Jumaat, 12 Jun 2015

Apakah Anxiety Disorder - Bahagian Ke-Enam



PART 6 – Anxiety Disorder

Oleh : Virgin Rose VR

2. PENERIMAAN

Seteleh semua PENGETAHUAN tentang Anxiety berada di hujung jari maka jom kita mulakan sesi latihan praktikal ke arah kesembuhan!!
Dalam proses kedua bagi terapi semulajadi ini kita panggil Acceptance.

Dalam konsep ajaran Islam kita panggil Redha.

Dalam bahasa yang mudah kita nak faham adalah TERIMA.

Mudah kan? Kita TERIMA je!

Amboi, macam simple…tapi sebenarnya di dalam penerimaan ini prosesnya melibatkan masa, kesabaran dan kekuatan dalaman yang tinggi. Dalam proses
penerimaan pergantungan kita terhadap Tuhan perlu tinggi. Kerana di dalam PENERIMAAN yang wujud adalah REDHA. Dan di dalam redha wujud IKHLAS.
Ikhlas ini bukan boleh diucap dengan kata-kata. Ia adalah satu bentuk perasaan. Yang mana bila ikhlas tu telah hadir, rasa ikhlas tu sendiri akan lebur. Seperti dah tak wujud. Ah, ini tak payah pening-pening nak fahamkan. Sebab aku sendiri tak faham!

Cukuplah sekadar kita tahu bahawa kita kena redha dengan simtom-simtom yang sedang bermaharajalela dalam tubuh badan kita dan sedikit demi sedikit rasa ikhlas tu akan hadir. Ikhlaskan hatimu menerima keadaan baru ini. Terimalah wahai sahabatku sekalian alam bahawa dirimu sedang mengalami satu fasa ketidakstabilan fungsi tubuh badan secara fizikal dan mental. Dan keadaan ini pasti berlalu. Semua kehidupan normal
kalian pasti kembali.

Dalam penerimaan lazimnya wujud penyerahan. Penyerahan dan pengakuan hati bahawa diri itu telah redha menerima keadaan tubuh badan yang baru. Diri kita juga terima seadanya sebarang simtom yang datang walaupun tidak selesa. Apabila kita telah kukuhkan diri kita dengan fasa pertama yang melibatkan PENGETAHUAN seperti yang telah dihuraikan sebelum ini maka kita secara tidak langsung akan menerima simtom-simtom yang wujud dengan hati terbuka.

Justeru bagaimana untuk kita menerima keadaan ini?

Untuk lebih mudah faham meh aku beri situasi:

Sedang kita duduk menonton televisyen secara tiba-tiba badan kita rasa bergetar, menggigil-gigil, degupan jantung menjadi laju, nafas menjadi pendek, lalu dirasanya tangan dan kaki menjadi kebas-kebas, terasa menyucuk-nyucuk, belakang badan terasa panas dan mula berpeluh. Tahukah kita bahawa itu simtom-simtomm Panic Attack? Tahukah kita bahawa Panic Attack merupakan simtom dalam Anxiety Disorder.

Sekiranya kita tidak ada pengetahuan tentang ini sudah tentu kita bertambah panic, kalut, ketakutan, kebimbangan dan akal terus ligat berfikir, apakah yang sedang jadi pada badan aku ni? Kenapa jadi begini? Aku nak mati ka? Kalau lama keadaan aku sesak nafas begini mungkin aku boleh pengsan. Nanti kalau aku pengsan ada tak orang yang sedar? Nanti siapa nak bawa aku ke hospital? Nanti kat hospital apa akan
jadi? Aku akan selamatkah..? Bla bla bla bla bla…….seribu satu persoalan muncul di benak otak kita saat itu.

Namun, percayalah..sehingga simtom itu reda sekalipun akal kita masih tetap tidak henti-henti berfikir. Kenapa tadi aku rasa macamtu? Sekarang aku ok tapi apa jadi pada badan aku tadi? Aku ada penyakit apa? Aku lemah jantung ke? Aku ada darah tinggi ke? Dan jari pantas mengoooooooooogle! Nah! Kau rupanya ada simtom penyakit kanser!! Jeng jeng jeng!! Takut bukan??????

Ye, memang menakutkan. Siapa yang menakutkan diri kita? Google kah? Atau diri sendiri? Jawapannya adalah DIRI KITA SENDIRI. Tanpa pengetahuan yang dalam tentang AD tentu kita takut apabila keadaan tu berlaku. Tapi, cuba kita ulang kembali situasi ini dalam keadaan kita punya PENGETAHUAN YANG TINGGI TENTANG ANXIETY DISORDER/PANIC ATTACK.

