Jumaat, 22 November 2013

Rendah Diri Melampau (Inferiority Complex)

Assalamualaikum


Ayu sering rasa curiga pada perasaan Borhan padanya. Walaupun Borhan memang benar2 jujur dan sayang padanya dan telah berjanji akan menikahinya dalam tempoh setahun itu. Seringkali Ayu meluahkan rasa curiga, bimbang ditinggalkan atau diduakan oleh Borhan, sedangkan Borhan tak pernah terniat begitu. Kadangkala mereka berselisih faham hanya kerana perasangka dan curiga dari Ayu yg dirasakannya Borhan mula mengabaikan perhubungan atau cuba menjauhkan diri, sedangkan sebenarnya Borhan (seorang freelancer) sangat-sangat sibuk dalam seminggu dua itu atas urusan pekerjaan dan hal ini telah pun dimaklumkan oleh Borhan dari awal lagi. Lama kelamaan Borhan menjadi bosan atas sikap Ayu yang seringkali membuatkan dia terpaksa memujuk, menjelaskan dengan panjang lebar agar Ayu kembali ceria dan akhirnya segala apa yang sering 'diimpikan' oleh Ayu (diberi perhatian yg mendalam / fokus), menjadi kenyataan, iaitu ditinggalkan oleh Borhan. Tetapi bukan kerana ada masalah orang ketiga, tetapi kerana masalah sikap.

Apakah sebenarnya masalah yang dihadapi oleh Ayu?

Blog ini sering membicarakan tentang Hukum Tarikan/ Law of Attraction (LOA). Jika dilihat dari sudut LOA, tentunya kita sedia memahami bahawa tanpa disedari oleh Ayu, (secara autopilot) dia sendiri yang menarik masuk kedalam kehidupannya tentang permasalahan dirinya ditinggalkan oleh lelaki yang telah berjanji untuk menikahinya itu. Ini adalah hasil dari segala fokus yang sering diberi perhatian yang mendalam oleh Ayu terhadap perkara itu. Hal seperti ini pernah diakui sendiri dalam sebuah kes yang pernah saya bincangkan dalam blog ini lama dulu bertajuk Memang Salah Saya.(klik pada tajuk untuk membacanya) Kita tidak pasti kemungkinan secara tanpa disedari olehnya, Ayu juga ada membuat teknik 'visualisasi' tentang 'sangkaan curang'nya terhadap Borhan.

Prinsip Asas Hukum Tarikan :

Anda menarik masuk kedalam hidup anda segala apa yang anda berikan fokus, tumpuan dan perhatian yang mendalam tidak kira samada perkara itu perkara positif (yang baik) atau pun negatif (perkara buruk)


Tetapi persoalannya sekarang, mengapakah sesetengah individu yang kita kenali, mempunyai sikap yang berbentuk sedemikian, iaitu sama seperti kes Ayu diatas?

Apakah Ayu seorang yang negatif? Adakah dia tergolong dalam golongan yang cemburu buta? atau adakah dia seorang Queen Control? Siapakah yang sebenarnya diragui oleh Ayu? Borhankah atau sebenarnya dia MERAGUI DIRINYA SENDIRI?

Bagi menghuraikan persoalan ini secara ringkas, saya ingin mengajak anda berbincang tentang salah satu penyakit yang terdapat dalam masyarakat kita hari ini iaitu Inferiority Complex atau pun Rasa Rendah Diri Melampau (RRDM)


Terdapat banyak maklumat yang boleh kita dapatkan pada masa sekarang ini tentang RRDM ini, secara ringkasnya saya ia boleh difahami sebagai seseorang yang merasakan :

1. Dirinya memiliki terlalu banyak kekurangan

2. Dirinya teruk, buruk, banyak kelemahan

3. Kurangnya mempelajari kepentingan Bersyukur Atas Penciptaan Allah pada dirinya.

Perkara diatas ini membuatkan (tanpa disedari) hilangnya hormat pada diri sendiri, memandang rendah kepada diri sendiri, hilang keyakinan pada diri dan sering membandingkan dirinya dengan Kehebatan dan Kejayaan orang lain dalam konteks yang negatif dan sering mengutuk dirinya sendiri.

