Rabu, 24 Disember 2014

Suffer The Pain Of Discipline Or Suffer The Pain Of Regret


Antara perkara penting yang perlu aku tanya pada diri aku sendiri adalah nak rasa sakit sekarang atau sakit kemudian. Apa yang dimaksudkan dengan sakit sekarang? Dan apa yang dimaksudkan dengan sakit kemudian?

Melalui penderitaan akibat disiplin adalah sakit sekarang dan penyesalan adalah sakit kemudian. Sudah tentulah sakit berdisiplin adalah lebih baik dari sakit menyesal. Sebab apa?

Derita akan penyesalan memakan diri kita secara mental dan spritual. Kita akan hilang kekuatan dalaman serta jati diri sekiranya kita banyak menderita penyesalan.

Contohnya kita sudah merancang malam ini aku akan buka buku dan study. Tetapi pada waktu itu ditakdirkan Allah swt, perasaan malas menjalar di seluruh pelusuk tubuh. Waktu itu kita berperang dengan nafsu sendiri.

Kita tahu sekiranya kita tidak study dan melayani perasaan malas, kemungkinan besar kita akan gagal dalam peperiksaan. Dan gagal itulah yang akan mendorong kita kepada derita penyesalan.

Tetapi sekiranya kita study jugak, kita akan menderita akibat melawan perasaan malas dan hawa nafsu. Itulah yang dikatakan sakit berdisiplin. Disiplin dengan perancangan study yang kita telah lakarkan sebelum itu.

So, mana yang lebih baik?

Sudah tentulah sakit disiplin itu lebih baik dari sakit menyesal. Sebab apa?

Sebab sakit disiplin itu adalah sakit yang membina. Sakit yang mengajar erti ketabahan, kesabaran dan kecekalan. Ramai tokoh-tokoh yang hebat-hebat telah melalui jalan disiplin ini.

Changing your lifestyle maybe uncomfortable at times, but remember the end result: a happier and healthier :)

Jadi pergilah..pergilah keluar dan rasailah sakit..sekarang..sebelum engkau merasai sakit kemudian..


COPYPASTE DARI: MINDA HUSNUZZON

Mengapa kadang-kadang aku alim, kadang-kadang aku zalim


Hidup ini kita tidak boleh nak kata, banyak sebenarnya benda yang kita tidak tahu, melainkan Allah swt yang mengetahui rahsianya. Sungguh banyak benda yang kita tidak jangka sama sekali berlaku dalam kehidupan ini.

Ada manusia yang malamnya kuat beribadah, tapi siangnya kecundang dengan penangan hawa nafsu dan maksiat. Ada yang kita lihat dulunya dia sangat kuat berdakwah, suka menasihat, kuat tarbiahnya, kuat amalannya, namun pada hari ini gugur entah ke mana.

Benda ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, hatta iblis yang dahulu terkenal di kalangan malaikat sebagai hamba Allah swt yang soleh dan dekat dengan Allah swt, namun apabila Allah swt menghendaki sesesorang hambaNya sesat, tiada siapapun yang dapat menghalang apatah lagi manusia biasa yang sangat lemah.

Oleh itu, istiqamah benda yang sangat ajaib sekiranya dapat dilakukan. Sehinggakan amalan kecil sekiranya kita istiqamah melakukannya mampu mengatasi amalan-amalan yang hebat dan besar. Sebab itu Islam menganjurkan kita bersederhana dalam beribadat dan tidak gopoh untuk mencegah penyakit futur.

Diriku sendiri pun pernah mengalami dan merasai sendiri putaran roda dalam kehidupan ini. Ada masanya diriku sungguh kuat beramal ibadah sehinggakan syaitan dan nafsu juga tidak mampu menghalang ibadatku. Amalan-amalan wajib, sunat kesemuanya ku pulun perabis. Itu cerita saat diriku tengah kuat. Namun bak kata pepatah Melayu, "ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari."

Namun, sebagai manusia biasa, ada masa kita akan lemah. Itu adalah perkara normal dalam kehidupan ini. Saat itu, aku jatuh terduduk, tersembam dan kekuatanku seperti dipijak-pijak oleh sesuatu yang amat berat. Syaitan dan konco-konconya sudah tentu berpesta melihat keadaanku yang sangat lemah. Tiada tempat mengadu selain Allah swt. Walaupun dalam keadaan berat dan malas, aku gagahi juga bersujud memohon pertolongan. Allah swt lah sebaik-baik wakil dan penjaga.

