Rabu, 4 Februari 2015

REPOST : SAYA GURAU JE LAH


Selain dari gossip, sebenarnya terdapat banyak lagi perkara-perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah, yang telah diberikan nafas baru yang lebih komersial didalam usaha syaitannirojim untuk menyesatkan manusia terutama umat Islam, melalui Matlamat Menghalalkan Cara.

Salah satu daripadanya yang mungkin selama ini tidak kita sedari ialah: JOKES / GURAU


Meaning Of Jokes
Make jokes; talk humorously or flippantly.

Noun
A thing that someone says to cause amusement or laughter, esp. a story with a funny punchline.


Hakikatnya, bergurau atau menimbulkan kelucuan dengan niat membuat orang lain merasa terhibur, gembira dan riang adalah niat yang baik. Islam tidak pernah melarang umatnya untuk menghiburkan hati dan merasakan kegembiraan kerana perasaan gembira itu juga salah satu daripada anugerah Allah.

Akan tetapi, apabila gurauan itu telah disalahertikan, sehingga diselitkan unsur kutuk mengutuk, menghina, membuat perasaan orang lain terguris, mengaibkan seseorang, ianya bukan lagi gurauan, tetapi ini adalah kutukan atau tindakkan memperlekehkan seseorang

Namun apabila ianya disandarkan sebagai "Its Only A Jokes", maka orang yang dikutuk tadi tidak dapat berbuat apa-apa kerana jika dia memberontak atau melenting, dia akan ditertawakan kerana dikatakan :

Tidak tahan bergurau, atau Mudah marah walaupun hanya kepada gurauan.

Kita kembali kepada makna asal GURAU: membuat sesuatu perlakuan atau perkataan dengan tujuan membuat orang lain terhibur dan gembira. Maka jika gurauan itu tidak berupaya membuat orang gembira, tetapi menjadi kecil hati dan menimbulkan kemarahan, apakah itu masih lagi boleh dikatakan sebagai Gurau atau Jokes?

Kita tidak menyedari bahawa kita telah tertipu dengan Matlamat Menghalalkan Cara dari syaitanirrajim, iaitu Menterjermahkan perlakuan menghina, mengutuk dan mengaibkan seseorang itu kepada Gurau / Jokes.

Sebagai contoh:

a. "Semalam aku mimpi main skateboard, seronoknya, alih-alih aku terjatuh, rupa-rupanya aku terjatuh dari katil. Bengkak kaki aku sampai sekarang ni"

Hal ini sememangnya melucukan, dan tidak mengaibkan sesiapa.


b. Seseorang yang bertubuh tinggi sedang membuat salinan pada masin fotokopi. Kerana tubuhnya yang tinggi, dia terpaksa membongkok , lalu terdengar kata-kata:

" kalau iya pun nak jual, pergila kat Lorong Haji Taib, tertonggek-tonggek...hahahaha.jangan marah..aku gurau je"

Hal ini mungkin mendatangkan kelucuan pada orang lain yang mendengarnya, tetapi boleh mengaibkan orang yang dimaksudkan, dan boleh menyebabkan kemarahan. Lebih-lebih lagi bila ada orang lain yang akan mula memberikan gelaran "Bontot Tonggek" kepada orang itu setelah mendengar gurauan tadi. Adakah ini gurauan, atau hinaan? Bukankan menghina ciptaan Allah itu seumpama menghina Penciptanya?

Hari ini ramai yang ingin melepaskan geram, atau sememangnya bertujuan untuk menghina seseorang, mungkin akibat rasa dengki akan kelebihan seseorang, tetapi telah menggunakan platform JOKES/GURAU sebagai sandaran. Dia dapat membuat hinaan terang-terangan kepada seseorang itu, tetapi dia masih tidak dikatakan bersalah kerana dia menyebut perkataan " aku gurau je" di akhir penghinaan itu.

Sehinggalah budaya Menghina Melalui Gurauan ini telah pun mendarah daging dalam masyarakat kita, sehingga kita tidak lagi dapat membezakan antara Gurauan dan Penghinaan. Ianya hanya dapat dikesan dengan melihat hasilnya, samada orang akan terhibur, atau menjadi terasa.

Ada juga yang TIDAK MENYEDARI mereka membuat penghinaan, tetapi mereka MENYANGKAKAN mereka membuat GURAUAN

Contohnya seperti seseorang yang sedang mengalami situasi yang tertekan atau sedih, cuba menghubungi seseorang untuk mengadu atau meluahkan kekalutannya, tentulah dia akan menghubungi seseorang yang dirasakannya akan memberikan semangat atau pujukan.

