Ahad, 8 Mac 2015

LIFE IS A DUET


Mencari bunga lalang dipadang sekolah



Sekumpulan pelajar sedang melakukan aktiviti pendidikan jasmani. Tetapi pagi ini guru mereka mengajak mereka melakukan aktiviti yg berbeza.

"Cikgu mahu kamu semua carikan sekuntum bunga lalang yg paling cantik yg kamu boleh temui di padang ini dlm masa 10 minit"

Murid2 ini pun bertebaran melakukan arahan cikgu. 10 minit berlalu dan guru memanggil mereka semua berkumpul.

" tunjukkan bunga yg kamu perolehi"

Kebanyakkan murid2 tidak membawa walau sekuntum bunga pun.

"mengapa ada yg tidak membawa walau sekuntum pun?" Tanya guru itu.

Murid2 menjawab:
" kami tak tahu mana satu yg paling cantik, cikgu. Kerana semakin kami cari masih ada lagi bunga lain yg lebih cantik. Masa yg cikgu beri tak cukup untuk kami dapat cari bunga yg paling cantik"

Guru memberikan penjelasan:

"Cikgu harap kamu akan dapat memahami pengajaran yg kamu dapat hari ini, iaitu, jika kamu hanya mementingkan untuk mencari kesempurnaan dalam kehidupan ini, maka kamu tidak akan menjumpainya kerana hati kita tidak akan pernah dapat merasakan kepuasan sehinggalah kamu berpuashati dan bersyukur dengan apa yg kamu ada. Contohnya jika kamu mencari seorang teman hidup dgn memilih dari segi kesempurnaan, kamu akan dapati ada ramai lagi orang lain yang lebih sempurna dari dia, dan kamu akan berani meninggalkan dia kerana dia tidak sesempurna yg kamu mahukan, dan kamu akan terus mencari dan mencari dan akhirnya kamu tidak akan mampu menjumpai sesiapa pun kerana manusia tiada yg sempurna, mungkin dia ada kelebihan dari satu segi, tetapi dia akan ada kelemahan dari satu segi yg lain. Jika kamu mahukan dia sempurna, jadikanlah diri kamu sebagai pelengkap kepada ketidaksempurnaan dirinya. Hidup adalah untuk memberi dan menerima, bukan hanya memikirkan untuk menerima semata2. Jika dia asik memberi kepada kamu, sedangkan kamu tidak, siapa pula yg akan memberi kepada dia?
LIFE IS A DUET



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]