Anxiety ini dan jadikan ia sebagai input yang bermanfaat supaya dapat menjadi panduan dalam kita menghadapi Anxiety Disorder. Setelah kita faham betul-betul bahawa Anxiety Disorder mencetuskan simtom yang begitu dan begini maka di situ kita telah memperoleh cukup pengetahuan tentang Anxiety Disorder.

Bagaimana untuk mengukur tahap pengetahuan kita terhadap Anxiety Disorder? ADALAH APABILA ENGKAU TELAH BERHENTI MEMPERSOAL MENGAPA
BADAN KAU RASA BEGITU DAN BEGINI.

Bersambung ke SINI

2 ulasan:

  1. Saya ada simptom tu. Kena rujuk hospital or macamana sebagai langkah terbaik?

    BalasPadam
  2. Sememangnya digalakkan untuk mendapatkan pemeriksaan doktor

    BalasPadam

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]