Jumaat, 2 Januari 2015

FEELS FREE

Assalamualaikum,

Selamat Menyambut Tahun Baru Masihi 2015 kepada semua yang sudi menjengah ke blog ini. Semuga tahun baru ini menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan pada anda semua. Bertambah lagi setahun dalam usia kita bermakna bertambah lagi kematangan dalam diri.

Bagaimana dengan azam dan perancangan tahun lepas? Mungkin tak semuanya dapat kita capai. Tak mengapa, ada hikmahnya atas tiap kejadian itu, tahun ini kita mulakan dengan langkah yang baru.

Bebaskan diri dari dendam. Dendam dan kemarahan hanya menyakitkan emosi dan akan menjejaskan fizikal. Berikan kemaafan dengan ikhlas.Apa yg telah hilang dan rugi pasti akan dapat digantikan. Bebaskan. Dan kita akan lega. Semoga saya dan anda semua diberikan kekuatan dalam menempuh tahun yang mendatang ini serta dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Feels Free.

1 ulasan:

  1. Indeed...
    Memang benar cantik di luar itu tak semestinya cantik di dalam.

    Selamat tahun baru..
    Selamat membina hidup yang baru..

    BalasPadam

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]