Sabtu, 17 Mei 2014

OCD : Memahami Lintasan Hati 1



Apakah itu Lintasan hati? Dengan cara bagaimanakah ianya menyerang penderita? Dalam artikel POP-UP SYAITANIRRAJIM (klik tajuk untuk membaca) saya telah berbincang tentang hasil kajian Dr. Aubrey Lewis, Pakar Psikiatrik dari London, tentang gangguan-gangguan yang dihidapi oleh penderita OCD. Salah satu diantaranya ialah:

BLASPHEMY

Bisikan (popup) yang berkaitan dengan perkara-perkara yang salah dan tidak benar tentang kepercayaan ugama dan ketuhanan. Ini termasuk perkara-perkara seperti was-was dalam ibadah fekah seperti wudhu, mandi wajib. Ianya juga selalu timbul dalam persoalan 'adakah Tuhan itu wujud', pop-up2 yang mengatakan perkara yang tidak benar tentang tuhan (mengikut kepercayaan agama penderita) dan lain-lain lagi.


Hari ini saya ingin memperjelaskan dengan lebih terperinci lagi tentang BLASPHEMY ini berkenaan dengan bagaimana atau apakah gangguan itu sendiri, kerana kategori inilah antara yang paling ramai dideritai oleh penderita OCD berugama Islam yang berbangsa Melayu.



Blasphemy : Lintasan Hati

Lintasan yang berupa kata-kata kufur seperti memaki, mengutuk Tuhan atau Nabi, mengatakan perkara-perkara yang tidak benar terutamanya yang berkenaan dengan keagamaan.

Lintasan ini berlaku pada bila-bila masa sahaja tanpa dapat dikawal oleh penderita.

Ianya berlaku dalam bentuk cetusan pemikiran atau idea yang tiba-tiba sahaja terkeluar dari minda penderita, (pop-up) terutamanya ketika penderita sedang ingin berfikir sesuatu yang baik seperti contoh:

A. Lintasan berbentuk peenambahan /menukarkan maksud

- Ketika sedang berzikir seperti: Alhamdulillah, (segala pujian hanyalah bagi Allah) penderita ingin memikirkan maksud zikir itu dengan tujuan menghayati zikir itu, tetapi dengan tanpa dikehendakki dan tak dapat dikawal, tercetus idea atau lintasan yang bertentangan dengan maksud sebenar kalimah zikir itu seperti"

-Segala hinaan/celaan hanya .....atau Segala pujian hanya bagi ........(nama lain selain Allah terutamanya nama musuh Allah)


B. Lintasan berbentuk pertanyaan / Keraguan

Ketika seseorang sedang membaca tentang perkara-perkara agama, atau sedang solat atau apa jua, dengan secara spontan (pop-up) akan tercetus keraguan atau persoalan yang memerlukan jawapan yang sangat jelas, terperinci dan berada diluar dari pengetahuan atau ilmu penderita, sehingga sukar untuk dijawab oleh penderita hingga menimbulkan kerisauan dan rasa bersalah pada penderita

Contoh: Membaca tentang rukun iman.

Pertama beriman kepada Allah ...datang persoalan,: betulkah Allah itu ada?

Penderita menjawab kembali : Astaghfirullah, Allah itu Ada

Idea berbentuk persoalan datang lagi: Kalau ada apa buktinya?

Penderita: (bagi yang ilmu tauhidnya tinggi masih dapat menjawab dengan ilmu yang ada tetapi masih akan muncul lagi persoalan sehinggalah mematahkan /mematikutukan penderita)

bagi yang baru sahaja ingin mendekatkan diri dengan ugama, terdiam kelu mencari jawapan dan akhirnya tenggelam dalam kerisauan, rasa bersalah kerana memikirkan mengapakah perkara sebegini berlaku dalam dirinya dan kehilangan semangat dan mood, hati menjadi lemah dan takut terutamanya takut telah menjadi kafir.


Inihanyalah sebagai contoh kecil yang dialami oleh beberapa orang penderita, dan sebenarnya gangguan lintasan hati ini datang dalam pelbagai bentuk dalam variasi yang pelbagai dengan tujuan yang satu:

Membuatkan penderita menjadi terganggu, resah dan was-was


Bagaimana dan mengapa gangguan lintasan hati ini boleh berlaku telah pun saya bincangkan dalam artikel POP-UP SYAITANIRRAJIM yang lalu.


