Rabu, 24 Disember 2014

Suffer The Pain Of Discipline Or Suffer The Pain Of Regret


Antara perkara penting yang perlu aku tanya pada diri aku sendiri adalah nak rasa sakit sekarang atau sakit kemudian. Apa yang dimaksudkan dengan sakit sekarang? Dan apa yang dimaksudkan dengan sakit kemudian?

Melalui penderitaan akibat disiplin adalah sakit sekarang dan penyesalan adalah sakit kemudian. Sudah tentulah sakit berdisiplin adalah lebih baik dari sakit menyesal. Sebab apa?

Derita akan penyesalan memakan diri kita secara mental dan spritual. Kita akan hilang kekuatan dalaman serta jati diri sekiranya kita banyak menderita penyesalan.

Contohnya kita sudah merancang malam ini aku akan buka buku dan study. Tetapi pada waktu itu ditakdirkan Allah swt, perasaan malas menjalar di seluruh pelusuk tubuh. Waktu itu kita berperang dengan nafsu sendiri.

Kita tahu sekiranya kita tidak study dan melayani perasaan malas, kemungkinan besar kita akan gagal dalam peperiksaan. Dan gagal itulah yang akan mendorong kita kepada derita penyesalan.

Tetapi sekiranya kita study jugak, kita akan menderita akibat melawan perasaan malas dan hawa nafsu. Itulah yang dikatakan sakit berdisiplin. Disiplin dengan perancangan study yang kita telah lakarkan sebelum itu.

So, mana yang lebih baik?

Sudah tentulah sakit disiplin itu lebih baik dari sakit menyesal. Sebab apa?

Sebab sakit disiplin itu adalah sakit yang membina. Sakit yang mengajar erti ketabahan, kesabaran dan kecekalan. Ramai tokoh-tokoh yang hebat-hebat telah melalui jalan disiplin ini.

Changing your lifestyle maybe uncomfortable at times, but remember the end result: a happier and healthier :)

Jadi pergilah..pergilah keluar dan rasailah sakit..sekarang..sebelum engkau merasai sakit kemudian..


COPYPASTE DARI: MINDA HUSNUZZON

Mengapa kadang-kadang aku alim, kadang-kadang aku zalim


Hidup ini kita tidak boleh nak kata, banyak sebenarnya benda yang kita tidak tahu, melainkan Allah swt yang mengetahui rahsianya. Sungguh banyak benda yang kita tidak jangka sama sekali berlaku dalam kehidupan ini.

Ada manusia yang malamnya kuat beribadah, tapi siangnya kecundang dengan penangan hawa nafsu dan maksiat. Ada yang kita lihat dulunya dia sangat kuat berdakwah, suka menasihat, kuat tarbiahnya, kuat amalannya, namun pada hari ini gugur entah ke mana.

Benda ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, hatta iblis yang dahulu terkenal di kalangan malaikat sebagai hamba Allah swt yang soleh dan dekat dengan Allah swt, namun apabila Allah swt menghendaki sesesorang hambaNya sesat, tiada siapapun yang dapat menghalang apatah lagi manusia biasa yang sangat lemah.

Oleh itu, istiqamah benda yang sangat ajaib sekiranya dapat dilakukan. Sehinggakan amalan kecil sekiranya kita istiqamah melakukannya mampu mengatasi amalan-amalan yang hebat dan besar. Sebab itu Islam menganjurkan kita bersederhana dalam beribadat dan tidak gopoh untuk mencegah penyakit futur.

Diriku sendiri pun pernah mengalami dan merasai sendiri putaran roda dalam kehidupan ini. Ada masanya diriku sungguh kuat beramal ibadah sehinggakan syaitan dan nafsu juga tidak mampu menghalang ibadatku. Amalan-amalan wajib, sunat kesemuanya ku pulun perabis. Itu cerita saat diriku tengah kuat. Namun bak kata pepatah Melayu, "ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari."

Namun, sebagai manusia biasa, ada masa kita akan lemah. Itu adalah perkara normal dalam kehidupan ini. Saat itu, aku jatuh terduduk, tersembam dan kekuatanku seperti dipijak-pijak oleh sesuatu yang amat berat. Syaitan dan konco-konconya sudah tentu berpesta melihat keadaanku yang sangat lemah. Tiada tempat mengadu selain Allah swt. Walaupun dalam keadaan berat dan malas, aku gagahi juga bersujud memohon pertolongan. Allah swt lah sebaik-baik wakil dan penjaga.

Aku merasai sendiri betapa peritnya untuk bangkit semula apabila diri telah 'down'. Untuk bangun semula bukanlah sesuatu yang mudah kerana diri telah terluka dengan sangat teruk. Namun, apabila difikir-fikir semula, ada sebab dan hikmah mengapa Allah swt merasakan kepada hamba-hambaNya situasi seperti itu. Di kala itulah kita mula menghisab dan muhasabah semula apa yang perlu dipelajari di saat kita lemah. Namun, apabila kita serahkan urusan hidup kita kepada Allah swt dan kita bertawakal kepadaNya, nescaya Allah swt tidak akan meninggalkan kita begitu sahaja. Akan ada pertolongan daripada Allah swt melalui pelbagai cara dan kaedah.

Entry ini saya tulis untuk mengingatkan diri ini betapa bahayanya penyakit futur serta wabak-wabak yang akan mengikuti di sepanjang medan dakwah. Penyakit-penyakit ini sekiranya tidak dicegah dan dirawati sebaik mungkin akan membahayakan gerakan dakwah. Betapa ramai yang tergelincir, terus merajuk dan tidak mahu lagi bangkit. Betapa ramai yang tersembam mengharapkan huluran bantuan sahabat-sahabat, namun tiada siapa sudi menghulurkan tangan membantu. Tidak kurang juga yang menghilang tanpa khabar berita, sehingga menjadi lebih teruk daripada mad'unya dahulu. Nauzubillah..

Janganlah kita sesekali merasa takabbur dengan kekuatan sementara yang Allah swt pinjamkan. Janganlah sesekali kita memandang rendah kepada orang yang sedang merangkak dalam memperjuangkan agama Allah swt ini. Hari ini hari kita, dan belum tentu hari esok hari kita.

Dan kepada mereka yang lemah semangat, merasakan diri tidak bernilai di mata manusia, janganlah sesekali putus asa dari rahmat Allah swt. Allah swt senantiasa membukakan pintu keampunan dan rahmat kepada hambaNya. Mohonlah kepadanya di sepertiga malam terakhir memohon kekuatan dan dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah :)

COPYPASTE DARI: MINDA HUSNUZZON


Isnin, 22 Disember 2014

LAWAN KE LAYAN?


Bismillahirrahmaanirrahim

Nak lawan was-was? Nak lawan OCD? Mana boleh lawan, setiap kali kita nak LAWAN maknanya kita LAYAN. Bila kita layan, ia makin membesar, dan kita makin sakit, makin hanyut dalam dunia serba tak kena. Kita boleh ignore, macamana nak ignore? : PILIH LAH untuk tidak melayan langsung apajua desakan dan bisikan itu. Kita sebenarnya normal, bukan sakit. Tapi kita seolah berada dalam mimpi yg tidak sedar-sedar. Pilih untuk sedar, jaga, bangun dan jadi 100 peratus normal.

Sering kita dinasihat dan ditegur oleh orang yg kita mengadu tentang masalah was2 dan ocd supaya : Kau mesti LAWAN was2 itu. Kau kena kuat utk LAWAN! ~ hakikatnya, ini adalah cara nasihat dan teguran yg SILAP dan TIDAK membantu. Mengapa?

Kerana untuk melakukan sesuatu tindakan itu, minda separa sedar kita perlu benar2 MEMAHAMI arahan yg diberikan. Memgenai perkataan LAWAN, apa yg dapat difahami oleh minda penderita OCD ialah sebuah pertarungan, perlawanan. Apa yg secara spontan kita bayangkan ialah perlawanan umpama perlawanan kungfu, silat dan sebagainya. Jadi, bagaimana untuk bertarung ala kungfu dgn gangguan OCD? Kita tak akan mampu melawannya dgn secara fizikal kerana ianya bukan serangam fizikal.

Terma yg dapat difahami oleh Minda sangat penting untuk melakukan tindakan yg sewajarnya.

Mari kita gunakan terma yg lebih tepat dalam usaha kita menangani gangguan OCD dan Was2 seperti;

Kau perlu memilih untuk TIDAK BERPIHAK kepada perasaan was2 itu. Kau perlu degilkan diri untuk TIDAK MEMIHAK kepada idea2 OCD yg berulang2 itu.

Ulangkan arahan ini berulangkali sehingga minda separa sedar kita benar2 faham sehinggalah kita akan mampu untuk memilih untuk TIDAK BERPIHAK kepada idea was2 itu.

Mengapa dgn beraninya saya katakan "kita mmg ada pilihan dan kekuatan"?

Kerana kita semua tahu bahawa Allah menguji mengikut apa yg hambaNya MAMPU. Mengapa ada ramai orang diluar sana yg tak kena ocd? Kerana mereka tidak dilahirkan dgn kemampuan dan kekuatan untuk mengatasi ocd. Untuk apa Allah menguji kita dgn ocd jika Allah memang tahu yg kita ini tak ada kekuatan dan kemampuan untuk mengatasi ocd? Maka oleh kerana kita mmg dilahirkan dgn satu kekuatan luarbiasa yg tiada pada org lain, iaitu kekuatan mengatasi ocd, maka kita pun diuji. Cuma sekarang, kita tak mahu percaya yang kita mampu mengatasinya sedangkan kita boleh.

Maksud firman Allah:

Allah tidak MEMBERATKAN seseorang melainkan apa YANG TERDAYA olehnya. ia mendapat pahala kebaikan yg diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yg diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan Yang berat sebagaimana yg telah Engkau bebankan kepada orang-orang yg terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yg kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yg kafir". (QS Al-Baqarah:286)

Ambil contoh mudah ini :

Dalam rancangan astro, seorg lelaki tua di kelantan yg buta matanya bekerja menjaja buah-buahan dgn mengayuh basikal manakala isterinya yg cacat anggota kaki mengawal handle basikal. Mereka mengayuh basikal berbatu2 merentasi bandar dan kampung setiap hari tanpa masalah.
Apabila wartawan astro cuba mengayuh basikal dgn mata ditutup, dan handle dikawal oleh wartawan astro yg lain, ternyata mereka tidak mampu mengayuhnya dgn mudah sepertimana pak mat yg buta dan isterinya.

Mengapa ya?
Kerana pak mat dan isterinya diuji dgn keadaan sedemikian, TETAPI mereka dibekalkan dgn KEMAMPUAN dan ketabahan menghadapinya. Hal ini tidak ada pada wartawan astro itu, wartawan itu tidak dibekalkan dgn KEMAMPUAN yg ada pada pak mat dan isterinya, kerana itu mereka tak mampu melakukan aktiviti yg dijalankan oleh pak mat dan isterinya.

Beginilah perbandingan tentang kemampuan dan kekuatan yg ada pada KITA, penderita OCD yg tak ada pada orang lain yang bukan penderita ocd, TETAPI kita tak sedar kemampuan dan kekuatan kita ini. Carilah, sedarlah, hidup ini adalah adil dan indah untuk semua kita, pilihlah apa yg sepatutnya kita pilih. Allahu Akbar!!!

Selamat berusaha, inshaa Allah, semoga Allah membantu kita semua.

Isnin, 8 Disember 2014

Mengejar Pelangi

Assalamualaikum,

Diam tak diam, dah 5 tahun rupanya berblogging, tak sedar masa berlalu begitu cepat. Aku pun dah makin jarang menulis, jarang menjengok blog ini, kesian, dah naik bersawang dah. Mungkin akhir-akhir ini aku sibuk mengejar pelangi yang akhirnya tiada apa-apa hasil.

Ketika dulu, blog inilah yg menemaniku setiap hari bila kesepian, tapi bila aku gembira, aku seolah melupakan blog ini. Kini aku kembali menjengah, dan kau tetap setia menemaniku.

Banyak sungguh perkara dan peristiwa yg ku lalui akhir-akhir ini. Namun kuanggap segalanya adalah sebagai ujian dan pengalaman untuk ku supaya lebih matang. Terimakasih Ya Allah atas pelbagai pengalaman berharga yang Kau izinkan untuk kurasai.....

Rabu, 5 November 2014

Husnuzzonbillah


Daripada Jabir ra berkata, beliau mendengar Nabi SAW bersabda 3 hari sebelum baginda wafat:

"dan janganlah seseorang daripada kamu mati, KECUALI sentiasa dalam keadaan bersangkabaik kepada Allah"
(HR Muslim)

Allah tak pernah kekalkan malam tanpa siang.
Allah tak pernah kekalkan hujan tanpa panas.
Allah tak pernah kekalkan tangisan tanpa ketawa.

Begitu juga sedih, Allah takkan kekalkan sedih tanpa gembira.
Bersangka baiklah dengan Allah.

Allah akan kurniakan sesuatu yang baik juga.
Allah tak pernah menzalimi hambaNya.
Dan janganlah kamu menzalimi diri kamu sendiri.
Tersenyumlah dalam menghadapi hari-harimu.

