Sabtu, 17 Mei 2014

OCD : Memahami Lintasan Hati 1



Apakah itu Lintasan hati? Dengan cara bagaimanakah ianya menyerang penderita? Dalam artikel POP-UP SYAITANIRRAJIM (klik tajuk untuk membaca) saya telah berbincang tentang hasil kajian Dr. Aubrey Lewis, Pakar Psikiatrik dari London, tentang gangguan-gangguan yang dihidapi oleh penderita OCD. Salah satu diantaranya ialah:

BLASPHEMY

Bisikan (popup) yang berkaitan dengan perkara-perkara yang salah dan tidak benar tentang kepercayaan ugama dan ketuhanan. Ini termasuk perkara-perkara seperti was-was dalam ibadah fekah seperti wudhu, mandi wajib. Ianya juga selalu timbul dalam persoalan 'adakah Tuhan itu wujud', pop-up2 yang mengatakan perkara yang tidak benar tentang tuhan (mengikut kepercayaan agama penderita) dan lain-lain lagi.


Hari ini saya ingin memperjelaskan dengan lebih terperinci lagi tentang BLASPHEMY ini berkenaan dengan bagaimana atau apakah gangguan itu sendiri, kerana kategori inilah antara yang paling ramai dideritai oleh penderita OCD berugama Islam yang berbangsa Melayu.



Blasphemy : Lintasan Hati

Lintasan yang berupa kata-kata kufur seperti memaki, mengutuk Tuhan atau Nabi, mengatakan perkara-perkara yang tidak benar terutamanya yang berkenaan dengan keagamaan.

Lintasan ini berlaku pada bila-bila masa sahaja tanpa dapat dikawal oleh penderita.

Ianya berlaku dalam bentuk cetusan pemikiran atau idea yang tiba-tiba sahaja terkeluar dari minda penderita, (pop-up) terutamanya ketika penderita sedang ingin berfikir sesuatu yang baik seperti contoh:

A. Lintasan berbentuk peenambahan /menukarkan maksud

- Ketika sedang berzikir seperti: Alhamdulillah, (segala pujian hanyalah bagi Allah) penderita ingin memikirkan maksud zikir itu dengan tujuan menghayati zikir itu, tetapi dengan tanpa dikehendakki dan tak dapat dikawal, tercetus idea atau lintasan yang bertentangan dengan maksud sebenar kalimah zikir itu seperti"

-Segala hinaan/celaan hanya .....atau Segala pujian hanya bagi ........(nama lain selain Allah terutamanya nama musuh Allah)


B. Lintasan berbentuk pertanyaan / Keraguan

Ketika seseorang sedang membaca tentang perkara-perkara agama, atau sedang solat atau apa jua, dengan secara spontan (pop-up) akan tercetus keraguan atau persoalan yang memerlukan jawapan yang sangat jelas, terperinci dan berada diluar dari pengetahuan atau ilmu penderita, sehingga sukar untuk dijawab oleh penderita hingga menimbulkan kerisauan dan rasa bersalah pada penderita

Contoh: Membaca tentang rukun iman.

Pertama beriman kepada Allah ...datang persoalan,: betulkah Allah itu ada?

Penderita menjawab kembali : Astaghfirullah, Allah itu Ada

Idea berbentuk persoalan datang lagi: Kalau ada apa buktinya?

Penderita: (bagi yang ilmu tauhidnya tinggi masih dapat menjawab dengan ilmu yang ada tetapi masih akan muncul lagi persoalan sehinggalah mematahkan /mematikutukan penderita)

bagi yang baru sahaja ingin mendekatkan diri dengan ugama, terdiam kelu mencari jawapan dan akhirnya tenggelam dalam kerisauan, rasa bersalah kerana memikirkan mengapakah perkara sebegini berlaku dalam dirinya dan kehilangan semangat dan mood, hati menjadi lemah dan takut terutamanya takut telah menjadi kafir.


Inihanyalah sebagai contoh kecil yang dialami oleh beberapa orang penderita, dan sebenarnya gangguan lintasan hati ini datang dalam pelbagai bentuk dalam variasi yang pelbagai dengan tujuan yang satu:

Membuatkan penderita menjadi terganggu, resah dan was-was


Bagaimana dan mengapa gangguan lintasan hati ini boleh berlaku telah pun saya bincangkan dalam artikel POP-UP SYAITANIRRAJIM yang lalu.


