Sabtu, 25 Mei 2013

OCD- Geometri




Mohd Farhan dan Zawiyah.

Suami isteri, usia perkahwinan telah masuk tahun ketiga. Belum dikurniakan zuriat.

Farhan seorang eksekutif syarikat telekomunikasi, manakala Zawiyah seorang setiausaha.

"siksa tak siksa, Tuhan aje yang tahu..saya sedar dia tak berapa sihat, dan saya amat sayangkan dia, kerana itu saya masih bersabar dan berharap dia mampu pulih" Jelas Farhan.

"Saya sedar apa yang saya buat tu tak normal dan menyusahkan suami saya, tapi saya tak mampu nak lawan, saya sangat tersiksa dan tertekan dengan semua ini" Jelas Zawiyah.


Zawiyah adalah penghidap OCD, dan simptom yang dihidapinya lebih cenderung kepada "geomatri" atau susunan mengikut laras.



Secara ringkasnya, dia ingin segala-gala didalam kehidupannya nampak kemas, sempurna dan bersih. Dia tidak menghadapi masalah tentang niat atau sah wudhu, dan juga perkara-perkara yang melibatkan ibadah. Akan tetapi dia amat terganggu jika melihat corak susunan yang tidak sekata, umpamanya cadar tilam yang tidak rata dan licin, pakaian yang masih ada sedikit kedutan walau setelah digosok, pemakaian tudung yang tidak sama seimbang dan lain-lain.

Ruang susunan dalam rumahnya dikemas amat rapi dan teratur, buku-buku tersusun tegak dari bersaiz tinggi hingga ke saiz rendah, dan tidak ada sedikit senget pun. Begitu juga susunan kasut, lipatan baju, susunan dan warna penyangkut baju dan sebagainya.



Farhan seakan tidak dibenarkan mengusik atau mengalih apa jua yang telah disusun, dan Zawiyah pasti tahu jika sesuatu itu telah beralih walau dalam jarak 1 cm.

"Semua itu saya tak kisah sangat, tetapi yang membuatkan saya semakin tertekan ialah dalam satu malam, hampir 5 atau 6 kali saya pasti terjaga kerana dia menyalakan lampu untuk membetulkan cadar katil. Sememangnyalah cadar yang sedang kita tidur akan berserabut, esok pagi sahajalah dikemaskan. Tapi selagi tak dikemas, dia tak akan tenagng dan tak akan tidur. Ada beberapa kali saya merajuk sampai tidur diatas sofa diruang tamu" Ujar Farhan dengan wajah sugul.

............................

Ini adalah antara beberapa kes OCD yang diajukan kepada saya,amat simpati bila mendengar luahan dari yang menghidapinya dan juga dari pihak yang mempunyai hubungan dengan penghidap.

Saya sendiri pernah merasai apa yang dirasai oleh Zawiyah. Hidup dalam perkiraan geometri bagaikan hidup didunia fantasi. Segalanya seakan 'robot' yang tiada perasaan kemanusiaan, pentingkan kesempurnaan hingga menyakitkan hati insan-insan yang sepatutnya disayangi, dihargai dan dihormati.

Bagaimanakah dan apakah langkah-langkah dan ikhtiar yang dapat kita usahakan bagi menangani simptom geometri ini?


bersambung








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]