Dalam artikel yang akan datang, insyaAllah saya akan berbincang tentang apakah KEBAIKAN / HIKMAH daripada gangguan lintasan hati ini.


InsyaAllah akan disambung





Jumaat, 16 Mei 2014

OCD Selepas Melahirkan (Meroyan)


Terdapat juga banyak kes OCD yang mana pengadunya menjelaskan bahawa mereka mengalami gangguan was-was selepas melahirkan anak. Sebelum melahirkan, mereka tidak pula mengalami gangguan was-was. Dalam masyarakat melayu, gangguan seperti ini lebih dikenali dengan nama meroyan.

Mentor/Guru OCD pertama saya yang banyak memberikan bantuan kepada saya dalam mengatasi OCD ketika diperingkat awal saya mengalami gangguan was-was ini juga mengakui bahwa dirinya sendiri mengalami gangguan was-was setelah melahirkan anak beliau yang pertama.

Meroyan dialami tidak kira golongan wanita mana pun, samada golongan profesional atau tidak. Meroyan ialah sejenis kemurungan atau kesugulan atau istilah perubatannya depression.

Sebenarnya terdapat 3 jenis kesugulan/kemurungan yg dihidapi oleh ibu selepas bersalin iaitu maternity blues, puerperal psychosis & postnatal depression.Ketiga2nya kelihatan hampir sama tetapi sebenarnya berbeza. Wanita selepas bersalin mungkin boleh mengalami salah satu dpdnya atau tiada langsung.


Maternity blues

Maternity blues adalah serangan singkat yg berlaku beberapa hari selepas bersalin terutama ketika emosi wanita tersebut dlm keadaan kacau.Kebanyakan ibu mengalami keadaan ini hanya utk seketika & ia dianggap normal & tidak memerlukan rawatan. Boleh dikatakan hampir kebanyakan ibu dlm pantang mengalami maternity blues. Terutama jika ibu dlm keadaan runsing & memikirkan yg bukan2.


Puerperal psychosis

Puerperal psychosis berlaku sebaliknya. Dlm 500 org wanita yg bersalin hanya seorg yg terdpt serangan puerperal psychosis. Tetapi sama spt maternity blues ia boleh dicetuskan oleh pergolakan biologi yg amat besar sebaik saja selepas melahirkan anak iaitu ketika jumlah hormon oestrogen & progesterone yg bertambah sebyk 200 (berkali ganda ketika mengandung) kembali kpd jumlah normal selama beberapa hari. Puerperal psychosis adalah sejenis gangguan psikiatrik utama yg memerlukan rawatan hospital.

Dlm kebanyakan kes, perubahan mood merupakan pokok penting mengenal puerperal psychosis. Seringkali perubahan ini membawa kpd ingatan yg tidak waras & gangguan perasaan. Ibu yg menghidap penyakit ini mungkin percaya bhw dia & bayinya adalah mangsa kpd cubaan satu pembunuhan. Dia sering diganggu oleh suara2 mengugut yg sebenarnya muncul dlm khayalannya. Tidak dinafikan ini merupakan pengalaman getir bagi diri si ibu & keluarganya.Namun begitu penyakit ini boleh dirawat melalui pengambilan pil2 tertentu atas nasihat doktor & si ibu mungkin boleh pulih spt sediakala.



Postnatal depression


Postnatal depression ternyata berbeza dpd kedua2 penyakit di atas. Ia jarang berlaku tetapi 50 kali lebih byk menyerang si ibu berbanding dgn puerperal psychosis. Ia boleh berlaku bila2 masa dlm jangka masa sebulan atau 2 bulan selepas melahirkan atau ketika si ibu masih dlm rawatan.

Wanita yg mengalaminya seringkali menghadapi masalah sukar tidur (IMSOMNIA) & sentiasa kepenatan. Mereka kerap merasa tegang, rendah diri & sakit hati. Akibat dari Imsomnia ini akan mengakibatkan keseimbangan Neotransmiter Serotonin menjadi rendah dan berkemungkinan akan menyebabkan OCD. Mereka bukan saja menjauhi seks malah membenci suaminya. Malang kebanyakan ibu yg mengalami postnatal depression tidak menyedarinya sbg satu penyakit.Begitu juga dgn suami & ahli keluarga. Suami mungkin menganggap isteri berubah laku bukan kerana penyakit postnatal depression tetapi semulajadi.Akibatnya penyakit tersebut berlarutan tanpa sebrg rawatan.

