Sabtu, 12 Oktober 2013

Memahami Penderitaan Pesakit OCD = The Host

Filem The Host ini tiada kena mengena dengan OCD, tetapi apa yang dialami oleh watak utamanya iaitu Wanda dan Melanie (lakonan Soirse Ronan) adalah satu contoh yang sangat tepat bagi mereka yang ingin memahami atau mengetahui apakah yang dihadapi oleh penderita OCD.

Di dalam filem fiksyen sains ini, Melanie adalah seorang manusia yang telah dijadikan sebagai 'host' oleh sejenis makhluk asing (alien race) yang bernama Wanda. Normalnya, setiap manusia yang telah dijadikan host akan mati dan tubuh badan mereka akan digunakan oleh bangsa alien ini dan mengambil alih bumi. Tetapi ini tidak berlaku kepada Melanie yang mempunyai semangat dan jiwa yang kuat, dia tetap hidup dan sering berlaku pertengkaran dalaman antara Wanda (alien) dan Melanie.

Setiap tindakan dan pemikiran yang ingin dilakukan oleh Wanda akan ditentang atau dikritik oleh Melanie melalui suara-suara Melanie yang hanya dapat didengari oleh Wanda didalam otaknya. Mereka sering bertelagah sesama sendiri termasuk hal-hal berkenaan cinta dan kehidupan.

Menonton filem ini hanya mengingatkan saya kepada penderitaan pesakit OCD yang mana itulah yang berlaku kepada penderita yang sering bertengkar dengan 'alien ego' didalam jiwa mereka. Hal ini yang membuatkan penderita sentiasa cemas, tertekan dan amat terganggu dalam kehidupan apabila segala perbuatan dan keputusan yang mereka lakukan, akan ada yang sentiasa menegur dan membisik bahawa apa yang mereka lakukan itu salah, tidak sempurna dan pelbagai lagi.

Bagi mereka yang ingin memahami penderitaan pesakit OCD, saya sarankan anda menontonnya dan boleh ditonton disini:

http://viooz.co/movies/16952-the-host-2013.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]