Isnin, 25 Mei 2015

Apakah Anxiety Disorder (Bahagian Empat)

PART 4 – Anxiety Disorder

Oleh: Virgin Rose VR


“WELCOME TO THE ROAD OF RECOVERY!!!!”

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa aku suka sangat sebut proses kesembuhan ini sebagai satu perjalanan (road). Wahai sahabat ku sekalian alam, sememangnya ia adalah sebuah perjalanan. Sebuah perjalanan spiritual, sebuah perjalanan kerohanian yang perlu kalian lalui untuk mendapatkan kesembuhan secara 100% atas izin Penciptamu. (*Wah!! Macam bajet hebat jek bunyinya…..)

Okey dah, jangan fikir jauh-jauh sangat. Bukankah telah aku nyatakan pada bahagian sebelum ini? Bahawa kaedah rawatan Anxiety Disorder yang ingin aku tawarkan ini adalah kaedah rawatan secara semulajadi. Tanpa bantuan dari ubat-ubatan, tanpa bantuan dari keluarga, tanpa bantuan dari pakar psikiatri, tanpa bantuan dari kucing belaan, tanpa bantuan dari pekerjaan yang membahagiakan, tanpa bantuan dari duit yang berkepuk-kepuk, tanpa bantuan dari kekasih hati pengarang jantung, tanpa bantuan dari pengamal perubatan mistik, tanpa bantuan dari PTPTN! Semuanya dari
dalam diri.

Ingat simtom basic dalam Anxiety Disorder; BIMBANG TAKUT BIMBANG TAKUT BIMBANG TAKUT BIMBANG TAKUT BIMBANG TAKUT bla bla bla bla……tu je perkara asas yang kita semua tahu. Bimbang pada simtom, takut pada mati. Bimbang pada musibah, takut pada penyakit dan seterusnya…… Maka, secara asasnya juga perasaan bimbang dan takut ini adalah berpunca dari ketidakstabilan emosi kita dari dalam ke luar. Ketidakstabilan perasaan hati kita dari dalam ke luar. Maka untuk mengimbangi emosi dan perasaan itu adalah dengan melalui proses pemantapan rohani dan spiritual yang mana ia juga BERMULA DARI DALAM KE LUAR.

”Apa signifikannya aku nak mantapkan kerohanian aku ni? Anxiety Disorder je kot… aku dah refer kt doctor, depa suro aku amek ubat jek. Depa suro aku p terapi bagai. Aku bukannya tinggal solat, aku bukannya tak puasa, aku bukannya tak amalkan ajaran agama yang telah aku anuti sejak lahir dulu. Aku dah penah pegi Umrah dan Haji secara keseluruhannya 14 kali, tu pun aku sampai terlupa yang mak ayah aku tak pergi pun lagi, adik aku yang ibu tunggal tu pun tak pegi lagi, tapi takpela asalkan part aku dah lepas. Depa belum wajib lagi sebab syarat wajib haji adalah bagi yang
berkemampuan je kan. Dan satu lagi aku ni bukannya penakut sangat. Aku bukannya pasif sangat. Pe kehal plak aku kena mantapkan spiritual aku lagi?”

Jawapannya adalah: SEKIRANYA ANXIETY DISORDER MENJADI EPISOD BERULANG KALI DALAM HIDUP ENGKAU, ENGKAU TIDAK LAGI ADA PERASAAN BIMBANG DAN TAKUT ITU. BIMBANG DAN TAKUT ITU PERKARA ASAS YANG AKU SEBUT TADI.

Engkau faham sekarang??

Pernah kalian dengar penderita Anxiety Disorder yang dikatakan pernah sembuh secara total dimana ia bebas dari Panic Attack/simtom selama 2 tahun atau 10 tahun tetapi pada satu hari yang hening keadaan tu berulang lagi? Pernah dengar penderita Anxiety Disorder yang masih perlu bergantung dengan ubat kerana bimbang simtom itu akan berulang? Kenapa relapse lagi? Bukankah doctor dah bagi ubat..kenapa on & off? Kenapa kekuatan dalaman kita kembali rapuh?