Situasi akan menjadi lebih buruk jika suami tidak memahami keadaan isteri yg mengalami postnatal depression. Mereka mungkin bertindak menjauhkan diri dpd isteri dgn pulang lewat atau mencari kekasih baru. Alasannya kerana tiada ketenteraman di rumah disbbkan isteri suka marah2 & berleter tanpa sebab. Ini akan mengakibatkan isteri lebih tertekan & menghadapi gangguan jiwa yg lebih hebat.

Masalahnya postnatal depression lebih teruk dpd masalah kesugulan yg lain tetapi ia kurang difahami. Ibu yg mengalaminya berjaga malam di kala anak sedang lena tidur. Malah dia tidak menikmati rasa rehat sekalipun bayi tidak dlm pangkuannya. Tiada langsung rasa kegembiraan menimang cahayamata sebaliknya merasa hanya kerja yg sukar, memenatkan & membosankan.

-Sokongan Emosi Orang Terdekat-

Tidak byk kajian yg dilakukan ke atas punca2 berlakunya kesugulan ibu selepas bersalin. Walaupun ada kajian yg mengatakan perubahan hormon merupakan punca berlakunya postnatal depression namun ia hanyalah faktor kecil di samping beberapa faktor penyebab yg lain. Seseorg ibu yg cenderung berasa kecewa, sentiasa muram & bimbang juga menjadi punca berlakunya postnatal depression.

Begitu juga wanita yg belum bersedia menimang cahayamata tetapi terpaksa memilikinya juga cenderung mengalami masalah ini. Waktu dlm pantang, ibu mudah rasa tertekan kerana kehadiran bayi memerlukan ibu berjaga malam. Ada waktunya keletihan menjadikan ibu mudah tertekan. Oleh itu, penting bagi bakal ibu mendpt sokongan moral & emosi yg kuat dpd seseorg khususnya
org terdekat spt suami & pada saat2 menimang cahayamata & selepas bersalin.Ini kerana sokongan & bantuan suami adalah penawar yg paling mujarab ke arah kestabilan emosi siisteri.

Harus difahami bahawa ibu yg mengalami postnatal depression biasanya disbbkan rasa kecewa kerana menyedari keadaan selepas menjadi ibu tidak spt yg diharapkan. Sebelum mempunyai anak mereka membayangkan bahawa kehidupan selepas mempunyai anak tentunya lebih indah kerana dikelilingi oleh anak yg sihat & comel. Kebanyakannya terpengaruh dgn cerita2 di majalah tentang
kehidupan bahagia dikelilingi anak, menjadi ibu yg sukses & mempunyai suami yg memahami & membantu tugas2 rumah.

Malangnya apabila mereka mengalami sendiri dlm dunia kenyataan, keadaan berlainan. Apa yg dibayangkan & digambarkan melalui majalah menjadi sebaliknya. Mereka tidak melaluinya dgn mudah. Ini merupakan satu kejutan yg mengganggu emosi & fikiran tersebut. Mereka tidak dpt mengawal emosi ketegangan ini akan mudah mengalami postnatal depression.

Bagi bakal ibu, persediaan paling penting sebelum menimang cahayamata adalah persediaan emosi & mental yg kuat. Selain dpd pengetahuan mengenai perawatan bayi, bakal ibu juga perlu tahu mengenai kesihatan diri sebelum & selepas bersalin di samping bersedia utk menerima kemungkinan buruk selepas kelahiran.

