Isnin, 25 Mei 2015

Program Rawati Kehidupan Anda



Syukur Alhamdulillah, atas keizinanNya, pada 24 May 2015 lalu, telah berlangsung dengan jayanya Seminar Motivasi Rawati Kehidupan Anda bertempat di dewan seminar tingkat 1, Masjid Jamek Al-Ehsaniah, Kg.Melayu Batu 16, Rawang.

Program kali ini adalah anjuran IKRAM hulu selangor dan disampaikan oleh Husnuzzon-LOA Consultancy dan peserta-pesertanya adalah dari golongan asnaf penerima bantuan zakat bulanan dari IKRAM. Ini adalah program untuk Siri Pertama bagi Seminar Motivasi untuk golongan-golongan asnaf ini. Didalam program kali ini, para peserta telah didedahkan dengan asas pemahaman teori Hukum Daya Tarik (Law Of Attraction) dan juga langkah-langkah cadangan bagi mengamalkannya didalam kehidupan. HusnuzzonLOA consultancy kali ini lebih banyak memberikan penekanan yang berkisar tentang masalah kewangan dan memberikan penjelasan serta cadangan kearah memiliki kehidupan yang memiliki KEBEBASAN KEWANGAN, KEBEBASAN MASA dan KEBEBASAN KESIHATAN.

Sambutan dan reaksi peserta disepanjang aktiviti program ini amat menggalakkan dan rata-rata mereka telah memberikan respon yang sangat positif di akhir program serta menunjukkan bahawa mereka kini telah sedar bahagian manakah dalam kehidupan mereka yang perlu mereka ikhtiarkan untuk diperbetulkan serta sangat yakin dan bersemangat untuk menjadi insan yang berjaya serta tidak lagi bergantung semata-mata hanya kepada bantuan dari pihak-pihak kebajikan. Semuga impian mereka tercapai, Inshaa Allah.




" ANDA MENARIK MASUK KE DALAM KEHIDUPAN ANDA, SEGALA APA YANG PALING BANYAK ANDA BERIKAN TUMPUAN DAN PERHATIAN, TIDAK MENGIRA SAMA ADA IANYA PERKARA POSITIF ATAU PERKATA NEGATIF "




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]