Dalam artikel yang akan datang, insyaAllah saya akan berbincang tentang apakah KEBAIKAN / HIKMAH daripada gangguan lintasan hati ini.


InsyaAllah akan disambung





8 ulasan:

  1. Salam arjunasetia.
    Saya terbaca blog arjunasetia ketika saya sedang tercari cari jawapan kpd permasalahan saya iaitu ocd (blasphemy). Sblm terbaca blog arjunasetia ini saya langsung tidak mengetahui tentang blasphemy ini.
    Saya secara X sengaja/X sedar/lintasan hati (I don't know how to put it in a words) saya memaki Allah ketika saya sdg membaca Al-Quran. Demi Allah, saya X pernah terfikir untuk berbuat demikian.
    Saya mengalami kejadian tersebut pada Bulan Ramadhan (semalam), tetapi melalui tulisan arjunasetia, arjunasetia mengatakan ia adalah gangguan syaitan. Boleh arjunasetia terangkan kpd saya? Bukankah syaitan d belengu pada bulan mulia ini?
    Untuk pengetahuan arjunasetia saya mengalami gangguan saka yg d khabarkan kpd saya oleh beberapa org ustaz. Saya telah cuba berubat, tetapi saya tidak tahu sama ada berkesan atau tidak. Adakah ini berkaitan dgn mslh saya skrg?
    Tolong saya. Saya sangat runsing memikirkan hal ini. Sehinggakan saya berdoa kpd Allah untuk mencabut nyawa saya pada saat itu juga kerana takut saya mencari kafir. :'( :'(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk ikhtiar perawatan, sila hubungi saya di husnuzzonloa@yahoo.cim

      Padam
  2. Waalaikumussalam , cuba klik link di bawah ini, semoga jawapannya ada disini:

    http://husnuzzonloa.blogspot.com/2013/07/ocd-dan-ramadhan.html?m=1

    BalasPadam
  3. Salam..saya juga mgalami masalah ni da lama sangat..adakah saya berdosa besar....saya terlalu takut..

    BalasPadam
  4. Salam,saya su.sya mengalami ini hampir setahun...ia dtng bertubi tubi....kdng2x sya bca ttg ilmu islam dtng la perĂ saan y tidak diundang nie...lpastu sya dgar ceramah agama dtg jgk perasaan y mmg x patut la.....dn sekrng ia dh berkurang walapun kdng2x ia dtg jgk...kdng2x rasa letih nk lawan perasaan,pikiran dan hati ni...sya mula jdi masa sya sakit teruk...

    BalasPadam
  5. Assalammualaikum, menurut ustaz yang saya ikuti pengajian. didalam kalbu atau hati terdapat 2 yaitu malaikat rahma/rahmat dan seytan (Jin Qorin) yang memang diciptakan selalu mengikuti tiap kelahiran anak/cucu adam, kenapa syaitan ini selalu mengikuti dan dibuat oleh Allah, hal ini adalah karena doa syetan yang di kabulkan oleh Allah ketika di usir dari sorga yang memohon agar dirinya bisa leluasa hingga kiamat/ akhir jaman. Jin qorin ini memang di ciptakan tidak mempan ayat ayat kursi yang bisa membunuh jin jin selain qorin. jin qorin ini adanya di dalam hati jika seorang hamba lupa mengingat Allah. walau dalam hitungan detik. jadi kita harus melatih selalu berzikir kepada Allah. jika hati kita penuh dengan zikir maka Seytan lari terbirit birit dari hati. tapi selalu sedia untuk duduk lagi mencari tempat lowong di hati. dan jika dia bercokol di hati sulitlah mengusirnya... (baca surat alquran al annas) syetan selalu membisikan hati. sedang jika hati selalu terisi dengan zikir maka datang malaikat rahmat yang membisikan, contoh belum sholat maka akan di ingatkan hayo sholat diawal waktu, jika mau berbuat kejahatan maka ada yang mencegah. benginilah intinya yang diceritakan oleh ustaz tersebut. yg tentu saja klo ustaz dijelaskan dengan ayat ayat alquran. wassalamualaikum

    BalasPadam
  6. sy mgalami ini udh 5 th sy pun pernah mgira allah tak kan ampuni saya skrng sy merasa takut diri saya jadi kafir

    BalasPadam
  7. adakah hypnotherapy dibolehkan ?

    BalasPadam

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]