Belajar 'Melepaskan'


Kadangkala, seseorang itu dibawa masuk ke dalam kehidupan kita hanyalah sebagai ujian untuk mendidik kita supaya belajar 'How To Let Go'/ Melepaskan dengan ikhlas kerana Allah.

Mencintai orang lain,bertunang dengan orang lain, nikah dengan orang lain..sebagai manusia kita hanya mampu merancang dan berdoa untuk memiliki apa yang kita inginkan, tetapi kita kena tahu kadangkala keinginan kita tak seindah pilihan ALLAH namun itulah pilihanNYA yang terselit beribu kebaikan yg akan membawa pada KEBAHAGIAAN..

Pendamkanlah rasa cinta itu, kuburkanlah, simpan di suatu kotak kemudian kunci rapat-rapat dan letakkan kotak itu di sudut tergelap yang ada di hatimu.

Kita harus yakin, Allah paling tahu apa yang terbaik bagi kita.

Dia pasti akan mempertemukan kita dengan orang yang memberikan kebahagiaan seperti yang kita angankan. Bahkan mungkin lebih dari yang kita harapkan.

Anggap sahaja ini sebahagian dari liku-liku kehidupan.

Suatu hari nanti, sewaktu kita telah berkahwin dengan orang lain – bukan dengan si dia yang kita idamkan, percayalah kita akan takjub dengan kebahagiaan yang kita rasakan.. :')

Selasa, 4 November 2014

Bila Diri Tertimpa Musibah



Musibah selalu di identitikan sebagai kesusahan. Padahal, kesenangan yang dirasakan nya pada hakikatnya musibah juga. Dengan musibah, Allah hendak menguji sesiapa yang baik amalnya.

Kami membuatkan segala yang di bumi untuk perhiasan baginya, dan supaya Kami menguji siapa antara mereka yang paling baik dalam amalan.
(Al-Kahfi: 7)

Berdoalah kepada Allah apabila ditimpa sesuatu keadaan yang dirasakan amat sukar dihadapi dan difahami. Paling penting ialah JANGAN SESEKALI BERSANGKA BURUK KEPADA TAKDIR ALLAH sepertimana Hadis Nabi SAW:

Rasulullah SAW bersabda, yang ertinya:

“Jangan sekali-kali salah seorang di antara kamu mati, kecuali dalam keadaan berbaik sangka kepada Allah.” (HR: Muslim).


Slain dari itu, musibah juga akan menghapuskan dosa-dosa lalu seperti diterangkan pula dalam sebuah hadis, Abu Hurairah ra berkata, bahwa Nabi S.A.W bersabda,

“Tiada apapun yang menimpa seorang Mukmin berupa bencana dan menderita kesusahan, kecuali semua itu menjadi sebab untuk menghilangkan dosa dosanya.” (HR Bukhari dan Muslim).



Firman Allah:

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.."
(Surah Al-Hadid: 22-23)

Jumaat, 31 Oktober 2014

Zikir Dari Kajian Sains


Ketahui kelebihan berzikir dari sudut sains

Otak sebenarnya ialah satu himpunan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi secara sempurna.
Ketika otak berfungsi, berlaku perubahan kimia di dalamnya yang melibatkan pergerakan ion-ion atau atom-atom yang membawa cas. Setiap hari empat belas juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan enam belas juta saraf tubuh yang lain.

Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Ukuran isyarat otak yang terhasil daripada aktiviti elektrik yang dapat dikenal pasti melalui kaedah electroencephalography (EEG).

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah S.W.T seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat daripada perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir otak tidak sebegini. Otak yang segar dan cerdas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Kajian dilakukan di University of Washington dengan menggunakan ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang kali, aktiviti saraf otak merebak ke kawasan-kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.

Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Jika ia mengaitkan tentang kecerdasan otak, maka betullah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Orang yang berzikir kepada Allah S.W.T ditengah-tengah orang yang lalai ibarat sebuah pepohonan yang hijau ditengah-tengah pepohonan yang kering.”

Wallahuaklam.

Sumber: tajdidislam.blogspot. com (Ketahui kelebihan berzikir dari sudut sains).

Rabu, 1 Oktober 2014

Maafkan.....(1)

Maafkan 1


Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) antara perbuatan baik (positive approach) dan perbuatan jahat (negative approach). Tolaklah kejahatan dengan cara yg lebih baik maka apabila engkau berbuat demikian, orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang SAHABAT KARIB.

(Al-Fussilat: 34)


“Jiran sebelah rumah emak saya dikampung tu memang dah lama tak bertegur sapa dengan keluarga saya. Selisih faham akibat perkara remeh temeh je pun sebenarnya, Tapi diam tak diam dah lebih 10 tahun. Dah macam musuh tradisi pulak.”

Semenjak saya kena penyakit OCD ni, banyak perkara saya belajar, antaranya maafkan orang lain, maafkan, maafkan. Itulah pada suatu malam tu, saya terkenang hal jiran kampung ni, sedangkan dalam Islam, hak jiran dalam lingkungan radius 40 buah rumah dari rumah kita, inikan pula sebelah rumah. Malam tu dalam solat tahajud saya mengadu pada Allah tentang gangguan OCD ni, dan disamping tu saya bertekad seikhlas mungkin memberikan kemaafan pada seluruh ahli keluarga jiran saya di kampung tu.

Selang hujung minggu itu saya pulang ke kampung nak menjengok emak dan ayah. Sampai di kampung dah lewat senja. Lepas isya, saya tertidur keletihan. Tak dapat nak berbual panjang dengan orang tua.

Esok pagi selepas sarapan, saya terniat nak bersihkan belakang rumah mak yg dah bersemak tu, dulu masa ayah masih kuat memang bersih je laman belakang tu. Sekarang ni ayah dah tak berapa larat sangat. Biasalah, sihat-sihat orang tua. Saya pula jarang sangat balik kebelakangan ni kerana urusan kerja yang mendesak. Ketika saya mengasah parang, tiba-tiba terdengar suara member salam:

“Assalamualaikum Pak Ya”

“Waalaikumussalam…..” Saya menjawab, Berderau darah saya. Pakcik Mud (jiran sebelah yg saya maksudkan itu) datang bersama anak sulongnya, Raiman.

Pak Mud, Apahal nya, masuklah.

Hanif, bila kamu balik? Ayah kamu ada?

Ayah pagi-pagi dah keluar pergi pejabat tanah, ada urusan pasal geran tanah katanya, mak adalah kat dapur. Jawab saya agak cuak dgn kedatangan mereka berdua.

Tanpa saya duga, Pak Mud memeluk saya dan mencium pipi saya. Seraya itu Raiman pun menghulurkan tangannya bersalaman dengan saya.

Pakcik datang ni nak minta maaf dengan keluarga kamu, dah lama benar kita ni tak bertegur sapa, dari kau bujang sampai dah berkeluarga ni, Raiman pun sampai dah anak dua, Hari-hari aku terfikir pasal ayah kau...........


(Kisah dari OCDian dalam Sessi Rundingcara)

Ahad, 21 September 2014

Pengganggu Ketenangan


Mengapa tepian pantai, dipinggir bukit dan pergunungan, di kawasan air terjun sering dikatakan mempunyai kedamaian dan ketenangan? Mengapa kita akan ketempat2 sebegini bila kita ingin merehatkan minda?

Kerana ditempat spt ini, (tiada / kurang manusia) yg ada hanyalah alam, beburung, binatang2, udara dll makhluk ciptaan Allah yg 100 peratus mengikut perintah Allah (sunatullah). Maka frekuensi yg dikeluarkan oleh semua yg disebut tadi adalah frekuensi yg harmoni dan tenteram. TETAPI apabila makin ramai manusia, maka makin banyak frekuensi kedurhakaan dan dosa mula mencemarkan sesuatu kawasan. Frekuensi mengumpat, pendengki, pelucah, pelanggaran larangan semuanya bersimpang siur mengganggu frekuensi harmoni tadi. Jika kita bersendirian atau dgn hanya beberapa orang di kawasan2 ini, kita mmg akan mudah meresapkan kedamaian dalam jiwa, tetapi bila semakin ramai manusia, maka semakin pudar ketenangan.

Hal ini berlainan jika di masjid, walaupun ramai manusia, tetapi frekuensi masing2 masih agak sama, iaitu ingin beribadah, ingin meminta ampun atau paling tidak pun masih takut untuk berbuat dosa didalam masjid, maka kerana itu keheningan masih dapat dirasakan didalam ruang dewan solat yg ada ramai manusia. (Bukan diluar perkarangan masjid kerana diluar hingar bingar dgn manusia yg berbual hal dunia dan kanak2 yg bermain2 dan tidak menghormati org yg sedang beribadah)

wallahuaklam

Apa Orang Lain Kata?


Tindakan yg kita buat bila mengalami sesuatu perkara yg tidak kita sukai. Cthmya spt bila ada seseorang menyakitkan hati atau memalukan kita. Biasalah, kita akan marah, atau membalas semula perbuatannya malah kadangkala pembalasan kita itu melampau pula. Atau jika kita ada kuasa lebih, kita pulaukan dia. Apa sahajalah asal hati kita puas, dendam terbalas.

Walaupun jauh disudut hati, kita sedar dan tahu bahwa adalah lebih baik disisi Allah jika kita memaafkan dan tidak membalas serta berdendam. Tapi mengapa kita ikutkan jua perasaan marah? Kerana kebanyakan tindakan kita adalah kerana kita mengambil kira "pandangan dan pendapat orang lain".

Apa kata orang nanti kalau aku tak balas? Apa kata orang lain kalau aku tak marah dia semula? Nanti org kata aku penakut, pengecut, dayus, lemah, lembik, pondan dsbgainya. Kita tak pernah pun nak ambil kira "pandangan dan pendapat Allah". Sepatutnya Allah yg paling utama. Tetapi kerana kita terlalu tenggelam dengan dunia, kita sudah tak mampu nampak Allah dalam aspek kehidupan kita. Banyak tindakan yg kita ambil adalah berdasarkan "apa org lain kata namti". Bukan "apa Allah kata nanti".

Pedulikanlah apa pandangan orang, asalkan disisi Allah, tindakan kita betul. Bukan disisi manusia. Kita akhirnya kembali pada Allah, diadili oleh Allah, bukan oleh manusia. Wallahuaklam

Jumaat, 19 September 2014

Hasil aktiviti deria kita



"KepunyaanNyalah segala yg ada dilangit dan yg ada dibumi (dan apa yg ada diantara keduanya)" - maksud petikan surah Al-Baqarah ayat 255 (ayatul kursy)

Maksudnya segala2 yg ada diseluruh alam ini adalah milik dan kepunyaan Allah semata2. Termasuk diri manusia itu. Tetapi ada sesuatu yg kita perlu faham dgn lebih mendalam iaitu kita sedia faham jasad kita, roh kita adalah milik Allah.

Tetapi kita mungkin tak menyedari bahawa proses2 yg dihasilkan oleh deria jasad dan roh juga adalah milik Allah seperti penglihatan kita, percakapan kita, pendengaran kita.

Mata tak sama dgn penglihatan. Telinga tak sama dgn pendengaran. Ada org mempunyai mata tapi buta, tak ada penglihatan. Ada org punyai telinga tapi pekak, tak punya pendengaran.

Maka oleh kerana segalanya adalah milik Allah, maka penglihatan( apa yg kita lihat), pendengaran (apa yg kita dengar), juga adalah milik Allah. Nikmat syahwat pun milik Allah. Maka bila kita dah faham ini, maka jagalah pandangan supaya tidak memandang apa yg Allah larang.

Jagalah pendengaran supaya tak mendengar apa yg Allah larang. Jagalah percakapan supaya tak berkata apa yg Allah larang. Nikmat syahwat kena pastikan agar dilampiaskan pada tempat yg halal. Kerana semua itu adalah milik Allah.

Umpama meminjam barangan orang, nak guna boleh, sebab dah diberi pinjam, tapi agak2la. Tak boleh buat macam harta sendiri. Kena ada rasa malu pada tuan empunya.

Tapi kalau nak cakap juga perkara yg dilarang, nak buat juga perkara2 terlarang menggunakan barang pinjaman, itu pilihan kita, kalau pilih yg terlarang, maka dapatlah dosa kerana kita telah melanggar perintah dari Yang Empunya Milik. Dia beri kita pinjaman, dimasa yg sama Dia sediakan perintah dan larangan. Wallahuaklam. Pesanan untuk diriku sendiri yg selalu benar menggunakan anugerah pinjaman milik Allah untuk melakukan perkara2 yg dilarang. Astaghfirullahaladzim!

Jumaat, 8 Ogos 2014

Pentingkah Kesempurnaan Itu?



Assalamualaikum, mungkin masih belum terlewat untuk saya mengucapkan Salam Aidilfitri kepada anda semua.

Alhamdulillah pada entry kali ini saya ingin bincangkan tentang sesuatu yg mungkin selama ini kita tidak sedari.