Hal ini kemungkinan boleh berlaku akibat dari latar belakang keluarga, tidak mendapat perhatian dan kasih-sayang yang TEPAT, sering disisihkan, diperlekehkan, dibanding-bandingkan dgn adik beradik lain/anak-anak jiran, trauma terhadap peristiwa lampau, kurangnya kesedaran beragama dan lain-lain.

Hasil daripada RRDM ini, (merujuk pada kes Ayu) Ayu memiliki sebuah persepsi unik terhadap dirinya iaitu,

1. Betul ke ada orang akan sayang pada aku ?

2. Betul ke ada orang akan jujur apada aku?

3. Siapalah aku ini untuk orang sayang?

4. Apalah yang ada pada diriku ini untuk membuatkan orang menghargai diriku?

5. Aku ini sentiasa bernasib malang, mana ada orang yang benar-benar ikhlas denganku.


Maka dari persepsi inilah yang membuatkan Ayu terus tenggelam dalam dunia imaginasinya sendiri sehingga dia SANGAT SUKAR untuk meletakkan kepercayaan kepada orang lain TERUTAMA dalam hal yang membabitkan perhubungan. Akibat inilah maka dia sering merasa CURIGA kepada Borhan, yang mana hakikat yang sebenarnya ialah:

Dia CURIGA kepada dirinya sendiri.

Bukan hanya kepada Borhan, tetapi kemungkinan dia akan tetap bersikap begitu kepada sesiapa sahaja akibat dari RRDM yang dihidapinya yang juga memungkinkan dia menyimpan dendam terhadap lelaki, walaupun tanpa disedarinya : Dia tidak mengakui dia seorang pendendam. Saya sering mengungkapkan dalam banyak nota-nota saya bahawa:

"Maafkan semua perkara yang menyakitimu. Bebaskan hatimu dari dendam. Apabila kamu masih menyimpan kemarahan, tak kira atas alasan apa pun, sebenarnya, kamu hanya menyakiti dirimu, bukan menyakiti orang yang kamu marahi. Dendam dan marah hanyalah membuatkan kita sentiasa hidup pada hari semalam, dimana hari kita telah disakiti, ini hanya akan menyulitkan kita untuk maju ke hadapan dan memiliki masa depan yang baik"

Ayu hanyalah secebis dari kisah Rasa Rendah Diri Melampau, ianya juga adalah sejenis penyakit psikiatrik dan orang seperti Ayu juga perlukan rawatan, sokongan dan motivasi. Sekiranya perawatan dan bantuan tidak diberikan, RRDM boleh merebak lebih jauh sehingga membawa kepada OCD (Obsessive Compulsive Disorder) dan juga Kemurungan.

Mempelajari Hukum Tarikan adalah salah satu cara/ikhtiar untuk memulihkan semula dirinya.

Seingkali kita dengar bahawa Islam mengajar umatnya supaya MERENDAH DIRI (Tawaduk). Akan tetapi, Perkataan yang sebenarnya TEPAT untuk tawaduk ialah MERENDAH HATI dan bukan Merendah Diri. Ini adalah kerana RRDM akan membawa kepada kekufuran kepada Allah, apabila individu RRDM mula mengutuk dirinya dan menyalahkan takdir serta sering bertanya:

Mengapalah Tuhan ciptakan diri aku macam ni? kenapa tak macam si anu tu...


Firman ALLAH s.w.t:

لَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ فِىٓ أَحۡسَنِ تَقۡوِيمٍ

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)
(QS At-Tin: 4)


AFFIRMASI: I AM GRATEFUL TO BE ME


Insyaallah akan bersambung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]