Rabu, 23 Oktober 2013

Salamatus-sadr (berlapang dada)



Isteri kepada sorang lelaki yang paling baik hati pada zamannya berkata kepada suaminya:-

Aku tidak pernah melihat manusia yang paling keji akhlaknya selain daripada saudara maramu dan sahabat-sahabatmu.


Lelaki itu bertanya isterinya tentang alasan kenapa dia berkata begitu. Maka isterinya menjelaskan:

- Sebab aku lihat, ketika engkau kaya mereka selalu mendampingimu. Dan ketika engkau papa mereka tinggalkanmu

Dengan tenang si suami berkata kepada isterinya:

- Demi Allah, itulah tanda kemuliaan akhlak mereka. Mereka datang kepada kita di kala kita mampu memuliakan mereka. Dan mereka tinggalkan kita di kala kita tidak mampu menunaikan hak-hak mereka.


Kata seorang hukamak (orang bijak pandai) ketika mengulas kisah ini:

“Lihatlah betapa tinggi pekertinya! Dengan ketinggian pekertinya itu dia mentakwilkan perbuatan yang buruk menjadi baik, tindakan yang zahirnya mungkir menjadi setia. Inilah yang dikatakan salamatus-sadr.


Salamatus-sadr adalah kerehatan di dunia, keberuntungan di akhirat. Ia juga merupakan antara sebab seseorang itu masuk syurga.”


Sumber: facebook

Sabtu, 12 Oktober 2013

Memahami Penderitaan Pesakit OCD = The Host

Filem The Host ini tiada kena mengena dengan OCD, tetapi apa yang dialami oleh watak utamanya iaitu Wanda dan Melanie (lakonan Soirse Ronan) adalah satu contoh yang sangat tepat bagi mereka yang ingin memahami atau mengetahui apakah yang dihadapi oleh penderita OCD.

Di dalam filem fiksyen sains ini, Melanie adalah seorang manusia yang telah dijadikan sebagai 'host' oleh sejenis makhluk asing (alien race) yang bernama Wanda. Normalnya, setiap manusia yang telah dijadikan host akan mati dan tubuh badan mereka akan digunakan oleh bangsa alien ini dan mengambil alih bumi. Tetapi ini tidak berlaku kepada Melanie yang mempunyai semangat dan jiwa yang kuat, dia tetap hidup dan sering berlaku pertengkaran dalaman antara Wanda (alien) dan Melanie.

Setiap tindakan dan pemikiran yang ingin dilakukan oleh Wanda akan ditentang atau dikritik oleh Melanie melalui suara-suara Melanie yang hanya dapat didengari oleh Wanda didalam otaknya. Mereka sering bertelagah sesama sendiri termasuk hal-hal berkenaan cinta dan kehidupan.

Menonton filem ini hanya mengingatkan saya kepada penderitaan pesakit OCD yang mana itulah yang berlaku kepada penderita yang sering bertengkar dengan 'alien ego' didalam jiwa mereka. Hal ini yang membuatkan penderita sentiasa cemas, tertekan dan amat terganggu dalam kehidupan apabila segala perbuatan dan keputusan yang mereka lakukan, akan ada yang sentiasa menegur dan membisik bahawa apa yang mereka lakukan itu salah, tidak sempurna dan pelbagai lagi.

Bagi mereka yang ingin memahami penderitaan pesakit OCD, saya sarankan anda menontonnya dan boleh ditonton disini:

http://viooz.co/movies/16952-the-host-2013.html
Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]