Sabtu, 1 Jun 2013

OCD - Washer : Fobia Ke Bilik Air


Bahar antara pembaca yang paling terkini menghubungi atas sebab untuk berkongsi ikhtiar untuk meredakan gangguan was-was yang dialaminya. Beliau seorang penghidap OCD jenis WASHER, iaitu terlalu mengambil berat soal kebersihan, terutama yang berkaitan dengan ibadah. Pengulangan dan kekerapan membasuh tangan sehingga sanggup berpatah balik kerumah setelah jauh memandu hanya untuk membasuh tangannya yang dirasakan kotor. Tak kurang rakan-rakan yang mentertawakan, walau ada jua yang turut bersimpati.

Dia amat takut untuk ke tandas, kerana dia sedar, dia pasti akan mengambil masa yang lama untuk membersihkan dirinya setelah selesai membuang hajat, samada besar atau kecil. Dia merasakan jika tidak dibasuh dengan bersih, maka tentulah solatnya nanti tidak sah.

Selain itu, dia juga RISAU tentang kebersihan tandas melainkan tandas rumahnya sendiri. RISAU tentang pengguna sebelumnya yang mungkin memercikkan najis dimana-mana sahaja yang mungkin boleh terkena pada pakaiannya atau tubuh badannya. Lantaran itu dia pernah menahan dirinya dari membuang air besar selama lebih dari 2 minggu, ketika bekerja diperantauan, dan menunggu sehingga dia pulang ketanah air untuk melepaskan hajat besarnya. Akibat terlalu kerap menahan hajat ini, dia kini juga telah menghidap buasir.

Hal ini lebih menyukarkan dirinya, kerana sebagai penghidap buasir, cara membasuhnya memakan masa yang lebih lama dan lebh rumit. Bahar semakin tertekan dengan keaadaan ini. Kerisauannya tentang najis ini semakin menjadi-jadi sehingga memaksa dia untuk mandi setiap kali selesai membuang air besar.

Kariernya terganggu, dalam usia yang masih muda iaitu pertengahan 20'an, dia juga risau memikirkan masadepannya, belum lagi memikirkan bagaimana jika berumahtangga nanti dengan keadaannya yang sedemikian.

Namun Bahar mempunyai semangat yang kental untuk segera pulih setelah mengetahui bahawa gangguan was-was yang dideritainya adalah sejenis penyakit dan boleh diubati sekiranya bertemu dengan penawar dan asbab yang tepat untuk kesembuhannya. Dia komited mencari penawar dan telah menghabiskan ribuan ringgit bagi memulihkan keadaan dirinya.

Dalam kes Bahar, saya belum dapat memberikan fokus yang sepenuhnya bagi program perawatan dirinya ini, lantaran saya mempunyai komitmen yang agak ketat semejak pemergian almarhumah ibu saya tempohari. Saya cuma dapat berkongsi beberapa pandangan dan saranan serta memautkan beberapa pautan artikel untuk dibaca dan difahami olehnya.

Dan apa yang berlaku ialah, dia penghidap OCD yang benar-benar ingin pulih, dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menanam keazaman yang kental untuk "BEBAS OCD"

Bahar belum sempat saya terangkan tentang Hukum Tarikan, tetapi dia sendiri telah membuat komitmen untuk memahami apakah yang cuba untuk disampaikan oleh saya. Dalam masa kurang dari 2 minggu setelah menghubungi saya beliau mengakui telah merasai beberapa perubahan positif dalam dirinya setelah membaca siri-siri perincian pengaplikasian berulang kali dan dapat memahaminya dengan tepat. Dia seolah memiliki kekuatan dan semangat untuk melawan gesaan mengulang-ulang dan mampu berkata: "Tak kesahlah.."

InsyaAllah, saya akan update tentang perkembangan seterusnya tentang kes Washer seperti Bahar. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat anda dan juga semua yang 'disentuh' oleh gangguan OCD ini tak kira dimana jua anda berada. Amin.

Klik untuk membesarkan

1 ulasan:

  1. Saya berumur 20an dan mengalami masalah OCD-Washer.Saya pernah membaca aktikel tentang saudara di surat kabar serta agak terkejut apa yang berlaku pada saudara hampir sama dengan saya cuma fobia saya agak keterlaluan saya sering kali berkurung dalam rumah kerana kuatir sekiranya saya keluar rumah mungkin akan terpijak najis mungkin perlu disamak.Saya juga Trauma sekiranya menghampiri anjing ataupun melihat najisnya yang paling teruk pernah sekali saya keluar rumah dengan menunggang motosikal,saya berselisih dengan lori khinzir sewaktu perjalanan dan saya rasa badan gatal-gatal serta motosikal saya kotor dan perlu disamak sehinggakan baju,seluar,helmet,dompet serta duit saya buangkan kerana risau terkena najis haiwan tersebut,motorsikal juga saya tinggalkan diluar rumah beberapa hari,saya mengambil masa yang agak lama untuk mencuci serta saya mengunakan selut untuk menyamak motosikal itu,akibat perkara tersebut saya berkurung didalam rumah selama beberapa bulan sehingga terjadi perselisihan faham dengan keluarga,mulut saya terkunci sebab saya tidak mampu menjelaskan apa yang berlaku kepada mereka hanya kemarahan yang keluarkan oleh itu saya telah dihalau dari rumah.Sekarang saya tinggal dengan ibu saudara serta telah bekerja walaupun begitu Trauma yang berlaku tidak pernah pudar,setiap kali ingin keluar pergi kerja saya perlu bangun awal dari orang lain kerana saya mandi agak lama,sewaktu perjalanan menunggang motorsikal di jalan raya saya perlu mengawasi lori yang berselih kerana risau mungkin lori berkenaan membawa muatan khinzir dan saya memang takut sekiranya terserempak dengan lori berkenaan kerana was-was dengan kebersihan.Saya berharap saudara dapat membantu emel saya zam_prototype@yahoo.com,kerjasama serta nasihat dari saudara amat saya hargai..TERIMA KASIH..

    BalasPadam

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]