Kita sedia tahu jauh disudut hati bahawa jika mengikut hukum feqah dan ruksah, wudhu yg terganggu atau apa jua ibadah yg terganggu itu SAH. Tapi kita tetap nak ulang sebab kita nak yang perfect. Tapi kita tak sedar. Kita sebenarnya tertipu kononnya kita nak ulang sebab tak sah, kita keliru antara tak sah dan perfectionist. Bila kita dah faham hal ini, insyaAllah kita akan setuju untuk Tak Perlu ulang semula.

Sama juga dgn perasaan nak ulang bacaan alfatihah, sebenarnya kita nak ulang sebab kita nak jugak buat yg perfect. Bukan sebab tak sah. Kita mmg tahu bhw bacaan kita tu sah, tapi sikap perfectionist tu buat kita jadi degil nak ulang juga.

Sikap perfectionist susah nak hilang bila kita sebenarnya bangga dgn sikap tu. kita rasa kita ni bagus, rapi teratur, semua yg kita lakukan dalam hidup ni bagus, tak macam orang lain, kitalah yg smart, yg kemas, yg bersih, yg lebih bagus dari org lain, Sebab tu kita bangga, dan kita tetap mempertahankan sikap tu yg mana sebenarnya sikap ini adalah sikap paling jelek disisi Allah.

Mengapa saya kata begitu? Kerana sebenarnya sikap ini dalam ertikata lain ialah Riyak, ujub, sombong dan bangga diri. Memandang hebat pada diri sendiri dan memandang rendah pada org lain. Riyak adalah syirik kecil, syirik adalah dosa yg tidak diampunkan Allah.

Hanya Allah yg Maha Sempurna sahaja yg memiliki sifat Maha Hebat, Maha Agung.

Sedarkah, akibat sikap inilah kita sering berfikir samada org lain guna tandas itu bersih ke, cuci najis dgn sempurna ke, tangan dia baru keluar toilet ni bersih pegang barang aku ni, kerana kita hanya rasa diri kita yg bagus, yg bersuci dgn betul dan bagus, org lain tidak. Akhirnya membuahkan penyakit was2. Sebabnya, kita manusia semuanya sama sahaja, tak sempurna. Bila kita cuba nak ambil Sifat Allah, inilah jadinya. Buangkan sikap perfectionist ini.

Kita ulang2 semua urusan ibadah seperti wudhu, solat dan lain2 bukan kerana kita ikhlas nak buat amal ibadah yg terbaik pada Allah, tetapi kita ulang2 semua tu sebab kita rasa sebagai "org yg bagus2" kita ni tak mainlah atau tak layak atau tak sepatutnya ambil wudhu atau solat WALAU ADA SEDIKIT KECACATAN PUN macam org lain. Kita ni "bagus". Buat apa pun mesti yg bagus, bukan atas dasar SAH atau TAK SAH disi Allah, tapi kerana ego diri sendiri sebenarnya. Maka Allah ajar kita, sedarkan kita, didik kita supaya sedar diri dan insaf bhw semua manusia sama, tak sempurna, tak boleh anggap diri lebih bagus dari org lain, dgn cara memberikan sakit was2.

Selain dari menyebabkan was2 , perfectionist juga menyebabkan kita sukar menerima nasihat org lain, kecuali org2 yg kita benar2 akui kehebatannya. Sebabnya ialah kita rasa diri bagus, maka pandangan org lain yg kita rasa tak betul, salah, ATAU layak ke aku terima pandangan dia ni? Sebab tu ada ocdian yg inginkan supaya Allah sendiri yg beritahu bahawa Wudhunya, mandi wajibnya sah, sebab hanya Allah sahaja yg dia boleh dengar , cakap manusia dia dah tak boleh pakai.

Selain itu, perfectionist membuatkan kita terlalu Sukar memaafkan orang, menyimpan dendam yg mana semua ini akan berakhir dgn OCD. Mengapa sukar memaafkan? Kerana sebab yg sama, kita rasa kita bagus, unik dan hebat, maka org lain tak sepatutnya berbuat salah atau dosa pada "manusia sempurna" seperti kita. Maka jika ada yg membuat salah, kita akan rasa jadi kotor atau hilang kesempurnaan atau hilang keistimewaan jika kita memaafkan. Umpama sultan yg mencemar duli. Maka kerana itu memberi kemaafan menjadi sesuatu yg amat sukar. Jika memaafkan pun mungkin ambil masa yg sangat lama, pun mungkin tak berapa ikhlas dan masih ada dendam dalam hati. Mengapa sesetengah org sgt mudah memaafkan dan melupakan perbuatan org lain pada mereka? Kerana mereka tiada sikap ujub, bangga diri, perfectionist dan tak rasa diri akan kotor atau tercemar bila memaafkan, malah mereka menjadi sangat lega dan sihat bila memberikan kemaafan.

Wallahuaklam, renung2kan lah ya. Siapa yg berjaya baca keseluruhan entry ini, saya ucapkan terimakasih.

Jumaat, 4 Julai 2014

Andalah punca wujudnya Lintasan Hati




{79} مَا أَصَابَكَ مِنْ حَسَنَةٍ فَمِنَ اللَّهِ وَمَا أَصَابَكَ مِنْ سَيِّئَةٍ فَمِنْ نَفْسِكَ وَأَرْسَلْنَاكَ لِلنَّاسِ رَسُولًا وَكَفَى بِاللَّهِ شَهِيدًا

Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat) dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini). (Surah An-Nisa' : 79)



Antara punca (bukan semua OCDian) gangguan Lintasan Hati ialah kerana Sistem Tauhid mengalami kerosakkan dan menyebabkan sistem pertahanan tubuh rohani menjadi lemah dan mudah dimasuki makhluk halus. Ini boleh terjadi antaranya kerana:

- Pernah memarahi Allah , menyalahkan Allah, atau memaki hamun takdirNya, Berpaling dari Allah lalu sengaja meminta pada selainNya untuk menunjukkan kekecewaan padaNya kerana menempuhi sesuatu perkara/ musibah/ ujian yang mungkin amat sukar untuk diterimanya, dalam ertkata yang mudah:

SYIRIK pada Allah.

Maka sebagai hukuman, org yang melakukan perkara ini dihukum tinggal bersama makhluk2 halus ini sebagai kifarah, dan makhluk2 ini sering mengejek2 manusia tadi dgn kata2 kufur / yang bukan-bukan terutama ketika manusia tadi ingin melakukan ibadah kepada Allah.

ianya umpama: Hei, bukankah Allah itu yang kau marah-marahkan? kau caci maki takdirnya, sekarang ini kau nak sembah dia semula, kau dah lupa ke kau tu dah syirik? maka bila manusia tadi ingin mengatakan Allah Maha Esa, pengganggu tadi membisikkan tuhan itu kejam, dan lain2 bisikan yg tidak benar terhadap Allah yang pastinya mengganggu manusia tadi. Mungkin manusia ini memandang perbuatannya memarahi takdir pada suatu masa dulu itu kecil, mungkin sudah terlupa, dan tak menyedari disisi Allah perbuatannya itu sangat besar, maka tanpa pengakuan taubat dan penyesalan yang ikhlas, tiba-tiba dia beribadah semula, maka manusia ini perlu memohon ampun dengan satu kefahaman dan penghayatan serta penyesalan yang tinggi kepada Allah bahawa dia telah melakukan kesalahan yang paling besar hingga merosakkan Sistem Tauhid dirinya sendiri, yang mana hanya Allah sahaja yang boleh membebaskan semula manusia ini dari belenggu makhluk2 tersebut. (Taubatan Nasuha)

Firman Allah:
وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَكَأَنَّمَا خَرَّ مِنَ السَّمَاءِ فَتَخْطَفُهُ الطَّيْرُ أَوْ تَهْوِي بِهِ الرِّيحُ فِي مَكَانٍ سَحِيقٍ

“Barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah ia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh. (QS:22/31)

Sila check / muhasabah semula diri tentang perkara2 masa lalu, mungkin ada perbuatan menyalahkan/memarahi takdir dengan perasaan atau kata2 yang keterlaluan atau melampau? Bertaubatlah, mohon ampun dariNya sebelum terlewat.

Ahad, 22 Jun 2014

Diriku Diganggu Bisikan Iblis Laknatullah



Diriku Diganggu Bisikan Iblis Laknatullah

Oleh : Ummu Wafa

Salam sayang adik-adik sekalian , moga diri kalian di dalam lindungan Allah SWT daripada segala mala petaka dan gangguan syaitan.

Hati ini Kak Fatim nak bercerita tentang pengalaman sedih Kak Fatim semasa bersekolah di Sekolah Seri Puteri, Kuala Lumpur. Sekolah Kak Fatim adalah sebuah sekolah yang terkenal di Malaysia. Sekolah ini dikategorikan dalam gred A pada ketika itu. Namun sekarang ini sekolah ini telahpun dipindahkan ke Putrajaya. Bangunan asalnya masih di situ tetapi ditukar namanya kepada nama lain yang hampir serupa dengan nama asalnya, namun Kak Fatim tidak dapat mengingati nama baru itu.

Baru-baru ini ketika kami berkumpul untuk reunion, Kak Fatim lalu di tepi sekolah berkenaan, perasaan sayu menusuk ke lubuk hati Kak Fatim. Kak Fatim terasa sedih, bukan kerana apa, cuma Kak Fatim teringatkan zaman-zaman kesedihan semasa Kak Fatim berada di sana. Seingat Kak Fatim, selama bersekolah di sana, hati Kak Fatim jarang merasa gembira. Kesedihan menyelubungi hidup Kak Fatim, perasaan rendah diri mengekang Kak Fatim dari menjadi seorang yang ceria. Selain itu, masalah yang paling besar semasa bersekolah di sana adalah... Kak Fatim menghadapi ujian yang sangat getir, tidak mampu dihadapi oleh orang dewasa sekalipun. Kak Fatim mengidap penyakit OCD. Obsessive Compulsive Disorder.

Tentu adik-adik sekalian berasa pelik memikirkan apakah jenis penyakit ini. Inilah penyakit yang paling teruk memngganggu seorang manusia. Sesiapa yang mengidapnya pasti kehilangan sebahagian besar kebahagiaan hidup di dunia. Ah, sedihnya rasa di hati untuk menceritakan hal ini.

Obsessive colpulsive disorder adalah penyakit gangguan syaitan di dalam jiwa pengidapnya yang kronik. Pesakit biasanya membuat sesuatu kerja berulang-ulang, tidak dapat fokus, tidak yakin, was-was dalam segala perbuatan terutamanya perihal ibadah. Hilang kepercayaan diri sendiri. Tidak yakin diri sendiri. Rendah diri. Sentiasa merasa dibenci dan lain-lain. Seingat Kak Fatim, sejak tingkatan satu Kak Fatim mengidap penyakit ini dan berterusan sehingga tahun-tahun selanjutnya. Kak Fatim tidak pernah bercerita kepada sesiapa. Penyakit itu sendiri menyebabkan pesakitnya menjadi seorang yang tidak yakin untuk menyatakan masalahnya pada orang lain. Takut. Malu dan suka menyendiri. Kak Fatim mengelamun sepanjang hari. Tetapi tiada siapa tahu tentang hal ini. Kak Fatim duduk di surau, memegang Al Quran. Membaca. Kemudian menutupnya semua. Kemudian membuka semula. Membaca sedikit. Kemudian menutup kembali. Seketika menangis. Kemudian mengambil wuduk, berkali-kali sehingga basah kuyup baju Kak Fatim.

Semua kawan-kawan sangkakan Kak Fatim seorang yang alim, mereka mengangkat Kak Fatim sebagai iman dan AJK Surau. Aktiviti agama mereka serahkan kepada Kak Fatim. Tetapi mereka tidak langsung mengetahui betapa peritnya hati Kak Fatim ketika itu..

Sekolah Kak Fatim adalah sebuah sekolah yang begitu tua. Terdapat bangunan lama dan pokok-pokok besar di situ. Gazebo adalah kawasan taman yang menggerunkan bagi Kak Fatim. Kak Fatim takut untuk memandang ke arah gazebo dan pohon besar yang terdapat di situ. Bangunan lama. Sungai di belakang sekolah. Ah, begitu menggerunkan.

Semakin lama Kak Fatim menyimpan di dalam hati perasaan yang terganggu itu, keadaan penyakit Kak Fatim menjadi semakin teruk. Pada peringkat awalnya Kak Fatim hanya merasa was-was sahaja, lama kelamaan Kak Fatim mula diganggu oleh bisikan-bisikan jahat di dalam hati. Bisikan-bisikan itu mengganggu Kak Fatim di setiap saat dan setiap masa, tidak kira di mana Kak Fatim berada. Kak Fatim menjadi begitu murung dan keliru. Kak Fatim tidak tahu apa yang hendak di buat. Kak Fatim berasa begitu malu hendak memberitahu kawan-kawan Kak Fatim. Akibatnya Kak Fatim menjadi seorang yang begitu serius, suka marah-marah dan kuat menangis. Kak Fatim menjadi begitu emosional.

