Rabu, 1 Oktober 2014

Maafkan.....(1)

Maafkan 1


Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) antara perbuatan baik (positive approach) dan perbuatan jahat (negative approach). Tolaklah kejahatan dengan cara yg lebih baik maka apabila engkau berbuat demikian, orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang SAHABAT KARIB.

(Al-Fussilat: 34)


“Jiran sebelah rumah emak saya dikampung tu memang dah lama tak bertegur sapa dengan keluarga saya. Selisih faham akibat perkara remeh temeh je pun sebenarnya, Tapi diam tak diam dah lebih 10 tahun. Dah macam musuh tradisi pulak.”

Semenjak saya kena penyakit OCD ni, banyak perkara saya belajar, antaranya maafkan orang lain, maafkan, maafkan. Itulah pada suatu malam tu, saya terkenang hal jiran kampung ni, sedangkan dalam Islam, hak jiran dalam lingkungan radius 40 buah rumah dari rumah kita, inikan pula sebelah rumah. Malam tu dalam solat tahajud saya mengadu pada Allah tentang gangguan OCD ni, dan disamping tu saya bertekad seikhlas mungkin memberikan kemaafan pada seluruh ahli keluarga jiran saya di kampung tu.

Selang hujung minggu itu saya pulang ke kampung nak menjengok emak dan ayah. Sampai di kampung dah lewat senja. Lepas isya, saya tertidur keletihan. Tak dapat nak berbual panjang dengan orang tua.

Esok pagi selepas sarapan, saya terniat nak bersihkan belakang rumah mak yg dah bersemak tu, dulu masa ayah masih kuat memang bersih je laman belakang tu. Sekarang ni ayah dah tak berapa larat sangat. Biasalah, sihat-sihat orang tua. Saya pula jarang sangat balik kebelakangan ni kerana urusan kerja yang mendesak. Ketika saya mengasah parang, tiba-tiba terdengar suara member salam:

“Assalamualaikum Pak Ya”

“Waalaikumussalam…..” Saya menjawab, Berderau darah saya. Pakcik Mud (jiran sebelah yg saya maksudkan itu) datang bersama anak sulongnya, Raiman.

Pak Mud, Apahal nya, masuklah.

Hanif, bila kamu balik? Ayah kamu ada?

Ayah pagi-pagi dah keluar pergi pejabat tanah, ada urusan pasal geran tanah katanya, mak adalah kat dapur. Jawab saya agak cuak dgn kedatangan mereka berdua.

Tanpa saya duga, Pak Mud memeluk saya dan mencium pipi saya. Seraya itu Raiman pun menghulurkan tangannya bersalaman dengan saya.

Pakcik datang ni nak minta maaf dengan keluarga kamu, dah lama benar kita ni tak bertegur sapa, dari kau bujang sampai dah berkeluarga ni, Raiman pun sampai dah anak dua, Hari-hari aku terfikir pasal ayah kau...........


(Kisah dari OCDian dalam Sessi Rundingcara)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]