Sedang kita duduk menonton televisyen secara tiba-tiba badan kita rasa bergetar, menggigil-gigil, degupan jantung menjadi laju, nafas menjadi pendek, lalu dirasanya tangan dan kaki menjadi kebas-kebas, terasa menyucuk-nyucuk, belakang badan terasa panas dan mula berpeluh.
Lalu, akal yang sudah punya pengetahuan ini memberi tindakbalas….

Oh, Panic Attack dah datang….Anxiety la ni… Okey, button nervous/panic aku tengah active. Ya, adrenalin aku sedang ligat merembes lebihan-lebihannya dari dalam tubuh. Silakan, aku bersedia ni. Lantas tubuh itu disandarkan, mata dipejamkan. Dia merasai setiap getaran badan
itu. Dia dapat merasakan setiap titik peluh yang luruh. Dia mengenggam-genggam dan menggerak-gerakkan tangan dan kakinya yang kebas- kebas….tangan sebelah menggosok-gosok tangan yang satu lagi. Dia mendengar jelas degupan jantung yang hebat itu. Dia menikmati pernafasan yang pendek itu. Dia mengikut saja rentak nafasnya. Pendek maka pendeklah…dan sesekali dia mengambil oksigen lebih sedikit
dengan menarik nafas dalam-dalam kemudian dihembus kembali. Lalu disambungnya menikmati nafas yang pendek itu sekali lagi…melayan saja rhythm
nafasnya yang laju dan pendek…dan sesekali dia menarik nafas dalam sekali lagi….dia benar-benar menikmati momen indah Panic Attack.

Hatinya yakin ini bukanlah tanda-tanda nak mati pun. Ia adalah simtom-simtom Panic Attack. Dia tidak lagi takut malah WELCOMING the symptoms. Dia tahu dengan membenarkan simtom itu datang dan menikmati suasana tersebut maka DIA TELAH BERKUASA KE ATAS ANXIETY. Tapi sekiranya simtom itu datang dan dia ketakutan maka dia telah gagal dan membenarkan Anxiety berkuasa ke atas dirinya. Kenapa dia yakin? Kerana dia telah banyak membaca dan terdedah dengan kisahkisah kawannya yang turut mengalami simtom yang sama tetapi syukur masih juga bernyawa.

Walaupun mindanya cuba memutar belit semula dengan menyatakan ‘Bagaimana kalau kali ini aku benar-benar akan mati? Bagaimana jika masa aku memang telah betul-betul sampai?’

Maka di sini lah yang kita perlu tahu bahawa dalam menghadapi ketakutan kematian,orang-orang yang berilmu dan berpengetahuan lazimnya tidak akan tergugat dengan ketakutan tentang mati. Mereka telah membuat persiapan ke arah kematian kerana mereka telah mempunyai pengetahuan dan telah merasai ‘mati’. Jadi, jika kita dah merasai mati untuk apa lagi kita takut? Persiapkanlah diri ke arah itu. Walaupun keadaan ini nampak menakutkan tapi percayalah apabila kita telah mengisi ilmu/pengetahuan melalui jalan mengenal Pencipta maka kita tak akan rasa takut untuk kembali berjumpaNya. Apa yang perlu kita tahu adalah mati itu qada’ dari Tuhan. Bahawa kita semua pasti akan mati. Yang hidup pasti akan mati. Dan yang kekal hanya Dia saja. Maka lengkapkan pengetahuan kita bukan saja dalam mengenali Anxiety Disorder ini, tetapi mengenali Siapa yang memberi kita Anxiety Disorder tersebut. Ia saling berkaitan.

Dan itulah penerimaan/penyerahan sebenar. Wahai sahabatku sekalian alam, sekiranya engkau pandang Anxiety Disorder sebagai
suatu penyakit maka selamanya engkau duduk dalam kesakitan. Tetapi sekiranya engkau pandang Anxiety Disorder sebagai satu fasa untuk engkau melakukan satu perubahan positif dalam hidup maka engkau akan menjadi seorang yang baru dan lebih kuat dari masa lampaumu. Jadi, ubahlah presepsi engkau pada keadaan baru mu ini. Anxiety Disorder adalah keadaan kecelaruan yang mana engkau boleh sembuh sepenuhnya jika engkau benarbenar yakin dengan bantuan yang datang dari PenciptaMu. Keadaan ini boleh berubah. Yakin dan percayalah! Akan sampai satu masa nanti kehidupan engkau akan kembali normal malah lebih baik dari engkau yang dulu. Terimalah simtom-simtom yang langsung tidak best tu. Benarkan ia wujud dalam badanmu untuk tempoh seberapa lama sekalipun. Redhalah. Usah lagi mengeluh dan merungut. Itu hanya akan menambah beban dan tekanan pada badan dan minda. Bukankah engkau telah pelajari sehabis-habisnya apa itu Anxiety Disorder maka mengapa ada persoalan lagi?

