Khamis, 15 Mei 2014

Receiving Steps: PENUHILAH



..........."And of every thing We have created pairs: That ye may receive instruction."(Adz-Dzaariyat : 49)

Tengku Safiya seorang pengarah berjawatan tinggi dalam sebuah firma kewangan. Usia mudanya banyak dihabiskan dengan menyambung pengajian demi pengajian sehingga keperingkat yang tinggi. Baginya, belajar bukanlah tiket utama untuk mendapat pekerjaan yang baik, tetapi belajar baginya adalah untuk kepuasan. Obsesinya pada menuntut ilmu membuatkan dia bagaikan terlupa memikirkan soal jodoh.

Sehinggalah setelah menjawat jawatan dan kedudukan yang tinggi, memiliki kediaman dan segalanya dari hasil usahanya sendiri, barulah dia menyedari akan hakikat keterlewatannya untuk kearah berkeluarga dengan usia yang telah mencecah pertengahan 30'an itu.,

"I have miss the boatlah, tak ada orang nak kat I lagi" jelasnya ikhlas. Apatah lagi dengan kedudukannya dan juga memiliki darah diraja, tentu sahaja tak ramai lelaki yang berani untuk cuba mendekati dirinya, walaupun pada hakikatnya, dia yang aku kenali adalah seorang yang merendah diri, taat beragama dan berbudi bahasa.

"I tak kisah pun pada karier dan harta benda lelaki tu, asalkan dia seorang yang dapat membawa I untuk mendekatkan diri pada jalan Allah dalam ertikata yang sebenarnya, itulah yang paling penting sekali. Sekarang ni nak pergi wedding invitation pun dah malu, Orang asik bertanya, bila lagi? bila lagi? Kadangkala my staff kahwin pun I serba salah nak pergi" Terus terang dia meluahkan isi hatinya.

Beberapa bulan kebelakangan ini Tengku Safiya telah mula mempraktikkan kaedah Hukum Daya Tarik sebagai ikhtiar mendapatkan jodoh. Sebenarnya dia tertarik dengan artikel "Saya dah terfikir nak bunuh diri" dan ingin mencubanya sebagai ikhtiar. Oleh kerana dia telah memiliki kediaman sendiri, impiannya adalah jika beroleh jodoh, dia ingin suaminya tinggal dikediaman yang dimilikinya kerana dia amat sukakan senario persekitaran kediamannya itu. Untuk ke pejabat pun dirasakan telah selesa.

Setelah beberapa ketika, nampaknya ikhtiarnya masih belum menampakkan sebarang tanda-tanda positif, tetapi sebagai seorang yang terpelajar dan sememangnya datang dari keluarga yang terdidik dengan sikap positif, dia bukanlah seorang yang mudah mengalah apatah lagi untuk bersangkaan negatif.

"Apalagi agaknya, komitmen yang perlu I lakukan? Ada ke apa-apa Receiving Steps yang I terlepas pandang?

Setelah beberapa post mortem dijalankan, didapati gaya hidupnya melambangkan seorang yang "bagai ingin hidup sendirian". Set katil dalam bilik utamanya masih lagi katil single, perabot dan peralatan rumah kebanyakannya bercirikan "I am a single person". Malah garaj keretanya pun hanya diperuntukkan untuk 2 buah kereta milik dirinya sahaja. "Kalau U kahwin, husband U nak letak kereta dia kat mana?"

Mungkin inilah Receiving Steps yang perlu dilakukan perubahan. Maka dia berusaha menukar segala perabot dan hiasan dalamannya dari bercirikan "single" kepada "Hidup berpasangan". Malah garaj keretanya diubah suai dan dibesarkan untuk kegunaan "suaminya" kelak. Wang bukanlah masalah bagi orang sepertinya.

Waktu terus berlalu dan Tengku Safiya masih bersendirian . Pun begitu dia tak berputus harapan, Kehidupannya dijalani seperti biasa. Baginya, jodohnya pasti akan diketemukan ketika masanya sesuai. Dia tetap berdoa dan membuat afirmasi tanpa rasa bosan atau kecewa. Syukurlah dia seorang yang sangat positif, tabah dan kuat semangat.

"Ahad depan ni I rasa serba-salah sangat. Ada wedding Invitation, Cousin I kahwin. Tak taulah nak pergi ke tidak. Memang tak nak pergi pun, tapi kalau tak datang nanti, mama dgn papa I pulak kecil hati."


Okla, I nak tanya sikit

Ok. Go on

Apa doa U?

Ya Allah, Berikanlah diriku jodoh lelaki soleh dan baik yg mampu menambah ketaatanku padaMu sebelum usiaku 40 tahun.

Apa affirmasi U?

Dengan Izin Allah, aku mempunyai jodoh dalam masa terdekat ini.

Tapi U tak suka memenuhi undangan perkahwinan?

Mmmm..sort of

U benci majlis perkahwinan?

Bukan benci, I gembira lihat orang lain mendapat jodoh, cuma hati I sebak dan sedih, I manusia biasa, sekuat mana pun I ni tetap ada emosi.

Ya, I faham, tapi apabila U menjauhi undangan perkahwinan, seolah-olah ianya memberi penegasan bahawa U ingin dijauhi oleh perkahwinan, semacam afirmasi oleh U sendiri. Afirmasi bukan cuma terletak pada kata-kata yang U lafazkan, tetapi lebih kepada perasaan yang u getarkan, Its not so much about what U think about, It is more about whats U feels about.

Ops...(buat muka rasa bersalah)

Agaknya, u boleh ingat tak berapa banyak undangan perkahwinan yg u tak penuhi?

eeuu..adala banyak..more than 40 invitation kot

Ok nak tambah sikit lagi, and this is very important

Ok

Nabi SAW pernah bersabda;

Apabila seorang daripada kamu diundang menghadiri majlis pernikahan, maka hendaklah dia menghadirinya" (HR Bukhari dan Muslim)

dan sabda baginda lagi:

"Seburuk-buruk hidangan makanan ialah hidangan walimah yang hanya menjemput orang kaya sahaja sedangkan orang mkiskin tidak dijemput. Dan sesiapa yang tidak memenuhi undangan pernikahan, maka dia menderhakai Allah dan Rasulnya" (HR Imam Muslim)

Subhanallah! I tak tahu..Astagfirullahaladzim

Sekarang U dah tau, I dah bagitau. Kesimpulannya, memenuhi undangan perkahwinan itu adalah WAJIB, kecuali beberapa keadaan, jika U ada keuzuran yang menyebabkan u tak dapat datang, hujan dan tak berkenderaan, atau U ada jemputan lain terlebih dulu. Itu pun kalau U mampu penuhi kesemua undangan, eloklah U penuhi juga. Bukan U tak ada kenderaan.

...(diam berfikir)

I rasa inilah kot Receiving Steps yang U terlepas pandang...wallahuaklam

Tengku Safiyah akhirnya mencari kekuatan untuk memenuhi juga undangan perkahwinan sepupunya



..............


Petang itu dengan wajah yang berseri-seri dan senyum lebar yang tak dapat ditahan walau pun cuba dikontrolnya, dia menyerahkan kad undangan perkahwinannya padaku.

Wajib datang tau bro....


Tengku Safiyah akhirnya mencari kekuatan untuk memenuhi undangan perkahwinan sepupunya dan menjadi asbab, dimajlis perkahwinan itu, dia telah diperkenalkan oleh sepupunya dengan Syed Mustakim yang kini telah pun menjadi suaminya......


....dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ianya tidak baik bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Maksud Firman Allah, QS Al-Baqarah : 216)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]