Credit to: Nurul Nadiatul Ulfa, My Diaries
Disesuaikan dari artikel Meroyan dan Bentan Selepas Bersalin (klik untuk membaca)



Khamis, 15 Mei 2014

OCD dan H2O = (AIR)



Saya terganggu dengan AIR...saya was-was bila AIR basuhan terpercik ke dinding dan terpercik semula pada badan saya, saya sangat TENSION bila berada di bilik AIR terutama untuk berwudhu dan mandi hadas, Saya resah memikirkan kalau-kalau AIR dilantai bilik AIR tercampur dengan najis...saya bimbang basuhan tanpa AIR yang mengalir,... Apakah AIR basuhan dengan mesin basuh itu membersihkan ?...Air...air...airrrrrrrrrrrrrrrrrr

AIR...AIR...AIR.....

AIR itu masalah besar? Air itu menyusahkan? Bersuci menggunakan AIR itu sesuatu yang sangat MENYUSAHKAN?


Lalu tanyakan kembali kepada diri anda:

1. Siapakah yang Menciptakan AIR?
= Allah SWT

2. Siapakah yang Menciptakan Manusia?
= Allah SWT

3. Siapakah yang Menetapkan Hukum Bersuci bagi Manusia adalah dengan Menggunakan AIR?
= Allah SWT


Dan AIR ini amat dirasakan SUSAH dan SUKAR untuk dibuat bahan bersuci? AIR seumpama tidak relevan bagi kehidupan manusia? Sedarkah apa yang anda lakukan selama ini? Sedarkah APA MAKSUD DARI TANGGAPAN ANDA TERHADAP AIR SELAMA INI? Sedarkah bahawa dalam diam, syaitan yang direjam telah membuatkan anda bagaikan:

Menganggap Allah itu tidak bijak dalam penciptaan-penciptaanNya?

Menganggap Allah itu tidak bijak dalam mengatur perlaksanaan hukum untuk hambaNya?

Dan menjadikan hukum yang ditetapkan itu SANGAT SUKAR dilakukan, iaitu ertikata lain, SUKARNYA MENJADI MUSLIM?


Astaghfirullahaladzim, ..istighfar, wahai OCDian, terutama penghidap washer dan blasphemy, sedarilah, bahawa ini semua hanya tipudaya dan tektik iblis dan kuncu-kuncunya untuk menyesatkan serta menjadikan manusia iyu syirik kepada Allah, WALAUPUN TANPA ANDA SEDARI.

Sememangnya anda tak pernah terfikir untuk bersangka buruk pada Allah,

Sememangnya anda tak pernah terfikir untuk syirik kepada Allah

Anda hanya ingin melakukan amal ibadah kepada Allah dalam keadaan SAH, SEMPURNA, di DITERIMA oleh Allah. Tetapi TANPA anda sedari, apabila anda menjadikan AIR (penciptaan Allah) itu seolah-olah menyukarkan anda untuk beribadah, adalah sama seperti anda seolah-olah MENIDAKKAN Sifat Allah YANG MAHA BIJAKSANA. Sekiranya sifat air yang terpercik itu benar-benar tidak sesuai untuk dibuat bersuci, sudah tentulah Allah akan menciptakan AIR dalam bentuk lain, tetapi TIDAK!, Sifat AIR sememangnya terpercik, mengalir dan sebagainya itu adalah kerana ianya adalah amat sesuai dan paling relevan sebagai bahan bersuci dan diciptakan khas oleh Allah untuk kegunaan manusia!

Maksud Firman Allah:

Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki, dan jika kamu junub maka mandilah, dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air (kakus) atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayamumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur. (QS Al-Maidah : 6)



Tahukah anda betapa hebatnya AIR itu?

Dalam surah al-Anbiya' ayat 30 Allah berfirman,

"Apakah orang-orang kafir itu tidak mengetahui langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu kemudian kami pisahkan antara keduanya. Daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup".

Ayat ini menjelaskan mengenai dua perkara penting. Pertama mengenai asal-usul kejadian langit dan bumi yang pada asalnya bercantum padu, kemudian dipisahkan antara kedua-duanya. Hal ini adalah selari dengan kejadian BIg Bang yang berlaku lebih kurang 14 bilion tahun dahulu. Kedua, ayat ini menjelaskan mengenai hakikat kehidupan air adalah asas bagi segala kehidupan. Tanpanya hidupan tidak wujud sama sekali.

Ia juga terdapat dalam surah an-Nur ayat 45 yang bermaksud,

"Allah mencipta kesemua jenis haiwan daripada air."

