Selasa, 17 Mac 2015

Mengantuk bila....


Kenapa bila mengaji atau berzikir selalu mengantuk dan boleh tertidur?
Firman Allah: "Hanya dgn mengingati Allah, hatimu menjadi tenang"

Penyebab sukar utk tidor dan keletihan, antaranya ialah kerana terlalu banyak masalah dan kerisauan tentang kehidupan lebih2 lagi bila membabitkan wang, hutang dan perhubungan. Semua ini membuatkan hati menjadi resah dan gelisah hingga otak aktif berfikir bagai tak mahu berhenti utk memikirkan pelbagai sudut samada mencari jalan penyelesaian mahupun hanya berlegar pada kerisauan dan ketakutan.

Hanya apabila seseorang itu mengingati Allah samada melalui zikir, membaca ayat2 al-qur'an, atau sekadar berbisik2 dgn Allah meluahkan masalahnya serta mohon diberi keampunan dan pertolongan,

MAKA ketika itulah hati seseorang itu mula menjadi tenang, dan memasuki gelombang beta iaitu frekuensi ketenangan. Maka ketika inilah, otak dan tubuh fizikal yg sebenarnya telah terlalu letih akibat tidak cukup tidur itu tadi berupaya melupakan keresahan jiwa akibat permasaalahan tadi dan mula merasa mengantok dan tertidur ketika berzikir tadi.

Ini teori saya sahaja. Make sense? Atau teori ini salah?

(Maksud) Firman Allah:
Kemudian sesudah (kamu mengalami kejadian) yang mendukacitakan itu, Allah menurunkan kepada kamu perasaan aman tenteram, iaitu rasa mengantuk yang meliputi segolongan dari kamu (yang teguh imannya lagi ikhlas), sedang segolongan yang lain yang hanya mementingkan diri sendiri, menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar, seperti sangkaan orang-orang jahiliyah. (QS Ali Imran : 154)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]