Akan tetapi kerana terlalu suka bergurau, luahan orang itu diperlekehkan dan diketawakan, dan hal ini berlaku tanpa disedari oleh orang yang dihubungi itu, kerana sikapnya yang sudah terlalu mendarah daging dengan penyakit kuat bergurau. Mungkin niatnya ingin membantu, tetapi dengan cara gurauan yang tidak kena tempat. Apakah perasaan orang yang menghubunginya itu? tentu akan lebih tertekan dan merasakan seolah keadaan yang dihadapinya itu sesuatu yang boleh diremeh-temehkan. Ini akhirnya menimbulkan kebencian antara sesama manusia.

Begitu juga jika ada seseorang yang menghantar gambar saudaranya yang sedang tercedera atau dalam kesakitan, kepada orang yang difikirkannya sentiasa ingin tahu dan sentiasa mengambil berat akan dirinya dan keluarganya. Biasanya pasti akan mendapat respon seperti disuruh bersabar, atau akan sama-sama mendoakan agar orang itu segera sembuh, jika orang itu seseorang yang benar-benar ingin mengambil berat.

Bagaimana jika respon yang diterima adalah dalam bentuk penghinaan bersandarkan gurauan seperti: Kalau iya pun nak hantar gambar, suruhlah orang itu pakai lawa-lawa sikit barulah hantar.

Logikkah seseorang yang sedang terlantar sakit dan tak berupaya bergerak perlu disuruh menyalin pakaian yang kemas, cantik semata-mata untuk menghantar gambar kepada dia? Dalam keadaan seperti ini, kriteria tersebut tidak perlu diambilkira. Kerana jika benar seseorang itu perihatin akan seseorang, pasti dia akan mengenepikan hal itu dan jauh sekali untuk dijadikan bahan gurauan. Boleh bahagiakah jika orang yang mempunyai sikap begini dijadikan pasangan hidup? Sikap secara terang-terangan menunjukkan sikap tidak matang dan kebudak-budakkan apatah lagi jika yg melakukannya itu sudah pun berusia.

Tetapi lantaran jiwa yang sudah mendarah daging dengan sikap suka memperlekehkan dan memandang kecil akan kehidupan orang lain, maka perkara-perkara yang sensitif dalam kehidupan orang lain hanya akan dijadikan sebagai gurauan sahaja oleh golongan manusia sebegini. Baginya nilai hidup dan perasaan orang lain tidak penting, yang penting dan bagus hanya dirinya sahaja. Mereka gembira dan ketawa melihat orang lain mendapat penghinaan dan jika diingatkan hal itu sesuatu yang melampau, mereka akan memberikan alasan: Alah..takkan gurau pun tak boleh.

Inilah hasil kejayaan Matlamat Menghalalkan Cara dari musuh-musuh Islam sehingga orang Islam yang mendakwa diri mereka beriman tidak dapat lagi membezakan antara Gurauan dan Penghinaan.


Dari perbincangan ini, maka sekarang ini cuba kita fikirkan, Apakah selama ini kita membuat Gurauan atau kita telah membuat Penghinaan?

Fikirkan juga, apakah orang yang kita labelkan 'Mudah sangat terasa/ Tak Tahan Gurau/ Mudah Marah' itu benar-benar perasa dan sensitif atau pun kemarahannya itu memang wajar sebagaimana marahnya seseorang apabila dihina atau dikutuk?

Fikir..fikir....

Firman Allah bermaksud:

"Maka bolehlah mereka (golongan munafik) ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan (semasa hidup di dunia)." (At-Taubah : 82)

"Maka mengapa kamu ketawa dan tidak menangis?" (An-Najm : 60)


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati”. (Riwayat Ahmad dan At-Tirmizi).

Ibnu Mas’ud meriwayatkan dari Auf bin Abdullah bahawa biasanya Rasulullah S.A.W. tidak tertawa melainkan senyum simpul.

Rasulullah tidak pernah ketawa berdekah-dekah, hanya tersenyum sahaja samada senyum kecil atau senyum lebar. “Tawa Rasulullah SAW, hanyalah senyuman”(Riwayat Tirmidzi).

Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh.

Dalam sebuah hadith Rasulullah SAW menyebut “Aku hairan orang yang tertawa dengan mulut yang terbuka penuh sementara ia tidak tahu apakah Tuhan menyukai perbuatannya itu atau tidak“.

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda: “Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya kamu kurang ketawa dan banyak menangis.” (Riwayat al-Bukhari).

Rasulullah SAW mengetahui kerana Baginda telah melihat dengan matanya sendiri keadaan Syurga dan Neraka semasa Mikraj.



Wallahuaklam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]