Semakin teruk penyakit berkenaan, Kak Fatim mula mempersoalkan taqdir, kenapa Kak Fatim ditaqdirkan sakit begitu rupa, adakah Allah SWT sengaja mahu mentaqdirkan Kak Fatim jadi ahli neraka, adakah Kak Fatim masih Islam, adakah Allah sengaja menganiayai Kak Fatim. Kak Fatim menjadi begitu marah kepada Allah SWT. Di saat gangguan menjadi begitu teruk, Kak Fatim pernah berkata dan ketawakan diri Kak Fatim sendiri. Kak Fatim katakan bahawa Kak Fatim telah menjadi kafir, Allah tidak sayangkan kak Fatim, Allah tidak hirau penderitaan batin Kak Fatim dan lain-lain lagi.

Masih Kak Fatim ingat lagi, satu ketika Kak fatim memasuki tandas . Setelah menggunakannya tiba-tiba air tiada. Kak fatim mengetuk paip dengan marah. Kak Fatim berkata bahawa Allah sengaja menganiayai Kak Fatim. Kak Fatim memohon pada Allah dengan marah, jika air tidak keluar juga, Kak Fatim tidak mahu lagi mengiktiraf Allah sebagai pencipta Kak Fatim. Kak Fatim menganggap Allah tidak ada lagi. Alangkah teruknya penyakit Kak Fatim ketika itu. Kak Fatim menghadapinya setiap saat sehinggalah Kak Fatim tertidur. Apabila bangun tidur pula Kak Fatim terus teringatkan perkara itu semula.

Selain itu timbul pula bisikan-bisikan yang teruk mempersoalkan kejadian Allah SWT. Mempersoalkan kejadian manusia dan berbagai-bagai lagi. pada ketika itu, Kak Fatim sangka Kak Fatim tidak waras lagi. Kerana itulah Kak Fatim tidak pernah membuka mulut menyatakan apa yang sedang Kak Fatim hadapi. Kak Fatim takut semua kawan-kawan mengatakan Kak Fatim orang gila...

Namun, Kak Fatim masih ada keyakinan bahawa Allah nampak apa yang sedang berlaku di dalam diri Kak Fatim, setiap kali Kak Fatim berperang di dalam hati. Ketika keadaan perasaan sangat teruk , Kak Fatim berlari ke surau dan memeluk Al Qur'an sekuat-kuatnya dengan lelehan air mata. Ah, air mata ini mula mengalir mengingatkan kenangan itu.

Pada satu ketika di perhimpunan, pengetua sekolah Pn Wan Azizah Wan Mohd Salleh sedang berucap di pentas. Kak Fatim tidak terdengar langsung apa yang beliau katakan, Kak Fatim hampir pengsan melawan bisikan syaitan yang bertalu-talu bagaikan peluru menghujani bumi Palestin. Hampir Kak Fatim rebah ke tanah, namun perasaan malu menguatkan kaki Kak Fatim yang lemah.

Untung juga di sekolah Kak Fatim terdapat satu kumpulan pelajar Matrikulasi yang dimasukkan selama setahun sebelum mereka menyambung pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kebanyakan mereka terdiri daripada bakal pelajar Kursus Kedoktoran . Sebahagian besar kakak-kakak ini berasal dari Kolej Islam Kelang (sekarang KISAS). Mereka warak dan alim. Kepada merekalah Kak Fatim banyak belajar doa dan latihan menjadi imam.

Pada satu hari, setelah sekian lama menderita, Kak Fatim memberanikan hati bertanya kepada mereka tentang masalah yang Kak Fatim hadapi. Inilah jawapan mereka,

"Fatimah, sebenarnya Fatimah tidak berseorangan menghadapi masalah ini. Ini adalah gangguan iblis. Ada kawan kami yang terkena lebih teruk. Dia berjalan melintasi gereja. Selepas hari tu, setiap kali dia solat, bayangan salib muncil di sejadahnya. Teruk juga dia nak berubat buang sihir itu.. " Kata Kakak matrikulasi itu.

Bertitik tolak dari cerita itu. Kak Fatim mula berasa bahawa Kak Fatim tidak keseorangan. Walaupun Kak Fatim masih menanggung penderitaan itu, namun Kak Fatim dapat buat kesimpulan bahawa kes Kak Fatim bukanlah kes terpencil. Masih ada orang yang bernasib sama seperti Kak Fatim.

Semakin hari Kak Fatim cuba melawan bisikan dengan membuka Al Quran setiap kali timbulnya persoalanan ketuhanan di hati Kak Fatim. Seolah-olah Allah SWT mula membuka jalan kepada Kak Fatim secara perlahan. Setiap kali Kak Fatim membuka Al Quran, Kak Fatim akan terbuka muka surat yang sama. Suran An Nur, ayat 35. Setiap hari Kak Fatim membaca surah itu. walaupun gangguan amat kuat, kak Fatim meneruskan bacaan surah itu termasuklah terjemahannya sekali. Dan air mata.. itulah peneman Kak Fatim yang setia..

Inilah terjemahan surahnya:

" Allah pemberi cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, seumpama lubang yang tidak tembus, yang di dalamnya ada pelita, pelita itu di dalam kaca. Kaca itu bagaikan bintang yang bercahaya. Di nyalai dengan minyaknya dari pohon zaitun yang banyak barakahnya. Yang tidak di timur dan tidak di barat. Minyaknya sahaja hampir menerangi walaupun tidak disinggung api. Cahaya di atas cahaya. Allah memberi cahaya pada sesiapa yang dikehendakinya. Allah memberi perumpamaan kepada umat manusia. Dan Allahlah yang maha mengetahui segala sesuatu." - Surah An Nur, ayat 35

" Mereka-mereka yang tidak beriman. Pekerjaan mereka bagaikan fatamorgana di padang pasir. Mereka yang dahaga menyangkakan ia adalah air. Sehinggalah mereka sampai kepadanya, mereka dapati tiada apa-apa. Akan tetapi mereka mendapati Allah bersama mereka , yang akan membalasi perbuatan mereka dengan api neraka. Dan Allah amat cepat dalam membuat perhitungannya."- Surah Annur, Ayat 39

"Atau keadaan mereka yang tidak beriman. Seumpama kegelapan di dalam lautan yang dalam. Di lapisi dengan gelombang demi gelombang, di atasnya terdapat awam yang gelap. Apabila lelaki itu mengunjurkan tangannya, dia hampir tidak dapat melihatnya. Kepada mereka yang Allah tidak berikan cahaya. Maka tiadalah cahaya untuknya ." Surah Annur , ayat 40.

Inilah ayat-ayat yang Kak Fatim baca saban hari apabila gangguan menjelma sehinggalah Kak Fatim menghafalnya. Seringkali apabila Kak Fatim membuka Al Quran, mukasurat inilah yang akan terbuka untuk Kak Fatim. Kak Fatim akan membacanya sebelum Kak Fatim membaca surah-surah lain. Kak Fatim amat faham apakah yang Allah mahu sampaikan kepada Kak Fatim daripada surah ini...

Ketika di penghujung tingkatan empat, sebuah surau baharu dibina di belakang asrama lama, tempat dorm Kak Fatim. Di surau itulah Kak Fatim ingat yang Kak Fatim sering membaca surah Annur dan mengambil wuduk sehingga basah baju sekolah. Kak Fatim sering merasakan bahawa wuduk Kak Fatim terbatal dan pergi mengambil wuduk semula.

Ketika Kak fatim di tingkatan 5, seorang ustazah baharu telah dihantar bertugas di sekolah Kak Fatim. Ustazah itu berkulit putih, kurus, memakai tudung labuh dan berjubah. Dia sering memakai jubah dan tudung berwarna coklat. Kak Fatim tidak ingat lagi namanya. Suatu hari Kak Fatim ternampak ustazah sedang bersembahyang zohor di surau, kebetulan ketika itu tidak ramai pelajar berada di surau. Kak Fatim memberanikan hati bertanya kepada ustazah perihal penyakit Kak Fatim. Namun, kak Fatim tidak berterus terang tentang kesemua masalah tersebut, Kak Fatim hanya bertanya soalan yang ringkas sahaja.

"Ustazah, kalau di dalam hati kita selalu diganggu oleh lintasan-lintasan dan bisikan syaitan, Bagaimana kita nak buat ya?"

Ustazah itu memberi jawapan yang begitu jelas dan tepat sekali seperti apa yang kak Fatim harapkan.

" Kalau sering datang bisikan-bisikan syaitan yang tidak sepatutnya, was-was dan mempertikaikan hal-hal berkaitan tauhid, kita kena lawan, jangan layan. Setiap kali terlintas sahaja, bacalah:

"Amantu billah, warasulillah. Maknanya -aku beriman dengan Allah dan rasulNya." jawab ustazah itu.

Sejak hari itu Kak Fatim terus mengamalkan tip yang diberi oleh ustazah berkenaan. Selang beberapa hari selepas itu, ganggunan bisikan syaitan semakin kurang. Kak Fatim bersungguh-sungguh melawan dengan mengamalkan zikir itu. Alhamdulillah, penyakit itu akhirnya hilang begitu sahaja. Kak Fatim ingat sebelum peperiksaan SPM, Kak Fatim telah bebas sama sekali dari penyakit itu..

Malangnya, tidak berapa lama sebelum peperiksaan, Kak Fatim perasan yang teman sebelah meja Kak Fatim sering mendengus dan mengamuk. dia menjadi semakin kasar dan suka menampar bahu Kak Fatim. Disebabkan saiznya yang besar, penamparnya itu bukan main sakit lagi. Dia menjadi begitu emosional dan sering mengamuk. Sehinggalah kami berpisah selepas mengambil peperiksaan SPM. Tidak lama selepas kami berpisah, Kak Fatim terbaca dari sebuah majalah. Di bahagian ruangan bicara pembaca, seseorang menceritakan kes yang seakan-akan kes yang Kak Fatim alami. Di dalam warkah kepada kolumnis majalah tersebut, beliau menyatakan kesedihan hatinya kerana menghadapi gangguan perasaan yang teruk ketika hampir peperiksaan SPM. Gangguan itu membisikkan agar dia merasa bangga diri dan menyatakan bahawa dialah yang terbaik dari semua orang. Ketika beliau menjadi makmum, beliau mempertikaikan imam solat berkenaan tetapi bila beliau menjadi iman, beliau merasakan beliaulah yang terbaik. Selain itu beliau juga diganggu oleh bisikan yang seakan sama dengan Kak Fatim. Setelah melihat nama penulisnya, Kak Fatim terkejut besar apabila mendapati bahawa penulisnya adalah jiran sebelah meja Kak Fatim. Mungkinkah iblis berkenaan telah berpindah dari Kak Fatim kepada beliau?

Apa yang ingin Kak Fatim ulaskan di sini adalah bahawa adik-adik harus mensykuri nikmat 'Lailahaillallah Muhammad Rasulullah" . Inilah perkara yang paling mahal sekali di bumi ini. Bukan harta dan wang ringgit. Apa yang terkena kepada Kak Fatim ada natijahnya. Kak Fatim begitu menghargai nikmat iman yang Allah beri sekarang ini . Kak Fatim telah merasai keadaan di mana Kak Fatim amat berharap tetapi tidak mampu mendapatkannya. Kerana seperti firman Allah SWT, jika sekiranya Allah tidak memberi cahaya keimanan kepada seseorang, maka dia tidak akan memperoleh cahaya buat selamanya. Hidupnya akan kelam seperti kelamnya hidup yang Kak Fatim pernah rasakan. Tiada siapa dapat membantu tanpa izin dari Allah SWT.

Janganlah berasa ' tidak mengapa, aku Islam dan aku beriman' semata-mata. Ini kerana tanpa usaha ke atas iman, maka tidak mustahil kita akan mecundang. Selain itu, jangan sekali-kali putus asa dengan rahmat Allah SWT kerana Allah bertindak sebagaimana yang disangkaan oleh makhluknya. Apabila kita ikhlas berusaha dan berdoa, walaupun pada mulanya kita begitu teruk dan merasa marah dengan Allah SWT, lambat laun kita akan tertolong juga kerana sesunggunhya Allah lebih memang tahu apakah keinginan dan harapan yang berada di hati kita.

Kepada sahabat SSPian yang terbaca cerita ini, inilah hakikat yang kawan-kawan tidak ketahui selama ini. Dan kepada iwanqais, kesakitan yang anda tanggung sebenarnya telah saya rasai dan bersabar dan berusahalah. Sesungguhnya Allah itu tiada kan mempersia-siakan hamba-hambaNya.








Pemghargaan kepada Puan Ummu Wafa


Artikel ini adalah pautan dari blog beliau Ibrah Dari Pengalaman Hidupku

Isnin, 16 Jun 2014

Jangan Nak Cepat Selesai

Assalamualaikum,

Antara kesilapan yg tak kita sedari ialah, kita sering melakukan amal ibadah dgn satu perasaan ingin menyelesaikannya. Jika mengaji, ingin segera selesai, jika solat kita ingin segera menyelesaikannya. Kita lakukan seolah sbb terpaksa, sebab ianya kewajipan. Kalau tak buat nanti berdosa, janji aku dah buat. Kita tak terfikir pun nak ENJOY dlm ibadah kita. Rasa seronok dan gembira melakukannya. Rasa seronok sebab bertemu Allah.

Lain halnya dgn hal-hal yg bersangkutan dgn dunia dan nafsu.

