Jumaat, 15 Mei 2015

Apakah Anxiety Disorder (Pengenalan)



Assalamualaikum kepada semua yang mengunjungi blog ini, terutama kepada pembaca yang masih setia bersama blog husnuzzonloa ini.

Mulai hari ini, saya akan kongsikan info tentang sebuah lagi penyakit atau gangguan psikiatrik yang makin dihidapi samada disedari atau tidak dikalangan masyarakat kita, iaitu Anxiety Disorder atau pun Kerisauan/kecelaruan/kekeliruan Melampau atau singkatannya AD.

Ad terbahagi kepada banyak kategori dan diantara yang telah dikategorikan sebagai salah satu dari simptom AD ialah OCD. Tetapi kini, OCD telah dikeluarkan daripada kategori AD dan OCD merupakan sebuah Disorder yang tersendiri.



Walaubagaimanapun, AD tidak jauh berbeza dgn OCD, dan hanya mereka yang mengalaminya sehaja akan tahu bagaimanakah perit dan siksanya menanggung simptom-simptom ini.

Saya sendiri telah didiagnos oleh doktor sebagai penghidap Anxiety Neurosis Disorder (salah satu kategori dibawah AD) pada tahun akhir tahun 1992, beberapa bulan sebelum saya didiagnos sebagai penghidap OCD.

Artikel yang akan saya kongsikan secara bersiri ini adalah hasil penulisan seorang sahabat yang juga penghidap AD, yang telah sembuh sepenuhnya dengan izin Allah, setelah bertarung dengan pelbagai cara, samada dari segi perubatan moden, alternatif, perubatan islam dan juga mengamalkan Hukum Daya Tarik. Beliau telah berusaha membuat penulisan khas berdasarkan pengalaman dan pengetahuan beliau sendiri bagi membantu individu yang menghidapi AD supaya dapat bangkit merawat dan memulihkan diri, serta memberikan kefahaman kepada masyarakat umum supaya memahami secara tepat apakah itu AD dan apakah yang sebenarnya dialami oleh penderita AD.

Umumnya, masyarakat kita tidak mengetahui atau tidak mahu ambil peduli pada golongan penderita gangguam psikiatrik ini, malah terlalu cepat mencemuh dengan mengeluarkan perkataan atau tanggapan negatif seperti:

" MENGADA-NGADA"

" IKUTKAN SANGAT PERASAAN"

"CUBALAH LAWAN"


Dan lain-lain yang sebenarnya tidak membantu langsung dari segi apa pun. Maka dengan perkongsian-perkongsian artikel ini, diharapkan masyarakat akan lebih celik dan peka dengan permasaalahan yang sebenar dan lebih bersikap profesional dan ber'peradaban' dalam menghadapi individu-individu yang menderitai gangguan psikiatrik ini.

Jutaan terimakasih saya ucapkan kepada penulis, Virgin Rose VR, atas kesudian beliau untuk menyerahkan full write-up beliau bagi tujuan perkongsian diblog ini.


ANXIETY DISORDER

BY: Virgin Rose VR

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.

Sengaja aku letak tajuk ni dalam Bahasa Inggeris sebab kalau aku translate kan kepada Bahasa Melayu agak pelik bunyinya-Kecelaruan Kebimbangan? Kebimbangan Tercelaru?

Ntah, aku pun tak tahu mana yang sesuai maka yang lebih selamat aku gunakan je la Bahasa Inggeris tu agar lebih mudah faham.

Sahabat-sahabatku sekalian alam,
Write-up ni aku hasilkan bertujuan untuk memberi pemahaman sedikit tentang apa yang dikatakan Anxiety Disorder dan berkongsi kaedah rawatan semulajadi yang aku praktiskan dari pengalaman Paul David melalui bukunya At Last A Life dan juga blog dan website nya- anxietynomore.uk.

Write-up ini juga untuk memberi kesedaran kepada masyarakat di luar sana tentang Anxiety Disorder yang mungkin wujud dikalangan orang yang kita sayangi atau yang kita kenali supaya kalian dapat bantu mereka mengharungi kehidupan sebagai individu yang mengalami Anxiety Disorder.
Bersyukur kepada Tuhan kerana aku telah mendapat KESEMBUHAN TOTAL dan kini mengisi masa terluang untuk membantu rakan-rakan lain yang menghadapi
masalah yang sama. Maka, write-up ini juga secara tidak langsung sebenarnya terhasil dari pengalaman aku sendiri, dari pembacaan juga dari pengumpulan maklumat daripada rakan-rakan yang pernah berkomunikasi dengan aku untuk berbincang mengenai Anxiety Disorder.

Jadi, kepada sesiapa yang berniat untuk sembuh tanpa ubat..inilah antara kaedahnya. Walau bagaimanapun ia memerlukan kekuatan dan semangat yang tinggi yang mana kesemua itu hanya boleh kita dapat dari Pencipta kita. Kembali bergantung haraplah padaNya. Usah lagi sombong.

Aku harapkan semoga write-up ini dapat memberi manfaat pada rakan-rakan yang rasa sangat putus asa dan menderita menghadapi keadaan ini. Tapi berdasarkan pengalaman aku, percayalah bahawa Anxiety Disorder adalah satu ujian sebesar zarah halus yang kalian tidak perlu terlalu tertekan sehingga mengorbankan kehidupan indah kalian. Ini keadaan biasa-biasa je…ia boleh sembuh! Dengan izin Allah, semoga kalian berhasil mendapat KESEMBUHAN TOTAL.

WELCOME TO THE ROAD OF RECOVERY!!
Untuk sebarang pertanyaan tentang Anxiety Disorder, sila emailkan soalan terus kepada penulis di alamat email beliau, virginrosevr@gmail.com


-VirginRose Vr


BERSAMBUNG KE SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]