Aku merasai sendiri betapa peritnya untuk bangkit semula apabila diri telah 'down'. Untuk bangun semula bukanlah sesuatu yang mudah kerana diri telah terluka dengan sangat teruk. Namun, apabila difikir-fikir semula, ada sebab dan hikmah mengapa Allah swt merasakan kepada hamba-hambaNya situasi seperti itu. Di kala itulah kita mula menghisab dan muhasabah semula apa yang perlu dipelajari di saat kita lemah. Namun, apabila kita serahkan urusan hidup kita kepada Allah swt dan kita bertawakal kepadaNya, nescaya Allah swt tidak akan meninggalkan kita begitu sahaja. Akan ada pertolongan daripada Allah swt melalui pelbagai cara dan kaedah.

Entry ini saya tulis untuk mengingatkan diri ini betapa bahayanya penyakit futur serta wabak-wabak yang akan mengikuti di sepanjang medan dakwah. Penyakit-penyakit ini sekiranya tidak dicegah dan dirawati sebaik mungkin akan membahayakan gerakan dakwah. Betapa ramai yang tergelincir, terus merajuk dan tidak mahu lagi bangkit. Betapa ramai yang tersembam mengharapkan huluran bantuan sahabat-sahabat, namun tiada siapa sudi menghulurkan tangan membantu. Tidak kurang juga yang menghilang tanpa khabar berita, sehingga menjadi lebih teruk daripada mad'unya dahulu. Nauzubillah..

Janganlah kita sesekali merasa takabbur dengan kekuatan sementara yang Allah swt pinjamkan. Janganlah sesekali kita memandang rendah kepada orang yang sedang merangkak dalam memperjuangkan agama Allah swt ini. Hari ini hari kita, dan belum tentu hari esok hari kita.

Dan kepada mereka yang lemah semangat, merasakan diri tidak bernilai di mata manusia, janganlah sesekali putus asa dari rahmat Allah swt. Allah swt senantiasa membukakan pintu keampunan dan rahmat kepada hambaNya. Mohonlah kepadanya di sepertiga malam terakhir memohon kekuatan dan dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah :)

COPYPASTE DARI: MINDA HUSNUZZON


Isnin, 22 Disember 2014

LAWAN KE LAYAN?


Bismillahirrahmaanirrahim

Nak lawan was-was? Nak lawan OCD? Mana boleh lawan, setiap kali kita nak LAWAN maknanya kita LAYAN. Bila kita layan, ia makin membesar, dan kita makin sakit, makin hanyut dalam dunia serba tak kena. Kita boleh ignore, macamana nak ignore? : PILIH LAH untuk tidak melayan langsung apajua desakan dan bisikan itu. Kita sebenarnya normal, bukan sakit. Tapi kita seolah berada dalam mimpi yg tidak sedar-sedar. Pilih untuk sedar, jaga, bangun dan jadi 100 peratus normal.

Sering kita dinasihat dan ditegur oleh orang yg kita mengadu tentang masalah was2 dan ocd supaya : Kau mesti LAWAN was2 itu. Kau kena kuat utk LAWAN! ~ hakikatnya, ini adalah cara nasihat dan teguran yg SILAP dan TIDAK membantu. Mengapa?

Kerana untuk melakukan sesuatu tindakan itu, minda separa sedar kita perlu benar2 MEMAHAMI arahan yg diberikan. Memgenai perkataan LAWAN, apa yg dapat difahami oleh minda penderita OCD ialah sebuah pertarungan, perlawanan. Apa yg secara spontan kita bayangkan ialah perlawanan umpama perlawanan kungfu, silat dan sebagainya. Jadi, bagaimana untuk bertarung ala kungfu dgn gangguan OCD? Kita tak akan mampu melawannya dgn secara fizikal kerana ianya bukan serangam fizikal.

Terma yg dapat difahami oleh Minda sangat penting untuk melakukan tindakan yg sewajarnya.