Cth: kalau keluar makan KFC, kita nak lepak lama sebab nak menikmati makanan dgn penuh perasaan, pergi karaoke, pergi majlis kawan kahwin, kita boleh rasa enjoy, nak lepak lama, kalau boleh janganla masa tu cepat beredar. Kalau bab jimak sampai sanggup pula ambil ubat nak biar tahan 'lama'.

Tapi bila mengadap Allah, kita lakukan dgn satu kebiasaan : "membuatnya untuk menyelesaikannya, "

Hingga lupa pada Allah yg berada dihadapan kita yg memerhatikan sahaja gelagat dan perangai kita ini. Sedangkan Dia yg berikan kita Hidup, Nyawa, Syahwat dan segalanya tanpa minta balasan sedikit pun, hanya sekadar 5 kali sehari menghubungiNya melalui solat sebagai tanda Terimakasih pada Nya.

Mungkin bila dah kena OCD barulah kita berdiri lama didepan Nya kerana kita sibuk mengulang2 bacaan dan mengulang2 solat atau mengulang2 niat yg membuatkan kita menjadi "ter lama" dihadapanNya.

Mungkinkah OCD ini diberikan pada kita kerana Allah mahu kita memperuntukkan sedikit masa yg lebih wajar padaNya? Tetapi kita yg tak memahami IsyaratNya?

Mungkinkah OCD ini akan hilang apabila kita mula niatkan untuk rasa enjoy dan gembira mengadapNya, TANPA ada rasa untuk segera menyudahkannya?

Wallahuaklam

Rabu, 4 Jun 2014

OCD : Memahami Lintasan Hati 2



Bismillah

Untuk menyambung perbincangan lalu, saya mulakan dengan sebuah Soalan Tanyadiri:

Bilakah kita Islam?

Apakah kerana ibubapa yg melahirkan kita adalah Islam maka kita secara automatik adalah seorang Islam?

Persoalannya, BILAKAH, dari hati yg jujur dan ikhlas kita meyakini bahawa Allah itu Maha Esa dan Maha Wujud, setelah kita mengkaji dan meneliti (mencari Dia) dan mengakui perhambaan kita pada Nya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa, dan bukan hanya memiliki kepercayaan yang semata-mata kerana telah diajarkan oleh ibubapa, ustaz-ustazah dan rakan?

Bagi sesiapa yg Mencari Dia selangkah, maka Dia akan mendekati orang itu sepuluh langkah, dan akan dipermudahkan jalan untuk menemui Dia. dan sesiapa yg bertemu, kehidupannya akan barakah (miskin pun bahagia apatah lagi kaya, sakit pun bahagia apatah lagi sihat, sendirian pun bahagia apatah lagi berteman) dan akan nampak "keislaman" nya dalam akhlak dan kehidupannya. Ujian tetap didatangkan olehNya kerana "apakah kamu mengatakan kamu telah beriman sebelum kamu diuji"

Bagi yang tidak terasa ingin Mencari Dia tetapi menyangkakan bahawa dirinya telah pun sedia Islam dan berasa selesa dgn "keislaman"nya kerana dilahirkan oleh ibu bapa yg Islam, lazimnya mereka akan tetap begitu sahaja iaitu : "anak orang2 islam" yg mana hidupnya tidak mencerminkan "keislaman"nya. inilah sebenarnya apa yg sedang berlaku hari ini hingga kita sering mendengar kata-kata:

" nama je Islam, tapi....mengumpat, makan rasuah, atau...buang bayi, berjudi, minum arak...."

dan lain2 lagi. Malah mengundang cemohan dan rasa jelek dari orang bukan Islam terhadap Addinul Islam itu sendiri, akibat perlakuan orang-orang "anak org2 islam" ini.

Tetapi Allah itu Maha Pengasih. Golongan sebegini akan sentiasa diberi peluang untuk Mencari Dia dengan didatangkan oleh Nya musibah, dugaan, sakit dan lain2 dgn tujuan untuk Menyentak Kesedaran supaya bangkit Mencari Dia kerana manusia hanya akan mula Mencari Dia bila telah dilanda kesukaran.

Dalam konteks OCD dan gangguan lintasan hati, apabila seseorang itu telah mula diganggu dgn gangguan sebeginilah, barulah seseorang itu akan mula mencari-cari jawapan dan penyelesaian terhadap persoalan-persoalan akidah yamg memgganggu dirinya, bagi menghilangkan keresahan was-wasnya. Baru dia merasakan betapa risaunya dirinya jika 'terkafir' kerana lintasan yg menyinggah dihatinya. Barulah dia berusaha Mencari Dia dengan bersungguh-sungguh kerana ini membuktikan pada dirinya (pada gangguan lintasan hatinya) bahawa Allah itu Maha Wujud, Maha Esa dan dirinya adalah hamba ciptaanNya. Mungkin selama ini kita solat, kita berpuasa, kita membaca Al-Qur'an, tetapi kita tak pernah terfikir untuk menambah amalan kerana kita rasa kita cukup selesa dengan hidup yang begitu. Malah mungkin kita tak pernah terfikir bahawa apakah amalan yg kita lakukan itu benar-benar ikhlas kita lakukan kerana kita benar-benar faham tujuan kita atau kita melakukannya kerana kita telah diajar dari kecil dan kita hanya menganggap ianya hanyalah umpama ritual harian seperti orang lain, dan jika ada yang tertinnggal solat, kita mungkin tidak berapa berasa bersalah atau rugi dan kesal yang mendalam. Kita kurang bersyukur padaNya, solat kita walau cukup 5 waktu tapi masih tetap tak dapat mengelakkan dari perbuatan yg keji dan mungkar sedangkan solat itu adalah mencegah dari perbuatan yg keji dan mungkar.

Hanya setelah memgalami gangguan lintasan hati ini barulah kita mendalami dengan bersungguh-sungguh akan ilmu agama, hukum-hukum feqah, tauhid dll. Al-qur'an yg dulunya jarang disentuh sudah menjadi teman tidur, laman-laman web berorientasikan dakwah dan agama sudah mula kita baca sedangkan mungkin dulu kita jarang berbuat demikian melainkan lebih kepada yg berbentuk hiburan. Kalau dulu kita mudah hafal lagu2 baru, kini kita mula berusaha menghafal ayat-ayat Al-Qur'an dan zikir sebagai usaha mengubati diri kita. Kita sudah tidak segan silu bertanya tentang masalah agama dengan ustaz atau ustazah. Semua ini, tanpa diaedari adalah tarbiyah secara terus dari Allah SWT. Dia amat sayangkan kita. Dia mahu kita Mencari Dia supaya kita dapat kembali padaNya dalam keadaan yang selamat dan diredhai olehNya. Amdainya kita tidak menerima gangguan OCD ini, mungkin hidup kita lebih banyak tertumpu pada Mencari Dunia dan bukan Mencari Dia. Maha Suci Allah yang Maha Penyantun Lagi Maha Pengasih dari segala yang pengasih!

Jika anda memahami apa yg saya cuba sampaikan ini, maka anda akan mudah memahami mengapakah golongan Reverted Muslim (muallaf) lebih cemerlang Islamnya dari kita yg "Islam" sejak lahir ini.

Tanyadiri: Islamkah aku?

Demi masa.
Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.(QS: Al-Asr)

Sabtu, 17 Mei 2014

OCD : Memahami Lintasan Hati 1



Apakah itu Lintasan hati? Dengan cara bagaimanakah ianya menyerang penderita? Dalam artikel POP-UP SYAITANIRRAJIM (klik tajuk untuk membaca) saya telah berbincang tentang hasil kajian Dr. Aubrey Lewis, Pakar Psikiatrik dari London, tentang gangguan-gangguan yang dihidapi oleh penderita OCD. Salah satu diantaranya ialah:

BLASPHEMY

Bisikan (popup) yang berkaitan dengan perkara-perkara yang salah dan tidak benar tentang kepercayaan ugama dan ketuhanan. Ini termasuk perkara-perkara seperti was-was dalam ibadah fekah seperti wudhu, mandi wajib. Ianya juga selalu timbul dalam persoalan 'adakah Tuhan itu wujud', pop-up2 yang mengatakan perkara yang tidak benar tentang tuhan (mengikut kepercayaan agama penderita) dan lain-lain lagi.


Hari ini saya ingin memperjelaskan dengan lebih terperinci lagi tentang BLASPHEMY ini berkenaan dengan bagaimana atau apakah gangguan itu sendiri, kerana kategori inilah antara yang paling ramai dideritai oleh penderita OCD berugama Islam yang berbangsa Melayu.



Blasphemy : Lintasan Hati

Lintasan yang berupa kata-kata kufur seperti memaki, mengutuk Tuhan atau Nabi, mengatakan perkara-perkara yang tidak benar terutamanya yang berkenaan dengan keagamaan.

Lintasan ini berlaku pada bila-bila masa sahaja tanpa dapat dikawal oleh penderita.

Ianya berlaku dalam bentuk cetusan pemikiran atau idea yang tiba-tiba sahaja terkeluar dari minda penderita, (pop-up) terutamanya ketika penderita sedang ingin berfikir sesuatu yang baik seperti contoh:

A. Lintasan berbentuk peenambahan /menukarkan maksud

- Ketika sedang berzikir seperti: Alhamdulillah, (segala pujian hanyalah bagi Allah) penderita ingin memikirkan maksud zikir itu dengan tujuan menghayati zikir itu, tetapi dengan tanpa dikehendakki dan tak dapat dikawal, tercetus idea atau lintasan yang bertentangan dengan maksud sebenar kalimah zikir itu seperti"

-Segala hinaan/celaan hanya .....atau Segala pujian hanya bagi ........(nama lain selain Allah terutamanya nama musuh Allah)


B. Lintasan berbentuk pertanyaan / Keraguan

Ketika seseorang sedang membaca tentang perkara-perkara agama, atau sedang solat atau apa jua, dengan secara spontan (pop-up) akan tercetus keraguan atau persoalan yang memerlukan jawapan yang sangat jelas, terperinci dan berada diluar dari pengetahuan atau ilmu penderita, sehingga sukar untuk dijawab oleh penderita hingga menimbulkan kerisauan dan rasa bersalah pada penderita

Contoh: Membaca tentang rukun iman.

Pertama beriman kepada Allah ...datang persoalan,: betulkah Allah itu ada?

Penderita menjawab kembali : Astaghfirullah, Allah itu Ada

Idea berbentuk persoalan datang lagi: Kalau ada apa buktinya?

Penderita: (bagi yang ilmu tauhidnya tinggi masih dapat menjawab dengan ilmu yang ada tetapi masih akan muncul lagi persoalan sehinggalah mematahkan /mematikutukan penderita)

bagi yang baru sahaja ingin mendekatkan diri dengan ugama, terdiam kelu mencari jawapan dan akhirnya tenggelam dalam kerisauan, rasa bersalah kerana memikirkan mengapakah perkara sebegini berlaku dalam dirinya dan kehilangan semangat dan mood, hati menjadi lemah dan takut terutamanya takut telah menjadi kafir.


Inihanyalah sebagai contoh kecil yang dialami oleh beberapa orang penderita, dan sebenarnya gangguan lintasan hati ini datang dalam pelbagai bentuk dalam variasi yang pelbagai dengan tujuan yang satu:

Membuatkan penderita menjadi terganggu, resah dan was-was


Bagaimana dan mengapa gangguan lintasan hati ini boleh berlaku telah pun saya bincangkan dalam artikel POP-UP SYAITANIRRAJIM yang lalu.


Dalam artikel yang akan datang, insyaAllah saya akan berbincang tentang apakah KEBAIKAN / HIKMAH daripada gangguan lintasan hati ini.


InsyaAllah akan disambung





Jumaat, 16 Mei 2014

OCD Selepas Melahirkan (Meroyan)


Terdapat juga banyak kes OCD yang mana pengadunya menjelaskan bahawa mereka mengalami gangguan was-was selepas melahirkan anak. Sebelum melahirkan, mereka tidak pula mengalami gangguan was-was. Dalam masyarakat melayu, gangguan seperti ini lebih dikenali dengan nama meroyan.

Mentor/Guru OCD pertama saya yang banyak memberikan bantuan kepada saya dalam mengatasi OCD ketika diperingkat awal saya mengalami gangguan was-was ini juga mengakui bahwa dirinya sendiri mengalami gangguan was-was setelah melahirkan anak beliau yang pertama.

Meroyan dialami tidak kira golongan wanita mana pun, samada golongan profesional atau tidak. Meroyan ialah sejenis kemurungan atau kesugulan atau istilah perubatannya depression.

Sebenarnya terdapat 3 jenis kesugulan/kemurungan yg dihidapi oleh ibu selepas bersalin iaitu maternity blues, puerperal psychosis & postnatal depression.Ketiga2nya kelihatan hampir sama tetapi sebenarnya berbeza. Wanita selepas bersalin mungkin boleh mengalami salah satu dpdnya atau tiada langsung.


