Khamis, 15 Mei 2014

OCD dan H2O = (AIR)



Saya terganggu dengan AIR...saya was-was bila AIR basuhan terpercik ke dinding dan terpercik semula pada badan saya, saya sangat TENSION bila berada di bilik AIR terutama untuk berwudhu dan mandi hadas, Saya resah memikirkan kalau-kalau AIR dilantai bilik AIR tercampur dengan najis...saya bimbang basuhan tanpa AIR yang mengalir,... Apakah AIR basuhan dengan mesin basuh itu membersihkan ?...Air...air...airrrrrrrrrrrrrrrrrr

AIR...AIR...AIR.....

AIR itu masalah besar? Air itu menyusahkan? Bersuci menggunakan AIR itu sesuatu yang sangat MENYUSAHKAN?


Lalu tanyakan kembali kepada diri anda:

1. Siapakah yang Menciptakan AIR?
= Allah SWT

2. Siapakah yang Menciptakan Manusia?
= Allah SWT

3. Siapakah yang Menetapkan Hukum Bersuci bagi Manusia adalah dengan Menggunakan AIR?
= Allah SWT


Dan AIR ini amat dirasakan SUSAH dan SUKAR untuk dibuat bahan bersuci? AIR seumpama tidak relevan bagi kehidupan manusia? Sedarkah apa yang anda lakukan selama ini? Sedarkah APA MAKSUD DARI TANGGAPAN ANDA TERHADAP AIR SELAMA INI? Sedarkah bahawa dalam diam, syaitan yang direjam telah membuatkan anda bagaikan:

Menganggap Allah itu tidak bijak dalam penciptaan-penciptaanNya?

Menganggap Allah itu tidak bijak dalam mengatur perlaksanaan hukum untuk hambaNya?

Dan menjadikan hukum yang ditetapkan itu SANGAT SUKAR dilakukan, iaitu ertikata lain, SUKARNYA MENJADI MUSLIM?


Astaghfirullahaladzim, ..istighfar, wahai OCDian, terutama penghidap washer dan blasphemy, sedarilah, bahawa ini semua hanya tipudaya dan tektik iblis dan kuncu-kuncunya untuk menyesatkan serta menjadikan manusia iyu syirik kepada Allah, WALAUPUN TANPA ANDA SEDARI.

Sememangnya anda tak pernah terfikir untuk bersangka buruk pada Allah,

Sememangnya anda tak pernah terfikir untuk syirik kepada Allah

Anda hanya ingin melakukan amal ibadah kepada Allah dalam keadaan SAH, SEMPURNA, di DITERIMA oleh Allah. Tetapi TANPA anda sedari, apabila anda menjadikan AIR (penciptaan Allah) itu seolah-olah menyukarkan anda untuk beribadah, adalah sama seperti anda seolah-olah MENIDAKKAN Sifat Allah YANG MAHA BIJAKSANA. Sekiranya sifat air yang terpercik itu benar-benar tidak sesuai untuk dibuat bersuci, sudah tentulah Allah akan menciptakan AIR dalam bentuk lain, tetapi TIDAK!, Sifat AIR sememangnya terpercik, mengalir dan sebagainya itu adalah kerana ianya adalah amat sesuai dan paling relevan sebagai bahan bersuci dan diciptakan khas oleh Allah untuk kegunaan manusia!

Maksud Firman Allah:

Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki, dan jika kamu junub maka mandilah, dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air (kakus) atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayamumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur. (QS Al-Maidah : 6)



Tahukah anda betapa hebatnya AIR itu?

Dalam surah al-Anbiya' ayat 30 Allah berfirman,

"Apakah orang-orang kafir itu tidak mengetahui langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu kemudian kami pisahkan antara keduanya. Daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup".

Ayat ini menjelaskan mengenai dua perkara penting. Pertama mengenai asal-usul kejadian langit dan bumi yang pada asalnya bercantum padu, kemudian dipisahkan antara kedua-duanya. Hal ini adalah selari dengan kejadian BIg Bang yang berlaku lebih kurang 14 bilion tahun dahulu. Kedua, ayat ini menjelaskan mengenai hakikat kehidupan air adalah asas bagi segala kehidupan. Tanpanya hidupan tidak wujud sama sekali.

Ia juga terdapat dalam surah an-Nur ayat 45 yang bermaksud,

"Allah mencipta kesemua jenis haiwan daripada air."

Mengikut BBC News dalam segmen Science and Nature (Space) bertarikh 27 Mei 2006, pakar-pakar biologi bersepakat air adalah asas kepada kehidupan. Tanpanya, kehidupan tidak boleh wujud dan sekiranya ia wujud, ia tidak boleh berterusan tanpa air.

Oleh itu, kepada para OCDian yang mengalami masalah was-was tentang bersuci ini, dapatkanlah keterangan dan ilmu yang BETUL dan TEPAT dari para alim-ulama' tentang bab-bab Fekah dan Taharah. Jangan memandai-memandai membuat hukum dan andaian sendiri. Selain itu, berikhtiarlah supaya penyakit was-was anda itu sembuh kerana sesungguhnya, tiada penyakit yang Allah turunkan melainkan mempunyai Ubat/Penawar disampingnya kecuali Mati.




Wallahuaklam










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]