Jumaat, 15 Mei 2015

Apakah Anxiety Disorder (Bahagian Satu)

Anxiety Disorder. PART 1


oleh : Virgin Rose VR

AMARAN KERAS DARI VIRGIN ROSE (PENULIS ARTIKEL):
DILARANG MEMBUAT DIAGNOSIS SENDIRI BAHAWA ANDA MENGHIDAP ANXIETY DISORDER SELAGI ANDA TIDAK MENDAPATKAN PENGESAHAN TAHAP KESIHATAN MENTAL DAN FIZIKAL DARI DOKTOR 


Untuk sebarang pertanyaan tentang Anxiety Disorder, sila emailkan soalan terus kepada penulis di alamat email beliau, virginrosevr@gmail.com

Suatu keadaan di mana berlaku ketidakseimbangan sistem tubuh badan dari segi pernafasan, penghadaman, pemikiran, perjalanan darah, keperluan seks, emosi dan segala2 mak nenek sistem yg wujud pd badan kita. Keadaan ini boleh tercetus dari pelbagai gabungan punca (diklasifikasikan secara umum):

-trauma
(kemalangan, dirompak,dirogol, keguguran janin, pernah ditimpa penyakit, penderaan mental fizikal, pernah mengalami episod kekecewaan berkali2 dlm hidup, kesedihan melampau, tersepit eskelator, tersangkut dlm lif, pengasah pensil yg ada cermin dicuri, etc.)

-tekanan hidup
(masalah kewangan, menganggur, cinta tak berbalas, suami curang di tempat kerja, isteri habiskan duit gaji suami utk shoping, anak perangai mcm Si Tanggang, boss bagi keje byk, boss tk bagi keje, beban keje la sng ckp, kawan rampas kekasih, etc) -penyalahgunaan dadah

- corak pemikiran
(ketakutan yg dibentuk sejak kecik e.g takut pd hantu, takut dgn orang ramai. apabila melakukan sesuatu perkara sering memikirkan perkara egatif yg akan berlaku dahulu, suka buruk sangka pd segala perkara, tidak dpt menerima pndpt org lain, tidak berfikiran terbuka, ada habit suka erfikir scra dlm2 terhadap setiap perkara, etc.) dan banyak lagi punca yg tak daya nak dibincangkan.

Makanya, apabila punca2 ini wujud dlm kehidupan kita dan ia bersarang dlm otak kita utk tempoh yang terlalu lama (non-stop thinking), minda dan fizikal kita yg menanggung segala punca tu jadi penat dan sgt2 terbeban.

Perumpaannya begini:

Bayangkan satu mesin tebu (otak/badan)berputar2 memerah tebu2 (fikiran/tekanan hidup/trauma bla bla bla) tanpa henti selama 24jam berbulan2 atau bertahun2. mesin tu pulak tak diselenggara dgn baik (pegi bercuti/spa/ ubah gaya hidup sehat/jaga hbgn dgn Pencipta)agak2 tercabut tak skru nat wayar segala bagai pada mesin tu? kalau pun ia masih bole berfungsi tapi sistem putarannya konfem jadi tk teratur dah, kejap OK kejap KO(sistem tubuh badan tak seimbang).

Mcm tu jgkla yg bole berlaku pada tubuh badan kita.

Akan sampai satu tahap, bila ada punca kut atau punca tidak akut yg mengganggu otak/badan kita yg dh sekian lama letih tu maka di situlah akan trigger simtom2 seperti dlm gambar yg dilampirkan di bawah ini.


Itulah yang dikatakan Panic Attack. Salah satu simtom yg wujud dlm Anxiety Disorder. simtom2 yg wujud ni mmg beri impak yg besar pd hidup eseorang itu kerana si penderita akan merasakan dunianya akan berakhir. akan mengalami sakit yg kronik atau ditimpa musibah atau mungkin Mati. dan pemikiran2 ini akan jadi lebih kreatif dan ligat apabila dia bukan sj fikir bhwa dia mgkin ada penyakit kronik atau nak dekat mati bahkan idea filem terbarunya itu mengular kpd ketakutan bahawa ahli keluarga terdekat mereka juga mgkin akan ada sakit, dtimpa musibah atau mgkin mati.

Inilah antara gangguan2 minda yg akan berlaku apabila seseorang itu trigger kpd Anxiety atau Panic Attack.

......Bersambung ke SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]