Maternity blues

Maternity blues adalah serangan singkat yg berlaku beberapa hari selepas bersalin terutama ketika emosi wanita tersebut dlm keadaan kacau.Kebanyakan ibu mengalami keadaan ini hanya utk seketika & ia dianggap normal & tidak memerlukan rawatan. Boleh dikatakan hampir kebanyakan ibu dlm pantang mengalami maternity blues. Terutama jika ibu dlm keadaan runsing & memikirkan yg bukan2.


Puerperal psychosis

Puerperal psychosis berlaku sebaliknya. Dlm 500 org wanita yg bersalin hanya seorg yg terdpt serangan puerperal psychosis. Tetapi sama spt maternity blues ia boleh dicetuskan oleh pergolakan biologi yg amat besar sebaik saja selepas melahirkan anak iaitu ketika jumlah hormon oestrogen & progesterone yg bertambah sebyk 200 (berkali ganda ketika mengandung) kembali kpd jumlah normal selama beberapa hari. Puerperal psychosis adalah sejenis gangguan psikiatrik utama yg memerlukan rawatan hospital.

Dlm kebanyakan kes, perubahan mood merupakan pokok penting mengenal puerperal psychosis. Seringkali perubahan ini membawa kpd ingatan yg tidak waras & gangguan perasaan. Ibu yg menghidap penyakit ini mungkin percaya bhw dia & bayinya adalah mangsa kpd cubaan satu pembunuhan. Dia sering diganggu oleh suara2 mengugut yg sebenarnya muncul dlm khayalannya. Tidak dinafikan ini merupakan pengalaman getir bagi diri si ibu & keluarganya.Namun begitu penyakit ini boleh dirawat melalui pengambilan pil2 tertentu atas nasihat doktor & si ibu mungkin boleh pulih spt sediakala.



Postnatal depression


Postnatal depression ternyata berbeza dpd kedua2 penyakit di atas. Ia jarang berlaku tetapi 50 kali lebih byk menyerang si ibu berbanding dgn puerperal psychosis. Ia boleh berlaku bila2 masa dlm jangka masa sebulan atau 2 bulan selepas melahirkan atau ketika si ibu masih dlm rawatan.

Wanita yg mengalaminya seringkali menghadapi masalah sukar tidur (IMSOMNIA) & sentiasa kepenatan. Mereka kerap merasa tegang, rendah diri & sakit hati. Akibat dari Imsomnia ini akan mengakibatkan keseimbangan Neotransmiter Serotonin menjadi rendah dan berkemungkinan akan menyebabkan OCD. Mereka bukan saja menjauhi seks malah membenci suaminya. Malang kebanyakan ibu yg mengalami postnatal depression tidak menyedarinya sbg satu penyakit.Begitu juga dgn suami & ahli keluarga. Suami mungkin menganggap isteri berubah laku bukan kerana penyakit postnatal depression tetapi semulajadi.Akibatnya penyakit tersebut berlarutan tanpa sebrg rawatan.

Situasi akan menjadi lebih buruk jika suami tidak memahami keadaan isteri yg mengalami postnatal depression. Mereka mungkin bertindak menjauhkan diri dpd isteri dgn pulang lewat atau mencari kekasih baru. Alasannya kerana tiada ketenteraman di rumah disbbkan isteri suka marah2 & berleter tanpa sebab. Ini akan mengakibatkan isteri lebih tertekan & menghadapi gangguan jiwa yg lebih hebat.

Masalahnya postnatal depression lebih teruk dpd masalah kesugulan yg lain tetapi ia kurang difahami. Ibu yg mengalaminya berjaga malam di kala anak sedang lena tidur. Malah dia tidak menikmati rasa rehat sekalipun bayi tidak dlm pangkuannya. Tiada langsung rasa kegembiraan menimang cahayamata sebaliknya merasa hanya kerja yg sukar, memenatkan & membosankan.

-Sokongan Emosi Orang Terdekat-

Tidak byk kajian yg dilakukan ke atas punca2 berlakunya kesugulan ibu selepas bersalin. Walaupun ada kajian yg mengatakan perubahan hormon merupakan punca berlakunya postnatal depression namun ia hanyalah faktor kecil di samping beberapa faktor penyebab yg lain. Seseorg ibu yg cenderung berasa kecewa, sentiasa muram & bimbang juga menjadi punca berlakunya postnatal depression.

Begitu juga wanita yg belum bersedia menimang cahayamata tetapi terpaksa memilikinya juga cenderung mengalami masalah ini. Waktu dlm pantang, ibu mudah rasa tertekan kerana kehadiran bayi memerlukan ibu berjaga malam. Ada waktunya keletihan menjadikan ibu mudah tertekan. Oleh itu, penting bagi bakal ibu mendpt sokongan moral & emosi yg kuat dpd seseorg khususnya
org terdekat spt suami & pada saat2 menimang cahayamata & selepas bersalin.Ini kerana sokongan & bantuan suami adalah penawar yg paling mujarab ke arah kestabilan emosi siisteri.

Harus difahami bahawa ibu yg mengalami postnatal depression biasanya disbbkan rasa kecewa kerana menyedari keadaan selepas menjadi ibu tidak spt yg diharapkan. Sebelum mempunyai anak mereka membayangkan bahawa kehidupan selepas mempunyai anak tentunya lebih indah kerana dikelilingi oleh anak yg sihat & comel. Kebanyakannya terpengaruh dgn cerita2 di majalah tentang
kehidupan bahagia dikelilingi anak, menjadi ibu yg sukses & mempunyai suami yg memahami & membantu tugas2 rumah.

Malangnya apabila mereka mengalami sendiri dlm dunia kenyataan, keadaan berlainan. Apa yg dibayangkan & digambarkan melalui majalah menjadi sebaliknya. Mereka tidak melaluinya dgn mudah. Ini merupakan satu kejutan yg mengganggu emosi & fikiran tersebut. Mereka tidak dpt mengawal emosi ketegangan ini akan mudah mengalami postnatal depression.

Bagi bakal ibu, persediaan paling penting sebelum menimang cahayamata adalah persediaan emosi & mental yg kuat. Selain dpd pengetahuan mengenai perawatan bayi, bakal ibu juga perlu tahu mengenai kesihatan diri sebelum & selepas bersalin di samping bersedia utk menerima kemungkinan buruk selepas kelahiran.

Credit to: Nurul Nadiatul Ulfa, My Diaries
Disesuaikan dari artikel Meroyan dan Bentan Selepas Bersalin (klik untuk membaca)



Khamis, 15 Mei 2014

OCD dan H2O = (AIR)



Saya terganggu dengan AIR...saya was-was bila AIR basuhan terpercik ke dinding dan terpercik semula pada badan saya, saya sangat TENSION bila berada di bilik AIR terutama untuk berwudhu dan mandi hadas, Saya resah memikirkan kalau-kalau AIR dilantai bilik AIR tercampur dengan najis...saya bimbang basuhan tanpa AIR yang mengalir,... Apakah AIR basuhan dengan mesin basuh itu membersihkan ?...Air...air...airrrrrrrrrrrrrrrrrr

AIR...AIR...AIR.....

AIR itu masalah besar? Air itu menyusahkan? Bersuci menggunakan AIR itu sesuatu yang sangat MENYUSAHKAN?


Lalu tanyakan kembali kepada diri anda:

1. Siapakah yang Menciptakan AIR?
= Allah SWT

2. Siapakah yang Menciptakan Manusia?
= Allah SWT

3. Siapakah yang Menetapkan Hukum Bersuci bagi Manusia adalah dengan Menggunakan AIR?
= Allah SWT


Dan AIR ini amat dirasakan SUSAH dan SUKAR untuk dibuat bahan bersuci? AIR seumpama tidak relevan bagi kehidupan manusia? Sedarkah apa yang anda lakukan selama ini? Sedarkah APA MAKSUD DARI TANGGAPAN ANDA TERHADAP AIR SELAMA INI? Sedarkah bahawa dalam diam, syaitan yang direjam telah membuatkan anda bagaikan:

Menganggap Allah itu tidak bijak dalam penciptaan-penciptaanNya?

Menganggap Allah itu tidak bijak dalam mengatur perlaksanaan hukum untuk hambaNya?

Dan menjadikan hukum yang ditetapkan itu SANGAT SUKAR dilakukan, iaitu ertikata lain, SUKARNYA MENJADI MUSLIM?


Astaghfirullahaladzim, ..istighfar, wahai OCDian, terutama penghidap washer dan blasphemy, sedarilah, bahawa ini semua hanya tipudaya dan tektik iblis dan kuncu-kuncunya untuk menyesatkan serta menjadikan manusia iyu syirik kepada Allah, WALAUPUN TANPA ANDA SEDARI.

Sememangnya anda tak pernah terfikir untuk bersangka buruk pada Allah,

Sememangnya anda tak pernah terfikir untuk syirik kepada Allah

Anda hanya ingin melakukan amal ibadah kepada Allah dalam keadaan SAH, SEMPURNA, di DITERIMA oleh Allah. Tetapi TANPA anda sedari, apabila anda menjadikan AIR (penciptaan Allah) itu seolah-olah menyukarkan anda untuk beribadah, adalah sama seperti anda seolah-olah MENIDAKKAN Sifat Allah YANG MAHA BIJAKSANA. Sekiranya sifat air yang terpercik itu benar-benar tidak sesuai untuk dibuat bersuci, sudah tentulah Allah akan menciptakan AIR dalam bentuk lain, tetapi TIDAK!, Sifat AIR sememangnya terpercik, mengalir dan sebagainya itu adalah kerana ianya adalah amat sesuai dan paling relevan sebagai bahan bersuci dan diciptakan khas oleh Allah untuk kegunaan manusia!

Maksud Firman Allah:

Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki, dan jika kamu junub maka mandilah, dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air (kakus) atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayamumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur. (QS Al-Maidah : 6)



Tahukah anda betapa hebatnya AIR itu?

Dalam surah al-Anbiya' ayat 30 Allah berfirman,

"Apakah orang-orang kafir itu tidak mengetahui langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu kemudian kami pisahkan antara keduanya. Daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup".

Ayat ini menjelaskan mengenai dua perkara penting. Pertama mengenai asal-usul kejadian langit dan bumi yang pada asalnya bercantum padu, kemudian dipisahkan antara kedua-duanya. Hal ini adalah selari dengan kejadian BIg Bang yang berlaku lebih kurang 14 bilion tahun dahulu. Kedua, ayat ini menjelaskan mengenai hakikat kehidupan air adalah asas bagi segala kehidupan. Tanpanya hidupan tidak wujud sama sekali.

Ia juga terdapat dalam surah an-Nur ayat 45 yang bermaksud,

"Allah mencipta kesemua jenis haiwan daripada air."

Mengikut BBC News dalam segmen Science and Nature (Space) bertarikh 27 Mei 2006, pakar-pakar biologi bersepakat air adalah asas kepada kehidupan. Tanpanya, kehidupan tidak boleh wujud dan sekiranya ia wujud, ia tidak boleh berterusan tanpa air.

Oleh itu, kepada para OCDian yang mengalami masalah was-was tentang bersuci ini, dapatkanlah keterangan dan ilmu yang BETUL dan TEPAT dari para alim-ulama' tentang bab-bab Fekah dan Taharah. Jangan memandai-memandai membuat hukum dan andaian sendiri. Selain itu, berikhtiarlah supaya penyakit was-was anda itu sembuh kerana sesungguhnya, tiada penyakit yang Allah turunkan melainkan mempunyai Ubat/Penawar disampingnya kecuali Mati.




Wallahuaklam










Receiving Steps: PENUHILAH



..........."And of every thing We have created pairs: That ye may receive instruction."(Adz-Dzaariyat : 49)

Tengku Safiya seorang pengarah berjawatan tinggi dalam sebuah firma kewangan. Usia mudanya banyak dihabiskan dengan menyambung pengajian demi pengajian sehingga keperingkat yang tinggi. Baginya, belajar bukanlah tiket utama untuk mendapat pekerjaan yang baik, tetapi belajar baginya adalah untuk kepuasan. Obsesinya pada menuntut ilmu membuatkan dia bagaikan terlupa memikirkan soal jodoh.

Sehinggalah setelah menjawat jawatan dan kedudukan yang tinggi, memiliki kediaman dan segalanya dari hasil usahanya sendiri, barulah dia menyedari akan hakikat keterlewatannya untuk kearah berkeluarga dengan usia yang telah mencecah pertengahan 30'an itu.,

"I have miss the boatlah, tak ada orang nak kat I lagi" jelasnya ikhlas. Apatah lagi dengan kedudukannya dan juga memiliki darah diraja, tentu sahaja tak ramai lelaki yang berani untuk cuba mendekati dirinya, walaupun pada hakikatnya, dia yang aku kenali adalah seorang yang merendah diri, taat beragama dan berbudi bahasa.

"I tak kisah pun pada karier dan harta benda lelaki tu, asalkan dia seorang yang dapat membawa I untuk mendekatkan diri pada jalan Allah dalam ertikata yang sebenarnya, itulah yang paling penting sekali. Sekarang ni nak pergi wedding invitation pun dah malu, Orang asik bertanya, bila lagi? bila lagi? Kadangkala my staff kahwin pun I serba salah nak pergi" Terus terang dia meluahkan isi hatinya.

