Rabu, 4 Jun 2014

OCD : Memahami Lintasan Hati 2



Bismillah

Untuk menyambung perbincangan lalu, saya mulakan dengan sebuah Soalan Tanyadiri:

Bilakah kita Islam?

Apakah kerana ibubapa yg melahirkan kita adalah Islam maka kita secara automatik adalah seorang Islam?

Persoalannya, BILAKAH, dari hati yg jujur dan ikhlas kita meyakini bahawa Allah itu Maha Esa dan Maha Wujud, setelah kita mengkaji dan meneliti (mencari Dia) dan mengakui perhambaan kita pada Nya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa, dan bukan hanya memiliki kepercayaan yang semata-mata kerana telah diajarkan oleh ibubapa, ustaz-ustazah dan rakan?

Bagi sesiapa yg Mencari Dia selangkah, maka Dia akan mendekati orang itu sepuluh langkah, dan akan dipermudahkan jalan untuk menemui Dia. dan sesiapa yg bertemu, kehidupannya akan barakah (miskin pun bahagia apatah lagi kaya, sakit pun bahagia apatah lagi sihat, sendirian pun bahagia apatah lagi berteman) dan akan nampak "keislaman" nya dalam akhlak dan kehidupannya. Ujian tetap didatangkan olehNya kerana "apakah kamu mengatakan kamu telah beriman sebelum kamu diuji"

Bagi yang tidak terasa ingin Mencari Dia tetapi menyangkakan bahawa dirinya telah pun sedia Islam dan berasa selesa dgn "keislaman"nya kerana dilahirkan oleh ibu bapa yg Islam, lazimnya mereka akan tetap begitu sahaja iaitu : "anak orang2 islam" yg mana hidupnya tidak mencerminkan "keislaman"nya. inilah sebenarnya apa yg sedang berlaku hari ini hingga kita sering mendengar kata-kata:

" nama je Islam, tapi....mengumpat, makan rasuah, atau...buang bayi, berjudi, minum arak...."

dan lain2 lagi. Malah mengundang cemohan dan rasa jelek dari orang bukan Islam terhadap Addinul Islam itu sendiri, akibat perlakuan orang-orang "anak org2 islam" ini.

Tetapi Allah itu Maha Pengasih. Golongan sebegini akan sentiasa diberi peluang untuk Mencari Dia dengan didatangkan oleh Nya musibah, dugaan, sakit dan lain2 dgn tujuan untuk Menyentak Kesedaran supaya bangkit Mencari Dia kerana manusia hanya akan mula Mencari Dia bila telah dilanda kesukaran.

Dalam konteks OCD dan gangguan lintasan hati, apabila seseorang itu telah mula diganggu dgn gangguan sebeginilah, barulah seseorang itu akan mula mencari-cari jawapan dan penyelesaian terhadap persoalan-persoalan akidah yamg memgganggu dirinya, bagi menghilangkan keresahan was-wasnya. Baru dia merasakan betapa risaunya dirinya jika 'terkafir' kerana lintasan yg menyinggah dihatinya. Barulah dia berusaha Mencari Dia dengan bersungguh-sungguh kerana ini membuktikan pada dirinya (pada gangguan lintasan hatinya) bahawa Allah itu Maha Wujud, Maha Esa dan dirinya adalah hamba ciptaanNya. Mungkin selama ini kita solat, kita berpuasa, kita membaca Al-Qur'an, tetapi kita tak pernah terfikir untuk menambah amalan kerana kita rasa kita cukup selesa dengan hidup yang begitu. Malah mungkin kita tak pernah terfikir bahawa apakah amalan yg kita lakukan itu benar-benar ikhlas kita lakukan kerana kita benar-benar faham tujuan kita atau kita melakukannya kerana kita telah diajar dari kecil dan kita hanya menganggap ianya hanyalah umpama ritual harian seperti orang lain, dan jika ada yang tertinnggal solat, kita mungkin tidak berapa berasa bersalah atau rugi dan kesal yang mendalam. Kita kurang bersyukur padaNya, solat kita walau cukup 5 waktu tapi masih tetap tak dapat mengelakkan dari perbuatan yg keji dan mungkar sedangkan solat itu adalah mencegah dari perbuatan yg keji dan mungkar.

Hanya setelah memgalami gangguan lintasan hati ini barulah kita mendalami dengan bersungguh-sungguh akan ilmu agama, hukum-hukum feqah, tauhid dll. Al-qur'an yg dulunya jarang disentuh sudah menjadi teman tidur, laman-laman web berorientasikan dakwah dan agama sudah mula kita baca sedangkan mungkin dulu kita jarang berbuat demikian melainkan lebih kepada yg berbentuk hiburan. Kalau dulu kita mudah hafal lagu2 baru, kini kita mula berusaha menghafal ayat-ayat Al-Qur'an dan zikir sebagai usaha mengubati diri kita. Kita sudah tidak segan silu bertanya tentang masalah agama dengan ustaz atau ustazah. Semua ini, tanpa diaedari adalah tarbiyah secara terus dari Allah SWT. Dia amat sayangkan kita. Dia mahu kita Mencari Dia supaya kita dapat kembali padaNya dalam keadaan yang selamat dan diredhai olehNya. Amdainya kita tidak menerima gangguan OCD ini, mungkin hidup kita lebih banyak tertumpu pada Mencari Dunia dan bukan Mencari Dia. Maha Suci Allah yang Maha Penyantun Lagi Maha Pengasih dari segala yang pengasih!

Jika anda memahami apa yg saya cuba sampaikan ini, maka anda akan mudah memahami mengapakah golongan Reverted Muslim (muallaf) lebih cemerlang Islamnya dari kita yg "Islam" sejak lahir ini.

Tanyadiri: Islamkah aku?

Demi masa.
Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.(QS: Al-Asr)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]