Mengikut BBC News dalam segmen Science and Nature (Space) bertarikh 27 Mei 2006, pakar-pakar biologi bersepakat air adalah asas kepada kehidupan. Tanpanya, kehidupan tidak boleh wujud dan sekiranya ia wujud, ia tidak boleh berterusan tanpa air.

Oleh itu, kepada para OCDian yang mengalami masalah was-was tentang bersuci ini, dapatkanlah keterangan dan ilmu yang BETUL dan TEPAT dari para alim-ulama' tentang bab-bab Fekah dan Taharah. Jangan memandai-memandai membuat hukum dan andaian sendiri. Selain itu, berikhtiarlah supaya penyakit was-was anda itu sembuh kerana sesungguhnya, tiada penyakit yang Allah turunkan melainkan mempunyai Ubat/Penawar disampingnya kecuali Mati.




Wallahuaklam










Receiving Steps: PENUHILAH



..........."And of every thing We have created pairs: That ye may receive instruction."(Adz-Dzaariyat : 49)

Tengku Safiya seorang pengarah berjawatan tinggi dalam sebuah firma kewangan. Usia mudanya banyak dihabiskan dengan menyambung pengajian demi pengajian sehingga keperingkat yang tinggi. Baginya, belajar bukanlah tiket utama untuk mendapat pekerjaan yang baik, tetapi belajar baginya adalah untuk kepuasan. Obsesinya pada menuntut ilmu membuatkan dia bagaikan terlupa memikirkan soal jodoh.

Sehinggalah setelah menjawat jawatan dan kedudukan yang tinggi, memiliki kediaman dan segalanya dari hasil usahanya sendiri, barulah dia menyedari akan hakikat keterlewatannya untuk kearah berkeluarga dengan usia yang telah mencecah pertengahan 30'an itu.,

"I have miss the boatlah, tak ada orang nak kat I lagi" jelasnya ikhlas. Apatah lagi dengan kedudukannya dan juga memiliki darah diraja, tentu sahaja tak ramai lelaki yang berani untuk cuba mendekati dirinya, walaupun pada hakikatnya, dia yang aku kenali adalah seorang yang merendah diri, taat beragama dan berbudi bahasa.

"I tak kisah pun pada karier dan harta benda lelaki tu, asalkan dia seorang yang dapat membawa I untuk mendekatkan diri pada jalan Allah dalam ertikata yang sebenarnya, itulah yang paling penting sekali. Sekarang ni nak pergi wedding invitation pun dah malu, Orang asik bertanya, bila lagi? bila lagi? Kadangkala my staff kahwin pun I serba salah nak pergi" Terus terang dia meluahkan isi hatinya.

Beberapa bulan kebelakangan ini Tengku Safiya telah mula mempraktikkan kaedah Hukum Daya Tarik sebagai ikhtiar mendapatkan jodoh. Sebenarnya dia tertarik dengan artikel "Saya dah terfikir nak bunuh diri" dan ingin mencubanya sebagai ikhtiar. Oleh kerana dia telah memiliki kediaman sendiri, impiannya adalah jika beroleh jodoh, dia ingin suaminya tinggal dikediaman yang dimilikinya kerana dia amat sukakan senario persekitaran kediamannya itu. Untuk ke pejabat pun dirasakan telah selesa.

Setelah beberapa ketika, nampaknya ikhtiarnya masih belum menampakkan sebarang tanda-tanda positif, tetapi sebagai seorang yang terpelajar dan sememangnya datang dari keluarga yang terdidik dengan sikap positif, dia bukanlah seorang yang mudah mengalah apatah lagi untuk bersangkaan negatif.

"Apalagi agaknya, komitmen yang perlu I lakukan? Ada ke apa-apa Receiving Steps yang I terlepas pandang?

Setelah beberapa post mortem dijalankan, didapati gaya hidupnya melambangkan seorang yang "bagai ingin hidup sendirian". Set katil dalam bilik utamanya masih lagi katil single, perabot dan peralatan rumah kebanyakannya bercirikan "I am a single person". Malah garaj keretanya pun hanya diperuntukkan untuk 2 buah kereta milik dirinya sahaja. "Kalau U kahwin, husband U nak letak kereta dia kat mana?"