Beberapa bulan kebelakangan ini Tengku Safiya telah mula mempraktikkan kaedah Hukum Daya Tarik sebagai ikhtiar mendapatkan jodoh. Sebenarnya dia tertarik dengan artikel "Saya dah terfikir nak bunuh diri" dan ingin mencubanya sebagai ikhtiar. Oleh kerana dia telah memiliki kediaman sendiri, impiannya adalah jika beroleh jodoh, dia ingin suaminya tinggal dikediaman yang dimilikinya kerana dia amat sukakan senario persekitaran kediamannya itu. Untuk ke pejabat pun dirasakan telah selesa.

Setelah beberapa ketika, nampaknya ikhtiarnya masih belum menampakkan sebarang tanda-tanda positif, tetapi sebagai seorang yang terpelajar dan sememangnya datang dari keluarga yang terdidik dengan sikap positif, dia bukanlah seorang yang mudah mengalah apatah lagi untuk bersangkaan negatif.

"Apalagi agaknya, komitmen yang perlu I lakukan? Ada ke apa-apa Receiving Steps yang I terlepas pandang?

Setelah beberapa post mortem dijalankan, didapati gaya hidupnya melambangkan seorang yang "bagai ingin hidup sendirian". Set katil dalam bilik utamanya masih lagi katil single, perabot dan peralatan rumah kebanyakannya bercirikan "I am a single person". Malah garaj keretanya pun hanya diperuntukkan untuk 2 buah kereta milik dirinya sahaja. "Kalau U kahwin, husband U nak letak kereta dia kat mana?"

Mungkin inilah Receiving Steps yang perlu dilakukan perubahan. Maka dia berusaha menukar segala perabot dan hiasan dalamannya dari bercirikan "single" kepada "Hidup berpasangan". Malah garaj keretanya diubah suai dan dibesarkan untuk kegunaan "suaminya" kelak. Wang bukanlah masalah bagi orang sepertinya.

Waktu terus berlalu dan Tengku Safiya masih bersendirian . Pun begitu dia tak berputus harapan, Kehidupannya dijalani seperti biasa. Baginya, jodohnya pasti akan diketemukan ketika masanya sesuai. Dia tetap berdoa dan membuat afirmasi tanpa rasa bosan atau kecewa. Syukurlah dia seorang yang sangat positif, tabah dan kuat semangat.

"Ahad depan ni I rasa serba-salah sangat. Ada wedding Invitation, Cousin I kahwin. Tak taulah nak pergi ke tidak. Memang tak nak pergi pun, tapi kalau tak datang nanti, mama dgn papa I pulak kecil hati."


Okla, I nak tanya sikit

Ok. Go on

Apa doa U?

Ya Allah, Berikanlah diriku jodoh lelaki soleh dan baik yg mampu menambah ketaatanku padaMu sebelum usiaku 40 tahun.

Apa affirmasi U?

Dengan Izin Allah, aku mempunyai jodoh dalam masa terdekat ini.

Tapi U tak suka memenuhi undangan perkahwinan?

Mmmm..sort of

U benci majlis perkahwinan?

Bukan benci, I gembira lihat orang lain mendapat jodoh, cuma hati I sebak dan sedih, I manusia biasa, sekuat mana pun I ni tetap ada emosi.

Ya, I faham, tapi apabila U menjauhi undangan perkahwinan, seolah-olah ianya memberi penegasan bahawa U ingin dijauhi oleh perkahwinan, semacam afirmasi oleh U sendiri. Afirmasi bukan cuma terletak pada kata-kata yang U lafazkan, tetapi lebih kepada perasaan yang u getarkan, Its not so much about what U think about, It is more about whats U feels about.

Ops...(buat muka rasa bersalah)

Agaknya, u boleh ingat tak berapa banyak undangan perkahwinan yg u tak penuhi?

eeuu..adala banyak..more than 40 invitation kot

Ok nak tambah sikit lagi, and this is very important

Ok

Nabi SAW pernah bersabda;

Apabila seorang daripada kamu diundang menghadiri majlis pernikahan, maka hendaklah dia menghadirinya" (HR Bukhari dan Muslim)

dan sabda baginda lagi:

"Seburuk-buruk hidangan makanan ialah hidangan walimah yang hanya menjemput orang kaya sahaja sedangkan orang mkiskin tidak dijemput. Dan sesiapa yang tidak memenuhi undangan pernikahan, maka dia menderhakai Allah dan Rasulnya" (HR Imam Muslim)

Subhanallah! I tak tahu..Astagfirullahaladzim

Sekarang U dah tau, I dah bagitau. Kesimpulannya, memenuhi undangan perkahwinan itu adalah WAJIB, kecuali beberapa keadaan, jika U ada keuzuran yang menyebabkan u tak dapat datang, hujan dan tak berkenderaan, atau U ada jemputan lain terlebih dulu. Itu pun kalau U mampu penuhi kesemua undangan, eloklah U penuhi juga. Bukan U tak ada kenderaan.

...(diam berfikir)

I rasa inilah kot Receiving Steps yang U terlepas pandang...wallahuaklam

Tengku Safiyah akhirnya mencari kekuatan untuk memenuhi juga undangan perkahwinan sepupunya



..............


Petang itu dengan wajah yang berseri-seri dan senyum lebar yang tak dapat ditahan walau pun cuba dikontrolnya, dia menyerahkan kad undangan perkahwinannya padaku.

Wajib datang tau bro....


Tengku Safiyah akhirnya mencari kekuatan untuk memenuhi undangan perkahwinan sepupunya dan menjadi asbab, dimajlis perkahwinan itu, dia telah diperkenalkan oleh sepupunya dengan Syed Mustakim yang kini telah pun menjadi suaminya......


....dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ianya tidak baik bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Maksud Firman Allah, QS Al-Baqarah : 216)




Sabtu, 12 April 2014

Ilham , Idea dan Cetusan Pemikiran

Assalamualaikum, seketika dulu saya pernah kongsikan tentang Instuisi/Instinct atau Gerak Hati (Sila klik pada LINK untuk membacanya). Pada hari ini biar kita lanjutkan lagi pemahaman kita tentang hal yang sedemikian menjurus pula kepada "Ilham"




ILHAM

Oleh: Ajaque Rahman




Apa itu ilham?

Ilham adalah satu bentuk ilmu yang kita perolehi dari sumber yang kita sendiri tidak dapat tafsirkan. Ia seolah olah muncul dibenak fikiran kita dengan semula jadi. Saat kita mendapat satu ilham kita seolah olah dapat membuat sesuatu yang biasanya terbatas untuk kita lakukan. Ada juga yang mendapat ilham tentang suatu perkara yang tidak pernah terfikir oleh diri kita mahupun orang sekeliling kita.

Ilham biasanya muncul apabila kita mengetahui asas asas tentang satu ilmu itu. Contohnya anda seoarang penulis lagu, anda mengetahui bagaimana kod kod atau note note muzik, namun hanya dengan ilham anda akan dapat mencipta sebuah lagu yang indah dan menusuk kalbu. Begitu juga jika anda seorang programmer. Anda tahu asas asas bahasa pengaturcaraan namun hanya dengan ilham anda akan dapat menulis satu aplikasi yang berguna kepada anda dan juga pada masyarakat sekeliling.

Dari mana datangnya ilham?

Jika kita meyakini segala sesuatu itu datang dari maha pencipta. Sudah tentu mudah untuk menjawab persoalan ini.Tidak ada sesuatu apapun yang sebenarnya datang atau yang kita terima ini kecuali ia datang dari yang maha pencipta dan maha memeliki segala sesuatu yakni ALLAH SWT. Secara mudahnya kita faham bahawa yang mendatangkan ilham kepada kita adalah Allah SWT. Namun seperti yang disebut didalam contoh diatas tadi, kita perlu ada ilmu ilmu asas dahulu sebelum Allah SWT mengurniakan ilham kedalam benak fikiran kita. Asas kepada segala bentuk ilmu adalah Al Quran dan hadis. Al Quran adalah ilmu asas dan juga sebagai panduan asas kepada kita agar ilham yang dikurniakan itu memberi manfaat kepada diri kita mahupun kepada orang lain.

Ilham boleh datang melalui pelbagai arah. Ada yang mendapatnya ketika tidur melalui mimpi, ada juga yang mendapatnya ketika bertafakur, ada juga yang datang pada waktu biasa dalah kehidupan kita sehari hari, ada yang merasakan ia datang dalam bentuk bisikan halus. Apapun bentuk atau cara ilham itu sampai kedalam kotak fikiran kita, ia seolah olah muncul dengan sendirinya. Tidak melalui perantaraan, dan tidak juga berdasarkan pembelajaran melalui buku buku mahupun kuliah kuliah.

Namun begita ilham yang disangkakan itu mungkin sebenarnya bisikan syaitan yang cuba merosakkan pemikiran kita. Ya, memang benar,, boleh juga ia datang melalui syaitan, jin atau makhluk makhluk lain namun ia adalah berdasarkan keizinan Allah jua, kerana Allah jualah yang menciptakan mereka dan berhak keatas mereka. Contohnya begini, Allah mengilhamkan mahkluk ciptaannya tentang suatu perkara, dan kemudian mahluk itu bisikkan kepada manusia melalui kelebihan yang diberi Allah kepadanya. Di situlah datangnya fungsi Al Quran dan hadis yang menjadi asas dan panduan kepada kita menerima sesuatu ilham.

Samakah ilham dengan wahyu?
Dan Kami wahyukan kepada ibu Nabi Musa... (Al-Qasas :7)
Dan Kami wahyukan kepada lebah... (An-Nahl : 68 )

Al Quran menggunakan perkataan wahyu disini tapi tidak kepada nabi nabi. Di sini kita dapat simpulkan bahawa wahyu yang dimaksudkan disini adalah ilham. Ia tidak sama dengan wahyu kepada para nabi dan rasul yang bertujuan untuk menetapkan syariat kepada kaumnya.
“Apabila telah menghampiri zaman (kiamat), mimpi seseorang yang beriman itu hampir-hampir tidak dusta, dan yang paling benar mimpinya dikalangan kamu ialah orang yang paling benar percakapannya. Dan mimpi orang Muslim (yg sentiasa bercakap benar) itu adalah sebahagian daripada 45 bahagian kenabian. Mimpi itu ada 3: Mimpi yang baik, khabar gembira daripada Allah, mimpi kesedihan/kebimbangan daripada Syaitan dan mimpi dari perkara yang dilaluinya sendiri (terkesan dari apa yg terjadi pada dirinya). Maka apabila seseorang dari kamu melihat apa yang tidak disukainya, maka hendaklah dia bangun dan menunaikan solat, dan jangan dia ceritakan kepada orang lain."
(Sahih Muslim, dan lain-lain)

Ilham juga disebut sebagai hikmah atau juga dipanggil ilmu laduni (ilmu tanpa belajar).
Dia memberikan ilmu hikmah kepada siapa yang dikehendakiNya. Barangsiapa mendapat hikmah, itu sesungguhnya dia mendapat kebaikan yang banyak. (Al-Baqarah : 269)
Sesungguhnya telah kami berikan hikmah kepada Luqman. (Luqman : 12)

Apakah kegunaan ilham?

Tidak ada satu apapun yang tercipta tanpa sebab. Begitu juga ilham. Para mujaddid dan pejuang islam menerima ilham untuk memperkukuhkan syariat Allah dimuka bumi ini. Para pencari kebenaran menerima ilham supaya ia dapat teruskan usahanya dan juga dapat menyampaikan ilham itu kepada orang lain selagi ia tidak bercanggah dengan syariat yang telah di lengkapkan melalui Al Quran.
Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu, (Al Maidah ayat 3)
Jadi ilham bukan lah untuk memperbahrui sesuatu syariat yang telah lengkap. Ia merupakan ilmu ilmu lain yang berguna kepada kehidupan kita. Contohnya, Allah telah menetapkan makanan yang haram dan halal. Allah telah mensyariatkannya. Kita tahu babi itu haram dimakan dan ikan itu halal untuk kita menjamahnya. Namun Allah tidak mensyariatkan tentang bagaimana kita menghidangkannya. Jadi dengan ilham terciptalah masakan yang enak enak seperti ikan bakar, Ikan Kerapu Tiga Rasa dan yang lain lain yang tidak tertulis dalam Al Quran mahupun hadis.

Begitu juga Allah telah menyatakan di dalam Al Quran tentang kewujudan makhluk makhluk lain selain dari manusia. Dia tidak menyatakan apakah makhluk makhluk itu secara terperinci. Kemudian datangnya ilham dari padaNya menceritakan secara jelas setiap makhluk yang telah diciptakan. Yang akhirnya dapatlah kita menemui pelbagai jenis makhluk seperti micro organisma yang tidak dapat dilihat sebelum ini. Dan ada juga yang mendapat ilham tentang makhluk yang bernama Al Hin, Al Basyar, Polips, Hantu Raya, dan sebagainya. Ia tdak bercanggah dengan asas yang telah digariskan bahawa terdapat pelbagai makhluk yang diciptakan sebelum terciptanya manusia mahupun selepas manusia.

