Sabtu, 16 Mei 2015

Apakah Anxiety Disorder (Bahagian Ketiga)


Anxiety Disorder - Part 3


Oleh : Virgin Rose VR

Dalam bahagian-bahagian sebelum ni telah dijelaskan punca kepada terjadinya Anxiety Disorder. Penjelasan yang diberikan lebih kepada punca subjektif yang mana ia dikumpulkan melalui pemerhatian dan pengalaman yang diceritakan oleh penderita-penderita Anxiety Disorder itu sendiri. Walau bagaimanapun, masih ada penjelasan punca terjadinya Anxiety Disorder secara biologi/klinikal namun bukanlah bidang aku untuk menjelaskan tajuk tersebut secara mendalam kerana aku bukan pakar psikiatri.

Dan telah disenaraikan juga simtom-simtom yang dideritai oleh individu Anxiety Disorder secara terperinci. Walaupun nampak macam terperinci tetapi percayalah masih banyak lagi simtom yang tak daya disenaraikan kerana penderitaan yang dialami oleh setiap individu Anxiety Disorder ada yang unik dan subjektif bergantung pada latarbelakang sifat dan sikap masing-masing serta pengalaman yang mereka tempuhi sebelum didiagnos mengalami keadaan kebimbangan yang tercelaru ini.

Lalu setelah mengenalpasti simtom-simtom yang dideritai apakah langkah yang perlu kita lakukan?

BUAT MEDICAL CHECK-UP SECARA MENYELURUH

Kita ada hak untuk buat permintaan pada doctor supaya jalankan pemeriksaan kesihatan menyeluruh pada diri kita untuk mengenalpasti apa masalah yang kita hadapi berdasarkan simtom-simtom yang kita alami. Cuma mungkin dari segi perbelanjaan pemeriksaan tu yang agak tinggi kos nya. Tapi tak salah untuk kita belanjakan sedikit duit kita untuk kenalpasti masalah itu diperingkat awal.

MENGESAN JIN ATAU BAPAK JIN ATAU ANAK JIN DALAM BADAN?

Mungkin cara ini agak konservatif, seperti tidak bole diterima dek akal. Tetapi setelah pemeriksaan dilakukan dan doctor mengesahkan bahawa kita tidak mengalami sebarang masalah namun simtom masih lagi wujud maka tidak salah jika kita ingin cuba rawatan Islam. Pergilah ke mana-mana pusat rawatan Islam yang TIDAK menggunakan tengkorak ka, buluh ka, kelapa ka, kain kuning kain hitam biru hijau ka, pulut kuning ka, kemenyan ka.

Pergilah ke pusat rawatan yang menggunakan kaedah rawatan ayat suci Al-Quran. Rawatan perubatan Islam ini sebagai satu langkah penyembuhan
alternatif semata-mata untuk mengenalpasti adakah gangguan tersebut berpunca dari emosi kita sendiri atau gangguan dari makhluk Allah yang lain khususnya jin tersebut. Kasian jin yang dipersalahkan. Tapi tak mengapa…ia hanya satu usaha kita….tak salah kita berusaha.

Kemudian……………..


RAWATAN PSIKIATRI?


Setelah perawat Islam mengesahkan bahawa ada gangguan maka berubatlah sebagai satu langkah usaha ke arah kesembuhan. Walau bagaimanapun, jika perawat perubatan Islam mengesahkan bahawa tiada gangguan lain dan simtom-simtom masih kita rasai maka di sini lah kita perlu terus berusaha untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya iaitu----kembali berbincang dengan doctor untuk diagnos samada kita telah alami Anxiety Disorder.
Apapun setelah kita didiagnos oleh pakar dan mereka telah mengesahkan bahawa kita memerlukan rawatan psikiatri maka tak salah juga untuk kita mencuba. Pakar psikiatri lazimya akan membekalkan ubat-ubatan bergantung pada tahap tekanan kita di saat menghadapi simtom-simtom tersebut. Harus diingat! Ubat-ubatan yang dibekalkan doctor mampu meredakan simtom yang dialami sekiranya seseorang individu itu tidak mampu bertahan dengan simtom.