Inilah yang aku maksudkan sebagai kesembuhan semulajadi (kesembuhan melalui perjalanan rohani – dari dalam ke luar). Yang membawa maksud, sekiranya pada masa-masa akan datang kita berhadapan dengan pelbagai tekanan, kita mampu menyerap tekanan tersebut dan episod Anxiety Disorder tidak berulang lagi. Di kala itu juga, factor luaran tidak lagi menganggu kerapuhan spiritual kita kerana pada awalnya ia telah berjaya dikukuhkan.

Jadi, apakah proses yang terlibat dalam perjalanan kesembuhan ini? Sembang panjang-panjang pun tak guna, point nya tak sampai-sampai jugak!
Begini tuan-tuan dan puan-puan, secara asasnya ia melibatkan 5 elemen berikut:

1. Pengetahuan
2. Penerimaan
3. Setbacks/relapse
4. Konsisten dengan penerimaan
5. Kesembuhan TOTAL.


5 elemen yang wajib kalian lalui sebelum mencapai pada tahap kesembuhan total yang mana aku akan jelaskan satu persatu dalam bahagian-bahagian yang berasingan nanti. Namun sebelum itu, beberapa quote ingin aku senaraikan dibawah sebagai panduan kalian sebelum memulakan langkah untuk melalui perjalanan kesembuhan ini:

Kesembuhan adalah datang dari dalam diri.

Jika engkau mensasarkan untuk sembuh engkau tak akan pernah sembuh.

Lebih banyak engkau meminta pertolongan luar lebih lama engkau dalam keadaan sakit.

Mempersoalkan keadaan hanya akan mengekalkan engkau dalam Cycle of Anxiety.

Tak perlu tunggu engkau sembuh baru nak teruskan hidup. Hidup sekarang.

Membenci Anxiety Disorder hanya akan membuatkan ia terus kekal berdamping denganmu.

Ikhlaskan hati mencintai Anxiety Disorder.

Lagi engkau berusaha untuk meredakan simtom lagi engkau membebankan minda dan badan engkau dengan tekanan.

Jadikan Anxiety Disorder sebagai wallpaper handphone engkau yang mana di atasnya ada icon Fesbuk, Whatsapp, Telegram, Instagram etc.
untuk engkau terus hidup dan bersosial.

Anxiety Disorder umpama pasir jerlus. Lebih kuat engkau berusaha untuk keluar darinya makin dalam engkau tenggelam.

Yakinlah bahawa semua akan kembali normal, kalau bukan hari ini, mungkin esok tetapi semua akan kembali normal.

Pemikiran yang menakutkan akan terus menjadi ketakutan sekiranya engkau memberi respon emosi pada pemikiran tersebut.

Perasaan bimbang dan takut yang melampau-lampau akan berubah menjadi sebuah kepercayaan dan habit. Tapi ingatlah, kepercayaan dan
habit adalah perkara yang kita boleh ubah iaitu dengan mengubah sikap!

Lagi kurang engkau rasa bimbang dan takut lagi engkau bebas dari belenggu fikiran dan lagi cepat engkau kembali pada dunia sebenar
engkau.

Apabila kita mengalami Anxiety, kita hanya ada imaginasi merepek yang lebih kuat dari realiti kehidupan sebenar.

Setiap kali engkau bangun pagi berhenti analisis badan engkau, berhenti memantau keadaan tubuh engkau.

Jangan biarkan Anxiety ada kuasa ke atas engkau. Engkau sebenarnya yang ada kuasa ke atas Anxiety.

Jangan terlalu bergantung pada makhluk. Kembalilah pergantungan pada Pencipta engkau.

Bersangka baik pada Pencipta engkau.

Anxiety akan mengubah personality diri engkau dari kaca kepada emas!


.....bersambung ke SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]