Justeru, ingatlah perkara di bawah ini selalu….Engkau dikatakan berjaya masuk ke dalam fasa PENERIMAAN apabila engkau telah:

STOP OBSERVING – berhenti memerhati diri sendiri setiap kali bangun pagi dan
hidup dalam dunia sendiri yang mana engkau ciptakan sendiri. Orang normal tak
buat macamtu;


STOP MONITORING- berhenti memantau tekanan darah, memantau kadar
denyutan nadi, memantau tahap kesihatan tubuh dan lain-lain yang dah jadi habit
baru yang hanya membuang masa kamu sendiri. Orang normal tak buat macamtu.

STOP AVOIDING- berhenti mengelakkan diri dari serangan panic attack. Tak perlu
elak, biarkan simtom datang bila-bila ia mahu. Jangan elak. Jangan kawal.
Welcoming simtom. Jangan berhenti melakukan perkara yang dulu engkau biasa
buat. Bila simtom datang saat engkau shoping, meeting, solat dan lain-lain jangan
berhenti. Teruskan dan jangan mengelak. Orang normal tak buat macamtu.

STOP QUESTIONING – berhenti persoal mengapa aku rasa begitu, mengapa aku
rasa begini, kenapa tangan ku rasa begitu, kenapa badan ku rasa begini. ITU
SIMTOM ANXIETY DISORDER. Orang normal tak buat macamtu.

STOP COMPLAINING – berhenti merungut tentang simtom yang muncul.
Bukankah kita telah redha bahawa kita sedang alami Anxiety maka terimalah.
Berhenti mengeluh tentang nasib diri yang alami Anxiety. Ada orang sakit lagi teruk
dari kita.

Berhenti mengeluh tentang kehidupan yang tak bahagia dan tekanan-tekanan dari luar. Kerana kita ada pilihan untuk merasai bahagia. Nikmatilah apa yang ada depan mata. Kita selalu beranggapan bahawa kita akan dapat kebahagiaan apabila hidup kita sempurna; punya pelajaran, punya karier, punya harta, punya keluarga tercinta, punya anak dan lain-lain. Anggapan itu salah. Bila ada bahagia pasti ada derita. Itu
hokum alam. Yang perlu kau belajar sekarang adalah bagaimana untuk merasai KESEJAHTERAAN. Sebab itu dalam ucapan salam disebut- SALAM SEJAHTERA ke atasmu. Bukannya salam bahagia ke atasmu….apatah lagi salam derita ke atasmu, orang normal tak buat macamtu.

Walau bagaimanapun, ingin aku tekankan bahawa penerimaan terhadap Anxiety Disorder bukannya boleh berlaku setelah engkau baca write-up aku ini. Ia adalah sebuah proses. Maka, ketahuilah bahawa setiap dari kita akan melalui proses penerimaan dalam tempoh yang berbeza-beza. Lain orang lain ragam. Ada yang kuat dan mampu melalui proses penerimaan simtom dalam masa 6 bulan sahaja. Tapi ada yang telah mengalami keadaan ini selama 6 tahun baru dapat terima. Makanya, mohonlah kekuatan itu terus dari PenciptaMU.

Mohonkan padaNya;
“Aku terima keadaan aku ini…dan aku bersyukur kerana keadaan ini membuatkan
aku lebih dekat untuk mengenaliMu. Maka aku bermohon agar engkau pinjamkan
aku KEKUATAN supaya aku mampu melalui keadaan ini. Beri aku kekuatan untuk
tempuh saat-saat simtom itu hadir. Beri aku kekuatan saat aku rasa putus asa.”
InsyaAllah Tuhan Maha Pengasih Penyayang.



Bersambung ke SINI

3 ulasan:

  1. assalammualaikum
    saya tertunggu sambungan tentang AD ni,mohon tuan upload sambungan tentang artikel ini.
    Terima kasih atas perhatian

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam Kebaya Pink, harap maaf diatas kelewatan ini, blogger menghadapi masalah teknikal, namun kini ianya telah dapat diatasi. Terimakasih atas kesabaran dan kunjungan anda. Siri sambungan seterusnya telah pun diterbitkan.

    BalasPadam

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]