Jika ada orang yang datang kepada kita menceritakan yang dia mendapat suatu ilham dari Allah dan menyatakan bahawa tidak lagi perlu solat 5 waktu sekadar cukup 1 waktu sehari, maka ia adalah bercanggah dengan syariat yang telah ditetapkan oleh Allah melalui wahyu ke Nabi Muhammad SAW., maka ia adalah dusta.

Kita selalu mempersoalkan sesuatu jika ia tidak terlintas difikiran kita. Ya, ia adalah lumrah fikiran manusia. Ada yang meminta di berikan nas nas dalam Al Quran daripada orang yang memberitahu sesuatu itu kepada kita. Bagus tindakan kita itu, tapi kita juga harus sedar bahawa jika tidak ada nas nas yang membenarkan apa yang disampaikan, kita juga harus memberikan nas nas yang menyatakan perkara itu bercanggah. Seperti contoh Ikan Kerapu Tiga Rasa tadi, sudah tentu jika kita minta nas Al Quran daripada orang yang mencipta resepi itu, beliau tidak dapat memberikannnya. Tapi tidak pula kita dapat menyatakan nas nas yang menyatakan resepi itu bercanggah dengan syariat.


Kepada siapa Allah berikan ilham?

Pertama, kita harus yakin Allah berhak terhadap apa jua, ia boleh memberikan apa saja kepada mereka yang beriman mahupun yang tidak beriman kepadanya. Jika DIA berkehendak memberi kekayaan kepada yang tidak beriman, maka orang itu akan menerima kekayaan. Begitu juga dengan ilham, dia berhak untuk memberi kepada sesiapa sahaja mengikut kehendakNya. Terpulang kepada mereka yang menerima pemberiannya itu. Jika kekayaan yang diterimanya digunakan dengan cara yang bathil, maka celakalah dia. Jika ilham yang diterima juga digunakan secara bathil maka termasuklah mereka dari orang orang yang rugi.

Walau bagaimanapun dalam Al Quran ada menyatakan kepada siapa Allah akan memberi ilham.
..hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan (ingatlah), Allah mengajar kamu dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Al Baqarah ayat 282)
Dan Rasulullah pernah bersabda :
Barangsiapa yang mengamalkan ilmu yang ia ketahui, maka Allah akan memberikan kepadanya ilmu yang belum ia ketahui (Hadits riwayat Imam Ahmad dalam kitab Al-hikam)
Seperti perkara lain, apabila memperbincangkan persoalan ilham ini tentu ada yang menerima dan ada yang tidak menerimanya. Itulah ketetapannya. Ada orang yang menolak ilham sebagai sumber ilmu. Antara kenapa ia menjadi penolakan ada kerana kurangnya pendedahan tentang ilmu ini. Ilham adalah salah satu cabang daripada ilmu tasawwuf. Kita sekarang hanya banyak menumpukan kepada ilmu fekah sahaja. Apabila ada orang bercerita tentang ilham kita terus melenting mengatakan ia tidak ada dalam Islam, malah lebih dasyat lagi kita menuduh pula orang itu sesat dengan mudah, sedangkan kita sendiri yang tidak pernah belajar mengenainya.

Ada jua yang menolaknya sedangkan mengetahui tentang adanya ilmu sebegini, cuma perasaan hasad dengki kerana dia tidak menerimanya. Ada juga yang mengatakan dia hanya menerima sesuatu perkara yang telah tertulis di dalam Al Quran dan Hadis. Golongan seperti ini secara tak langsung, menolak qias mahupun ijmak ulama.

Walau apapun kita mesti berlapang dada "agree to disagree" dalam apa jua hal. InshaAllah apabila kita melaluinya nanti, kita akan merasai nikmat, kesannya dan juga ujian yang sama juga akan diterima apabila kita cuba menyampaikannya.

Semoga Allah menetapkan iman kita dan tidak membolak balikkan hati kita semua. Ameen Ya Rabbal A'lamin.

Penghargaan kepada saudara Ajaque Rahman

Artikel ini adalah hasil penulisan saudara Ajaque Rahman dari blog beliau, RE-MATRIX, sila klik pada LINK untuk membaca hasil-hasil pemulisan dan kajian beliau yang sangat hebat.

Selasa, 1 April 2014

Afirmasi - Secebis Testimonial


Ini adalah antara sedutan dari testimonial peserta-peserta yang telah menghadiri / mengikuti sessi konsultasi rawatan OCD berasaskan Hukum Daya Tarik melalui Group Wassap Malaysian OCDian Support Group:




6/01/14 3:36:05 PTG: Wan: Pagi tadi first time saya buat affirmasi utk penyakit saya yang dah sampai level baru iaitu susah atau gagap bacaan dalam solat. Tadi solat zohor MasyaAllah mmg saya dapat baca dengan lancar tapi ada juga tersekat sikit2. Diharapkan Asar nanti dapat baca dengan normal tanpa gangguan.

6/01/14 3:42:49 PTG: Wan: Affirmasi saya pagi tadi "aku dapat membaca bacaan ketika solat dengan lancar." Saya ulang berkali-kali sewaktu perjalanan ke tmpt kerja, then tgh buat kerja saya teringat benda ni dan buat affirmasi lagi sampailah waktu zohor tadi. Sekarang ni pun saya kalau ada kesempatan masih buat affirmasi.

6/01/14 3:46:03 PTG: Wan: Sebelum ni saya affirmasi tentang was was aje...macam umum sangat. Yang pagi tadi detail sikit iaitu lancar bacaan dalam solat

6/01/14 3:53:14 PTG: Wan: Kalau sblm ni hampir 10 minit nk settlekan satu Alfatihah utk 1 rakaat.... tu tak termasuk duduk antara 2 sujud, tahiyyat akhir dan sebagainye. Secara total lebih kurg 45 minit baru settle 1 waktu solat. Tapi tadi lbh kurg setengah jam. Setengah jam tu termasuk menenangkan diri sblm takbir.

6/01/14 3:55:05 PTG: Wan: Dan waktu takbir sampai bagi salam lebih kurg 10-15 minit. Sangat banyak berkurang dari sebelumnye.


...............................


8/01/14 1:38:16 PG: Naa: Salam semua..pasal afirmasi tu,sy dah try guna,dan alhamdulillah makin pulih :) solat pun lebih kurang 10 minit dah siap :) ,afirmasi yang saya gunakan mcm yg saudara/i kongsikn ,"aku sentiasa boleh berwudhuk/solat dgn tenang dan tenteram insya Allah"..alhamdulillah berkesan,saya guna dalam mase dua hari, ada lg sikit2 gangguan,insya Allah kalau istiqamah bleh hilangkn gangguan :) terima kasih kongsi :)



...............................


23/01/14 9:07:05 PG: Az: Pagi tadi. Bangun agak lewat. Biasanya kalau kat checkpoint 2 memang jem la kalau tak sampai sebelum pk 7 utk beratur kat kastam. Dah la jem teruk, mesti aku lewat sampai opis ni. Dah la semalam tak pergi kerje pasal pergi interview. Memang bisingla kat opis tu. Takpe, aku nak doa dan buat afirmasi. Lepas tu, line saya beratur tu laju jer bergerak. Lepas je kastam, tengok jam dah pk 7.40am, aish boleh ke sampai opis sebelum pukul 8 ni, dah la banyak lagi trafik light. Takpela, doa dan afirmasi. Walau macamanapun aku boleh sampai opis sebelum pk 8. Entah macamana lampu isyarat semuanya hijau, satu jer merah, itu pun sebab ada pejalan kaki nak lintas jalan, sekejap jer. Bila punch card tengok: 7.59??? Aish...terkejut saya. Tengokla LOA bekerja dengan izin Allah. Alhamdulillah, tak bising. Biasanya kalau sampai checkpoint 2 pada pukul 7 lebih, confirm sampai opis 8-15 ke 8.25 am.. Cubala semua ya, tiada yang mustahil dengan kehendakNya.



..........................


8/01/14 1:59:13 PTG: Mala: Salam. Maaf baru berkesempatan baca semua mesej. Dan baru perasan En Talhah tanya pasal kesan stokin. Alhamdulillah dah start tidur pakai stokin since tahun baru. Sebelum tu mmg susah nak tidur, walaupun penat sblm pkl 12 dah try nak tidur tp susah sgt, kalau berjaya pun time menjelang subuh / lepas subuh. So ended up baring2 cmtu je, kalau ambik buku nak study rasa gantuk, nak tidur ngantuk hilang. Mmg syaitan la kot. Ganggu pelajaran juga la time tu, sebab bila dah tidur lepas subuh akan terlajak sampai siang, kelas start pkl 8 every weekdays so selalu tak dtg kelas mcm tu je, atau klu dtg pun dlm kelas takleh tumpu perhatian. Bdn rasa too weak, ada ambik fish oil, kismis and vitamin b complex tiap pg tp klu dah bdn x dpt rest mmg weak jugak lah kan.

8/01/14 2:07:13 PTG: Semenjak try pakai stokin (sblm pakai boleh sapu vaseline utk improve skin texture) dah berjaya tidur dlm masa less than 10 mins selepas preparation. Kalau ada gangguan dr phone pun kdg2 tak perasan sbb terus mcm masuk stage deep sleep. Tgh mlm dalam pkl 3, 4 tu kalau terbangun boleh tidur balik. Dulu kalau dh terjaga tgh mlm mmg susah la nak tidur balik. Alhamdulillah.. less gangguan termasuk dlm mimpi (biasanya dulu selalu mimpu buruk). Tapi apa pun mindset kena betul la, yakin ikhtiar yg kita usahakan akan berkesan dgn izin Allah Wallahualam




SUBHANALLAHIWABIHAMDIH. TIADA DAYA DAN UPAYA MELAINKAN DENGAN IZIN ALLAH


Ahad, 30 Mac 2014

Afirmasi / Affirmation 3

...sambungan dari LINK


Assalamualaikum,


Syukur alhamdulillah diberi kesempatan lagi untuk mencoretkan sesuatu.


Diantara teknik Afirmasi yang diajarkan bagi meningkatkan daya keyakinan diri, membuang rasa rendah diri, ialah membacakan afirmasi ketika mengadap cermin, dan mengeluarkan kata-kata yang baik kepada refleksi diri kita di dalam cermin itu seperti:

I Love Myself : Aku Sayang Diriku

I Am Grateful To Be Me : Aku Sangat Bersyukur dan Bangga sebagai Aku

I Am Magnificence in Human Form : Aku Manusia yg diciptakan dgn Sehebat Penciptaan



dan lain-lain lagi. Afirmasi yang diucapkan adalah berkaitan dengan doa-doa yang dibuat sebelumnya, seperti Doa minta berat badan turun, afirmasinya: Aku memiliki berat badan yang ideal, atau tubuhku semakin slim, dan sebagainya.

Tak kurang juga yang ketawa dan memandang remeh akan teknik afirmasi ini kerana merasakan ianya bagai menipu diri sendiri, (it feels fake). Biasanya orang yang sangat kurang menghargai dirinya, kurang bersyukur pada Tuhan atas Kesudian Tuhan menciptakan dirinya, akan berasa dan beranggapan begini. Mereka terlalu banyak memiliki sikap PESIMIS dan Negatif. Ini yang menyebabkan kesukaran bagi mereka untuk membuat perubahan dalam kehidupan mereka.


Sedar atau tidak, sebenarnya Teknik Afirmasi ini telah diajarkan oleh Rasulullah SAW 1500 tahun yang lalu!

Antara doa yang disukai oleh Baginda Nabi Muhammad SAW ialah, doa mengadap cermin. Mengikut satu riwayat dari isteri baginda Saidatina Aisyah RA, kadangkala ketika berjalan bersama dan melintasi lopak atau anak air, baginda akan berhenti sebentar mengadap lopak air itu untuk melihat bayangan diri baginda didalam air, untuk membaca doa:

"Ya Allah, sepertimana Engkau telah memperindahkan kejadianku (rupa paras dan tubuh badanku), maka Engkau indahkanlah akhlak dan budi pekertiku" (HR Ahmad)


dan juga doa yang kedua:




Dari apa yang kita fahami dari maksud doa ini, ianya berbentuk kata-kata yang amat positif dan baik yang menjurus kepada PENGAKUAN dan PENEGASAN bahawa 'diri aku sememangnya pun sekarang ini berada dalam keadaan (diciptakan) indah, cantik, baik'

INI ADALAH TEKNIK AFIRMASI!!

Maksudnya doa-doa diatas mengajar kita membuat Afirmasi / Penegasan pada diri bahawa kita sememangnya telah memiliki apa yg kita inginkan terhadap tubuh fizikal kita (end result- sila semak artikel Visualisasi: Matlamat dan Keputusan Terakhir) dan kemudiannya kita bermohon pula supaya akhlak kita diperindahkan oleh Allah, sepertimana Dia telah memperindahkan diri fizikal kita.


Oleh itu, jangan memandang remeh kepada teknik Afirmasi ini kerana praktikalnya telah membuktikan keberkesanannya bagi mereka yang berusaha dan yakin, dengan izin Allah SWT.


Sekian dahulu, semuga bermanfaat, insyaAllah.
Wallahuaklamubissawab

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]