Mungkin inilah Receiving Steps yang perlu dilakukan perubahan. Maka dia berusaha menukar segala perabot dan hiasan dalamannya dari bercirikan "single" kepada "Hidup berpasangan". Malah garaj keretanya diubah suai dan dibesarkan untuk kegunaan "suaminya" kelak. Wang bukanlah masalah bagi orang sepertinya.

Waktu terus berlalu dan Tengku Safiya masih bersendirian . Pun begitu dia tak berputus harapan, Kehidupannya dijalani seperti biasa. Baginya, jodohnya pasti akan diketemukan ketika masanya sesuai. Dia tetap berdoa dan membuat afirmasi tanpa rasa bosan atau kecewa. Syukurlah dia seorang yang sangat positif, tabah dan kuat semangat.

"Ahad depan ni I rasa serba-salah sangat. Ada wedding Invitation, Cousin I kahwin. Tak taulah nak pergi ke tidak. Memang tak nak pergi pun, tapi kalau tak datang nanti, mama dgn papa I pulak kecil hati."


Okla, I nak tanya sikit

Ok. Go on

Apa doa U?

Ya Allah, Berikanlah diriku jodoh lelaki soleh dan baik yg mampu menambah ketaatanku padaMu sebelum usiaku 40 tahun.

Apa affirmasi U?

Dengan Izin Allah, aku mempunyai jodoh dalam masa terdekat ini.

Tapi U tak suka memenuhi undangan perkahwinan?

Mmmm..sort of

U benci majlis perkahwinan?

Bukan benci, I gembira lihat orang lain mendapat jodoh, cuma hati I sebak dan sedih, I manusia biasa, sekuat mana pun I ni tetap ada emosi.

Ya, I faham, tapi apabila U menjauhi undangan perkahwinan, seolah-olah ianya memberi penegasan bahawa U ingin dijauhi oleh perkahwinan, semacam afirmasi oleh U sendiri. Afirmasi bukan cuma terletak pada kata-kata yang U lafazkan, tetapi lebih kepada perasaan yang u getarkan, Its not so much about what U think about, It is more about whats U feels about.

Ops...(buat muka rasa bersalah)

Agaknya, u boleh ingat tak berapa banyak undangan perkahwinan yg u tak penuhi?

eeuu..adala banyak..more than 40 invitation kot

Ok nak tambah sikit lagi, and this is very important

Ok

Nabi SAW pernah bersabda;

Apabila seorang daripada kamu diundang menghadiri majlis pernikahan, maka hendaklah dia menghadirinya" (HR Bukhari dan Muslim)

dan sabda baginda lagi:

"Seburuk-buruk hidangan makanan ialah hidangan walimah yang hanya menjemput orang kaya sahaja sedangkan orang mkiskin tidak dijemput. Dan sesiapa yang tidak memenuhi undangan pernikahan, maka dia menderhakai Allah dan Rasulnya" (HR Imam Muslim)

Subhanallah! I tak tahu..Astagfirullahaladzim

Sekarang U dah tau, I dah bagitau. Kesimpulannya, memenuhi undangan perkahwinan itu adalah WAJIB, kecuali beberapa keadaan, jika U ada keuzuran yang menyebabkan u tak dapat datang, hujan dan tak berkenderaan, atau U ada jemputan lain terlebih dulu. Itu pun kalau U mampu penuhi kesemua undangan, eloklah U penuhi juga. Bukan U tak ada kenderaan.

...(diam berfikir)

I rasa inilah kot Receiving Steps yang U terlepas pandang...wallahuaklam

Tengku Safiyah akhirnya mencari kekuatan untuk memenuhi juga undangan perkahwinan sepupunya



..............


Petang itu dengan wajah yang berseri-seri dan senyum lebar yang tak dapat ditahan walau pun cuba dikontrolnya, dia menyerahkan kad undangan perkahwinannya padaku.

Wajib datang tau bro....


Tengku Safiyah akhirnya mencari kekuatan untuk memenuhi undangan perkahwinan sepupunya dan menjadi asbab, dimajlis perkahwinan itu, dia telah diperkenalkan oleh sepupunya dengan Syed Mustakim yang kini telah pun menjadi suaminya......


....dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ianya tidak baik bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Maksud Firman Allah, QS Al-Baqarah : 216)




Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]