Selasa, 20 Januari 2015

Mana cukup jimak dgn isteri kalau 5 minit...


"Encik, tolong saya, kalau boleh saya nak dapat solat macam dulu semula, 5 minit je dah siap"

Sekarang ni berapa lama?

"Sekarang ni paling cepat pun 15 minit, kadangkala sampai setengah jam, itu pun ada yg ulang solat semula. Banyak sangat gangguan tentang rasa solat terbatal, alfatihah batal, wudhu batal. Dulu ni problem, tak ada pun macam ni. Tapi bila saya makin berusaha nak dekatkan diri pada NYA, saya kena pulak sakit macam ni"

Ooh jadi kamu mmg hanya ingin peruntukkan masa untuk Allah hanya 5 minit setiap satu waktu? Supaya kamu boleh kembali ke urusan dunia hawa nafsu secepat mungkin?

Kalau jimak dgn isteri cukupkah 5 minit? Mengapa boleh usaha pakai tongkat ali segala nak bagi lama? Kalau pergi makan-makan ditempat mewah cukupkah 5 minit? Mengapa boleh berjam-jam lepak berbual?

Firman Allah; "Tidak Aku ciptakan jin dan manusia MELAINKAN semata2 untuk MENGABDIKAN diri padaKU."

Kamu mungkin kena penyakit ini kerana tadi kamu kata kamu nak mendekatkan diri padaNYA. Kalau nak dekatkan diri padaNYA, solat kenalah lama sikit, zikir dan wirid kena tambah, ibadah lain seperti mempelajari Al-qur'an, bersedekah, membantu menegakkan agama Allah. Macamana kamu kata kamu nak dekatkan diri pada NYA tapi kamu nak solat 5 minit? Apakah kata2 yg hanya retorik semata2? Maka dgn gangguan OCD inilah secara kamu tak sedari kamu dah pun TERlama mengadapNYA....

1 ulasan:

  1. Sederhana yg sebaiknya. Tidak terlalu sekejap dan bukan juga terlalu lama. Kalau solat subuh sampai satu jam, solat zuhur dua jam, akan menjejaskan urusan mencari kehidupan pula..sedangkan bukan itu yg Allah mahukan dari kita.

    Benar, kita diciptakan Allah semata-untuk beribadat. Tapi ramai di lalangan kita menyangka ibadah hanyalah duduk atas sejadah, solat, puasa, baca Quran dan menadah tangan membaca doa.

    Hakikatnya, ibadah tergolong kepada dua iaitu ibadah khusus, dan ibadah umum.

    Ibadah khusus adalah ibadah yg dibuat untuk beroleh pahala & keredhaan Allah semata-mata. Kaifiyat ibadah khusus hanya ditentukan melalui nas wahyu dan tifak boleh direka, diubah atau ditokok tambah. Contohnya solat, puasa, zakat, haji, iktikaf, tilawah Quran, bayar zakat dll.

    Ibadah umum pula ialah perkara yg dilihat mempunyai manfaat keduniaan tetapi tetap diberi pahala & fadhilat (faedah keduniaan)..contohnya makan minum (supaya jasad terpelihara), pergi bekerja (kefardhuan mencari nafkah bagi setiap ketua keluarga), jimak suami isteri (menjadi nafkah fizikal & emosi utk pasangan), tidur yg mencukupi (kewajibam memelihara jasad)..daaaan banyak lagi. Naik kereta pergi ke pasar pun boleh jadi ibadah (umum).

    Sekadar mencelah untuk berkongsi info tambahan. :-)

    BalasPadam

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]