Sekiranya simtom mengganggu kehidupan seharian dan menambah beban pada minda maka tak salah untuk kita cuba ubat yang diberikan oleh doctor. Apa yang penting buat masa ini adalah usah menambah beban pada minda dan fizikal lagi.. kerana minda dan fizikal kita sudah lama kepenatan tanpa kita sedari. Dan sekiranya kita memikirkan lagi bagaimana untuk hapuskan dan menghalau simtom dari badan maka itu hanya akan menambah beban pada minda dan badan kita diakhir-akhirnya. Sudah-sudahlah menambah beban….sudah-sudahla mengusutkan minda kita. Cuba bertenang dulu…



MEMBUAT PILIHAN RAWATAN


Harus juga kita ketahui bahawa Anxiety Disorder adalah 100% boleh dirawat! Samada dengan ubat-ubatan atau cara alternatif. Dan sekali lagi aku tegaskan, kaedah rawatan adalah bergantung pada tahap ketahanan diri dan hak pilihan masing-masing. Sekiranya penderita memerlukan rawatan pakar psikiatri maka teruskan. Tiada halangan. Ingat, ini bukan penyakit gila. Berunding dengan pakar psikiatri bukan bermaksud kita sedang gila atau akan gila. Kita hanya memerlukan bantuan pakar untuk mengimbangi emosi kita yang bercelaru. Dan individu yang mempunyai pengetahuan dan keadah saintifik untuk mengimbangi emosi tersebut adalah individu yang mempunyai kemahiran dalam berurusan dengan mental manusia iaitu Pakar Psikiatri atau Pakar Kauseling atau Pakar Psikologi.


Jadi, wahai masyarakat di luar sana….sekiranya anda berhadapan dengan kenalan yang sering mengadu mengalami simtom-simtom yang disenaraikan pada
Part 2


mohon untuk memahami keadaan mereka dan memberi sokongan pada mereka untuk sembuh. Sekiranya sokongan yang baik dan berterusan diterima daripada
individu sekeliling, tidak mustahil penderita Anxiety Disorder ini dapat keluar dari Cycle of Anxiety. WALAU BAGAIMANAPUN, sekiranya ada antara penderita Anxiety Disorder yang ingin meneruskan rawatan alternatif tanpa ubat-ubatan HAKIKATNYA ada cara dan peringkat-peringkat yang perlu difahami dan dipelajari.

Kaedah rawatan alternatif ini lazimnya dipanggil NATURAL TREATMENT; dalam bahasa lidah mak ayah kita dipanggil RAWATAN SEMULAJADI yang mana ia hanya memerlukan tekad dan semangat penderita Anxiety Disorder itu sendiri yang memilih untuk sembuh tanpa ubat-ubatan.

Dalam memilih kaedah rawatan, setiap dari kita samada yang menderita Anxiety Disorder ataupun yang tidak menderitainya harus berlapang dada dan memberi peluang kepada si penderita itu untuk memilih kaedah rawatan yang mereka rasakan sesuai untuk diri mereka. Dalam keadaan begitu, lazimnya penderita bercelaru dan tidak dapat membuat keputusan dengan baik tentang kaedah rawatan yang wajar untuk dirinya. Maka kita sebagai tempat biro pengaduan awam apa yang boleh kita bantu adalah pulangkan semula soalan pada si penderita tersebut:

“ko rasa badan ko macamane? Ko nak refer psikiatri, bole beb….jgn risau ko tak
giler, doc bole bantu ko”
(sebabtu aku kata pentingnya pendidikan psikologi ni pada sesiapa sahaja supaya apabila korang berhadapan dengan situasi begini korang bole bagi nasihat yang betul. Ia mereka tak akan gila.) ATAU;

“ko nak buat rawatan alternatif? Mana la tahu berkesan. Cubalah rawatan Islam” ( sebabtu aku kata pentingnya pengetahuan tentang bidang psikologi ni supaya korang sendiri boleh beri peluang pada si penderita untuk analisis sendiri keadaan tubuh badan mereka kerana hanya si penderita saja yang tahu apa yang wajar untuk badan yang sedang dihantui simtom-simtom tersebut.)

Tetapi kenapa aku kata pulangkan semula soalan pada si penderita? Ini adalah kerana supaya si penderita tahu yang mereka sebenarnya masih waras untuk menentukan kaedah rawatan mana yang sesuai untuk tubuh mereka. Kalau orang gila, dah tentu-tentu tak bole buat keputusan. Cara ini digalakkan sekurangkurangnya even korang tak boleh sembuhkan penderita tapi korang masih boleh beri pilihan pada penderita untuk fikir. Beri peluang pada mereka, jangan didesak.


.......bersambung ke SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]