Mari kita gunakan terma yg lebih tepat dalam usaha kita menangani gangguan OCD dan Was2 seperti;

Kau perlu memilih untuk TIDAK BERPIHAK kepada perasaan was2 itu. Kau perlu degilkan diri untuk TIDAK MEMIHAK kepada idea2 OCD yg berulang2 itu.

Ulangkan arahan ini berulangkali sehingga minda separa sedar kita benar2 faham sehinggalah kita akan mampu untuk memilih untuk TIDAK BERPIHAK kepada idea was2 itu.

Mengapa dgn beraninya saya katakan "kita mmg ada pilihan dan kekuatan"?

Kerana kita semua tahu bahawa Allah menguji mengikut apa yg hambaNya MAMPU. Mengapa ada ramai orang diluar sana yg tak kena ocd? Kerana mereka tidak dilahirkan dgn kemampuan dan kekuatan untuk mengatasi ocd. Untuk apa Allah menguji kita dgn ocd jika Allah memang tahu yg kita ini tak ada kekuatan dan kemampuan untuk mengatasi ocd? Maka oleh kerana kita mmg dilahirkan dgn satu kekuatan luarbiasa yg tiada pada org lain, iaitu kekuatan mengatasi ocd, maka kita pun diuji. Cuma sekarang, kita tak mahu percaya yang kita mampu mengatasinya sedangkan kita boleh.

Maksud firman Allah:

Allah tidak MEMBERATKAN seseorang melainkan apa YANG TERDAYA olehnya. ia mendapat pahala kebaikan yg diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yg diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan Yang berat sebagaimana yg telah Engkau bebankan kepada orang-orang yg terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yg kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yg kafir". (QS Al-Baqarah:286)

Ambil contoh mudah ini :

Dalam rancangan astro, seorg lelaki tua di kelantan yg buta matanya bekerja menjaja buah-buahan dgn mengayuh basikal manakala isterinya yg cacat anggota kaki mengawal handle basikal. Mereka mengayuh basikal berbatu2 merentasi bandar dan kampung setiap hari tanpa masalah.
Apabila wartawan astro cuba mengayuh basikal dgn mata ditutup, dan handle dikawal oleh wartawan astro yg lain, ternyata mereka tidak mampu mengayuhnya dgn mudah sepertimana pak mat yg buta dan isterinya.

Mengapa ya?
Kerana pak mat dan isterinya diuji dgn keadaan sedemikian, TETAPI mereka dibekalkan dgn KEMAMPUAN dan ketabahan menghadapinya. Hal ini tidak ada pada wartawan astro itu, wartawan itu tidak dibekalkan dgn KEMAMPUAN yg ada pada pak mat dan isterinya, kerana itu mereka tak mampu melakukan aktiviti yg dijalankan oleh pak mat dan isterinya.

Beginilah perbandingan tentang kemampuan dan kekuatan yg ada pada KITA, penderita OCD yg tak ada pada orang lain yang bukan penderita ocd, TETAPI kita tak sedar kemampuan dan kekuatan kita ini. Carilah, sedarlah, hidup ini adalah adil dan indah untuk semua kita, pilihlah apa yg sepatutnya kita pilih. Allahu Akbar!!!

Selamat berusaha, inshaa Allah, semoga Allah membantu kita semua.

Isnin, 8 Disember 2014

Mengejar Pelangi

Assalamualaikum,

Diam tak diam, dah 5 tahun rupanya berblogging, tak sedar masa berlalu begitu cepat. Aku pun dah makin jarang menulis, jarang menjengok blog ini, kesian, dah naik bersawang dah. Mungkin akhir-akhir ini aku sibuk mengejar pelangi yang akhirnya tiada apa-apa hasil.

Ketika dulu, blog inilah yg menemaniku setiap hari bila kesepian, tapi bila aku gembira, aku seolah melupakan blog ini. Kini aku kembali menjengah, dan kau tetap setia menemaniku.

Banyak sungguh perkara dan peristiwa yg ku lalui akhir-akhir ini. Namun kuanggap segalanya adalah sebagai ujian dan pengalaman untuk ku supaya lebih matang. Terimakasih Ya Allah atas pelbagai pengalaman berharga yang Kau izinkan untuk kurasai.....
Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]