Isnin, 22 Disember 2014

LAWAN KE LAYAN?


Bismillahirrahmaanirrahim

Nak lawan was-was? Nak lawan OCD? Mana boleh lawan, setiap kali kita nak LAWAN maknanya kita LAYAN. Bila kita layan, ia makin membesar, dan kita makin sakit, makin hanyut dalam dunia serba tak kena. Kita boleh ignore, macamana nak ignore? : PILIH LAH untuk tidak melayan langsung apajua desakan dan bisikan itu. Kita sebenarnya normal, bukan sakit. Tapi kita seolah berada dalam mimpi yg tidak sedar-sedar. Pilih untuk sedar, jaga, bangun dan jadi 100 peratus normal.

Sering kita dinasihat dan ditegur oleh orang yg kita mengadu tentang masalah was2 dan ocd supaya : Kau mesti LAWAN was2 itu. Kau kena kuat utk LAWAN! ~ hakikatnya, ini adalah cara nasihat dan teguran yg SILAP dan TIDAK membantu. Mengapa?

Kerana untuk melakukan sesuatu tindakan itu, minda separa sedar kita perlu benar2 MEMAHAMI arahan yg diberikan. Memgenai perkataan LAWAN, apa yg dapat difahami oleh minda penderita OCD ialah sebuah pertarungan, perlawanan. Apa yg secara spontan kita bayangkan ialah perlawanan umpama perlawanan kungfu, silat dan sebagainya. Jadi, bagaimana untuk bertarung ala kungfu dgn gangguan OCD? Kita tak akan mampu melawannya dgn secara fizikal kerana ianya bukan serangam fizikal.

Terma yg dapat difahami oleh Minda sangat penting untuk melakukan tindakan yg sewajarnya.

Mari kita gunakan terma yg lebih tepat dalam usaha kita menangani gangguan OCD dan Was2 seperti;

Kau perlu memilih untuk TIDAK BERPIHAK kepada perasaan was2 itu. Kau perlu degilkan diri untuk TIDAK MEMIHAK kepada idea2 OCD yg berulang2 itu.

Ulangkan arahan ini berulangkali sehingga minda separa sedar kita benar2 faham sehinggalah kita akan mampu untuk memilih untuk TIDAK BERPIHAK kepada idea was2 itu.

Mengapa dgn beraninya saya katakan "kita mmg ada pilihan dan kekuatan"?

Kerana kita semua tahu bahawa Allah menguji mengikut apa yg hambaNya MAMPU. Mengapa ada ramai orang diluar sana yg tak kena ocd? Kerana mereka tidak dilahirkan dgn kemampuan dan kekuatan untuk mengatasi ocd. Untuk apa Allah menguji kita dgn ocd jika Allah memang tahu yg kita ini tak ada kekuatan dan kemampuan untuk mengatasi ocd? Maka oleh kerana kita mmg dilahirkan dgn satu kekuatan luarbiasa yg tiada pada org lain, iaitu kekuatan mengatasi ocd, maka kita pun diuji. Cuma sekarang, kita tak mahu percaya yang kita mampu mengatasinya sedangkan kita boleh.

Maksud firman Allah:

Allah tidak MEMBERATKAN seseorang melainkan apa YANG TERDAYA olehnya. ia mendapat pahala kebaikan yg diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yg diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan Yang berat sebagaimana yg telah Engkau bebankan kepada orang-orang yg terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yg kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yg kafir". (QS Al-Baqarah:286)

Ambil contoh mudah ini :

Dalam rancangan astro, seorg lelaki tua di kelantan yg buta matanya bekerja menjaja buah-buahan dgn mengayuh basikal manakala isterinya yg cacat anggota kaki mengawal handle basikal. Mereka mengayuh basikal berbatu2 merentasi bandar dan kampung setiap hari tanpa masalah.
Apabila wartawan astro cuba mengayuh basikal dgn mata ditutup, dan handle dikawal oleh wartawan astro yg lain, ternyata mereka tidak mampu mengayuhnya dgn mudah sepertimana pak mat yg buta dan isterinya.

Mengapa ya?
Kerana pak mat dan isterinya diuji dgn keadaan sedemikian, TETAPI mereka dibekalkan dgn KEMAMPUAN dan ketabahan menghadapinya. Hal ini tidak ada pada wartawan astro itu, wartawan itu tidak dibekalkan dgn KEMAMPUAN yg ada pada pak mat dan isterinya, kerana itu mereka tak mampu melakukan aktiviti yg dijalankan oleh pak mat dan isterinya.

Beginilah perbandingan tentang kemampuan dan kekuatan yg ada pada KITA, penderita OCD yg tak ada pada orang lain yang bukan penderita ocd, TETAPI kita tak sedar kemampuan dan kekuatan kita ini. Carilah, sedarlah, hidup ini adalah adil dan indah untuk semua kita, pilihlah apa yg sepatutnya kita pilih. Allahu Akbar!!!

Selamat berusaha, inshaa Allah, semoga Allah membantu kita semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]